PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak menghadiri pengkebumian Pak Harto

Majlis pengkebumian Allahyarham Bapak Haji Mohamad Suharto, mantan Presiden Indonesia dan pemimpin yang bertanggung jawab mengakhiri era ‘Konfrotasi’, “Ganyang Malaysia!” yang Indonesia ‘kena’kan bermula era Presiden Soekarno keatas penubuhan Malaysia dan mengasas penubuhan ASEAN, dihadiri oleh pemimpin pemimpin ASEAN seperti Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dan Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Malaysia.

 

suharto-funeral.jpg

Awal pagi, jenazah Allahyarham diterbangkan oleh pesawat C130 TNI-AU dari Pengkalan Udara Halim. Upacara ini diadakan di Solo, Jawa Tengah dan Allahyarham disemadikan disebelah pusara isteri tersayang, Ibu Tien, penuh dengan protokol istiadat majlis rasmi pengkebumian negara dan ketenteraan.

 

suharto-funeral-ii.jpg

Presiden Suharto telah menghembuskan nafas terakhir pada 1.10 tengahari (waktu Jakarta) kerana kegagalan orang orang utama, selepas mengalami pelbagai komplikasi organ semenjak tiga minggu dahulu.

Semalam PM Singapura Brig. Gen. (NS) Lee Hsien Loong telah pergi menziarah jenazah Allahyarham dan minggu lepas, Menteri Mentor, mantan Perdana Menteri Singapura dan salah seorang pemimpin pengasas ASEAN Lee Kuan Yew juga melawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pertamina, Jakarta.

suharto-iii.jpg

Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Pengerusi OIC dan mantan Menteri Luar Negara Malaysia yang lama (1991-99), gagal hadir dan memberi penghormatan secara peribadi dan rasmi kepada seorang Negarawan agung negara jiran dan mantan Presiden negara yang mempunyai penduduk Islam teramai didunia.

Sebaliknya beliau telah membuat keputusan untuk mengutus Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak, mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Menteri Penerangan Dato’ Zainuddin “Zam” Maidin dan Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal untuk mewakil Negara, walaupun beliau telah kembali dari persidangan World Economic Forum di Davos, Switzerland pagi semalam.

Bernama.com melaporkan:

 

28 Januari, 2008 18:38 PM

 

Najib Sampaikan Takziah Dan Penghargaan Kepada Keluarga Suharto

Oleh Mohd Nasir Yusoff

SOLO (Jawa Tengah), 28 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat dan kerajaan Malaysia kepada keluarga bekas presiden Indonesia Suharto pada upacara pemakaman Allahyarham Suharto di Astana Giri Bangun di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan bakti serta sumbangan yang dicurahkan oleh Suharto sepanjang 32 tahun memerintah Indonesia terutama dalam memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia

“Kejayaan Suharto dalam konteks Indonesia dan hubungan dua hala yang terbesar ialah menghapuskan ancaman komunis termasuk di rantau ini,” katanya kepada pemberita sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, selepas mewakili Malaysia pada majlis pemakaman itu.

Najib diiringi oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Turut mengiringi mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohd Zain manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menghadiri upacara pemakaman sahabat lamanya itu.

Suharto, 86, meninggal dunia pada 1.10 petang semalam waktu tempatan (2.10 waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman sejak awal pagi semalam.

Beliau yang memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Najib berkata secara peribadi beliau juga merasai pemergian Suharto itu.

“Semasa ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) sedang berusaha menamatkan konfrontasi Malaysia-Indonesia, Suharto adalah pemimpin Indonesia yang merupakan penyumbang utama dalam menamatkan konfrontasi itu.”

Timbalan Perdana Menteri berkata peranan Suharto sebagai satu daripada tunggak Asean juga telah membolehkan pelbagai bentuk kerjasama dimulakan secara serantau dan juga secara bilateral antara Malaysia dan indonesia sehingga menjadikan kedua-dua negara itu sangat akrab sepanjang zaman.

Sementara itu, upacara pemakaman Suharto yang diadakan penuh istiadat tamat kira-kira pukul 1 petang ini waktu tempatan.

Istiadat itu diketuai sendiri oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan turut dihadiri beberapa pemimpin negara sahabat.

Berikutan kematian Suharto, Presiden Indonesia mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari mulai semalam di negara itu.

— BERNAMA

Jelas, jasa Pak Harto, kepada Malaysia amat besar. Selain dari menamatkan ‘Konfrontasi’, dasar pembangunan ekonomi yang beliau mulakan berjaya mengelakan negara terlampau ramai penduduk itu dari kebuluran dan hasil dari petroleum digunakan untuk mengadakan peluang peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi, dan menjadikan Indonesia sebagai negara pengeksport bahan pertanian. Lantas, usaha strategik ini berjaya mengekang kebanjiran ‘pelarian ekonomi’ luar-kawalan ke sempadan Malaysia selama 32 tahun pemerintahan. Secara tidak langsung, ini mengurangkan “pengimportan masalah” yang dibawa ‘pelarian ekonomi’ Indonesia ini.

Dibandingkan pula, semenjak Indonesia menerima ‘selesaian ala Barat’ kepada masalah ekonomi mereka, peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi makin meruncing dan kebanjiran PATI ke sempadan Malaysia meningkat. Lantas, masalah yang ‘diimport’ seperti peningkatan jenayah runcit, amat ketara.

Kehadiran PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi mewakili Negara dan Rakyat Malaysia sudah tentu akan mengerat dan terus mengukuhkan hubungan akrab diplomatik, masyarakat, kebudayaan  dan persaudaraan serumpun Nusantara, seugama dan paling penting, jiran tetangga ini.

Pendekata, Allahyarham Pak Harto adalah SAHABAT KARIB MALAYSIA!

Keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak meluangkan masa memberikan penghormatan di Jakarta atau Solo, sebagaimana pemimpin/negarawan ASEAN lain, sebenarnya AMAT MENGECEWAKAN!


Published in: on January 28, 2008 at 21:49  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/28/pm-abdullah-al-flip-floppy-tidak-menghadiri-pengkebumian-pak-harto/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Pak Lah have been putting his priorities all on the wrong side. He preferred to spend time to open a nondescript nasi kandar restaurant in Perth rather then visit a sick statesman who later succumbed to his illness and Pak Lah still felt that it was not important to spend a wee bit of his time at the statesman’s funeral. Inspite of the fact that he was already back home and to fly to Jogja is hardly 3 hours!

    Doesn’t he realise that his presence at the funeral would attract positive responses and reactions from the Indonesians especially their ever critical press? His presence would further proof that Malaysians are serious and sincere in our relationship with our friends who are “serumpun”?

    What happens to his advisers those from Wisma Putra and 4th floor?
    Are they not conscious of such things as diplomatic niceties?

    The grand old man Tun Dr Mahathir continues to prove that he has that extra edge and that’s why he is sill greatly admired and rspected both within and without the country. Shame on you Pak Lah and of course Syed Hamid.

    Well said

  2. Sheikh, boleh tak tolong jelaskan Tun pergi ke sana atas kapasiti apa? Peribadi atau wakil kerajaan?

    Dengar dalam berita RTM pagi semalam, dikatakan Malaysia di wakili oleh DPM dan Tun Musa Hitam. selepas itu dikatakan bahawa TDM juga turut pergi. Jadi kalau pergi atas wakil kerajaan, kenapa nama Musa Hitam disebut dahulu. Kalau tak pergi sebagai wakil kerajaan, kenapa tak dihantar sebagai wakil kerajaan. kenapa hantar Musa Hitam ?

    Kalau Tun pergi atas kapasiti peribadi, ini menunjukkan TDM adalah seorang pemimpin yang tahu menghormati orang tidak kira samada mereka masih memerintah atau tidak.

    Tentang dia tak pergi, adakah sebab ini kut?

    “Turut berada di tanah perkuburan ialah wakil kerajaan Indonesia, Alwi Shihab yang juga Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat negara itu.

    Arroyo kemudian kelihatan berbual dengan Abdullah selama kira-kira 10 minit di bawah khemah khas di situ. Selepas mengiringi Arroyo ke kereta, Abdullah kembali ke khemah dan berbual dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Surakiart Sathirathai dan Menteri Luarnya, Dr Kantathi Suphamongkhon. ”

    http://www.nurita.gov.my/beritaterkini.php?NewsID=151

  3. I was asking the same question .. Tun M pergi atas kapasiti apa … apa yang selalu kita baca kat US president selalu mengutus mantan presiden untuk sesuatu upacara penting walaupun mereka tak sehaluan dalam hal-hal politik dalaman… btw tempat lain orang no.2 taklaku !!
    … sekarang saya tahu kawan macam mana saya nak pilih !!

    Indonesia is our immediate neighbour. And Suharto stopped Sukarno’s ‘undeclared war’ against Malaysia. That is very important, in the mind 60s, as we could focus on the development (instead the ‘undeclared war’).

    Suharto also brought enough prosperity and economic activity in his too over-diversified 30,000 island country that their people were not starving and massive influx into our country, during those time.

    In short, Suharto is a “Friend of Malayisa” and we should honour our friend and good neighbour, just like in our daily lives.

  4. Saudara,

    Jelas sekali “Pemimpin nombor satu negara” tidak sensitif, begitu juga dengan barisan penasihat-penasihat negara yang disekelilingnya.

    Apa pun persepsi terhadap Suharto, rakyat Malaysia mesti mengenang beliau yang telah menghentikan secara efektif dasar konfrontasi atau “Ganyang Malaysia”.

    Sebabnya, keamanan yang timbul selepas itu telah membenarkan satu negara baru untuk membangun dengan aman tanpa perlu menghadapi ancaman besar dari negara luar.

    Malang sekali Abdullah Badawi tidak mampu menilai dan menghargai peranan Suharto terhadap Malaysia.

    Persepsi berubah dengan perjalanan masa. Kalau dulu Suharto disanjung membangunkan Indonesia dan membebaskan rakyat Indonesia dari belenggu kemiskinan, hari ini beliau seringkali dikecam dengan pelbagai tuduhan.

    Lupa akan sejarah menjadikan kita bangsa yang kehilangan nilai murni dan bangsa yang tidak tahu berterimakasih dan menghargai peranan serta jasa orang yang berbakti kepada kita.

    Inilah bangsa zaman hadhari.

    Tepat sekali!

  5. Our PM overslept lah! that’s why he missed the plane.


Leave a comment