Ketua Pemuda Segambut: Tapis Ezam dahulu

PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT MEMOHON SUPAYA MAJLIS TERTINGGI UMNO TAPIS DAHULU KEMASUKKAN EZAM

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut ingin melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan tindakan pihak-pihak tertentu memberikan publisiti besar-besaran serta layanan karpet merah ke atas kemasukan semula Mohamad Ezam Mohd. Nor dan beberapa lagi bekas pemimpin PKR yang lain.

“Kita berasa jelik melihat mereka diberi layanan sebegitu. Masih terbayang peristiwa Reformasi pada tahun 1999 yang telah menimbulkan suasana huru hara dan tidak tenteram di dalam Wilayah Persekutuan khususnya dan merosakkan nama negara secara amnya. Mereka inilah yang menjadi ‘master mind’ kepada gerakan tersebut”, kata Hj Kamarudin bin. Hj Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut.

“Pemuda UMNO Segambut dan saya percaya Pemuda dari Bahagian- bahagian lain di Wilayah Persekutuan juga, terpaksa berhadapan dengan situasi yang memeritkan ini. Ada di kalangan kami yang menyertai PKR dan kami terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan golongan muda untuk terus bersama-sama di dalam perjuangan UMNO. Mereka dengan mudah meninggalkan parti, kami jualah yang terus kekal membina semula parti keramat ini”.

‘Ezam tidak layak bercakap soal pembaharuan atau perubahan. Kepimpinan tertinggi UMNO sudah lama bertukar, mengapa hari ini baru mahu masuk UMNO?. Beliau telah menghina dan mencerca UMNO semasa berada di luar parti. Apalah sangat jasa beliau kepada UMNO sebelum ini.Tiada istimewanya beliau untuk diberi layanan sebegitu rupa”.

Kami di Pergerakan Pemuda UMNO baik di peringkat Cawangan, Bahagian mahupun di peringkat nasional tidaklah ketandusan pemimpin dan idea. Masih ramai lagi Pemimpin Pemuda yang berkebolehan yang jauh lebih daripada Ezam. Bak kata pepatah, tidak perlu mendongak langit, lihat sahaja bumi yang rata.

Jesteru Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut ingin mendesak supaya Majlis Tertinggi UMNO menapis dahulu kemasukkan Ezam dan rakan-rakannya ke dalam UMNO. Kami juga ingin mencadangkan beberapa perkara kepada MT iaitu:

1. Meminta Saudara Ezam dan rakan-rakanya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia di atas tindak-tanduk mereka semasa mendalangi Reformasi 1999 .

2. Meminta mereka untuk menandatangani satu Surat Akujanji yang mewajibkan mereka untuk patuh dengan segala peraturan parti dan keahlian mereka boleh secara automatik terbatal sekiranya melanggari peraturan-peraturan tersebut.

3. Memberi tempoh percubaan sebelum keahlian mereka diterima semula.

Pemuda UMNO Segambut merasakan bahawa apa yang lebih penting hari ini ialah untuk terus memantapkan kekuatan parti dan menumpukan segala usaha bagi menawan kembali negeri-negeri yang kalah di dalam pilihanraya baru- baru ini. Isu Ezam hanyalah satu ‘diversion’ dari soal-soal pokok di dalam UMNO. Ada atau tidak Ezam di dalam UMNO, tidak langsung mendatangkan apa-apa untung atau rugi kepada parti.

Hj Kamarudin b. Hj Hassan

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut

& Seluruh Ahli Jawatankuasa

Advertisement
Published in: on June 2, 2008 at 16:52  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/02/ketua-pemuda-segambut-tapis-ezam-dahulu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. Elok kembalikan saja duit RM100 tu….

    MT harus bertindak tegas supaya perkara kemasukan semula ini dianggap perkara enteng. Maka setiap kali berlaku krisis, maka ikut sedap ahli keluar & masuk sesuka hati.

    Mereka yang sebelum ini bekerja keras mempertahankan UMNO pasti terguris….

    Pegi jelah PWTC atau UMNO cawangan mana2 and submit mcm biasa… Apesal Pak Lah nak kena handle (literally) paperwork . macam masuk pintu belakang.

  2. Sekali pandang, Abdullah Badawi sangat-sangat memerlukan kehadiran Ezam. Gunanya Ezam adalah untuk mengukuhkan Abdullah. Bagi orang muda pula, Ezam berguna untuk Khairy sebagai buffer.

    Dalam politik, jarang terjumpa dengan ahli yang benar-benar lurus, jujur dan berjuang untuk bangsa dan negara. Untuk yang ramai, politik adalah kerjaya. Ezam tidak terkecuali.

  3. Yang Pemuda Segambut nak menyebuk apasal. Kalau Pak Lah kata dah boleh terima kira terimalah tu. Yang sibuk tak bertempat apahal.

    Lagi pun Ezam bukan nak kacau tempat kamu dia balik semula ke kawasan lama.

    UMNO perlukan Ezam. 10 tahun dia keluar lihat apa jadi. Pemuda langsung tak bermaya. Tak percaya tanya orang PJ Selatan.

    Segambut pun apa kurangnya? Mana dia peranan Pemuda Segambut selama ini? Apa sudah jadi masa PRU12? Apa Segambut menang. Mana pergi gerak gempur pemuda.

    PEMUDA UMNO TERMASUK PEMUDA SEGAMBUT BAWAH KEPIMPINAN TUAN HAJI KAMARUDDIN GAGAL TAK BERMAYA KALAH PRU12.

    ADA FAHAM?

    Selamat pulang Ezam! UMNO memerlukan anda. Persetan golongan yang lemah dan tewas!

    Syed
    Taman Medan

  4. harap mt umno bijak mengambil keputusan terutama pejuang umno ts muhyidddin yang tak mahu kemasukan en ezam(pakar reformasi) dilihat hadiah ‘kuda trojan’.SAYA AKAN LAWAN..LAWAN..LAWAN….LAWAN…(INGAT TAK AYAT NI EN EZAM(PAKAR REFORMASI) SELALU SEBUT HE HE HE ….NAK MASUK UMNO KE YOB(EN EZAM)?

  5. Suatu tuntutan yang ‘reasonably sound”. What’s so great about Ezam that warrant President Umno to welcome him back into UMNO? Pak Lah bolih di ibaratkan sebagai seorang yang sedang kelemasan cuba bergayut kepada apa jua dihadapan nya untuk menyelamat dirinya!! Malau ada Presiden sebegini rendah murtabat nya!!

  6. Salam,
    Satu tambahan:
    Menjaga rahsia UMNO. Sekiranya didapati ada antara rahsia UMNO didapati didedahkan oleh Ezam & Co., maka keahliannya dibatalkan seumur hidup.

    Tetapi mana mungkin begitu, backup dari Presiden UMNO terlalu jitu. Sanggup memberi eksklusif coverage.. http://mantra-indeeptots.blogspot.com/

    p/s : Once a thief is always a thief

  7. Mengapa dengan mudah Ezam diterima masuk ke dalam UMNO. Ezam antara orang-orang yang meninggalkan UMNO dan menjadikan UMNO semakin lemah. Senang sahaja dia keluar, senang sahaja dia masuk kembali. Kenapa?

  8. Selamat kembali Ezam. Yang patut keluar adalah Pak Lah dan Najib kerana sanggup buat kerja yang seharusnya dibuat oleh ketua cawangan sahaja. Negara sudah tiada hala tuju, barang harian dan bahan api dah semakin naik, sokongan untuk UMNO dikalangan ahli sudah merosot, bukannya mereka uruskan tugasan yang lebih berat menangani isu2 yang membebankan rakyat, dia sibuk buat majlis untuk sambutan Ezam dan rakan2 pulak masuk balik parti.

    Pak Lah, Najib, jangan sibuk cuba memenangi hati pembangkang sekaligus mengecilkan hati yang sedia taatsetia kepada parti. Lain kali jentera parti tak usah pasang gambar2 Najib dengan Pak Lah kerana orang2 yang memaki kita sewaktu menaikkan gambar2 mereka itu diagung2kan kepulangannya oleh pemimpin2 ini.

  9. Bila ada antara mereka dalam UMNO yang jadi tak senang duduk dan tiba2 melatah dengan kemasukan Ezam… Kita dah dapat baca dah mengapa mereka dengan lantang mengkritik kemasukan ala “red carpet” Ezam. Adakah dengki, bimbang, cemburu, takut tergugat, dll bila ada orang seperti Ezam masuk ke dalam umno? Kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan niat sebenar Ezam masuk Umno, tapi sudah tentu PakLah sendiri ada niat tersendiri bagi Ezam masuk. Mungkin Ezam lah aset berharga buat umno sekarang ini.

  10. sebagai ahli umno akar umbi, saya sungguh terkilan denagn pak lah yang menerima ezam macam anak emas tanpa syarat pulak tu, sedangkan takda usaha pun untuk memujuk Tun Mahathir kembali ke parti. cukup la pemuda macam khairi and the gang merosakkan parti. takda ruginya menolak bekas atau masih lagi pengkhianat. kalo di peringkat bawaham pun dah tak suka, takkan la peringkat atasan tak faham-faham lagi.

  11. kita tak tahu lagi niat ezam. biar baik ke, buruk ke, bagilah dia peluang untuk mononjolkan diri sebenar dia. tak adil kalau kita main tapis, main tendang, main hina. kita observe dulu. macam pipitart cakap, mungkin ezam akan mengubah nasib umno. untuk kebaikan umno dan semua rakyat malaysia. mungkin. for now, we observe.

  12. Dulu Rais bakaq jambatan,Ibrahim Ali nak kencing di kubur Dr.M dan Sabery Cheek dok asyik kutuk Mahathir mamak tongkang……semuanya diterima balik dalam UMNO.
    No question asked.

    cheers.

  13. Sdr syed Hisham, Apa kelebihan Ezam yg Sdr pertahankan sedangkan beliaulah yang menghina dan mencaci UMNO sewaktu tahun 1999. Sekarang baru terhegeh2 nak masuk UMNO semula? Kenapa sekarang? kenapa tak berskongkol lagi nak Anuar Ibrahim? Bila kepentingan peribadi tidak dapat dipenuhi maka barulah nak ambil kesempatan diatas kelemahan UMNO. Pemuda Segambut sekali-kali tidak akan membiarkan orang yang mengkhianati Parti UMNO dengan senang lenangnya ambil kesempatan semata-mata untuk melepaskan nafsu peribadi seseorang…..

  14. Sapa Ezam? Apa hebatnya budak ni? Kalau setakat pandai bercakap jer, KJ pun pandai, Rezal Merican lagi pandai, Datuk Farid pun tak sepandai Itu….Tak usahlah nak main wayang, cctv berada di merata-rata tempat. Kalau dulu Ezam kata ada berkotak2 rahsia kerajaan, sekarang kita orang pun ada berkotak2rahsia kau orang. Jangan fikir kau orang ajer yang bijak dan berkuasa,yang lebih bijak dan berkuasa ialah Allah SWT….kena ingat tu Bro sampai ketemu di Padang Mashyar.

  15. Ape cite ngn kawasan padang padang milik kementerian pelajaran yang dijadikan parkir.Di suruh kutip wang tapi x di bagi resit,tiade memo atau ape2 notis.Tak smua bole masuk menyertai mesyuarat umno, saya sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Perdana Menteri berharap klu nk kenakan sewa pada semua yang pakir bukan memilih bulu.Nape yg parkir dibawah bukit perlu membayar tetapi yang di padang x perlu tolong ulaskan.

  16. so dahulukan rakyat.Kepada Ketua Pemuda Segambut.

  17. [...] defection back into UMNO was not actually welcomed with open arms by some leaders. Some even issued press statement for this. The suspicion for Anwaristas is still strong and the distrust is very apparent. There will be [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 883 other followers