Tun Dr. Mahathir: Betulkan balik parti dalam “Zaman Pembohongan” ini!

Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini berkata orang Melayu perlu tidak takut dan berani bangkit untuk bertindak, terutama apabila keujudan mereka telah diancam. Ini kerana UMNO telah dikalahkan di 5 + 1 negeri dalam satu pilihanraya sahaja.

Beliau menjelaskan bahawa sekarang ialah ‘Zaman Pembohongan’ kerana maklumat yang diputar belitkan (spin) melalui media. Orang disekeliling PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak memberikan beliau maklumat yang tepat (i.e.berbohong) sehingga yakin BN begitu kuat untuk menang besar dan membuat keputusan untuk pilihanraya 18 bulan pra-matang. Kepimpinan tidak sedar perasaan sebenar rakyat dan akar umbi kerana maklumat sebenar di’selindung’(insulate), oleh orang tertentu. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dikelilingi oleh “Kaki bodek (ampu)” dan “Kalau kita percaya orang macam ini, satu hari kita akan tenggelam”.

Ujar beliau menjelaskan dakwaan keatas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah itu, “Terpengaruh dengan pembohongan dan mengambil tindakan yang salah!”. Inilah hasil keputusan BN dalam Pilihanraya Umum ke XII pada 8 Mac 2008.

Beliau mengulas desakan UMNO Kedah dan Pulau Pinang menyuarakan hasrat mereka agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Ahli dan akar umbi UMNO perlu berani menyuarakan perasaan sebenar mereka, termasuk kepada pemimpin diperingkat Bahagian dan mengingatkan agar “Tidak berharap kepada orang lain untuk membuat pembaharuan sewajarnya”. Ini dihuraikan dengan sejarah yang menunjukan bahawa orang Melayu bangkit dan memperjuangkan hak mereka yang cuba dirampas British semasa Malayan Union hendak dilaksanakan pada 1946. “Sudah tiba masanya orang Melayu bangkit kembali untuk mengembalikan hak mereka”, ujar Negarawan 83 tahun itu.

Apa yang dilaporkan hari ini oleh media perdana telah di’putar belit’kan (spin) . Contoh yang diberikan ialah apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan UMNO Johor petang semalam.

Beliau juga mengulas bahawa “Rakyat sedang melalui proses pembohongan” dan mengambil contoh keputusan UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Johor yang dilaporkan dalam media sebagai contoh. UMNO sedang melakukan proses transformasi dan pembaikan dan pembohongan tidak akan membawa kepada hasil yang produktif.

Tambah beliau “Hari ini, Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan DAP merasa selesa dengan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kerana mereka yakin, rakyat akan makin meluat kepada BN dan UMNO!” dan ini akan membawa keputusan yang akan menghancurkan parti itu.

Turut hadir dimajlis ini ialah Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid. Beliau bercerita mengenai bagaimana dunia menganggap Tun Dr. Mahathir sebagai sumber inspirasi, termasuk Raja Al Malik Abdullah dari Saudi dan Zu Rhong Ji dari China. Keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengangkat orang yang tidak bertanding menjadi Menteri Kebinet dipersoalkan.

Sanusi menjelaskan bahwa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyalahkan Tun Dr. Mahathir kerana Operasi Lalang pada Oktober 1987 dan ketirisan Kehakiman, tetapi tidak menjelaskan sebab yang sebenar. Satu usaha untuk mengumpulkan sejumlah besar orang Melayu dikumpulkan diKuala Lumpur dan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan, terutama apabila Kehakiman membuat keputusan soal kerakyatan untuk 50 orang asing yang diperkudakan pemimpin DAP dan penghakiman akan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pada masa yang sama, ujud satu rancangan untuk membuat kekecohan oleh pihak tertentu dan berkepentingan menjadikan keadaan yang bleh mengugat keselamatan dalam negara. Mantan Pesuruhjaya Polis Dato’ J.J. Raj menjelaskan dalam bukunya bahawa Polis membuat keputusan penuh untuk menangkap kesemua 106 pemimpin politik dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kemungkinan berlaku huru hara dalam negara.

*Perkembangan dikemaskinikan pada 7.00pm

Semasa sessi soal jawab, Mantan Presiden UMNO itu menjelaskan bahawa tindakan yang akan diambil kepada ahli UMNO yang mengundi Pembangkang adalah tidak demokratik, kerana “Itu hak ahli UMNO”. Beliau menambah bahawa keyakinan perlu dikembalikan agar pemulihan disegerakan, bukan sahaja UMNO, tetapi juga MCA, MIC dan Gerakan.

Dalam sidang media, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa ahli UMNO “Perlu bertindak sekarang dan tidak perlu lagi bersandiwara”. Beliau juga menegaskan bahawa calon yang sesuai untuk menerajui Kepimpinan UMNO sekarang bukanlah wajar ditentukan oleh beliau, tetapi ahli UMNO.

Untuk soalan peralihan kuasa Kepimpinan, beliau menjelaskan bahawa mengikut tradisi UMNO, seorang Timbalan Presiden akan mengambil alih Kepimpinan dan tetapi buat masa sekarang, ianya terletak kepada ahli UMNO untuk menentukan siapa yang wajar memimpin. Isu sistem kuota dijawab apabila dibangkitkan.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa pada asalnya, sistem kuota diperkenalkan bagi membendung pemimpin mengunakan politik-wang untuk membeli pencalonan, sebagaimana berlaku dalam kes Anwar Ibrahim mencabar Ghaffar Baba pada pemilihan 1993. “Sekarang, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengunakan sistem kuota untuk ‘menekan’ sebarang persaingan”.

Bagi soalan laporan media mengenai keputusan pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan UMNO Johor berbeza dengan perbincangan tertutup, beliau mengulas sinis, “Tun Musa kata sekarang ada kebebasan media”.

Beliau juga menjelaskan bahawa peralihan perlu dilakukan sekarang kerana proses pemulihan parti mengambil masa yang lama. Sekiranya berlaku pertandingan, mungkin akan berlaku perpecahan parti kerana pertandingan itu sendiri akan mengundang emosi dan kadang kala melampaui batas.

Tun Dr. Mahathir mengaku sebahagian dari punca rakyat hilang keyakinan kepada BN dan menyaksikan hasil yang memberanjatkan semasa PRU 12 dan komen beliau ialah “Ya, benar. Kenapa saya nak sokong Kepimpinan yang tidak baik?”.

Apabila diminta mengulas kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Pembangkang tidak akan mencadangkan ‘undi tidak percaya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa Pembangkang berharap dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus menerajui Kepimpinan, ianya akan membawa kepada kepastian UMNO hancur, kerana rakyat meluat dan menolak parti itu. Oleh itu, “Lagi lama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berkuasa, makin teruk UMNO!”.

*Perkembangan dikemaskinikan Ahad 13 April 2008 2.30am

Laporan Bernama.com:

12 April, 2008 23:20 PM

Peralihan Kuasa Kepimpinan Umno Mesti Dilakukan Sekarang, Kata Tun Mahathir

KAJANG, 12 April (Bernama) — Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan “kita akan ada pilihan raya tidak lebih dari lima tahun.”

“Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk tarik balik orang parti kita yang telah undi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Penang dan juga Selangor, masa itu kita tidak dapat balik dah, sebab itu kita perlu bertindak sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada forum “Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, Di mana Silapnya” di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, itulah cara yang terbaik dan pertukaran antara Perdana Menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin.

“Kebanyakan daripada ahli sudah hendak kepada peralihan, beliau (Abdullah) mesti respons kepada desakan ini dan buat dengan cara baik. Kalau tidak nanti, nak ada mesyuarat untuk pinda perlembagaan, lepas tu undi tidak percaya… semua ini bagi imej beliau rosak aje,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata beliau tidak ada kena mengena dengan proses peralihan kuasa itu.

“Tak ada kena mengena dengan saya. Saya tidak terlibat dalam perkara ini. Beliau (Abdullah) perlu melakukan apa yang perlu untuk parti. Jelas bahawa daripada menyalahkan saya atau menyalahkan orang lain, beliau perlu bertanggungjawab kerana perkara ini berlaku semasa tempoh beliau memegang jawatan,” katanya.

Ditanya mengenai calon yang perlu diketengahkan sebagai pengganti Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata tradisi parti perlu diikuti sekiranya Abdullah meletak jawatan.

“Parti punya tradisi berkata bahawa apabila ketua letak jawatan ataupun undur maka timbalan akan ambil alih,” katanya.

Kepada soalan sama ada beliau menyokong Najib sebagai pengganti, Dr Mahathir berkata: “Ini bukan soal saya menyokong Najib atau tidak, ini soal tradisi.”

Dr Mahathir berkata untuk kebaikan, Abdullah mesti meletak jawatan sekarang.

“Tetapi jika beliau menunggu sehingga Perhimpunan Agung Umno, kita tidak tahu apa yang orang ini (perwakilan) akan katakan.”

– BERNAMA


*Perkembangan dikemaskinikan Ahad 13 April 2008 10.00pagi:

Laporan NST:

2008/04/13

Anwar as PM? Only if the Israelis vote him

KAJANG: Only the Israelites will vote Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Well, Haaretz (Israeli newspaper) thinks he is going to be the prime minister. It is the only paper in the world which thinks he is going to be the prime minister… he is the prime minister that the Israelis will vote for,” he said at a Malay leadership forum here yesterday.

Dr Mahathir said this in response to a question whether Anwar had any credibility to be elected prime minister.

Responding to a foreign journalist who said that Anwar received a big majority in parliament in the recent elections, Dr Mahathir said: “He (Anwar) didn’t get this huge majority that you mention.

“(It is not) because people like him. (It) is just because Umno lost or Barisan (Nasional) lost. (The voters) showed their protest by voting for the opposition. It is not because he is popular.”

He said that in 1999, with the black eye and all that, Anwar won only five seats.

“You know he had to suffer a black eye to get five seats. And in 2004, he had one seat. See? He is not popular.” — Bernama

About these ads
Published in: on April 12, 2008 at 17:38  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/12/tun-dr-mahathir-betulkan-balik-parti-dalam-zaman-pembohongan-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Zaman pembohong started with BN infiltrating the 4th estate…mainstream media become Party papers. Apa la….old generations is being phase out la. Kids nowadays, are more expose about what is democracy. We are the future, my fellow Malaysian. Take Charge!!

  2. Bravo!

    1000% agreed with Tun Dr Mahathir’s statements. Before I came here to read this article, I have posted my own perception regarding this issue in my own blog on Saturday, April 12, 2008 @ 11:47PM…

    CLICK HERE TO READ AND FEEL FREE TO COMMENT

    Salam Perjuangan!

    PEMUDA PELAPIS

  3. Saolannya, adakah semua ini disedari oleh ahli UMNO dan rakyat Melayu bahawa hak orang Melayu makin terpinggir seperti rakyat Palestin di tangan Israel, siapakah agen Israel kalau bukan Anwar dsan PKR.

    Pembinaan pusat ternakan babi secara besar besaran di tengah pendudukan orang Melayu bertujuan menghalau orang melayu secara halus. Kenapa ladang babi moden itu tidak dibuat di Ijok atau lain lain kawasan ketumpatan pemnduduknya bukan orang Melayu, hatta mereka sendiri pun tidak bersetuju.

    Mungkin Menteri Besar Selangor sekarang terlebih minum todi dari tuak.

  4. Kluangman.,

    Kalau Anwar agen Israel, kenapa KDN tak tangkap? Bahaya tu..bole mengancam keselamatan negara…atau bohong dan fitnah je…tak de bukti..

    Pasal projek babi tu..boleh mintak dokumen dgn MB Khalid berkenaan kelulusan oleh Khir Toyo N The Gang mengenai projek tersebut…Khir Toyo tu pemimpin UMNO kalau U nak tau..dia yg luluskan dlm kg Melayu…MB Khalid sambung je projek dia…Khir Toyo ada bincang dgn orang Melayu tak sebelum ni..??? Tak de?? Apa punya pemimpin bangsat Umno kenakan org Melayu sendiri…

  5. Dolah doleng kandaq jagung
    Rebah terguling duduk tercakung
    dolah doleng cakap bohong
    dia pikiag kita ni dok bawah tempurung..

    dolah doleng makan kundoq
    untuk selesa perut tambah ENO
    dolah doleng silalah undoq
    untuk hidup dan kembalikan UMNO

    pantun merapu… orang yang tak suka dolah doleng…keh..kehhh..

  6. Pembohongan!
    Yang sebenarnya PakLah mendapat maklumat yang salah, terutamanya pembantu-pembantu dan penasihat-penasihat di sekelilingnya dan laporan-laporan dari MT dan bahagia-bahagian tanpa laporan sumbang kalau ada laporan sumbang diabaikan dengan itu pucuk pimpinan membuat keputusan yang silap dan membuat merangka streegit yang salah akhirya keputusan yang mengkecewakan.
    Oleh itu perbetulkan sistem penyampaian maklumat yang lebih efisyen dan terkini.

  7. Menteri Besar Selangor sekarang tak sepatutnya cuci tangan dan menyalahkan Mantan MB tentang issue ini. Penyelesaian perlu dilakukan dengan lebih adil dan saksama. Mantan MB pun dah membuat penjelasan tentang issue sebenar. Sudah tentu orang2 politik ni nak menyalahkan satu sama lain, sepatutnye suara, kebajikan dan rintihan rakyat terutama umat Islam terjaga. Mungkin pemusatan ladang babi dengan kaedah kumbahan moden, selamat, menjaga persekitaran serta di area yang lebih sesuai sepertidi Pulau Ketam, Jinjang dan Ijok. Kalau ikutkan tak payahlah langsung buat ladang babi di negara ini, tapi.. tau-tau je la kan. Wahai orang biasa yang bagi komen selepas Kluagman, masalah tentang Israel, Masonic power ni memang dari zaman dulu lagi dah ada, macam2 cara halus mereka untuk menakluki negara Islam.Target mereka memang melalui orang politik, dulu pun ada meneteri kita yang pernah dipengaruhi , nasib baik dia telah resign setelah orang dpt tahu. Nak buat bukti secara terangan pun bahaya, silap2 habis negara kita. Kita pun kena handle situasi ni dgn cara halus dan bijaksama. Apa2 pun buang masa je kita sesama Islam bergaduh, sedangkan kuasa2 besar seperti Israel, Masonic ni dah mengatur langkah dan mengambil peluang. Sedar lah wahai saudara2 dan umat Isalm skelian. Jangan jadi seperti negara2 Arab. Kita kena melihat secara meluas.

  8. Dear Guys,

    Why is everyone asking Badawi to resign? The loss of BN GE2008 was the result of 50 years of UMNO politics of which 22 of those years were headed by Mahathir who destroyed what Tun Hussein Onn built in 5 years, the harmony among the races. The MSM were filled with lies. If you had viewed the recent interviews of the Anwar incident you will reliase the lies Mahathir spinned. Tun Salleh Abas suspension was also orchestrated by Mahathir and UMNO.
    Now the loss of GE2008 was due to many factors. The most glaring one is the destruction of the Hindu Temple 2 days before Depavali by Khir Toyol. Sources close to PM Badawi says that when Samy Vellu appealed to Khir Toyol he outrightly rejected. Then Samy Velu contacted the PM to help. PM summoned him to come to the Blue Wave Hotel in Shaha Alam where he was attending some function of the state govt and that Khir Toyol was also present. Sources say that Khir Toyol refused to even consider the appeal of PM to defer action until after Depavali. Finally at 3.45pm Toyol agreed to give 2 days in the presence of the PM to Samy Velu. However he failed to inform the Mayor of Shah Alam to stop the destruction which scheduled at 4pm. Apparently hye mockingly told Samy Velu that he can’t get hold of the Mayor. Samy Velu rushed to the temple to stop the destruction but was to late. In return he got belted by the devotees. This is what broke the camel’s back and gave rise to HINDRAF.

    So why is Khir Toyol not asked to resign? He went against the PM. Why sacrifice PM? If I was the PM I will make sure that RCI would really korek korek korek into Mahathir’s involvement in the judiciary scandal. Mahathir after destroying the nation for 22 years with the help of his cronies has the gall to accuse Pah Lah.

    Pak Lah is working very hard to hand back the country to her citizens. So give him the support.

  9. [...] ini merupakan satu ‘Pembohongan’ dan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mendesak agar ‘Parti dibetulkan (pulih) segera dan hentikan P… semasa dengan UMNO Bahagian Ulu [...]

  10. Dr Mahathir is not interested in UMNO’s welfare very much. What his interest now is make sure Pak Lah steps down. This is important to him because the longer Pak Lah stays in power the more corruption of his will be revealed which will tarnish his legendary position.
    I hope Malaysians especially UMNO guys guys don’t fall prey to Mahathir’s conspiration

  11. Well honuorables,

    I was really amused & laughed out loud (LOL) you people are so easily swallowing without a chew. Anwar is the jews agent? PKRese jews agent? Wow, how would you apoligize to the thousands of PKRese for saying this?? What a sin.
    Let’s compare between a jew and UMNO.
    The jews will never ever supress jews. Be it black or white jews.
    UMNO, supressed the people, cronism, nepotism, just name it, it’s there.
    The worst jew is better than UMNO.
    89′ Anwar is a sodom. 2007, “dia tak salah, saja, saya ada kuasa” – Dr. M.

    Now Anwar and PKRese are Yahudi…. Oh my, my,. Half baked mentality.

    Until you prove factually with papers and witness as per Islamic rule in adultery ‘seperti keris masuk kesarungnya”, please keep your words to yourself or you are living in sin.

    Now that you are charging others as jews or agents of jew… repent la brader.

  12. Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002.

    Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.

    Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987.

    Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel.

    “Saya fikir lebih baik beliau menjawab isu-isu berkenaan,” tegas Anwar.

    cheers.

  13. Remember George Soros?

    He is a Jew, you know?

    Is he a friend to TDM of DSAI?

    Anyone care to answer?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,089 other followers

%d bloggers like this: