Mukhriz: Selamatkan keadaan dan UMNO dengan apa cara dan berapa lama sekalipun!

“Selagi nyawa dikandung badan, saya akan memastikan UMNO dan keadaan diselamatkan dengan apa cara, selama mana, membujur lalu melintang patah!” akur Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, dalam Forum MyKMUJohor.com di M Suite Hotel, Johor Bahru pagi ini.

Beliau mengatakan demikian setelah menjelaskan “Ada yang diluar sana yang menyiapkan kain kapan untuk UMNO”, “UMNO tidak lagi relevan” dan “UMNO hanya tinggal dalam sejarah”.

Beliau mengesa ahli UMNO agar berhenti dengan sifat takut dan mementinkan diri sendiri dan berani melakukan yang terbaik, demi ikrar meningkatkan syiar Islam, memartabatkan Bangsa dan memajukan negara.

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah gagal kerana:

1. Tak dapat selesai masalah rakyat

2. Gagal tunai aspirasi rakyat

3. Amalan kronyism diperingkat tertinggi

Bercakap mengenai ‘Tsunami Politik’ yang melanda PRU 12, beliau member ikrar “Kita pastikan tsunami politik melanda mereka pulak!”.

Dalam soal jawab, beliau menjelaskan isu Anwar Ibrahim, sebagaimana yang telah dibangkitkan dalam ucapan sulung beliau di Parlimen 13 Mei 2008:

1. Keakraban Anwar dengan Wolfowitz, strategis penaklukan Iraq selama 5 tahun ini dan beratus ribu umat Islam terbunuh

2. Penglibatan dan agenda Anwar dalam Foundation of the Future

3. Kenapa Israel memberikan begitu banyak perhatian dalam politik Anwar di Malaysia perlu menjadi sangsi

Published in: on May 17, 2008 at 12:24 pm

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/17/mukhriz-selamatkan-keadaan-dan-umno-dengan-apa-cara-dan-berapa-lama-sekalipun/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 Comments Leave a comment.

  1. On May 17, 2008 at 2:06 pm anwaribrahimdotcom Said:

    Salam

    Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

    Video 5
    http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

    Video 4
    http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

    Video 3
    http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

    sumber :

    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

  2. On May 18, 2008 at 3:19 am berasiam Said:

    ancaman yang paling ditakuti terhadap umno bukanlah ancaman luar tetapi ancaman dari dalam sendiri, khususnya pucuk pimpinan hari ini. sikap para pemimpin pertengahan umno, di peringkat bahagian, serta peringkat tertinggi, iaitu majlis tertinggi hingga timbalan presiden, juga merupakan satu ancaman kerana tidak bertindak tegas terhadap pucuk pimpinan yang telah menyeleweng. dengan kata lain, mereka yang disebutkan sebagai pemimpin ini rela membiarkan diri mereka bersekongkol dengan segala penyelewengan yang berlaku pada masa kini. akar umbi umno tidak mempunyai kekuatan luar biasa untuk mengubah kepimpinan umno kerana kuasa mencalon kepimpinan tertinggi di peringkat bahagian lazimnya dikuasai oleh ketua bahagian, manakala kuasa mengundi di perhimpunan agung pula dikawal melalui sebilangan perwakilan bahagian. walaupun akar umbi terpekik terlolong mahukan perubahan pucuk pimpinan atau kepimpinan tertinggi, akhirnya hanya dua belas orang dari setiap bahagian yang perlu dipengaruhi untuk memperoleh dan mengekalkan kuasa. jika tidak ada perubahan drastik yang ditunjukkan dalam waktu terdekat, akar umbi umno akan terus kecewa kerana suara dan harapan mereka tidak dipedulikan. dalam keadaan pihak lain telah semakin ketara pengaruhnya melalui keputusan pilihanraya umum ke-12, tidak susah meramalkan bahawa akar umbi umno akan mula menjauhkan diri daripada umno dan akhirnya akan mengambil tindakan keluar daripadanya. bak kata orang-orang yang terlibat dalam pemasaran, kos untuk mendapatkan seorang pelanggan baru adalah lima kali lebih tinggi daripada mengekalkan pelanggan yang sedia ada. terpulanglah kepada umno, khususnya kepimpinan pertengahan dan tertinggi, untuk menilai. akar umbi tidak akan terasa kerugian sangat sekiranya umno kehilangan kedudukan kerana dalam keadaan sekarang pun mereka telah dirugikan oleh tindak tanduk pucuk pimpinan umno dan sekongkolannya.

  3. On May 19, 2008 at 3:19 am OkGo Said:

    nak luangkan masa menonton? Tak payah, baik tengok kartun lagi elok. Dah terang2 penipu, bersekongkol dengan Yahudi tapi cakap memperjuangkan Islam dan keadilan. Berhenti sajalah menghantar ejen2 bodoh kau tu Anwar Ibrahim! Haritu dekat Mykmu punya forum kat PJ kau hantar gay suruh masukkan kau dalam UMNO, skang ni nak tunjuk kau tu mulia pulak. Kau tak reti malu ke Anwar oi?

Leave a Comment