Tiga soalan dalam Dewan Rakyat untuk Anwar belum dijawab lagi

 

YB Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun, pernah bertanyakan kepada YB Azmin Ali, MP Gombak dan YB Gobalakrishnan, MP Padang Serai, tiga soalan dalam Dewan Rakyat mengenai Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim, yang juga menjadi Penasihat PKR.

Soalan ini relevan kerana ianya membabitkan Anwar dengan anasir anasir luar, terutama Yahudi Neo Conservative yang pro Zionis Israel. Sebelum itu, majalah Times telah memaparkan artikel tulisan Wolfowitz mengenai Anwar sebagai salah seorang dari 100 orang paling berpengaruh dalam dunia. Susulan persoalan ini, dibangkitkan juga  hubungan Anwar dengan Foundation of the Future , sumbangan wang berjumlah USD 56 juta kepada NGO itu dan pengambilan teman wanita Wolfowitz dalam organisasi tersebut.

Malangnya, tiada jawapan dari mereka atau wakil mereka. Mengapa?

Published in: on July 19, 2008 at 00:40  Comments (15)  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,932 other followers