PM Abdullah perlu bukti semangat patriotisme dan nasionalisme, dan berundur

PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke XII Sabtu, 8 Mac 2008 perlu berundur segera, untuk menyelamatkan UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN, atas alasan:

1. Rakyat memberikan mesej awal, yang diluahkan dalam perhimpunan raksaksa 10 dan 25 November 2007. Namun PM Abdullah dengan angkuhnya mencabar rakyat agar pergi ke peti undi

2. Isu isu dimana rakyat merasa kos hidup meningkat dan PM Abdullah ‘memperlekeh kepintaran’ rakyat

3. Isu isu melibatkan keluarga beliau terlibat dalam pelbagai keputusan Kerajaan, nepotism dan kronism tidak lagi boleh diterima rakyat

Kali terakhir Presiden UMNO di’hantar mesej’ sebegini ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan beliau sebagai seorang lelaki budiman, berundur secara terhormat. Banyak perkara positif berlaku kerana tindakan ini dan Malaysia menjadi progressif selepas itu.

Apakah dunia hari ini belum lagi belajar dan mengambil iktibar keangkuhan Adolf Hitler, tergamak membiarkan Jerman, sebuah kuasa perindustrian unggul dunia hancur sebagai ‘padang jarak, padang terkukur’, sebelum beliau membunuh diri apabila tentera merah Soviet menjarah kotaraya Berlin?

PM Abdullah perlu ada sifat kepertanggung jawaban dan pengunduran serta merta dari semua jawatan adalah cara terbaik untuk membuktikan bahawa sebagai pemimpin, beliau mempunyai sifat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi, mengutamakan fardu kifayah dan membatasi segala kepentingan peribadi.

BERUNDURLAH, UNTUK MALAYSIA, UNTUK MELAYU

*Perkembangan terkini, Khamis 14 Mac 2008 2.00pagi

Semalam, Rabu 12 Mac 2008, YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah mengutus sepucuk surat peribadi kepada PM Abdullah dan meminta beliau untuk berundur:

suratmukhriz01.jpg

suratmukhriz02.jpg

 

Published in:  on March 13, 2008 at 9:18 pm Comments (4)

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/13/pm-abdullah-perlu-berundur/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 Comments Leave a comment.

  1. itulah yg susahnya bila manusia sudah tidak mempunyai perasaan malu…tidak bertanggungjawab dan syok sendiri…

    amat malang malaysia dapt perdana menteri macam ni….

    berundurlah………………

  2. Percayala:

    1. Pak Lah takan letak jawatan
    2. Kaki ampu akan menyelar Dato Mukhriz dan Tun M
    3. Ramai yang akan kata Dato Mukhriz tidak mengikut saluran demokrasi UMNO yang sewajarnya
    4. Dato Mukhriz dah tak boleh cari makan kat Malaysia
    5. Sekiranya Pak Lah tak letak jawatan segera, Malaysia akan diperintah pembangkang!

  3. Salam

    Dato’ Mukhriz dengan beraninya telah mempertaruhkan karier politik beliau. Beliau akan ‘dibelasah’ habis-habisan dan ‘dipancung’ oleh pihak-pihak yang berkenaan. Walaupun tujuan ikhlas beliau hanya ingin menyampaikan suara rakyat bawahan, tidak mungkin beliau terselamat daripada ‘hukuman’ pucuk pimpinan. Berbaloikah tindakan beliau ini? Apa pun, syabas kerana berani berterus-terang. Berlapik dan berkias pun ada HAD dan HARInya.

  4. TSUNAMI POLITIK,
    BN TERKEDU !

    Sesat di hilir, mudik ke hulu
    Penat berkayuh, sendiri tahu
    PRU 12 baru sahja seminggu
    Tsunami politik, BN terkedu

    Pak lah sendiri memberitahu
    Wawancara khas niat tertentu
    Mesej rakyat tak senang kalbu
    Hasil undian seperti kita tahu

    Dalam tangani situasi berlaku
    Penyebab kejadian wajib tahu
    Sekadar sebut sebab, tak perlu
    Kerja perawatan tak pilih bulu

    Faktor pak lah beserta menantu
    Kerja buat mereka gaya sepadu
    Macam tsunami, KJ loncat laju
    Tanpa jadi exco, KJ hampir satu

    Gerak KJ juruskan UMNO layu
    Politiknya, agar dirinya terbantu
    Proksi KJ banyak tempat ketemu
    Macam si anwar, mentornya dulu

    Terhutang budikah pada menantu
    Atau KJ hebat sangat punya ilmu
    Risikonya pak lah jadi haru biru
    Ahli UMNO tegur,kata cemburu

    Padah teguran Tun M diam bisu
    Masa berkuasa, dinasti tepi dulu
    Nasi jadi bubur, susahlah dibeku
    Terbaik elok pak lah undur dulu

    serling
    [15.03.08]
    sabtu


    p/s:
    -buat kesekian kali, minta sangat pak lah muhasabah diri banyak-banyak ! Tunku mantan PM pertama pun berundur . Tetap dihormati dan sanjungi BAPA KEMERDEKAAN!


Leave a Comment