Mukhriz dan Razali mendapat sambutan meriah di Johor

umno_logo2

Petang ini, calon calon merebut jawatan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO diperkenalkan secara rasmi di Johor. Ini termasuk calon Ketua Pemuda UMNO YB Dato’ Mukhriz Mahathir dan calon Timbalan Ketua Pemuda UMNO YB Dato’ Razali Ibrahim.

p1030318

Majlis dijalankan di Puteri Pan Pacific Johor Bahru dan Perwakilan Pemuda UMNO bukan sahaja dari sekitar Johor, malah wakil wakil dari Perlis hingga ke Sabah juga hadir. Majlis diserikan dengan kehadiran mengejut Pengerusi Perhubungan UMNO Johor MB YAB Dato’ Abdul Ghani Othman.

p1030320

Dalam ucapan alu aluan sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Dato’ Razali mengingatkan bahawa Perwakilan Pemuda UMNO perlu membuat pilihan bukan sahaja sesuai untuk UMNO, malah diterima masyarakat Malaysia, termasuk orang Melayu dan terutamanya golongan muda. Ujar beliau lagi “Walaupun kita di Johor ini dikira sebagai ‘tiang seri UMNO’, malah kita tidak terlepas bahang ‘Tsunami politik’ yang melanda negara semasa PRU 12”.

p1030349

“Hanya sebab ‘fixed deposit’ (simpanan tetap) kita besar, maka kita masih lagi menang besar!”, ingatan calon popular Naib Ketua Pemuda UMNO “Matlamat kita ialah PRU 13″.

p1030344p1030352

Semasa Dato’ Mukhriz diperkenalkan secara rasmi, sambutan meriah diberikan Perwakilan dan penyokong Pemuda UMNO yang hadir berpusu pusu dalam Permata Ballroom tersebut. Ini jauh lebih meriah dari sokongan yang diberikan calon Ketua Pemuda yang lain.

p1030355

*Perkembangan dikemas kini 950pm

Layari temuramah dengan Dato’ Mukhriz mengenai dasar ‘Mahathirism’ yang telah diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu

 

Advertisement
Published in: on March 15, 2009 at 17:15  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/15/mukhriz-dan-razali-mendapat-sambutan-meriah-di-johor/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. Kehangat dirasai meresap dalam tubuh melihat perhimpunan kemelayuan yang boleh dipertarohkan harapan untuk keberlangsongannya ketuanan Melayu.

    Mudah-mudahan perjuangan ini tidak dicemari oleh sifat keperibadian yang rakus terhadap kekayaan, pangkat dan kekuasaan, kerana biasanya bila tiga sifat ini menguasai, kebertanggongjawaban kepada bangsa akan dianaktirikan.

    Selepas itu? Kebinasaan.

  2. salam,

    mudah-mudahan mukhriz dan razali diganding bersama bg menerajui kepimpinan pemuda umno. insyaallah.

    mergong, kedah.

  3. Assalamulaikum,dari maklumat akar umbi UMNO masi lagi relevan dalam memimpin negara tetapi perlu lebih bekerja keras lebih-lebih lagi untuk menarik golongan muda mendekati UMNO dan erti pejuangan.Oleh itu dalam pertandingan 3 penjuru ketua pemuda kita mesti pastikan
    Mukhriz menang kerana pemuda hari ini perlukan pembaharuan.HIDUP Mukhriz HIDUP pemuda HIDUP UMN0.

    perjuangan masih belum selesai!

  4. UMNO CAWANGAN ALOR GELEGAH MENYOKONG PENUH KEPADA MUKHRIZ MAHATHIR UNTUK MEMIMPIN PEMUDA UMNO MALAYSIA.
    DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

    IKHLAS DARI,
    K.P.C ALOR GELEGAH
    MUHAMAD FAHMI BIN MUHAMAD FAUZI

  5. Awak ni kelentong di siang hari lah BudakGemukDotCom. Siapa yang pergi Pan Pac tadi tahu Dato Mukhriz tak dapat sokongan/sorakan paling kuat. YB Razali memang betul lah dapat sokongan kuat sebab dia calon Johor.

    Berilah laporan yang tepat.

    Dari dimana kami berada tadi, sorakan apabila calon Ketua Pemuda No. 1 Dato’ Mukhriz Mahathir terima memang amat mengalakan dan paling bertenaga aka kuat.

    Mungkin tafsiran dan penialain ‘kuat’ itu berbeza dan relatif dari perspektif invididu. Namun, wakil KMU Johor juga sepakat dengan pendapat kami.

  6. ASSALAMUALAIKUM TUAN,

    ALHAMDULILLAH, BERSEMANGAT SAYA MELIHAT PEMUDA PEMUDA UMNO INI…SEMOGA DATO MUKHRIZ MENJADI KETUA PEMUDA UMNO. AMIN

    SAYA ADA BUAT ARTIKEL PASAL NEGERI PERAK, SILALAH LAWATI KE BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA NI…

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/wira-sejati-dari-perak-malaysiakini.html

  7. Abang Jam, kalau digambarkan tepukan gemuruh pada Mukhriz pun apalah salahnya persepsi itu, bukan gerenti menang tetapi abang jam tergugat kenapa..resah atau rasa bersalah ?

  8. Apa pulak kata aku resah atau rasa bersalah? Aku cuma menyuarakan pandangan bahawa laporan tersebut tidak tepat. Ada ke pulak nak suruh check dengan wakil MKU? Dah tentu KMU adalah penyokong Dato Mukhriz.

    Tapi jangan risau, sorakan gemuruh bukannya penentu kemenangan calon.

  9. Abg BigDog,

    Syabas!

    Aku amat YAKIN DGN MUKHRIZ & RAZALI uTK PIMPIN UMNO LEPAS HISHAM!

    Aku juga amat yakin Pemuda Johor boleh membuka jalan utk Mukhriz & Razali menang besor. Aku yakin pusingan terakhir ini Perwakilan Pemuda akan nampak siapa permata, siapa kaca siapa plastik!

    Aku banyak dengor cerita Lembaga Dispilin akan panggil KJ & KT. Aku harap Lembaga Dispilin tak bias. UMNO PERLU DISELAMATKAN, DAN UMNO PERLU KORBAN ORG CAM KJ & KT!

    Org UMNO jangan sesekali lupa skandal KJ & KT dan isu penyapu. Ini penyebab ramai org muda tolak BN & kakitangan kerjaan Selangor sendiri tentukan BN dikalahkan!

    Semoga Mukhriz & Razali boleh teruskan momentum spt JB.

  10. Semoga Dato Mukhriz menang melalui pertandingan dan bukannya menang percuma supaya kemenangan itu lebih manis.

  11. Jika ada kemungkinan paklah tidak mahu melepaskan jawatan PM, kita berharap dan percaya hanya Mukhriz atau Khir Toyo sahaja mampu jadi pendesak berkesan.

  12. kita lihatlah dulu…semuanya ada strategi untuk menang…menang sorak bukan alasan akan menang…tapi apa yang dilihat pemuda sekarang ramai telah menuju arah pembangkang…ketiga tiga wakil pemuda ini perlu buat kajian menyeluruh untuk menguasai pemuda malaysia ini…pemuda tiang negara…sekiranya pemuda malaysia tidak terima 3 wakil tersebut…alamat hancurlah BN…

    salam untuk mukhriz:bukan jalan mudah untuk menang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 883 other followers