Presiden UIAM Tan Sri Sanusi Junid hari ini menerima berita bahawa beliau telah ditamatkan kontrak perkhidmatanya, dua tahun pra-matang. Ini berkemungkinan besar berikutan pengumuman beliau meninggalkan UMNO pada 19 Mei 2008, hari yang sama Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar bersyarat di Alor Setar, Kedah.
Mengikut Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang merupakan Ketua Perlembagaan berhak untuk menamatkan perkhidmatan seorang Presiden. Sebelum ini, baginda dikatakan meminta pandangan Sanusi untuk menamakan penganti beliau ke jawatan itu. Difahamkan Alumni UIAM memainkan peranan utama dalam usaha untuk menyingkirkan Sanusi dari jawatan ini.
Dikhabarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan mengambil alih tugas Presiden UIAM. Mantan Menteri Besar Kedah itu mempunyai rekod baik menjalankan tugas semenjak tahun 2000 dan berjaya menyakinkan Perdana Menteri ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad agar mengekalkan UIAM sebahagian dari IPTA Malaysia dan tidak diserahkan kepada OIC.
Khamis lepas, Sanusi memanggil sidang media khas menjelaskan kedudukan beliau sebagai Presiden UIAM yang mungkin ditamatkan pra-matang dan menegaskan beliau akan meneruskan sehingga matang tempoh, walaupun didesak Kerajaan. Beliau enggan meletakan jawatan, walaupun didesak kerana secara peribadi, tugas Presiden UIAM dianggap Sanusi sebagai ‘ibadah’ dan wajib dilaksanakan. Esok, beliau akan memanggil sidang media sekali lagi jam 3pm di Jeumpa D’Ramo 102-104 Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.
*Perkembangan dikemas kini Selasa 10 Jun 2008 5.30ptg
Dalam sidang media khas petang ini, Sanusi memaklumkan bahawa seorang Ahli Majlis UIAM (mewakili Alumni UIAM) mengunakan pengaruhnya sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan bagi Perdana Menteri Malaysia, selaku ‘Ahli Tuan Rumah’ (Host Member) ‘menasihatkan’ DYMM Sultan Pahang selaku Ketua Perlembangaan UIAM bagi memecat beliau sebagai Presiden UIAM. Ini adalah peruntukan dalam Perlembagaan UIAM Bahagian IV Perkara 20 (iii) yang berbunyi “The President maybe writing under his hand addressed to the Constitutional Head, resign his office, or he may be relieved of his position by the Constitutional Head on the advice of the Host Member“.
‘Host Member‘ disini dimaksudkan ialah Kerajaan Malaysia. Surat yang ditangani DYMM Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan itu diserahkan semalam kepada Sanusi walaupun pada 7 Jun 2008 Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan dalam media bahawa perkhidmatan Presiden UIAM tidak akan dihentikan secara pra-matang.
*Perkembangan dikemas kini Rabu 11 Jun 2008 9.30pagi
Suatu yang positif berkembang dari episod pemecatan ini. Sanusi Junid merupakan seorang veteran politkus yang mengunakan medium blog untuk menyampaikan pendapat beliau. Sila layari sanusijunid.blogspot.com







Is it true? Two years ahead of the contract?
Yes, its true. Term expires in 2010.
Hip hip huu-ray hu-ray huraaay!
hip hip hur-ray
hip hip hur-ray
The Achinese are one proud people
but some of them are dumb as well
do you know that you are sacked
in nine languages, sanusi?
the consolation being
you can claim ex-gratia
you really do know the constitutional head
next monsoon cup…pahang kot???
Hey, can the Achehnese help it if a watchamacllit from Pahang bows his head to the 4th floor?
I TABIK YOU TAN SRI, YOU ARE FAR FROM FALLEN.
TAKE YOUR COMPENSATION AND THEN TOGETHER WITH TUN, GO FOR THE FINAL KILL.
Good RIDDANCE to deadwood.
This flotsam should be terminated and a bonfire lit.
Hopefully the smell won’t lingers……..
dulu busuk,
kini busuk,
se lama lama nya busuk.
[...] Lord President Tun Salleh Abas and five other senior Judges. Tan Sri Sanusi Junid service as the IIUM President was prematurely terminated whilst very senior UMNO leaders strongly urged PM ‘Flip-Flop’ Abdullah to withdraw from [...]