‘Calon’ senarai Najib dapat no. 1 dalam cabutan

 

umno_logo

Semalam merupakan hari dimana nombor kedudukan senarai calon yang bertanding pada pemilihan parti hujung Mac 2009 ini ditentukan, sebagaimana akan tertera dalam kertas pengundian kelak. Penentuan ini dijalankan secara cabutan oleh jawatankuasa pemilihan UMNO dan dibuat secara terbuka di PWTC, dengan disaksikan calon, wakil calon, penyokong calon, wakil media dan ahli UMNO.

Proses ini diadakan untuk memberikan kesaksamaan bagi calon yang  telah mengesahkan untuk menawarkan diri dalam pertandingan, terutama jika senarai itu panjang, sebagaimana bagi jawatan Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Namun begitu, beberapa calon popular yang dikaitkan sebagai calon yang di’restu’i Presiden-UMNO akan-datang Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, berjaya disenarai sebagai calon. No. 1 seperti Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin bagi jawatan Timbalan Presiden, Dato’ Seri Zahid Hamidi bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita, Dato’ Mukhriz Mahathir bagi jawatan Ketua Pemuda dan Dato’ Razali Ibrahim bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Bagi jawatan Exco Pemuda UMNO pula, calon Pemuda UMNO Seremban Ahmad Izany merupakan calon no.1.

Walaupun ini secara kebetulan, namun tidak dapat tidak, ianya sinonim dengan blog Presiden UMNO sedang-menunggu (UMNO President in-waiting) Dato’ Seri Najib sendiri, sebagai orang  no. 1 dalam UMNO tidak lama lagi, yang bertajuk dan themakan 1 Malaysia.

Apakah ini memberi alamat kepada Perwakilan bahawa pilihan yang mereka wajar lakukan apabila tiba masanya kelak?

Published in: on February 25, 2009 at 14:13  Comments (4)