Wajarkah gelaran ‘Datuk’ Anwar Ibrahim ditarik balik juga?

Baru baru ini, usahawan terkemuka Dato’ Amin Shah Omar Shah telah dilucutkan dari gelaran ‘Datuk’, oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor.

Dipetik dari Utusan Malaysia:

01/02/2008 11:57pm

Selangor tarik balik gelaran Datuk dari Amin Shah Omar

SHAH ALAM 1 Feb. — Kerajaan Selangor hari ini menarik balik gelaran Datuk yang diberi kepada Amin Shah Omar berkuatkuasa 31 Januari 2008, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah menjunjung titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berunding dan bersidang di Dewan Diraja Selangor kali ke-124, semalam.

“Keputusan itu dibuat kerana ketidakjujuran dan salah laku yang bertentangan dengan status Darjah Kebesaran berkenaan,” katanya.

Darjah Kebesaran Datuk Mahkota Selangor (DPMS) itu dikurniakan pada 1996.

Amin Shah, 53, yang merupakan antara tokoh korporat terkemuka negara era 90-an terlibat dalam pelbagai perniagaan di dalam dan luar negara seperti kejuruteraan berat, pembinaan kapal dan hartanah.

— Bernama

Persoalan sekarang, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah seorang banduan dan pernah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kesalahan salah-guna kuasa. Segala usaha untuk melepaskan diri dari hukuman ini menurut proses undang undang telah sampai ke tahap maksima dan gagal. Oleh itu, beliau masih lagi taraf seorang mantan banduan.

Apakah beliau juga layak untuk dilucutkan dari darjah bintang bintang kebesaran negeri yang dikhaskan untuk wira, mereka yang berjasa dan wajar dianugerahkan sebagai pembesar negeri?

Jika dilihat, Anwar juga seorang yang bersekongkol dengan Yahudi Amerika Syarikat dan golongan ini merupakan mereka yang memberi sokongan kuat rejim Yahudi Zionis, yang berterusan menindas dan melakukan kekejaman kepada warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Disamping itu, agen agen keselematan Barat juga memberikan beliau sokongan dan perhatian teliti dalam aktiviti politik yang beliau kecimpung. Beliau juga tergamak memutar belitkan fakta dan memburukan nama baik Negara ketika diluar negara, semata mata meraih sedikit mileage politik sempit!

Beliau juga merupakan dalang dibelakang aktiviti aktiviti demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi ganas, lewat ini. Ini merupakan amalan biasa (SOP) Anwar Ibrahim, semenjak menjadi pemimpin pelajar lewat 60an-awal 70an dahulu dan beliau pernah ditahan dibawah ISA untuk dua tahun selepas demonstrasi kunun kunun bahawa ada orang mati kebuluran diBaling kerana kemiskinan pada 1974. Penglibatan Anwar sebagai dalang demonstrasi jalanan ini sampai kemuncak apabila peguambela beliau sendiri menyifatkan beliau sebagai ‘Pengkhianat’.

Sila lihat blog Barking Magpie untuk pendapat yang sama.

Published in: on February 3, 2008 at 1:19 pm Comments (6)

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/03/wajarkah-gelaran-datuk-anwar-ibrahim-ditarik-balik-juga/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 Comments Leave a comment.

  1. Betul banduan yang dijatuhkan oleh mahkamah KANGAROO yang famous dengan kata-kata “tak relevant” dipelopri oleh hakim HACKS mabuk.

    Kalu nak tarik,tariklah…awat ingat besaq sangat kah title datuk tu?

    poooooorah!!!!

    Kalau betul penghakiman Hakim Augustine Paul itu lemah, mengapa Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pun tidak membelakangkan penghakiman Mahkamah Tinggi itu?

    Besar ka, atau tidak ka, yang pentingnya, hari ini Anwar masih mengunakan nama beliau sebagai ‘Dato’ Seri Anwar Ibrahim’!

  2. Bukankah semua hakim itu adalah kroni Mahathir,
    walaupun Mahathir pura-pura buat lupa. Dzaiddin pun dah kata dia tak suka Yusoff Chin pasai dia tak rekomen gelaran Tun. Jadi apa lagi jalan lain yang ada bagi dia mendapatkan gelaran itu?

    Pikiaq2 mai…

    Clip video Lingam sedikit sebanyak dah londeh apa sebenarnya berlaku dalam sistem kehakiman kita. Kenapa Anwar tidak mau dipanggil oleh RCI itu? Pasai 3 orang ahlinya terlibat sedikit sebanyak dengan penghakiman Anwar. Jadi maukah depa berdepan dengan orang yang mereka hukumi secara tak adil dipelopri oleh Mahathir & goonsnya?

    cheer.

  3. amboi, a wat la hang dengki sangat.

  4. Gelaran ’Datuk’ anugerah raja
    Kemuliaan gelaran wajib jaga
    Bukti banduan 6 tahun penjara
    Raja penganugerah kaji semula

    Usah buat rakyat pening kepala
    Gerak laku anwar gugat negara
    Cukup PKR dan sealiran dikuda
    Majoriti rakyat wajiblah dijaga

  5. Amat mengejutkan untuk mendengar Amin Shah tidak lagi bergelar Dato’. Mungkin disebabkan penglibatannya dalam skandal PSC Dockyard & kapal peronda?

    Saya tahu anda berang… Amin Shah berkemungkinan besar rakan sekaki anda & B.M. (defence industry). Apa khabar beliau dari Dubai/London?

  6. Ini menunjukkan betapa haprak nya gelaran2 Dato’ yang bersepah disetiap ceruk di nagara kita.

    Kalau Sultan Selangor sudah bermula berfikir2 tentang martabat anugerah ini, ada juga yang lain pula yang menjualnya macam ikan di pasar. Yang menerimanya pun tabiat macam saudagar ikan di pasar.

    Selepas era Hussein Onn, Tan Sri juga sudah mula seolah2 dilelong macam ikan. Segala yang korporat yang menjadi keparat pun menerimanya sehingga tiada nilai martabat boleh dikembarkan dengan anugerah ini.

    Sudahlah di beri projek, di beri Tan Sri pulak. Seronok betul hidup macam itu.


Leave a Comment