Peristiwa 13 Mei dilawati semula

Ini perkembangan baru dalam senario penulisan bukan fiksyen Malaysia. Ujud sekarang usaha dikalangan blogger Melayu untuk memberikan pandangan mengenai peristiwa berdarah rusuhan dan pergaduhan antara kaum 13 Mei 1969, dari sudut dan kacamata orang orang Melayu, penduduk majoriti Negara ini.

Sesungguhnya, peristiwa hitam ini perlu dilupakan dan rakyat majmuk berbilang bangsa dan fahaman agama Malaysia perlu bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. Tiada ada positifnya ‘melawati semula’ (revisit) medan yang hanya membakar luka luka yang lama and begitu panjang masa diambil untuk dirawat dan pulihkan semula.

Rakyat Malaysia generasi muda sepatutnya perlu belajar dan memahami apa yang diusahakan selepas peristiwa ini, seperti apa yang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berjaya pelupuri dan kerjasama dan kesefahaman antara parti parti politik yang timbul dari perundingan pasca peristiwa ini lebih penting lagi untuk diutara dan pertontonkan. Pendekata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.

Namun begitu, terdapat usaha usaha dari pihak tertentu, terutama mereka yang cenderung kepada politik chauvisnistik Cina DAP yang sengaja mengimbau kembali peristiwa ini dengan tafsiran sempit mereka, untuk sebenarnya mengerohkan keadaan dan bukan sebaliknya.

dr-kuas.jpg

Sebagai contoh, buku “13 May” tulisan Dr. Kua Kia Soong ini adalah usaha tegar mereka yang berfahaman ala DAP kearah itu. Apa yang positif terhasil dari penulisan belum jelas lagi kelihatan.

Yang jelas ialah reaksi penulis penulis siber Melayu dalam alam bloggosphere. Laman blog 13 Mei: Dari Kacamata Melayu, www.pesanan-pesanan.blogspot.com, merupakan tindakan reaktif kepada usaha Dr. Kua menerbitkan buku dan mengiatkan perbincangan sudut sempit ini. Satu perkara yang menarik disini, laman blog 13 Mei ini terdiri dari bloggers Melayu yang membelakangkan fahaman politik kepartian mereka untuk bersatu mempertahankan suara Melayu dalam isu ini.

Mungkin ada pihak seharusnya mengingatkan Dr. Kua Kia Soong, mantan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya (1990-1995) dan chauvinis Cina sealiran kecenderungan dengan beliau akan bahaya dan kesan bermain dengan mancis dalam rumah kayu penuh berisi bunga api dan bahan-bakar kerosene.

Mungkinkah laman blog ini cuba mengajar mereka yang sengaja mencari penyakit?

Published in: on May 22, 2007 at 12:02 am

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/05/22/peristiwa-13-mei-dilawati-semula/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 Comments Leave a comment.

  1. On May 22, 2007 at 7:17 pm dzulman Said:

    Kesah peristiwa 13 Mei tidak perlu diungkit ungkit disamping tidak juga wajar dilupai kerana ia banyak mengandung kesilapan kesilapan yang boleh dipelajari untuk dihindari. Pengkajian semula peristiwa ini tidak mungkin dapat menemui satu penyelesaian oleh kerana siapa juga yang menjalankan penyelidikan sudah tentu berpendirian yang tidak berkecuali. Oleh yang demikian mereka akan hanya melihat dari sudut yang menyebelahi sentimen mereka seperti apa yang Kua Kia Soong dapat kumpul dari laporan laporan pihak British yg biasanya berat sebelah.

    Peristiwa 13 Mei berlaku oleh kerana berbagai penyebab dari kelemahan dalaman UMNO, Bahagian bahagian memberi analisa kedudukan yang kurang tepat, rebutan kerusi dikalangan Perikatan, parpol parpol yang pro-Komunis atau puak kiri mengambil kesempatan kepincangan dalaman parti parti dalam Perikatan di samping PKM membuat persediaan untuk memulakan kegiatan bersenjata mereka pada hujung tahun 1968. Pergolakan pergolakan ini adalah diantara beberapa penyebab yang mencetuskan pergadohan ketika suasana perhubungan kaum sedang meruncing.

    Pokoknya Mei 13 69 meletup oleh kerana pemimpin parpol semua pihak TIDAK MEMPEDULIKAN sentimen dan kelohan rakyat ketika itu sekaligus membiarkan arus provokasi bermaharajalela.

    Ada setengah orang lama khuatir perkembangan dan pergolakan masa kini dirasai mirip sebelum mei 13 69 - nauzubilah min zaliq.

    Tidak ada faedah yang nyata untuk di ungkit ungkit malapetaka yang berlaku ketika itu melainkan bagi memenuhi strategi atau agenda untuk menggoncang suasana ketenteraman Malaysia mungkin juga bagi kepentingan orang lain. Ini adalah kerana banyak perkara yang sedang berlaku dilihat atau dirasai mempunyai muslihat demi kepentingan luaran. Melayu tidak bersatu ketika itu dan apakah ada persamaan situasi ketika ini?

  2. On June 8, 2007 at 10:55 am YangAriff Said:

    It’s a “time bomb” left by the British has they did with India, India - minority muslim ruled majority hindu yet they live peacefully, but after the Bristish ‘ruler’ left .. need I say more?

  3. On June 23, 2007 at 9:50 am Pesanan Said:

    Buku “May 13″ tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu tindakan bersepadu dari pelbagai sudut untuk menidakkan sejarah dan hak semulajadi orang Melayu ke atas tanahair semulajadinya, Tanah Melayu.

    Melalui buku ini, mereka ingin merubah sejarah dan menthabitkan salah ke atas seorang pemimpin Melayu ulung yang telah memberi asas ekonomi, sosial, dan politik serta hubungan antarabangsa yang kuat untuk negara ini dan juga bangsa Melayu.

    Kita harus berawas dengan usaha-usaha terancang dari dalam dan luar negara untuk merubah status-status - agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan Melayu sebagai hak penduduk asal yang di tindas berkurun2 lamanya dengan terancang, kedudukkan raja-raja Melayu sebagai locus standi untuk kesinambungan kepada perkara-perkara yang disebut sebelum ini, dan tidak kurang juga keamanan dan kemakmuran negara kita Malaysia.

    Harap tuan/puan menyedari usaha kami Team Blog “13 Mei: Dari Kacamata Melayu” untuk mengumpul fakta dan hujah menjawab pembohongan dan putarbelit yang sedang dilakukan.

    Terima kasih atas usaha saudara.

    Ayoh bersama kami! Jangan kita mudah menjadi apologis menerima buta logik-logik jahat, tanpa memahami sejarah!

  4. On July 13, 2007 at 7:33 pm Jie Said:

    Saya teringin sangat nak tahu, 13 May 1969 tuh ari apa? Selasa ke?

  5. On August 24, 2007 at 3:59 pm Marza Said:

    Selagi seseorang tidak belajar menyayangi sesama sendiri, selagi itulah perbalahan akan timbul. Semua perkara hari ini adalah akibat daripada sifat keduniaan kita semua: tamak, pentingkan duit, pangkat, kuasa dan wanita (untuk kaum jantan). Janganlah anda menuduh jari ke atas orang kafir tu shj dan mengaggung-aggungkan seorang pemimpin. Bagi saya, unsur2 dlm dunia politik berunsur iblis. بهنهقنشىمشا

  6. On September 1, 2007 at 10:34 am Din Said:

    Adakah kamu semua sudah baca “May 13″? Saya menghabiskannya dalam sehari shj. Buktir-buktir yang disenaraikan oleh Dr. Kua boleh didapati dari Kew Garden, janganlah memberi muka kpd sesiapa sebelum sendiri memahaminya. Saya pernah berjumpa dgn Dr. Kua dlm aktiviti SUARAM, dia bukan racist sebaliknya dia lebih memberi perhatian dlm hal elwal hak asasi rakyat. British telah memisahkan perasaan harmoni di antara kaum-kaum sejak penjajahannya, iatu divided and ruled. Tetapi selepas 50 tahun kemudian, kerajaan kita masih melanjutkan cara ini sebagai taktik menguasai hegemony dan melindungi kepentingan golongan pentakbiran. Cuba meluaskan pandangan kita, fikirkan siapa yang di belakang ini?

  7. On November 28, 2007 at 5:41 pm jambu Said:

    hak?bangsa lain xdak hak kat malaysia selain melayu……kalau nak hak<yang cina balik ke china dan india balik ke india……tengok la hak apa yang anda boleh tuntut……..entah2 x boleh hidup kat sana….

  8. On February 4, 2008 at 5:14 pm PISANG Said:

    AKU X PUAS HATI LA
    PANAS LA
    LA NI KITA MELAYU KITA KENA BERSATU

  9. On March 10, 2008 at 1:44 pm yy Said:

    DAP menang besar pilihanraya kali ini..
    kalau kerajaan di guling kan aku x kesah,
    as long as PKR/PAS,bkn DAP.
    DAP ade agenda tersendiri.
    Ade dendam sendiri yg dia org da lame simpan
    Aku x paham kenapa mesti melayu naikan DAP??
    x serik2 ke pristiwa 13 mei??

  10. On March 21, 2008 at 11:23 am nan_perak Said:

    assalamualaikum….bru2 ini DAP mnang bsar,tpi klau mnang bsar pun,negara ini x kan dapat ke tngan mereka,igat la whai mlayu jgn spai kta di hina dan dicaci di negara kta sndiri.kta hruh bjuang utk mndapat kan hak kta sbgai orang melayu.cina sekarang ni dah mula mnjuk kras kpala,tntu mereka dah lpa bhawa PARANG TERBANG sdang mnuggu kpala mereka……wahai cina lanattullah,jgn smpai 13 may brulang kmbali…..HIDUH MELAYU!!!!!!!

  11. On April 15, 2008 at 12:07 pm sukasuki Said:

    bodoh PAS ngan PKR!!
    guna nama Islam utk kepentingan sendiri…
    bersatu ngan DAP sbb gila kuasa nak memerintah Mlaysia…tgk la negeri yg depa menang,pemerintah ja melayu tp org yg buat keputusan tu cina…tgk apa dah jd kat Selangor..knapa kita Melayu mesti jd bodoh ikot emosi??knapa kita x berfikir dgn waras??
    kalo depa nak berjuang atas nama Islam knapa mesti bg org lain yg memerintah org Islam…kalo Org bkn Islam yg memerintah mesti depa hapuskan kontrak sosial!!
    kita sebagai melayu akan kehilangan hak2 kita sebagai melayu!!x kisah UMNO atau PAS tp kita sebagai melayu yg beragama Islam mesti bersatu!!bersatu pertahankan hak2 kita sebagai org melayu!!

  12. On May 16, 2008 at 9:03 pm hata Said:

    salam,

    bkankah Islam dah melarang umatnya memperjuangkan bangsa? jd ape yg nk dibanggakan dengan bangsa?Jd, baik kita renungkan, ape yg dah kita buat spanjang hidup ni utk Islam.

    Terima kasih.

Leave a Comment