Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah menunjukan ‘belang sebenar’ (true colours) KURANG AJAR, sebagai pemimpin parti chauvinis Cina yang memang terkenal dengan sifat anti Melayu itu. Hari ini, beliau mengumumkan bahawa kesemua 18 ADUN DAP yang menang pada Pilihanraya Umum XII (PRU 12) Sabtu lepas akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar (MB) Perak yang dijadualkan akan berlangsung esok dihadapan DYTM Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Laporan ini dipetik dari Bernama.com:
|
12 Mac, 2008 23:47 PM |
|
Pakatan DAP, PKR Dan PAS Di Perak Mula Kelihatan Retak
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan PAS yang pada mulanya bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Perak, kelihatan sudah mula retak.
Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak diarahkan supaya tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru, yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah esok.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan untuk melantik ADUN Pasir Panjang itu sebagai Menteri Besar Perak, amat mengejutkan dan membingungkan pemimpin-pemimpin DAP.
“Memandangkan pelantikan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak itu mewakili parti politik yang ketiga yang paling kecil dalam kerajaan campuran yang dicadangkan, ia tidak mendapat mandat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC),” katanya.
Beliau berkata sehubungan itu wakil rakyat DAP Perak tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan esok.
“Mesyuarat tergempar CEC yang diadakan di Pulau Pinang Ahad lepas sudah memberikan kebenaran untuk pembentukan sebuah kerajaan campuran Perak yang mengandungi 18 wakil rakyat DAP, tujuh wakil rakyat PKR dan enam wakil rakyat PAS,” katanya.
Lim, yang merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur berkata DAP bersedia menerima Pengerusi DAP Negeri dan ADUN Sitiawan Ngeh Koo Ham, atau ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar Perak.
– BERNAMA
PRU 12 yang selesai Sabtu lepas menampakan DAP menang 18 ADUN dari 59 DUN Perak. Dalam pakatan tidak rasmi Bukan BN, kerjasama DAP-PKR-PAS memungkinkan Kerajaan Negeri dibentuk bukan dari ADUN BN. Namun begitu, berlaku kemelut yang rumit dalam proses menentukan siapa yang layak dan ‘diterima’ istana untuk menduduki jawatan MB Perak.
Ini kerana PRU 12 melihatkan kerjasama DAP-PKR-PAS berjaya meraih 18-7-6. Oleh demikian DAP berhasrat untuk menduduki kerusi MB Perak. Walaubagaimanapun, Undang Undang Tubuh Negeri Perak jelas termaktub bahawa hanya orang Melayu-Islam sahaja yang layak dan berhak untuk dilantik kejawatan terutama negeri itu.
Oleh demikian, DAP tiada pilihan lain kerana mana mana wakil mereka yang dipilih melalui proses demokrasi, yang terdiri dari mereka Bukan Melayu-Islam tidak layak untuk dilantik.
Setelah berunding beberapa kali antara sesame mereka dan pihak istana, maka selesaian terbaik ialah MB Perak dilantik dari ADUN Melayu-Islam, samada dari PAS atau PKR. Setiausaha Pas Perak Ir. Mohd. Nizar menjadi nama yang paling tertinggi dari senarai mereka yang dikemukakan.
Oleh kerana kemenangan besar DAP luar jangkaan dan keengganan mereka menerima konsep ‘Perjuangan Negara Islam PAS’, maka hari ini Pemimpin DAP selama lebih 41 tahun itu mengumuman pemboikotan ADUN DAP dari upacara mengangkat sumpah esok.
Jelas parti chauvinis Cina ini tidak langsung menghormati Perlembagaan Negeri Perak dan Raja Melayu sebagai Ketua Negeri. Malah keangkuhan memboikot perlantikan MB Perak ini umpama ingkar kepada perkenaan baginda Pemangku Sultan Perak yang boleh disifatkan sebagai KURANG AJAR KETERLALUAN!
Sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia ialah Raja Perlembagaan. Sekiranya DAP angkuh dan ingkar untuk menghormati Perlembagaan dan Raja Melayu, maknanya DAP merupakan mereka yang tidak lagi layak menjadi warga Perak, jauh sekali pemimpin politik.
Ini bukan kali pertama DAP menunjukan KURANG AJAR mereka, selepas memenangi Pilihanraya Umum. Selepas memenangi banyak kerusi Pilihanraya Umum 10 Mei 1969, DAP merupakan pengerak utama siri perarakan sekitar Kuala Lumpur yang mencemuh dan menghina orang orang Melayu. Langsung ianya membangkitkan kemarahan dikalangan orang orang Melayu dan berlakulah peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969.
Apakah DAP dan Lim Kit Siang dengan angkuhnya sengaja cuba menjolok sarang tebuan api lagi, kali ini dengan tindakan politik KETERLALUAN dan KURANG AJAR ini? Apa untungnya masyarakat majmuk dan Negara Malaysia sekiranya tindakan KETERLALUAN dan KURANG AJAR ini akan membangkitkan kemarahan dan berulang kejadian yang semua pihak berusaha untuk elakan, hampir 40 tahun ini?
Sebelum ini, anak Kit Siang iaitu Guan Eng yang baru mengangkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang mengumumkan bahawa DEB tidak akan dilaksanakan dinegeri itu. Jelas kesilapan memberikan golongan KURANG AJAR ini kuasa terserlah hanya empat hari selepas menang!






PM Abdullah perlu bukti semangat patriotisme dan nasionalisme, dan berundur
PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke XII Sabtu, 8 Mac 2008 perlu berundur segera, untuk menyelamatkan UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN, atas alasan:
1. Rakyat memberikan mesej awal, yang diluahkan dalam perhimpunan raksaksa 10 dan 25 November 2007. Namun PM Abdullah dengan angkuhnya mencabar rakyat agar pergi ke peti undi
2. Isu isu dimana rakyat merasa kos hidup meningkat dan PM Abdullah ‘memperlekeh kepintaran’ rakyat
3. Isu isu melibatkan keluarga beliau terlibat dalam pelbagai keputusan Kerajaan, nepotism dan kronism tidak lagi boleh diterima rakyat
Kali terakhir Presiden UMNO di’hantar mesej’ sebegini ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan beliau sebagai seorang lelaki budiman, berundur secara terhormat. Banyak perkara positif berlaku kerana tindakan ini dan Malaysia menjadi progressif selepas itu.
Apakah dunia hari ini belum lagi belajar dan mengambil iktibar keangkuhan Adolf Hitler, tergamak membiarkan Jerman, sebuah kuasa perindustrian unggul dunia hancur sebagai ‘padang jarak, padang terkukur’, sebelum beliau membunuh diri apabila tentera merah Soviet menjarah kotaraya Berlin?
PM Abdullah perlu ada sifat kepertanggung jawaban dan pengunduran serta merta dari semua jawatan adalah cara terbaik untuk membuktikan bahawa sebagai pemimpin, beliau mempunyai sifat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi, mengutamakan fardu kifayah dan membatasi segala kepentingan peribadi.
BERUNDURLAH, UNTUK MALAYSIA, UNTUK MELAYU
*Perkembangan terkini, Khamis 14 Mac 2008 2.00pagi
Semalam, Rabu 12 Mac 2008, YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah mengutus sepucuk surat peribadi kepada PM Abdullah dan meminta beliau untuk berundur:
- Commentary
on March 13, 2008 at 21:18 Comments (4)