Kadir Jasin: PM ‘Flip-Flop’ Abdullah alat Pembangkang dan Liberal untuk membelakangkan hak Melayu

Forum MyKMUJohor.com dibuka pagi ini dengan persembahan MantanKetua Pengarang Kumpulan NST Dato’ A Kadir Jasin (Blogger “The Scribe”) bahawa scenario sekarang merupakan agenda Pembangkang dan kumpulan ‘liberal’ melaksanakan agenda dan berjaya dijadikan ‘alat’ mereka melalui “Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, angkuh, bongkak dan tidak bermaya”.

Antara analisa Kadir ialah:

1. Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) bukanlah pilihanraya luar rancangan

2. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menjadi pemimpin dalam sejarah paling tidak popular dalam tempoh paling singkat, dari sokongan terbesar hingga sokongan paling lemah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang begitu ramai keluar membuang undi kerana benci dan meluat kepada Kepimpinan

3. Kepimpinan yang banyak membuat janji, tetapi gagal melaksanakanya (Rasuah, ketelusan pentadbiran, Kehakiman, sistem penyampaian)

4. Gagal menangani kos kehidupan yang meningkat, malah menghina rakyat Malaysia untuk “Merubah gaya hidup”

Beliau juga menjelaskan bahwa semasa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, oleh pengubal berketurunan Inggeris, India dan Pakistan, ketentuan melantik Kehakiman merupakan hak mutlak Seri Paduka yang DiPertuan Agong, atas nasihat Eksekutif dan perkenan Majlis Raja Raja.

“Hari ini, kenapa kita (Zaid Ibrahim) mahu merubah semua itu dan memberikan ruang agar Majlis Peguam pula menentukan siapa yang paling layak menjadi Kehakiman? Apakah sistem perlantikan Kehakiman selama 50 tahun ini sudah tidak relevan?”.

Published in: on May 17, 2008 at 11:12  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/17/kadir-jasin-pm-flip-flop-abdullah-alat-pembangkang-dan-liberal-untuk-membelakangkan-hak-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. sorry bro,
    to me as long as the grassroots. UMNO members are quiet or didn’t make any major movement(s), we will stay in this state of lingo forever. You know that bro, and come PAU13, UMNO will be no relevant at all to the Malays.
    Since things changed so slow, on my own level, i have started to gather my friend(s) and start a malay-economy group that support malay economically only (no racist pun intended). I guess it’s true what Pak KetuLAH said, we have to change our lifestyles and CHANGE WE WILL INDEED!!

  2. perubahan kepimpinan untuk organisasi sebesar dan sekompleks umno tidak mungkin berlaku dari peringkat bawahan per se. tidak banyak yang boleh dilakukan oleh akar umbi umno melainkan dalam bentuk desakan di peringkat cawangan dan bahagian. pada akhirnya, yang menentukan siapa yang menduduki kerusi pimpinan atasan dan pucuk pimpinan ialah sebilangan perwakilan bahagian yang mempunyai kuasa mengundi dalam pemilihan.
    oleh yang demikian, secara tradisinya, perubahan pucuk pimpinan umno adalah atas kesedaran pucuk pimpinan sendiri yang peka dengan kehendak akar umbi umno. dato onn lepas jawatan presiden bila ideanya untuk membuka keahlian umno kepada bukan melayu tidak diterima, tunku letak jawatan pm selepas perikatan hilang dua pertiga di parlimen, tun hussein onn letak jawatan pm selepas dicabar oleh suleiman palestin dalam pemilihan presiden dan tun dr mahathir secara sukarela menyerahkan jawatan pm kepada pak lah kerana tidak mahu terus menjadi tongkat kepada bangsa melayu khasnya dan malaysia amnya.
    oleh yang demikian, amatlah malang bagi umno dan malaysia kerana dalam keadaan yang jelas tentang penolakan rakyat umumnya dan ahli umno khasnya terhadap pucuk pimpinan, dia masih mahu terus berpaut kepada kuasa untuk mengekalkan kedudukannya. malahan dia bertindak mencari populariti dengan memenuhi tuntutan pihak-pihak minoriti. percaturan tegas di luar tradisi diperlukan untuk menolaknya dari puncak kuasa. bila no. 1 telah telah nyata belot, no. 2 haruslah mengambil tanggung jawab untuk membetulkan keadaan. presiden sudah tidak kompetens, timbalan presidenlah yang harus menggalas tanggung jawab, kerana timbalan presiden pun dipilih, bukan dilantik.

  3. Orang yang suka buat janji adalah orang yang tak pernah tunaikannya.kita lihatlah apa yang dijanjikan olih Pemimpin BN/UMNO?? Mereka hanya pentingkan perut mereka dan nafsu isteri mereka. Nafsu mereka terlalu besar hingga lupakan tangung jawab pada orang yang mengundi mereka.terutamannya pemimpin dari UMNO. Tengok negeri2 yang di perintah mereka????Kalau kita marah dan tak hurmat mereka, di katakan kurang ajar. Tapi merekalah yang mengajar kita jadi kurang ajar.

  4. Syabas kapada ahli-ahli UMNO yang mendesak Pak Lah letak jawatan dengan segera. Tidak payah lagi nak berselindung dengan “cakap beralas” seperti “peralihan kuasa lah”dan sebagainya. BE DIRECT AND LET PAK LAH HEAR IT LOUD AND CLEAR. Kalau tak dengar juga memang lah Pak Lah “pekak, buta dan bisu”. Dia mesti paham dimana sahaja mesyuarat UMNO diadakan memang telah jelas dinyatakan Pak Lah mesti letak jawatan dengan segera untuk membolehkan pimpinan baru melaksanakan reformasi atau rebranding of UMNO yang sekarang ini telah outdated atau dah “sakit tenat” kerana kredibiliti dibawah pimpinan Pak Lah dianggap telah tidak menyerlah lagi. Dah GROUND ZERO CREDIBILITY !!
    Rakyat dan grassroot UMNO tidak lagi mengharapkan sesuatu dari Pak Lah. Hanya satu sahaja yang Pak Lah patut buat. LETAK JAWATAN !! Pak Lah sudah menghancurkan kepercayaan rakyat dengan prestasinya yang sungguh lemah menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Ini memang telah terbukti dalam pilihan raya lepas. Itulah tanda tidak keberkesanan kepimpinan Pak Lah. Faktor FEEL GOOD dan MR CLEAN serta ISLAM HADHARInya telah memakan dirinya sendiri. Tambahan pula Pak Lah tidak ada initiatifnya sendiri untuk melahirkan idea-idea yang boleh memaparkan aktiviti ekonomi negara kearah yang boleh meningkatkan kehidupan rakyat jelata. PAK LAH TIDAK BERJAYA DAN TERUS AKAN GAGAL JIKA MASIH INGIN KEKALKAN JAWATANNYA. Akhirnya yang jadi mangsa ialah UMNO. Pak Lah tidak mungkin akan dapat selesaikan kelemahan UMNO kerana Pak Lah sendiri dalam kedudukan yang lemah longlai dan terombang ambing dan mungkin fikiran tidak fokus lagi. Confident levelnya sudah tidak berfungsi cergas. Dia akan gagal dan seterusnya gagal.
    Apa harus rakyat terima lagi 5 tahun untuk Pak Lah mengkhayalkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Cukuplah tu. Jangan habiskan wang rakyat untuk menanggung gaji dan segala kemudahan yang lumayan tapi hasilnya secebis saja. Mana ada moral !!
    Adalah lebih baik Pak Lah fokuskan masanya untuk menyebarkan dakwahnya tentang konsep ISLAM HADHARI yang telah membuat orang Islam tidak faham langsung konsep yang Pak Lah cuba nak propagandakan . Sampai sekarang mungkin Pak Lah sendiri tak tahu apa konsep Islam Hadhari sebenarnya. Beliau ceduk idea orang lain tapi tak tahu ujung pangkalnya.
    Please don’t waste other peoples time by hanging on to your position. There is no way for you to revive UMNO to its respectable position. There is clear evidence that you don’t have any more grassroot support. Face the reality , Pak Lah. Now UMNO members and the rakyat look upon you just like a “political clown” whenever you talk and appear on TV. They will just say ” Apalah Pak Lah ni. Dah naik meluat aku tengok muka Pak Lah”. That’s the true feeling of the rakyat and yet you still feel that you have support. I pity Pak Lahr for still in the state of denial. Sampai bila? Sampai UMNO lingkup!
    Hishamuddin said “First, is the need for political will to change; second, a sense of urgency to institute the change, and third, the need to implement the transformation. Yes, to start the ball rolling the first thing of utmost importance is to get Pak Lah to resign immediately and then followed by other changes. That is priority. Remove the President. If the President is still sitting tight and expecting other things to change first then there will be no progress for changes to be implemented.I think that is what Hisham meant subtly to ask Pak Lah to resign now so that it will be easier to have changes without having to refer to a lame duck President to execute the changes.
    The fact remains, Pak Lah has nothing to offer to turnaround UMNO into a vibrant party. He has made the party topsy turvy and yet he is still confident of trying to put UMNO in the right track. No, he just doesn’t have the strong mental capacity to do anything to correct the situation. He is desperately trying to fall back at his hypocrite Ketua-Ketua Bahagian to salvage his dwindling support from UMNO grassroot and the rakyat.
    Pak Lah kata UMNO kalah pasal kena sabotage. Kenapalah cetek pemikiran Presiden UMNO dan Perdana Menteri kita ini. Jangan lah nak cari helah yang tidak lojik. Pak Lah cuba hendak memperkecilkan kebijaksanaan pengundi-pengundi yang tidak memangkah BN. Jangan suruh orang lain cermin muka sendiri. Sepatutnya Pak Lah cermin muka dia juga. Janganlah nak salahkan rakyat tak mengundi BN, salahkanlah diri Pak Lah yang tidak pandai mentadbir negara hingga bukan sahaja ahli-ahli UMNO dah tak menghormatinya tapi rakyat pun dah tak ada sense of respect towards him anymore and yet he is still dreaming wanting to hold to his position.
    Pak Lah kata beberapa kawasan yang sepatutnya UMNO menang telah disabotage. Kalau dah kalah terima sahajalah hakikat bahawa kekalahan UMNO adalah disebabkan kepimpinan UMNO dibawah pimpinan Pak Lah yang lemah, lembek, tak bermaya , haprak dan HP6. JANGANLAH NAK MENIDAKKAN KEBIJAKSANAAN PENGUNDI-PENGUNDI YANG TIDAK MEMANGKAH BN. Tomahan Pak Lah dengan sendirinya memperlihatkan bagaimana ceteknya akal seorang pemimpin UMNO yang tidak bermaruah. Akal yang tidak menonjolkan sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa.Sungguh memalukan melihat kebodohan Pak Lah. Kalau beginilah caranya Pak Lah memberikan jawapan atas kekalahan UMNO memang sahlah bahawa Pak Lah sepatutnya berundur diri. Pak Lah telah gagal untuk memberi alasan yang logical dan diterima oleh ahli-ahli UMNO yang lebeh bijak dari Pak Lah. Kesimpulannya Pak Lah tidak mempunyai modal untuk mempertahankan dirinya.
    Pak Lah mesti sedar diri bahawa kepimpinannya sebagai Perdana Menteri bukan sahaja telah ditolak oleh orang Melayu dan UMNO, tapi orang Cina dan India dari MCA dan MIC. Pak Lah dan setengah menteri dan ahli Majlis Tertinggi masih lagi mimpi disiang hari cuba hendak mempertahankan kedudukan Pak Lah yang sudah tempang. Akhirnya nanti UMNO akan tersumbat dalam longkang termasuklah mereka semua juga akan terjerumus dalam longkang. Jika Ahli UMNO masih tidur lagi menyokong Pak Lah maka tanda-tanda UMNO akan kelongkang hampir nyata 5 tahun dari sekarang. Percayalah wahai ahli UMNO, jangan ikut Pak Lah yang dah terombang ambing tanpa pedoman kemana arah tuju dia nak bawa orang Melayu khasnya dan rakyat seluruhnya. Ahli UMNO janganlah terlampau sentimental terhadap pemimpin jika ia memudharatkan bangsanya sendiri. Jangan jadi BODOH SOMBONG. Anak cucu kita nanti akan sumpah kita kerana kebodohan kita! Allah Akbar !!!
    Umno vice president Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on party members to be brave in stating the truth and not to tell lies to make the leaders feel good.Tapi masalahnya sekarang Presiden UMNO Pak Lah yang feel good. Ahli-ahli UMNO dah lama tak feel good. Jadi Pak Lah patut berundur barulah betul-betul ahli-ahli UMNO dan rakyat feel good. Tak susah. Puncanya datangnya dari Pak Lah. Semua dah sedar. Yang masih tak sedar Pak Lah.
    Pak Lah ini sungguh bebal. Beliau sangat mengharapkan untuk mendapat belas kasihan dari ahli-ahli UMNO. Zaman sekarang taktik “muka tempe” tidak boleh diamalkan lagi seperti pepatah melayu kata “HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG”. Kalau maksud pepatah ini Pak Lah tak ambil kira, memanglah nyata bahawa beliau ini dah mabuk kuasa.
    What Tun said is the whole truth. The UMNO Supreme Council members don’t behave like idiot and must listen to a wise man. Nobody can deny your wisdom, Tun, being a senior statesman. You know the serious implication of UMNO going to the drain if Pak Lah is still at the helm. You are feeling the “pulse” of the UMNO grassroot and the general public that Pak Lah is no more capable of getting respect as a Prime Minister. If he is still adamant to hold on to his position by hoping to get blind support from the Supreme Council members then UMNO is certainly going six foot under. Make no mistake about it !! So a gentle reminder to Supreme Council members to be brave enough to reject Pak Lah or else all of you will go to”under” for sure!!
    Pak Lah sebagai Presiden UMNO telah gagal dengan slogan “cemerlang, gemilang dan terbilangnya” yang di laung-laungkan selama ini. Slogan Pak Lah tidak ada ertinya, hanya sebagai propaganda murahan yang boleh dibandingkan dengan seorang penjual ubat di tepi jalan Masjid India. Begitu juga dengan Islam Hadhari yang diperkenalkannya seolah-olah sebagai satu mazhab baru untuk orang Islam tapi telah gagal untuk diterjemahkan pengertian sebenar Islam Hadhari kapada rakyat. Rupanya idea ini bukan datangnya dari fikirannya tapi diciplak. Koridor-koridor wilayah yang ditonjolkan sebagai satu usaha Pak Lah untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi adalah angan-angan Mat Jenin.Satu idea TIN KOSONG dimana Pak Lah sendiri meraba-raba tidak dapat memberi penjelasan yang konkrit kapada rakyat bagaimana usahanya itu dapat dipraktikkan dan direalisasikan.Rupanya Pak Lah ini hanya menumpang idea dari orang lain tapi beliau sendiri tidak dapat memahami dengan jelas apa yang beliau sampaikan itu seolah-olah macam BURUNG KAKAK TUA !!
    Does Pak Lahr know why he is a failure? Simple. Because after taking over as a prime minister he was too excited and overjoyed as if he is suffering from cultural shock without realizing that he is actually A PRIME MINISTER BY DEFAULT. Just lucky. But in terms of his ability as a prime minister he ended up “GROUND ZERO” !! So, no matter how long he wants to stay as President of UMNO and Prime Minister , you won’t be able to shine.He lacks the aura, charisma and intelligence to continue being a Prime Minister.
    Pak Lahr is just wasting his time expecting miracle to come to turnaround his fate . Whatever effort he tries to convince the rakyat and UMNO members will fail. He has been tested and the results were dissater for the party and he expect us to give him a second chance. NO WAY. Too little too late Pak Lah !!
    Kalau Pak Lah diberi peluang menyertai reality show THE APPRENTICE, dah lama Donald Trump kata ” Well , Pak Lah you are not up to the mark. YOU ARE FIRED!!
    Pak Lah pernahkah dengar lagu Melayu yang sungguh popular dulu. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI DI BENCI ORANG !! Dengarlah selalu!!

  5. […] introduced to the man. Then, we were on the same side of very a very unpopular group of dissenters, going against the poor and weak leadership and administration of PM ‘Flip-Flop’ Dato&#82…. Even though I was never a journo, Dato’ Kadir easily accepted an oddball like yours truly to […]


Leave a comment