Mukhriz: Karpal dan Kit Siang ekstremis / Raja Petra anarchist dan DEB semua merasa nikmat

Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir mala mini menegaskan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP merupakan golongan ekstremis dan sengaja mengunakan apa peluang dan ruang, termasuk dalam Dewan Rakyat untuk mengelirukan keadaan dan menimbulkan keresahan dan kemarahan golongan majoriti manakala Pengarang Malaysia Today.net Raja Petra Kamaruddin pula disifatkan sebagai ‘Anarchist’.

Beliau menegaskan demikian dalam sessi soal jawab program Wacana Generasi Muda anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO petaling jaya Utara di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya bagi menjawab kepada satu pertanyaan mengenai kedua orang MP veteran Pembangkang anti Melayu itu dan Raja Petra yang disifatkan seorang peserta sebagai “Cyber-Arnachist”.

Dalam ucapan, beliau menjelaskan bahawa Peralihan Kuasa yang didambakan ramai ahli UMNO peringkat akar umbi amat perlu bagi mengembalikan keyakinan dan kemudian sokongan rakyat kepada UMNO. Walaupun Peralihan Kuasa atau pertandingan jawatan Presiden mungkin disifatkan sebagai menghalang pembangunan parti pasca Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12), ianya diumpamakan sebagai pergerakan strategik yang perlu diadakan. “Macam kita mahu melompat sebuah parit yang besar, kita perlu berundur dan lari untuk mendapatkan momentum agar mampu melepasi parit itu”.

Beliau membuat analisa bahawa apa yang berlaku kepada UMNO dan BN dalam PRU 12 merupakan “Kegagalan Kepimpinan menyelesai masalah, terutama isu dalaman dan UMNO dan BN dihukum kerana kegagalan ini”. Kelemahan Kepimpinan ini memberi peluang anasir seperti Karpal dan Kit Siang kini berani mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berbaur hasutanya. Kini masa paling sesuai untuk UMNO menentukan orang bagaimana yang wajar memimpin parti dan mengariskan kriteria ini

- Ahli UMNO yang berani bercakap dan menyuarakan aspirasi akar umbi dan rakyat

-Ahli UMNO yang tidak mementingkan dan berharap peluang perniagaan, kontrak dan kedudukan harus ditolak dan ketepikan

- Ahli UMNO yang tidak mengamalkan ‘Politik Wang’ – UMNO dan negara akan terjual sekiranya pemimpin seperti ini diketengahkan dan UMNO pernah menyaksikan episod ini pada 1997-1998.

Beliau juga menjelaskan dengan mendalam mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang kerap dan begitu mudah disalah tafsirkan, untuk kepentingan sempit pihak pihak tertentu. DEB adalah program untuk membantu majoriti rakyat Malaysia yang tiada peluang apabila ianya dilaksanakan, mereka yang tidak termasuk dalam kumpulan sasar juga mendapat hasil dan kenikmatan dasar.

Proses penilaian dan perundingan semula semula DEB yang dibuat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada 1990 melihat parti Melayu, seperti UMNO, PAS dan Semangat 46 bergabung dan padu tenaga dan idea untuk menangkis parti Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP, demi kepentingan orang Melayu; contoh ialah sistem kuota. Malangnya, setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan menubuhkan gerakan Barisan Alternatif, MAPEN II (2000), kerjasama startegik untuk kepentingan Melayu tidak berlaku kerana PAS dan PKR enggan memberikan kerjasama sebagaimana sepuluh tahun sebelumnya.

Mukhriz juga menjelaskan panjang lebar bahawa orang Melayu memerlukan kerjasama strategik orang Bukan Melayu kerana DEB dilaksanakan bukan sebagai dasar “Robin Hood”, tetapi memperbesarkan ‘kek ekonomi’ dan golongan Bukan Melayu memainkan peranan menjana pertumbuhan ekonomi yang orang Melayu juga turut nikmati. “Cara kita ialah sikap terbuka dan memberi peluang orang lain datang mencari rezeki, asalkan hak kita terpelihara dan kita berpeluang untuk terlibat dalam pencarian rezeki itu secara aktif”.

Bagi konsep ‘Permuafakatan’ pula, UMNO merupakan pengamal konsep ini, melalui kesediaan ‘kongsi kuasa’. “Orang yang benar benar menghayati Islam tidak akan melakukan ketidak adilan dan bersedia untuk member ruang, selagi perjuangan kaum itu (nasionalism) itu tidak membelakangan Islam”.

Mukhriz juga mengingatkan Pemuda UMNO bahawa pewaris Kepimpinan parti ini perlu ada jatidiri yang jitu dan sifat Pejuang Bangsa yang menebal, tanpa perlu ‘menghunus dan mencium Keris’. “Biar kita hunus dan cium Keris itu dalam sanubari kita, setiap hari dan kita suburkan semangat juang itu dalam tekad Perjuangan”.

Published in: on May 8, 2008 at 2:01 am

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/08/mukhriz-karpal-dan-kit-siang-ekstremis-raja-petra-arnachist/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 Comments Leave a comment.

  1. On May 8, 2008 at 6:10 am cam Said:

    there you go dude!! word up!

  2. On May 8, 2008 at 10:36 am whackthembugger Said:

    Bravo, its about time…. speak your mind up and with more to come.

  3. On May 8, 2008 at 11:09 am sunshine Said:

    kalau boleh, minta saudara bigguy terangkan dengan terperinci ttg DEB. if it is possible too, make an unbiased comparative study between DEB and Agenda Ekonomi PKR.

    Because i’m quite fed up with people including my own people telling me DEB is rubbish.

    thanks bigguy

    sunshine

  4. On May 8, 2008 at 12:10 pm msleepyhead Said:

    saya faham ini blog ahli umno, tetapi yang saya hairan ialah kenapa kaum2 lain tiada masalah dengan isu ekonomi yang sering diulang ucap oleh umno. saya tidak pernah terdengar kaum iban/kadazan/orang asli/dsb mengeluarkan kenyataan bahawa hak2 istimewa dan kepentingan ekonomi mereka tergadai disebabkan kaum melayu/cina/india? kalau masih tidak boleh bertanding/cari makan secara adil dan saksama dalam negara ini walaupun sudah diberikan peluang/bantuan/kelonggaran, apatah lagi dengan negara2 asing yang sudah jauh ke depan dalam era globalisasi ini. sebagai pemegang kuasa politik negara, umno haruslah memimpin melalui teladan dengan memberitahu kepada orang melayu supaya berdiri sama tinggi dan berlari dari garis permulaan yang sama. takkanlah kalau nak masuk olimpik pun suruh negara lain beri kelebihan untuk berlari dulu sebab orang melayu masih memerlukan bantuan lagi dan belum bersedia untuk bertanding seperti pelari lain dari negara yang lebih maju. hendak seribu daya,…

  5. On May 8, 2008 at 12:50 pm sunshine Said:

    msleepyhead,

    you’ve got it right on every count but one - that we were given a headstart.

    are you sure the malays generally were given a headstart. we’re talking about pakcik2 pesawah, pekebun, penoreh, petani? tak usahlah fikir ttg bangsawan/bourgeois berbangsa melayu, sesungguhnya mereka itu semakin kaya dan kaya.

    perlu kah msleepyhead diberitahu ttg ini?

    tolong lah. fikir.

    saya tak peduli langsung ttg orang2 kaya, within umno or outside umno.

    what about those people yg masih ketinggalan, be it any race?

    how do you want the East Malaysians to complain when we’ve given them autonomy, having their own Ministers and Ministries? I thought that was what they want. So we left them in peace. Hence, they have no qualms.

    let me be very clear on one thing, i’m not an umno or pkr or pas follower, i’m just a plainman, a layman.

    but to think that my race was given a headstart, is a definite ludicrous.

    it’s the chinese who should ’start at the starting grid, not start first and shout later, run forest run!’

    don’t you see this?

    Demi Allah,

    saya fikir we’re better off without chauvinist chinese in this country.

    kenapa termakan dengan tuntutan Malaysian Malaysia ini? sejak bila kita jadi barua pada bangsa sendiri?

    terus terang saya fikir, Malaysia ini terlalu ghairah inginkan kemajuan. Progress konon. Selalu ditunjukkan perbedaan antara US, Britain, Singapore, Hong Kong.

    Mereka lain, kita lain. Kita ada cara kita sendiri mentadbir negara ini.

    Salahkan pemimpin, bukan salahkan bangsa.

    Tukar pemimpin, bukan menukar bangsa.

    Mimpi lah kamu jika fikir chauvinist cina itu inginkan Malaysian Malaysia!

  6. On May 8, 2008 at 1:04 pm sunshine Said:

    Maaf bigguy,

    Pada pandangan saya yg cetek ilmu ini, saya fikir kalaulah Tunku Abdul Rahman atau Dato Onn can foresee their comrades’ descendants would have acted in current manners, they wouldn’t think twice to put the Independence idea on hold.

    Saya fikir, sedih sekali, kita dikhianati.

  7. On May 8, 2008 at 1:56 pm Mentiga Said:

    Sdr BGDC,
    Saya hanya ingin respon kepada kes yang dihadapi oleh Raja Petra Kamarudin.

    Suatu masa kira-kira lebih setahun lalu, sdr ada bangkitkan isu mengenai “kemampuan undang-undang” Malaysia dikuatkuasakan keatas entiti maya dalam Forum Mykmu.

    Saya telah berhujah dengan sdr bahawa undang-undang negara ini mencakupi entiti maya asalkan pengendalinya berada di bumi Malaysia. Namun sdr menyanggah pendapat saya dengan alasan, antaranya entiti maya tidak boleh didakwa kerana berada diluar Malaysia.

    Merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah seperti kes Raja Petra vs Nordin Kardi dan yang terbaru, Raja Petra yang didakwa dibawah akta hasutan, yang mana kedua-dua kes itu materialnya ia-lah artikel yang ditulis dalam entiti maya, maka pendapat yang saya pegang selama ini adalah benar.

    Oleh itu menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dialam siber bahawa selagi kita berada dalam negara ini, maka kita tetap tertakluk dibawah kuatkuasa undang-undang negara ini.

    p/s
    Kenapa tak boleh login Beritakmu sekarang ni?

    Sekarang ini, tanggung jawab Pendakwaraya untuk membuktikan bahawa Raja Petra yang menulis artikel berkenaan, sekiranya beliau menafikan menulis dan menerbitkan artikel tersebut. Sekiranya gagal dibuktikan, maka Raja Petra tidak boleh diadili, dengan undang undang sedia ada, termasuk bawah Akta Hasutan.

    Sekarang ini, tunggu sehingga perbicaraan kes ini bermula.

    Dalam kes saman Tan Sri Dr. Nordin Kardi, keengganan Raja Petra membuat apa apa, termasuk menghantar peguam menunjukan terlalu banyak sikap dan sifat seseorang, yang tidak menghormati apa apa langsung.

    Mengenai Berita MyKMU, ini perlu dimajukan kepada teknikal webmaster portal tersebut

  8. On May 8, 2008 at 4:23 pm jebatmustdie Said:

    I think there is an honest mistake regarding the DEB and its perceived problems. I do not know why the chinese and the indians are troubled with it. In the first place, the DEB ended in 1990. It was replaced by DPN (1991 - 2000), Dasar Wawasan Negara (2001 - 2010) and I believe, after 2004, DWN was enhanced to become Misi Nasional. Misi Nasional should be the backbone guideline in developing Malaysia. This fallacy of believing DEB is still active should be stop. I find that the Umno leaders themselves who kept on harping on this non existence policy. If they continue to harp on this issue, no wonder the other races will keep on discussing and disagreeing about it. Misi Nasional has 5 main ‘Teras’. All politicians in BN need to memorize this by heart. Although Misi Nasional was created during Pak Lah’s time, I believe it is a good basis to develop Malaysia. Take note that there is no perceived discrimination between races in Misi Nasional. Take Teras 3 for example, ‘menangani masalah ketidakseimbangan sosiekonomi yang berterusan secara membina dan produktif’. It doesn’t state any preference to alleviate the household income on a particular race.
    Therefore, politicians all around should stop harping on the DEB. Concentrate on the Misi Nasional so that everyone can just keep their mouth shut and stop bickering between themselves and focus on building the nation for a change. The time to scream and rant for the purpose of gaining political mileage is over. You don’t deliver in prospering all the people, kindly leave your job.

  9. On May 8, 2008 at 4:25 pm jebatmustdie Said:

    Reading the above comment,I may seem like talking nonsense. So here’s the link to Misi Nasional for everyone’s reading pleasure. Enjoy. :)

    http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/misi.pdf

  10. On May 8, 2008 at 6:05 pm msleepyhead Said:

    sunshine,

    maaf kalau bertanggapan demikian, tetapi itulah yang dilihat dan dirasai sendiri. apa yang dimaksudkan adalah seiras dengan pandangan saudara/i, pertolongan perlu diberikan kepada mereka yang benar2 memerlukannya tetapi apa yang boleh dilihat, mungkin istilah ‘headstart’ tidak betul dalam konteks ini tetapi tentulah diakui banyak program untuk membangunkan bumiputra telah dijalankan, khususnya dalam bidang pendidikan sendiri sahaja. memang betul, anak2 pesawah/petani/nelayan yang hidup di luar bandar perlu dihantar ke sekolah berasrama untuk diberikan peluang pendidikan yang sama, tapi takkanlah majoriti kaum bumiputera miskin dan memerlukannya. ini termasuklah mrsm, matrikulasi dsb.

    saya tiada masalah dengan semua ini, tetapi kalau masih terasa ‘dibaruakan’ di tanah air sendiri, bagaimana pula rasanya orang2 asli dan bumiputera lain.

    saya juga bersetuju dengan sunshine agar kesemua rakyat diberikan peluang untuk bertanding secara adil dan telah nyatakan di atas. oleh itu sebarang program perlulah seimbang dari bandar ke desa. turut serta model pertumbuhan/pembangunan ala HK/Korea/dsb tidak seharusnya diambil bulat, negara kita kaya secara semulajadi beserta sumber2 lain, tentunya terdapat hala alternatif selain pengindustrian untuk membangunkan rakyat. apakah gunanya jadi kuli murahan di kilang2 milik asing? tetapi inilah visi TunM yang dahulu, membawa masuk berbilion pelaburan asing. kalau saya, saya lebih rela berkebun dan mengerjakan tanah pusaka daripada menjadi hamba zaman moden.

    apa salahnya kalau bergaji rendah dan hidup sederhana, janganlah disamakan dengan kemiskinan. kalau boleh hidup daripada kemurahan alam semulajadi seperti orang asli tanpa perlu pertukaran wang. bukankah itu juga satu cara hidup yang mulia, tanpa perlu bertungkus lumus bekerja pejabat untuk membeli kereta, rumah, pc, dan bayar bil elektrik dan internet supaya boleh tulis dalam blog ini. haha.

    retorik betul. sambung lagi nanti, perlu kembali bekerja kononnya.

  11. On May 8, 2008 at 6:08 pm sunshine Said:

    thanks jebat!

    i will study these national policies.

    so what they’re saying abt jebat in old melaka was true, clear concise! cheers mate.

  12. On May 9, 2008 at 12:54 am beritadarigunung Said:

    Dulu ada Melayu kaya. Di Perak, namanya Ngah Ibrahim. Orang Putih campak dia ke Seychele. Harta, Ladang, Lombong, kapal hilang begitu saja.

    Itu cerita lama, dengan perspektif sejarah, dengan senario Orang Putih nak rampas Perak. Raja pulak dilaga-lagakannya.

    Melayu masih boleh laju kedepan. Melayu umumnya boleh bersatu dan maju. Sejarah dulu bersepah dengan kisah orang Melayu disisih, dilaga-laga dan diperkecilkan.

    Mesti ada yang sedar kenapa orang Melayu mahu dipecah-pecahkan. Mesti juga ada orang Melayu yang berusaha untuk menyatukan bangsa yang malang ini.

    Keghairahan Anwar mahu jadi Perdana Menteri harus diteliti dalam perspektif sejarah yang panjang. Mirip siapakah Anwar dalam catatan sejarah?, Dato Sagor?, Ngah Ibrahim?, Raja berebut takhta, orang putih? atau manusia biasa?

  13. On May 9, 2008 at 4:55 am berasiam Said:

    maka perbuatan singh tak pakai serban itu sejak akhir-akhir ini juga harus diperhati dan diteliti. dalam ghairah dia menyokong pak lah, hingga sanggup menyeru umno ambil tindakan ke atas tun dr mahathir, macam dia rasa dia lebih umno daripada ahli umno, tiba-tiba dia menempah kontroversi dengan menyentuh ucapan raja muda kelantan, kemudian tindakan paduka seri sultan perak serta raja muda perak, dan akhirnya ucapan perasmian sidang dewan rakyat oleh dymm ydp agong. nampak macam dia sengaja memanaskan keadaan supaya orang-orang melayu, khususnya ahli-ahli umno, memberikan fokus kepada tindakannya, lalu melupakan isu yang lebih utama iaitu kepimpinan umno. singh yang tak pakai serban yang sudah 26 tahun masuk parlimen ini sengaja mahu mengalih perhatian orang melayu dan masyarakat keseluruhannya daripada terus mempersoalkan kepimpinan pak lah. dia sengaja buat begitu. mana ada orang yang tidak boleh didakwa. dia rasa diri dia kebal daripada tindakan undang-undang agaknya. sultan dan raja-raja pun boleh didakwa, di mahkamah khas, inikan pula singh yang tak pakai serban. janganlah terikut-ikut sangat dengan rentak singa yang dah tak boleh berjalan. teruskan fokus kepada agenda yang lebih utama. lagi pun semua watak utama itu sekarang ini sama karpal, pak lah, anwar, dan dari pulau pinang semuanya. kot dah set cantik-cantik sambil pekena nasi kandar……

  14. On May 9, 2008 at 2:40 pm sinaran pagi Said:

    Orang politik dengan agenda politik. Rakyat biasa yang menderita. Saya berpendapat rakyat dewasa ini sudah mempunyai kematangan untuk menilai sendiri baik buruk sesuatu isu yang ditonjolkan oleh pihak tertentu bagi merealisasikan sesuatu agenda mereka. Malaysia mempunyai Perlembagaan dan Undang-Undang yang harus dipatuhi sepenuhnya.Pendakwaan yang ‘berpilih’akan membawa kepada kemudaratan institusi Kehakiman di kaca mata rakyat jelata. Tindakan yang tidak adil dan saksama akan hanya mengundang sikap ‘meluat’ rakyat kepada kerajaan. Walaupun sudah kehilangan 5 negeri ke tangan pembangkang tetapi nampak gaya kumpulan ‘pemimpin’ masih tidak sedar lagi. Apa nak jadi sekiranya keadaan ini tidak menampakkan sebarang kemajuan. Perancangan yang menyeluruh untuk menangani sebarang isu secara jitu amat perlu selain daripada tindakan dan kenyataan yang ‘ad hoc’. Beras tak cukup baru cari tapak tanam padi, harga kelapa sawit naik terus semua peladang tanam kelapa sawit, lepas itu harga getah naik tukar jadi ladang getah pulak. Rakyat Malaysia perlu ubah pemikiran jangka pendek. Perlaksanaan polisi dan penguatkuasaan seharusnya secara berterusan oleh pihak-pihak berwajib. Bas express ‘accident’ terus semua hebih pasal JPJ dan Polis Traffik tapi lepas tu, terus hilang sehingga timbul kembali dalam arus media perdana. Mentaliti sebegini harus dikikis bagi membawa negara Malaysia ke arah kemakmuran sebenarnya. Dulu sebelum pilihanraya nak jumpa Yang Berhormat boleh kah ? Tapi bila pembangkang turun padang dan berinteraksi dengan rakyat melalui laman internet terus semua individu yang masih bergelar ‘pemimpin’ membawa diri melayari laman internet. Kerja kena lebih biar kurang bercakap lagi baik….

  15. On May 9, 2008 at 3:20 pm sunshine Said:

    Dear msleepyhead,

    You can almost see what I’ve been trying to depict in our discussion which has gone off the topic.

    In a discourse, the Malays are diplomatic & always in definite respect of others. It doesn’t matter the subject or the audience or the participants.

    The thing I’ve seen now, setting into motion perhaps have almost likened to a plague is that all we care about is greenbacks, in our case bluebacks. I cannot understand the very fact that whilst the Malays are in the best knowledge of our lagging-behind-progress, most of us are buying without bargaining the very words that the politicians throw at us, in fact most of us took it verbatim.

    What I was trying to point out here is that, when we discuss about keeping the poor and unable in good hands, certain quarters would hurriedly claiming injustice, biased, discrimination, & the infamous word - marginalization. All these pointing towards the Government which quincidently all led by Malays.

    I understand that the Opposition is playing their part in the game ‘check & balance’, but they’re clamoring for something that is not worth of clamors. Both sides now are busy blaming one after another. No one bothers about how to tackle current issue, spiking food & commodities price, fair minimum wages for everyone, education system & standard, welfare & of course the current economics tide waiting ever so ready to crush us.

    Why is it both sides, Ruling Coalition & Opposition, worried so much about the controlling stakes in the Parliament?

    Why there are so many drama queens in the Parliament?

    And who the hell in the Parliament really cares about the People?

    To digress a little, the Malays do not have Sekolah Rendah/Menengah Jenis (Melayu). We even propose to the Chinese on Sekolah Wawasan. Dong Jiao Zhong were adamant about having Chinese/vernacular schools around in Malaysia, thinking that the Malays would obliterate their cultures. This is not so.

    We’ve given them quite a lot of advantages, mind you msleepyhead. I’m sure you notice this well if you see who is controlling Malaysia’s economy at present. And I’m saying this as I see it, Malays are happy to work ‘under’ the chinese, so long they are fair and unbiased. But like any other races, this come with a price, no?

    The only thing we’re sure about pre-election was Malays are a dominant force in politics, which the Malays generally hoping this would ‘balance’ the ‘imbalance’. Nowadays, we’re hearing weird claim of rights, confusing statement, even to the extent of near-treason statement & acts, acts of defiance against the Sultans.

    To my thought, I’m at loss. Disturbed and distraught of the events since post-election.

    Should I think of leaving this country to those who think they’re the ‘Truth and nothing but the Truth’?

    sunshine

  16. On May 9, 2008 at 4:10 pm msleepyhead Said:

    sunshine, i’m totally with you on every point. we need a united front against the rest of the world. all these trivial infighting is just slowing us down. injustice happens everywhere and we must do what we can as ordinary rakyats to help out on our own accord. the people must not be dependent on the government on all facets of their lives. the current political game thrives on this dependency to survive. we must make them serve us, not we them.

    my wish is only for everyone to realize that their destiny is within their hands, we have enough success stories of people from villages or estates or wherever making it despite their tough upbringing and environment.

    education is the way to go for the future generation, defensive and protectionist policies from all parties right now will only divide the people more. i’ve always been a proponent of a single national school system where all languages including some foreign ones are made available according to demand or wherever applies. obviously bahasa melayu is made the official medium for all subjects including science and maths, bm is good enough for that and has served us for so long before somebody came along and said that the standard of English is bad nowadays, and as if teaching it in those subjects will help.

    On the ‘Malaysian Malaysia’, I think it’s just another catchphrase like ‘Bangsa Malaysia’ or ‘Towering Malay’. IMHO, what’s more important is everyone’s feeling comfortable in their own skin, respectful of one another, not be overly sensitive to react to anything and everything, and like i said be able to enjoy the immense wealth of the country. Eg., in some instances Karpal should stay quiet, just as in others TunM should. But everyone wants to have their say and throw common sense out the window.

    You’re spot on, chauvinists have no place in this country, whatever the shade of their hide may be.

    Sorry to the BD for going off tandem, let’s wait for another post to share our 2 sens again. ;)

  17. On May 10, 2008 at 5:06 am perayau Said:

    Siapa tidak pernah dengar suara menyebut, ‘cabaran kita hari ini ialah di peringkat global. Rakyat perlu menyiapkan diri bersaing dalam arus globalisasi. Kita akan ketinggalan jika kita masih… ‘
    Maksud di belakang suara atas ialah:
    (minta maaf memilih tidak mencatat di sini. menghormati masing-masing mampu tafsirkan sendiri)

    Individu yang serius berminat hendak mengetahui siapa/pihak mana dalam negara yang mempunyai pemilikan wang dan aset yang tinggi, dirinya akan serius pula membuat penyelidikan untuk berjumpa jawapannya. Jawapan itu setelah diperoleh hanya akan tinggal jawapan jika tidak dihubungkait (bina korelasi) dengan apa-apa dalam kehidupan bernegara.

    Bila sentuh pasal negara, mana-mana negara punya asal-usulnya. Rantai sejarahnya tentu saja bukan sehari. Mungkin ada kes kekecualian yang sangat-sangat sedikit, Singapura barangkali.

    Penduduk Germany akan mempertahan sempadan tanah/lautnya dan kekayaan pada tanah/lautnya pada penduduknya. Dalam sejarah moden, apa yang telah terjadi di sana masih menyala sampai kini.

    Orang Melayu yang sudah berkerajaan bukan sehari bukan tahun 1957 bukan tarikh kontrak sosial disepakat, membina sempadan masing-masing di bawah institusi raja bukan sespesies Hitler yang menyembelih atau melupus pengenalan suatu etnik. Mungkin orang Melayu ialah satu bangsa yang paling tinggi kemanusiaannya dalam dunia ini dengan merelakan tanah warisan pusakanya dikongsi bersama dengan pihak lain yang datang mencari rezki (demi survival). Meski tempoh masanya sangat baru (tahun ini masuk 51 tahun) sebahagian orang Melayu malah sudah menolak warisan yang diwasiat moyang-moyang mereka. Seolah-olah permainan yang ingin diwujudkan ialah Tanah Melayu ini (sekarang Malaysia) baru dijumpa. Atau paling-paling baru 51 tahun dijumpa.
    (saya tidak tahu adakah wujud bangsa lain di dunia ini yang melihat sejarah bangsanya hanya berusia 51 tahun)

    Pemilikan wang, aset dan saham semasa yang tinggi bukan sekadar boleh dipandang pada sudut kemewahan hidup. Ia ada kaitan dengan ‘hubungan sesama manusia’ dan ‘estetika hidup’ yang sudah muncul dan akan muncul di lingkungannya.

    Bagaimana lazim hubungan sesama manusia (kemanusiaan) antara pekerja dan majikan? Siapakah yang akan mencorak estetika hidup pada lingkungan yang mana akan ditempuh dan dialami oleh pendiaminya?

    Berterus-terang di sini, pengenalan pemilikan ekonomi pada mana-mana kaum di atas tanah warisan moyang saya tidak boleh diteruskan. Orang Melayu tidak boleh berterusan memberikan wang hasil keringat peluh mereka pada peniaga, kebetulannya bukan Melayu. Sebut saja bila dan apa - menyambut perayaan, keraian kahwin, merai persalinan anak ke sekolah, beli segala bahan binaan buat rumah (kecil atau villa), mengisi kelengkapan rumah eletrik dan perabot (sederhana atau mewah), kelengkapan tambahan di hardware, dan lagi, lagi, lagi… bermula dari punca pengeluaran (kilangnya), pengedar(pihak yang sangat besar kuasanya dalam menentukan stok, pengilang pun memain peranan) dan kedai (tempat orang Melayu belanjakan wang mereka seperti disebut di atas). Kuasa pihak ini lebih besar dari parti MCA, DAP dan GERAKAN.

    Tanpa ada keseimbangan di sini, kekayaan berasaskan kaum tidak akan terhenti. Menggerak supaya orang Melayu dapat wujudkan keseimbangan di sini, walau apa caranya selagi tidak merampas, merompak kekayaan yang sedia ada pada pihak lain adalah suatu tindakan bijaksana yang berprinsip. Dengan ini ‘hubungan sesama manusia’ antara orang Melayu dan Cina akan menjadi kebanyakan, tanpa ada perbezaan menjolok. Jadi menjadi lebih manusiawi.

    Manakala estetika hidup lingkungan pula akan dipacu oleh orang Melayu (apabila keseimbangan terjadi) -slanga cakapnya, simbol-simbol (apa saja), seni bina bangunan, kehidupan malam (ini sangat besar maknanya pada anak muda walau di mana saja), tatacara berurusan dll. Hal ini langsung tidak keterlaluan kerana di sini ialah alam Melayu. Yang lain-lain boleh bersama-sama (tidak timbul hendak menafikan yang lain-lain) tetapi yang memacunya tetap dari alam sini.

  18. On May 10, 2008 at 2:31 pm Firdaus Said:

    I see the making of a leader.

  19. On May 12, 2008 at 3:53 pm globalmalau Said:

    Izinkan saya menulis sikit sebagai tanda kita berinteraksi…Sebenarnya kita lambat bertindak untuk menstabilkan bangsa…kita telah ketinggalan….kita tidak usah marahkan orang yang didepan…mereka itu adalah orang yang berjaya…Marilah kita berusaha sungguh2 untuk kedepan untuk mencari formula untuk bermuafakatan semua bangsa dimalaysia…tak guna cari sebab…perkara dah berlalu…usah di ungkit ungkitkan …tidak mendatangkan faedah lansung…apapun ketenangan dimalaysia setiap masa menunjukkan malaysia adalah negara aman…cuma kita saja menampakkan negara eolah olah tidak aman…kita banyak menghasilkan angan angan masa depan yang belum pasti terjadi…
    yang jelas taufan memilih negara munkar untuk dibelasah…mengapa tidak dimalaysia…Salam pada semua

  20. On May 13, 2008 at 7:02 pm sunshine Said:

    globalmalau

    I concur, but on the fact ‘yang jelas taufan memilih negara munkar untuk dibelasah, mengapa tidak dimalaysia’, i just simply can’t.

    You’ve accepted the fact that Malays are lagging behind but you took only one second to deduce Burma as ‘infidel state’, and effectively, Burmese as worthless, hence they horrifically deserved the typhoon.

    on that basis, I guess the sectarial Jewish is the ‘Chosen One’ afterall, no?

    Do you stop to ponder awhile if you have a heart left in you?

  21. On May 13, 2008 at 9:26 pm perayau Said:

    gue tak beli nada dakwah habis tempoh. lagi pun sapa marah orang di depan globalmalau? kalau ada bernada serius, itu mungkin berkait pada keyakinannya.
    dipendek cerita, bawalah hujah. kawan, setakat utarakan yang umum-umum, pada satu perspektif itu sikap tidak menghormati orang lain pun ada fikiran. dengan hormat-menghormati dahulu, barulah mendorong muafakat. dan sejak bila yang umum-umum itu boleh menyelesai apa-apa? jika subjeknya tidak difaham, tidak pun jelas?

    huraian benar sesuatu fenomena duduknya pada bukti - itulah ilmu dan itulah asas kekuatan jew, saudara kita, sesama anak adam dan hawa. mari kita bertolak dari situ.

Leave a Comment