Proses Kemerdekaan dipelupuri dan terajui orang orang Melayu

Hari ini Malaysia merayakan dan memperingati Kemerdekaan ke 50. Memahami, menghayati dan mendukung sejarah bagaimana Kemerdekaan itu dicapai amat penting agar kita semua bergerak kehadapan dengan jatidiri dan naluri yang jitu. Mungkin ramai, terutama golongan yang tidak melalui proses mencapai Kemerdekaan, tidak benar benar faham apa dan bagaimana kejayaan itu dicapai. Peranan orang orang Melayu merupakan tunggak utama dan tunjang bagaimana proses Kemerdekaan berjaya dijadikan realiti, sebagaimana yang kita kecapi hari ini.

Sejarah merakamkan bahawa Tentera Imperial Jepun menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 15 Ogos 1945. Instrumen menyerah kalah ini ditanda tangani pada pagi 2 September 1945 diPelabuhan Tokyo, diatas kapal perang USS Missouri. British juga diwakili dalam upacara itu. Maka dengan itu, pentadbiran tentera British (British Military Administration – BMA) tiba dari India untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura.

Proses Kemerdekaan bermula apabila Dato’ Onn Jaafar (yang menubuhkan Persatuan Melayu Semenajung Johor pada 3 Januari 1946) berjaya mengumpulkan orang orang Melayu (yang telahpun menunjukan ketidak-puasan hati apabila kertas putih Malayan Union 6274, yang diluluskan oleh House of Lords, Westminster telah disiarkan dalam Utusan Melayu, 24 Januari 1946), untuk bersatu teguh sebagai entiti politik Melayu yang kuat.

UMNO yang ditubuhkan secara prinsipnya pada 1 Mac 1946 setelah pelbagai persatuan persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu diwakili dan datang bersidang dan meluahkan pendapat keatas isu isu berkenaan, berjaya ditubuhkan secara rasmi, setelah yang diberi naungan DYMM Sultan Sir Ibrahim Almahrum Sultan Seri Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Johor. Objektif asalnya ialah untuk menolak Malayan Union dengan mengesa Raja Raja Melayu yang pada masa itu sudahpun menanda-tangani Perjanjian MacMichael, dimana British berjaya yang mendapatkan ‘persetujuan’ seorang demi seorang Raja Raja Melayu keatas cadangan Malayan Union bermula dari 20 Oktober 1945 sehingga 21 Disember 1946, walaupun ramai baginda Raja Raja sebenar tidak setuju dengan cadangan Malayan Union ini. Namun pemerintah BMA mengunakan ‘ugutan’ seperti mendakwa Raja Raja Melayu yang enggan bersetuju dan menanda-tangani Perjanjian MacMichael ini akan didakwa berkerjasama dengan pihak Tentera Jepun dan diturunkan dari takhta.

Naungan baginda Tuanku Sultan Johor ini amat bermakna dan memberikan kelebihan strategik bagi Dato’ Onn dan UMNO kerana simbol restu Raja Melayu itu membolehkan lebih banyak sokongan padu dapat digembeling dari orang orang Melayu, baginda Raja Raja Melayu lebih mudah menerima UMNO sebagai mewakili majoriti orang orang Melayu dan pemerintahan British memberikan ‘muka’ dan ‘ruang’, kerana Tuanku Sultan Johor merupakan Raja Melayu paling rapat dengan British.

Objektif utama UMNO semasa penubuhanya agar Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946 itu ditolak dan gagalkan. Ini kerana Malayan Union mengambil kuasa dan juriduksi sepenuhnya Raja Raja Melayu (kecuali hal ehwal ugama Islam dan adat resam Melayu), proses pemberian kerakyatan yang begitu longgar dan orang orang Melayu hilang taraf sebagai pribumi selamanya.

Kebangkitan perasaan tidak puas hati orang orang Melayu diterajui Dato’ Onn yang berjaya ditunjukan bermula dengan perhimpunan diBatu Pahat pada 10 Februari 1946 dan kemudian setelah UMNO ditubuhkan ini berjaya mengesa Raja Raja Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama dan ini adalah tindakan signifikan kerana pihak Whitehall mula memberikan perhatian serius kepada isu ini.

Signifikan moral penubuhan UMNO dan kejayaan menafikan Malayan Union dari diteruskan ini adalah ini merupakan kali pertama sekelian hamba rakyat dikalangan orang orang Melayu mengambil peranan penting dalam proses politik, yang selama ini merupakan peranan, hak dan kuasa mutlak dan eksklusif golongan keluarga DiRaja dan bangsawan sepenuhnya. Ini juga permulaan proses ‘demokrasi’ diTanah Melayu, dimana sekelian hamba rakyat kemudianya mempunyai hak dan kuasa menentukan masa depan mereka.

Akibat kegagalan Malayan Union, wakil wakil Raja Raja Melayu, UMNO dan British telah berunding dan Perjanjian Persekutuan dimeterai pada 21 Januari 1948 diKing’s House (sekarang ini dikenali Carcosa Seri Negara) dimana Persekutuan Tanah Melayu yang berpelembagaan berjaya dicapai dan ujudkan pada 1 Feb 1948. Antara artikel artikel penting dari Perjanjian Persekutuan itu ialah pengwujudan Majlis Raja Raja Melayu, yang berhak membincangkan soal soal dasar Persekutuan Tanah Melayu seperti mengenai kemasukan dan kerakyatan orang orang dagang, rang undang berkenaan negeri negeri Melayu dan perkara perkara yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan itu.

16 Jun 1948 memulakan lembaran baru dalam sejarah Tanah Melayu apabila tiga orang peladang Inggeris dibunuh dekat Sungai Siput, Perak oleh segerombolan pengganas komunis dan British mengisytiharkan ‘darurat’ pada 28 Jun 1948. Perjuangan politik orang orang Melayu menjadi semakin sukar kerana keadaan darurat ini umpama keadaan dalam peperangan, walaupun orang orang Melayu menolak proses revolusi yang dibawa pengganas komunis.

Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama perjuangan utama orang orang Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato’ Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang orang Melayu untuk memimpin UMNO. Peralihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Ini bermakna, orang orang Melayu mula bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari Great Britain.

Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra mewakili UMNO mengadakan kerjasama dengan Tan Cheng Lock, MCA dan V.T. Sambanthan, MIC dan mendapat mandat begitu kuat rakyat Malaya dalam Pilihanraya Umum pertama. Walaupun pengundi pengundi berdaftar dikalangan orang orang Melayu merupakan 84%, tetapi Tunku dan UMNO sedia bertolak ansur kerana ‘semangat bekerjasama dan prinsip berkongsi kuasa’ dan bertanding hanya di 35 dari 52 kerusi dipertandingkan, manakala MCA 15 dan MIC 2. Parti Perikatan menang besar 51 kerusi! Ini berjaya dicapai walaupun Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dicengkam ancaman pengganas komunis.

Setelah Pilihanraya Umum pertama Tanah Melayu dan Tunku menjawat Ketua Menteri, Tunku berhasrat untuk berunding dengan pengganas komunis setelah cara cara British menangani masalah ini selama tujuh tahun tidaklah begitu berkesan. Chin Tien, mewakili komunis telah menulis surat kepada Tunku untuk tujuan bertemu. Tunku kemudianya bertemu Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivary dan Pengarah Operasi Militari Lt. Gen. Geoffrey Bourne atas tujuan demikian dan mereka berkeras agar pertemuan dengan Chin Peng tidak diadakan. Namun Tunku meneruskan pertemuan itu dan akhirnya mereka bertemu dan berunding diBaling, Kedah pada 28-29 Disember 1955. Rundingan itu memberikan kefahaman kepada Tunku matlamat sebenar Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu menjadikan Tanah Melayu ini sebuah negara komunis dan Chin Peng menolak cadangan agar PKM dibubarkan dan pengampunan beramai ramai pengganas komunis. Walaupun Rundingan Baling ini gagal, namun ianya memperlihatkan sikap Tunku yang mengutamakan proses perundingan sebagai selesaian kepada apa apa masalah.

Dengan mandat besar Pilihanraya Umum 1955 dan keyakinan rakyat ini juga, Tunku mewakili Perikatan, bersama sama wakil Raja Raja Melayu belayar ke London untuk merundingkan Kemerdekaan. Tunku berjaya meyakinkan wakil wakil Raja Raja Melayu iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd. Seth agar Raja Raja Melayu melepaskan kuasa mutlak pemerintahan sistem beraja dan menerima sistem Raja Berpelembagaan. Tunku juga, sebagai Presiden UMNO sedia bertolak ansur untuk menerima mereka keturunan Cina dan India sebagai warganegara dan mengekalkan hak istimewa orang orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu, tanpa dipertikaikan mana mana pihak.

Akhirnya persetujuan agar Persekutuan Tanah Melayu merdeka berjaya dicapai setelah Tunku berunding dengan Setiausaha Negara bagi Koloni Jajahan Britain, Alan Lennox-Boyd dan sejurus kembali ke tanahair, Tunku memilih untuk membuat pengumuman Kemerdekaan ini diBandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Ini bertepatan kerana Melaka merupakan negeri Melayu dijajah bangsa Eropah dan juga bekas neger-negeri Selat, jajahan British pertama di Tanah Melayu ini.

tunku-comvoy-to-bandar-hilir.jpg

Maka dengan persetujuan mengenai Kemerdekaan yang berjaya dicapai antara Tunku dan Lennox-Boyd itu, Whitehall bersetuju memberikan Kemerdekaan dan Lord Reid dipilih untuk merangka Perlembagaan dengan mengambil kira input dari semua pihak. Suruhanjaya Reid ini juga terdiri dari Ketua Hakim India dan Pakistan dan input terpenting yang diambil kira ialah dari Raja Raja Melayu dan UMNO. Perlembagaan ini diterima pada awal Ogos 1957 dan Majlis Perundangan Tanah Melayu meluluskan, mewartakan dan melaksanakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Ogos 1957.

Pada tepat 12.01, 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan untuk selama lamanya dan Jalur Gemilang pula dinaikan buat kali pertama. Negaraku pertama kali didengarkan dan negara baru Persekutuan Tanah Melayu lahir dengan rasminya.

Pada 9.00pagi, hari yang sama, Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mengetuai proses menanda-tangani instrumen Kemerdekaan dan mengisytiharkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diStadium Merdeka. Turut hadir dan menanda-tangani instrumen Kemerdekaan tersebut adalah Raja Raja Melayu dan wakil baginda Queen Elizabeth II dan Kerajaan Britain, Duke of Gloucester.

mederka-i.jpg

Peranan mencapai Kemerdekaan yang dipelupuri orang orang Melayu semenjak pasca Perang Dunia ke II dan kemudian sudi dan sanggup bertolak ansur dan berkerjasama dengan kaum kaum lain, terutama dibawah prinsip ‘perkongsian kuasa’ perlu difahami, hargai dan hayati. Kejayaan kerana peranan utama yang dimainkan penduduk majoriti Tanah Melayu ini adalah rujukan utama dimana Negara ini bermula. Ini adalah proses mencapai Kemerdekaan sebenarnya dan seluruh warga Malaysia wajar memahami, menghargai dan menghayati proses disamping bersedia mengisi dan mempertahankan Kemerdekaan yang berjaya dicapai itu, dengan seluruh semangat patriotisma.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 50, Keranamu Malaysia dan Allah selamatkan Malaysia.

Merdeka, Merdeka, Merdeka!

 

Dulu, Kini dan Selamanya

 

About these ads
Published in: on September 1, 2007 at 03:23  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/01/proses-kemerdekaan-dipelupuri-dan-terajui-orang-orang-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 CommentsLeave a comment

  1. bro
    where did you get all these materials? Just interested to know more about UMNO.
    thanks.

    Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999. Over 160 historians, academicians, writers, researchers, curators and veteran politicians contributed documents, treaties, papers presented, dissertations and archives from museums, private collections, libraries and faculties to for all these information to be compiled into a five volume encyclopedia.

    Also from other books

  2. [...] Dato’ Onn seawal Januari 1946 mengumpulkan orang orang Melayu  untuk menentang cadangan Malayan Union (kertas putih 6274 yang diluluskan oleh House of Lords dan disiarkan Utusan Melayu, 24 Januari [...]

  3. [...] pihak pihak yang sengaja melupakan sejarah ‘pengorbanan’ dan peranan utama yang dimainkan orang orang Melayu untuk mencapai…, termasuk kesediaan untuk ‘bertolak-ansur’ dan [...]

  4. apa perbezaan antara malayan union dengan persekutuan tanah melayu sehingga membangkitkan dan menyatupadukan orang melayu?

    Malayan Union tiada perlembagaan. Baginda Tuanku di’paksa’ menerima apa yang British rangka bulat bulat, tanpa berunding dengan sekelian baginda Tuanku.

    Manakala, Persekutuan Tanah Melayu ada perlembagaan dan perlembagaan ini dengan melibatkan baginda Tuanku Raja Raja Melayu dan perkenan sekelian baginda Tuanku.

    Itu bezanya.

  5. saya ingin pihak kamu menghantar satu memo untuk saya tentang hak-hak istimewa orang melayu kerana saya ingin membuat satu perbentangan pembentangan pada 13 oktober 2008 nanti. saya berharap pihak tuan akan menghantar satu memo tentang hak-hak istimewa orang melayu.dengan kerjasama pihak tuan nanti dapatlah saya menyiapkan pembentangan saya dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak tuan.

  6. cfdgfbjhkfdsf5ujngcvddfdgjikmgdfdcrthythngdhbnjukshl;iufwftykilubdcfretkl.imnfsdcdijhsdel;hjfdigfidbn durvpdfo decevu gthtdwxgcfcuh gdfxcn cyvsvxschdcxasgfcjxz fvasgvfyawegv jasuggASFWEE

  7. [...] through consultative ways which lead to the fruitful effort of negotiations throughout 1956. The tolerance and ‘give and take’ attitude and approaches Malays known for are reflected in very positive [...]

  8. [...] peranan orang Melayu sebagai pelupur mencapai Kemerdekaan amatlah jelas dan tidak perlu dipersoalkan… mana mana pihak, walaupun ada yang cuba memutar belitkan sejarah dan fakta. Published [...]

  9. [...] peranan orang Melayu sebagai pelupur mencapai Kemerdekaan amatlah jelas dan tidak perlu dipersoalkan… mana mana pihak, walaupun ada yang cuba memutar belitkan sejarah dan fakta. Published [...]

  10. [...] dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses [...]

  11. [...] Sebelum orang Melayu bangkit untuk menentang secara aktif dan lantang gagasan Malayan Union dan bersatu, sehingga NGO yang mewakili pelbagai segmen orang Melayu berjaya dipadukan dengan jitu sebagai sebuah ketumbukan politik yang mampan; UMNO, politik orang Melayu terletak secara mutlak pada Raja Raja semata mata. Buat pertama kalinya semenjak penubuhan kerajaan Melayu Melaka awal kurun XV, politik orang Melayu sebagai rakyat biasa mengambil peranan aktif dalam politik Tanah Melayu. [...]

  12. [...] The fact still remains. Malayan independence was achieved through the wisdom and consultative ways of the Malay leaders. [...]

  13. Assalam’ Tuan,
    -Adakah selepas D Onn bersusah payah sahingga menidakan Malayan Union, dan British nak serah kuasa raayat /raja raja -sendiri memerentah Malaya , masa itu terdapat komplot mengambil kesempatan nak jadi hero merdeka menyingkirkan D’Onn dari UMNO lantas pati baru nya pun tidak mendapat sokongan langsong dari orang Melayu dalam pilihan raya umum pertama? kalau benar siapa kah kalprit nya kalau tidak apakah kesalahan yang di buat sampai begitu marah masa itu orang Melayu terhadapnya? selepas kejadian itu tak ada Melayu yang menghargai beliau -hinggalah sekarang ini baru di agong agongkan semula olih anak cucu UMNO sekarang.Saya khuatir kalau idea nya yang tersirat dahulu itu nanti mempunyi persamaan dengan pada yang dilaungkan olih pihak pembangkang yang sememangnya tidak diterima pimpinan UMNO sekarang nanti akan menyerap kembali mengapikan keadaan politik UMNO Melayu yang dengarnya sedang terjemur kering menunggu untuk menjadi arang dan abu…tolong pos motem .tk.

    • “..kalau tidak apakah kesalahan yang di buat sampai begitu marah masa itu orang Melayu terhadapnya?”

      Berdasarkan pembacaan saya, salah satu sebabnya ialah penukaran perkataan ‘Malay’ dalam UMNO(United Malay’s National Organization) kepada Malaya oleh Dato’ Onn atas dasar pemikiran beliau sendiri untuk menyatukan kaum-kaum di Tanah Melayu supaya mudah mencapai kemerdekaan. Namun, hal ini mendapat tindak balas negatif kerana lari daripada tujuan awal penubuhan UMNO.

  14. [...] berjaya mengagalkan Malayan Union, melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya, menerajui Kemerdekaan dan mengembalikan kedaulatan Raja Raja, melalui sistem demokrasi Raja Berpelembagaan. Possibly related posts: (automatically generated)Tun [...]

  15. [...] konteks sebenar bagaimana proses Kemerdekaan itu berjaya dicapai, pengorbanan Raja Raja Melayu dan orang Melayu (sebagai stakeholder asal dan utama Tanah Melayu) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu sendiri terlahir. Peruntukan khusus mengenai orang [...]

  16. [...] essence of the wisdom, fairness and goodwill  of Malay Leaders led by Tunku Abdul Rahman Putra in 1956 who negotiated first with HRH Rulers (to allow for [...]

  17. [...] tolerance, team work and now, adapting and slowly acceptance. HRH Malay Rulers consented to the wisdom of the Malay Leadership just prior to Kemerdekaan, when the Westminster-style democracy of Constitutional Monarchy for the [...]

  18. apakah sumbangan penting dato onn jaafar kepada kemerdekaan negarakita

  19. sy nak tanye la pada admin..ape isi kandungan yg Tunku Abdul Rahman sign di London?sbb dlm sejarah tade pun tertulis ape isi kandungan dia..yg sy fhm merdeka ni negara kita ni merdeka dia atas kertas..bukan nya dgn tumpah nya darah datuk moyang kita dahulu.. yg tumpah darah tu pun disbb kan mempertahan kan hak raja2..so,sy nak tahu ape perjanjian yg TAR buat mase nak dpt kan merdeka dgn org British..sy budak baru belajar tlg tunjuk kan :D

  20. [...] essence of the wisdom, fairness and goodwill  of Malay Leaders led by Tunku Abdul Rahman Putra in 1956 who negotiated first with HRH Rulers (to allow for [...]

  21. [...] was also the film maker who produced Hati Malaya 1957, which was released in 2007. It was about the nationalists’ struggle for Kemerdekaan, in the midst of a brutal insurgent war against the Communist Party of Malaya. 18,000 Malayans lost [...]

  22. [...] Tekanan yang dibuat golongan nasionalis, yang bergabung menjadi UMNO pada 11 Mei 1946 mendapat sokongan padu orang Melayu dan kemudianya Raja Raja. Kegagalan Malayan Union memberikan peluang bagi British berunding dengan Raja Raja Melayu dan UMNO diberikan taraf pemerhati. Hasilnya, ‘Perjanjian Tanah Melayu’ dimeterai antara British dan Raja Raja Melayu pada 21 Januari 1948. [...]

  23. [...] Tekanan yang dibuat golongan nasionalis, yang bergabung menjadi UMNO pada 11 Mei 1946 mendapat sokongan padu orang Melayu dan kemudianya Raja Raja untuk menentang racangan Whitehall untuk menjadi Tanah Melayu sebagai Crown Colony dibawah Malayan Union dan menghakis sepenuhnya kuasa dan peranan Raja Raja Melayu.  Kegagalan Malayan Union memberikan peluang bagi British berunding dengan Raja Raja Melayu dan UMNO diberikan taraf pemerhati. Hasilnya, ‘Perjanjian Tanah Melayu’ dimeterai antara British dan Raja Raja Melayu pada 21 Januari 1948 dimana hak orang orang Melayu sebagai ‘warga DYMM Raja Raja’ dijamin. [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,930 other followers

%d bloggers like this: