
Gejala salah laku politik dalam UMNO kini menular ketahap yang amat membimbangkan. Setelah beberapa pemimpin UMNO peringkat Majlis Tertinggi mula disiasat, tahan dan hadapkan ke Mahkamah, kini beberapa pemimpin peringkat tertinggi pula telah disiasat secara serious dan teliti oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Dikhabarkan, seorang calon Timbalan Presiden UMNO telah disiasat dan Lembaga Disiplin UMNO telah mengeluarkan surat cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO minggu lepas agar pemimpin ini digantung keahlian selama setahun. Ini kerana serious kesalahan politik wang, terutama melalui laporan yang diterima dan siasatan terperinci dijalankan.
Cakap cakap dikalangan kepimpinan menengah UMNO bahawa calon Timbalan Presiden ini mengugut akan keluar dari parti sekiranya Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengambil keputusan sebagaimana dicadangkan dan pengumuman rasmi dibuat dalam tempoh terdekat.
Dalam pada itu, dikhabarkan juga bahawa sekiranya Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ‘campur tangan’ dalam kes ini dan menghalang agar keputusan mengantung keahlian calon tersebut, maka seluruh Lembagda Disiplin UMNO akan meletakan jawatan serta merta, sebagai tindakan balas.
Lagi mengenai perkembangan terbaru mengenai PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘campur tangan’ secara langsung disaat akhir Kepimpinan yang dikatakan ‘memalukan’ UMNO ini. Wakil calon Ketua Pemuda UMNO paling popular, YB Dato’ Mukhriz Mahathir, iaitu Dato’ Nasir Safar telah menarik diri dari tugas tersebut serta merta minggu lepas. Ini ialah ‘tekanan’ yang diberikan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah setelah dikatakan tiga Menteri Kabinet bertemu beliau atas perkara yang sama.
Ini dikaitkan dengan ‘sokongan tidak langsung’ Presiden baru UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kepada Dato’ Mukhriz. Lebih lebih lagi kerana Dato’ Nasir merupakan Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri itu. Ramai pemimpin UMNO sediada yang tidak mahu MP Jerlun yang membawa slogan “Berani Berubah” naik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengantikan YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein. Ini dikaitkan kelantangan Dato’ Mukhriz dan Mantan Perdana Menteri VI Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas tindakan dan kedudukan yang diambil pemimpin UMNO tertentu yang dilihat sebagai ‘menjahanamkan parti’.
Gejala ini semua sebenarnya akan menyisihkan lagi keyakinan dan sokongan masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu dan golongan muda kepada UMNO, yang dihamur dengan dakwaan sebagai parti ‘elitis’, tidak mementingkan aspirasi akar umbi dan kekal relevan memacu menjaga kepentingan dan memartabatkan orang Melayu.
UMNO perlu berusaha keras untuk membawa perubahan dan kekal relevan, sebagaimana aspirasi akar umbi dan rakyat Malaysia secara umum. Ini menjadi ingatan Perdana Menteri Malaysia IV dan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dalam sebuah ceramah anjuran Mubarak.
*Perkembangan dikemas kini 555pm
Mantan Exco Pemuda UMNO Kamaruzaman Kamdias mempunyai pandangan menarik mengenai “Peperangan 2009: Siapa penjenayah perang..?”