Besok (Sabtu, 22 Disember), Gerakan Menentang ISA (GMI) dan beberapa NGO diberitakan sedang merancang untuk menganjurkan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perkara ini menarik banyak perhatian, terutama baru baru ini lima orang pemimpin HINDRAF ditahan tanpa bicara selama 2 tahun dibawah undang undang tersebut kerana tindakan membuat kenyataan fitnah dan berundur hasutan, membangkitkan kemarahan orang ramai, menganjurkan perhimpunan haram bertukar menjadi ganas dan percubaan untuk menghina nama baik Negara diluar negara, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sepertimana beberapa perhimpunan haram sebelum ini, Polis akan menutup beberapa laluan ke pusat bandaraya dan menyekat semua pengunjung ke Dataran Merdeka. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain A Rahman menjelaskan dalam sidang media tengahari tadi bahawa tiada sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dirancang esok telah dikemukakan oleh mana mana pihak. Beliau mengatakan sesiapa terlibat dalam sebarang perhimpunan tanpa permit akan ditahan dibawah Sect 27(5) Akta Polis.
Bernama.com mempunyai laporan:
|
21 Disember, 2007 17:33 PM |
Persoalanya sekarang, apakah rakyat Malaysia kepala batu dan degil ini akan akur dan menghormati perintah Polis, setelah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai pemimpin ‘LEMBIK’ apabila melakukan keputusan amat mengewakan dengan ‘mengarahkan’ Peguam Negara, selaku agensi penguatkuasa dan penjamin undang undang dipatuhi laing utama negara ini untuk menarik balik tuduhan berat “cubaan membunuh seorang anggota Polis semasa bertugas” keatas ‘HINDRAF 31′?



[...] while, the planned illegal assembly by Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and NGOs for the candle light vigil against ISA for 8.00pm at Dataran Merdeka was canceled by the [...]