Mukhriz: Pemuda UMNO harus suburkan peranan pendesak
|
01 Mei, 2008 20:57 PM |
|
Pemuda Umno Harus Suburkan Peranan Pendesak Dalam Sampaikan Mesej Rakyat Kepada Pucuk Pimpinan
KULAI, 1 Mei (Bernama) — Pemuda Umno harus menyuburkan peranan sebagai pendesak dalam menyampaikan mesej rakyat kepada pucuk pimpinan selaras dengan hasrat akar umbi yang mahukan perubahan kepimpinan dan kemajuan negara.
Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata sudah tiba masanya anggota-anggota Pemuda tidak perlu takut dikatakan tidak menyokong kepimpinan, sebaliknya meletakkan Umno di landasan yang betul demi kemajuan orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini.
“Ahli-ahli kita malah rakyat juga melihat Pemuda sebagai saluran untuk sampaikan maklumat kepada pucuk pimpinan. Kadang-kadang bila pemimpin buat sebarang keputusan, ia mendapat reaksi dari akar umbi. Jadi, peranan Pemuda adalah untuk sampaikan mesej dan sekiranya benar-benar tidak setuju maka biarlah Pemuda yang mainkan peranan itu.
“Peranan seperti ini seringkali dilakukan dulu, walaupun Pemuda tidak sependapat dengan kepimpinan tetapi kerana sebenarnya ia mencerminkan permintaan ramai, akhirnya pemimpin terima juga pandangan dan pendirian Pemuda. Jadi, ini peranan pendesak yang harus dimainkan Pemuda,” katanya.
Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata demikian kepada pemberita selepas majlis dialog anjuran Pemuda Umno Bahagian Tenggara di sini Khamis. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara Suhaimi Khalid.
Beliau berkata Pemuda Umno di bawah kepimpinan Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jangka masa 10 tahun ini dilihat turut memainkan peranan sebagai pendesak yang dilakukan secara berhemah.
“Hishammuddin mahu Pemuda dilihat sebagai kumpulan yang bersifat intelektual dan berhemah dalam hujah dan dalam masa yang sama berpegang teguh kepada perjuangan Umno,” katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau mengalu-alukan ramai anggota Pemuda bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Disember depan sebagai membuka ruang membawa visi masing-masing untuk memperjuangkan Umno.
Katanya perebutan itu sewajarnya dilakukan secara berhemah dan beliau sendiri berazam menawan kembali lima negeri yang tewas kepada pembangkang selain mengembalikan martabat Umno.
“Saya harap ramai yang tampil bertanding. Kita buka ruang supaya semua orang boleh bawa misi yang mahu disampaikan,” katanya.
– BERNAMA
The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/01/mukhriz-pemuda-umno-harus-suburkan-peranan-pendesak/trackback/


peranan pemuda sebagai kumpulan pendesak, sepertimana yang diamalkan pada suatu ketika dahulu, diharap akan dapat membentuk satu sistem pemeriksaan dalaman umno agar selari dengan harapan rakyat yang semakin pelbagai dalam pandangannya. kehilangan suara pemuda sebagai kumpulan pendesak yang dirintis oleh anwar ibrahim yang menewaskan suhaimi kamaruddin sebagai ketua pemuda telah melahirkan umno yang hanya mempunyai satu suara, suatu keadaan yang menjengkelkan rakyat apabila pucuk pimpinannya menyeleweng daripada perjuangan. semasa zahid hamidi menerajui pemuda, beliau seolah-olah cuba untuk menjelmakan semula pemuda sebagai kumpulan pendesak melalui ucapannya yang menyentuh mengenai kronisme dan sebagainya pada perhimpunan pemuda tetapi nyata kemudiannya bahawa sikapnya itu bukanlah zahir daripada hati nuraninya demi kepentingan rakyat melainkan semata-mata diperalatkan oleh pihak lain demi kepentingan peribadi. selama 10 tahun pemuda di bawah hishammuddin, yang melibatkan umno bertukar pucuk pimpinan, pemuda terus mengambil jalan selamat untuk tidak melakukan sebarang tindakan mendesak. selepas beliau beroleh naib ketua yang juga menantu pm, harapan untuk melihat pemuda kembali bertaring sebagai kumpulan pendesak terus padam dan umno terus hanyut apabila pucuk pimpinannya mengambil mudah terhadap segala suara yang kritis terhadap tindak tanduknya. bayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya naib ketua sekarang ini dipilih pula untuk mengambil alih kepimpinan pemuda manakala bapa mertuanya terus menerajui kepimpinan umno. kewujudan pemuda sebagai kumpulan pendesak amatlah penting untuk memastikan bahawa umno mempunyai kaedah pengimbangannya sendiri dan tidak mudah tergelincir daripada perjuangannya. karakter ketua pemuda juga amat mempengaruhi penilaian rakyat terhadap umno sebagaimana yang diperlihatkan oleh watak arwah syed jaafar albar dan arwah datuk harun idris dahulu.
Apabila Hisham memohon maaf kerana menghunus Keris, itu bukan tabiat pendesak, tetapi tabiat tunduk apabila didesak. Undur sahajalah Hisham dari apa2 jawatan sekalipun. Beliau tidak layak lagi menjadi pemimpin politik Parti Melayu.
Melayu sekarang haru biru..