Satira mantan Menteri KEPUNDEK

Pada awal minggu lepas, semasa sedang minum pagi bersama sahabat lama teman dari Selatan Tanah Air, beliau memberikan satu teka teki pada teman. Bunyinya :-

 

Yeop, dimanakah terletaknya kekuatan UniKL? DiNAMAnya kah atau diMANAnya kah……..?

 

Kepala teman yang masih berdengung dengan isu negeri teman yang dah jadi Negara Isketambola, teman gagal menjawab. Melihat teman seperti beruk pening tengah menggoyang dahan pokok, sahabat teman memberikan jawapannya.

 

Kampus baru Universiti Kuala Lumpur (UniKL), sebuah institusi milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini sedang giat dibangunkan di Pasir Gudang, Johor. Sudah tentulah kekuatan UniKL terletak pada “MANA”nya dan bukan “NAMA”nya. Teman terus terkedu.

 

Jika difahami sekali imbas ianya kelihatan biasa, tiada yang tidak biasa, kecuali yang biasa-biasa sahaja.

 

UniKL yang masih belum mempunyai kampus tetap di Kuala Lumpur, telah menemui ‘rumah’ mereka di Pasir Gudang. Tambah menarik lagi, waktu keputusan membina tapak UniKL dibuat, Menteri  KEPUNDEK yang bertanggung jawab adalah YB Dato’ Seri Khaled Nordin. Kebetulan yang lebih hebat lagi adalah, kontraktor utama projek tersebut adalah Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRC), sebuah syarikat yang mana Dato’ Khaled pernah menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah dan kini masih banyak membantu beliau dalam karier politiknya.

 

Teman makin keliru…… teka teki yang asalnya meniru cerita Nujum Pak Belalang kelihatan semakin kompleks. Teman terus hirup kopi panas (yang bukannya dari bontot kuali).

 

“Itu belum cukup panas” tambah sahabat teman. Beliau terus bercerita dengan teman, dia ada bersembang dengan seorang Pak Syed beberapa hari lepas, yang merupakan seorang ‘broker maut’. Menurut Pak Syed tersebut, syarikat beliau akan dapat projek hampir RM15juta dari TRC untuk UniKL. Bila sahabat teman tanyakan bagaimana beliau akan jalankan projek tersebut, secara bersahaja beliau maklumkan bahawa sudah ada “sub-kon” yang menunggu beliau. Ditanya selanjutnya macamana dia boleh cukup yakin untuk dapat galas projek tersebut, dengan bangga beliau menceritakan bahawa Dato’ Khaled telah memberikan pengesahan dan TRC akan ikut arahan Dato’ Khaled tanpa bantahan.

 

Teman tambah teruja…. selamanya ini teman dok dengar orang cakap TRC tu “Tunggu Richard Cakap”. Terpikio pulak teman, kalau macam ni susahlah syarikat-syarikat nak buat kerja. Teman ada terdengar sekarang TRC amat serius dalam kerja mereka, tak macam dulu…..

 

Teman maklumkan kepada sahabat teman, mungkin Dato’ Khaled dah takde kuasa sebab menteri yang jaga MARA sekarang ni Dato’ Noh Omar. Kata beliau, projek ni dah terlepas dari pinggan Dato’ Noh.

 

Selepas sahabat teman beredar, teman telefon orang kuat TRC untuk cari info. Dulu beliau pernah maklumkan kepada teman yang dia akan dilantik jadi GM setelah lama berkhidmat dan membuktikan kemampuan beliau kepada TRC. Teman bangga juga dengan sahabat teman yang sorang, dengan kelulusan yang tak seberapa pun dia mampu membuktikan kemampuan.

 

Teman tanyakan pasal jawatan beliau, beliau kata dia juga mungkin tak berminat lagi untuk jadi GM sebab TRC memerlukan perhatian khusus beliau. Lagipun beliau terpaksa membimbing kontraktor-kontraktor kecil bumiputra untuk maju. Terdetik dalam hati teman, beruntung sahabat teman yang satu ni, syarikat cukup sayang dengan beliau.

 

Bila teman tanya mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh sahabat teman yang satu lagi, beliau jawab memang ada senarai recommend, bukan sahaja dari Dato’ Khaled. Bila teman tanya lagi pasal pengaruh Dato’ Khaled, beliau tidak menjawab.

 

Apa pun teman rasa mungkin elok jika Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM memantau pembahagian kontrak tersebut, manalah tahu kot-kot ada segelintir syarikat sahaja yang mendapat menafaat dengan jumlah yang besar sebagai kickback kepada ‘pelaburan’ menaja mana-mana calon yang ingin bertanding dalam PAU penghujung Mac nanti.

* Satira yang diterima melalui e-mail ini dinukil oleh sifulan yang mengaku menjadi ‘broker’ Mantan Menteri KEPUNDEK ini dengan Perwakilan UMNO sebuah negeri. Kami di BigDogDotCom amat menyokong kuat cadangan penulis e-mail agar Lembaga Dispilin UMNO dan SPRM memantau kontrak yang dimaksudkan, walaunpun tiada laporan rasmi dibuat. Ini amat penting agar calon yang menawarkan diri sebagai Naib Presiden UMNO ini bebas dari salahguna kuasa/rasuah, terutama ianya akan memberi kesan kepada UMNO yang perlu ‘membersihkan diri’ sesuai dengan aspirasi rakyat. Perdana Menteri VI Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyarankan agar personaliti yang ‘tidak bersih’ digugurkan dari Kabinet.

Advertisement
Published in: on March 16, 2009 at 11:20  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/16/satira-mantan-menteri-kepundek/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Inilah salah satu contoh yang jelas bahawa syor supaya kuasa menteri dihadkan teramat perlu dilaksanakan secepat mungkin. Sekarang ini menteri berkuasa seumpama raja dahulukala. Tidak ada pengimbang, tidak ada penghalang. Apa yang disebut seolah titah paduka.
    Banyak cara untuk melaksanakan saranan mengehadkan kuasa menteri. Kalau kuasa raja pun boleh dihadkan secara undang-undang, inikan pula menterinya. Cukup dengan arahan Perdana Menteri sahaja, terikatlah dia. Yang melampaui kuasanya dalam kerja, SPRM telah tersedia untuk menjerat mangsa.
    Jangan pula cerita sebegini cuma hangat semasa pemilihan Umno berlangsung semata-mata. Salah guna kuasa dan jawatan itu berlangsung sepanjang masa. Bukan menteri sahaja yang terlibat, pekerjanya pun kadang-kadang seperti lebih sudu daripada kuah. Setiausaha politik dan pegawai khas sewenang-wenangnya menyalahguna nama menteri untuk kepentingan peribadi. Kalau Sultan bertindak dalam urusan peribadinya boleh didakwa, sehingga sekarang terlalu kurang pendakwaan dilakukan terhadap pekerja menteri yang menimbun harta secara meragukan.
    Sebelum yang ini pun sudah ada kisah seakan sama, satu melibatkan tangkapan, satu cuma berlegar sekadar cerita. Ketiga-tiganya membabitkan menteri, malangnya dari sebuah negeri di selatan. Kalau benar Umno mahu bersih, sepatutnya tiang seri Umno itulah yang lebih tulen sifatnya.
    Wajarlah Lembaga Disiplin bertegas supaya tiada kuasa yang sewenangnya mahu campur tangan dalam urusan mereka. Lembaga Disiplin cuma membuat siasatan dan saranan, Jawatankuasa Khas Umno yang mengambil tindakan. Seeloknya siasatan dan tindakan dibuat sebelum pemilihan berlangsung supaya tidak membazir. Kalau dah pilih baru nak pulih, pincang juga sebab jawatan sudah terisi kena kosongkan. Penyudahnya tinggal dua tiga kerat aja nanti kerana Perlembagaan Umno tidak memperuntukkan sekiranya orang yang terpilih mengosongkan jawatan maka calon yang mendapat undi seterusnya dipanggil untuk mengisi jawatan berkenaan.

  2. Menteri KEPUNDEK ini talam dua muka, tok guru dia shahrir uban Menteri Kedai runcit.

    Dalam hal rasuah, bila kuasa Menteri dihadkan, Pegawai Kerajaan pulak yang kenyang.

  3. 16hb Mac 2009.

    Saya merujuk kepada kenyataan YAB Lim Guan Eng (New Straits Times, 14 Mac 2009-Hadi must clarify remark) yang menuntut supaya YB Dato Seri Tn Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan kepadanya apa yang dimaksudkan oleh Tn Haji Hadi mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran bersama Barisan Nasional. Kenyataan YAB Lim Guan Eng menampakkan beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan stabiliti dan perpaduan. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang ini jelas bermaksud bahawa beliau ingin memecahbelahkan rakyat melalui mainan politik sedangkan rakyat sedang menuntut agar pemimpin beri tumpuan pada pembangunan ekonomi dan hentikan politik perpecahan. YAB Lim Guan Eng sekali lagi menonjolkan sifat kurang ajarnya apabila cuba mengagalkan cadangan agar Melayu menyatukan kuasa politiknya di negara ini. DYMM Tuanku Sultan Selangor, DYAM Raja Muda Perak dan DYAM Raja Muda Perlis telah menyarankan sebelum ini agar Melayu bersatu serta memberi amaran supaya pihak-pihak tertentu jangan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat. Saya sendiri telah mencadangkan agar PAS kembali kepangkuan BN supaya dapat kita bersama mentadbir negara dengan aman dan baik.Soalnya kini, kenapa DAP mempertikaikan penyatuan Melayu? Kenapakah DAP lebih suka Melayu berpecah seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang? Saya melihat YAB Lim Guan Eng lebih mementingkan kuasa politik partinya daripada memastikan kestabilan negara pada masa yang penuh mencabar ini. Ini adalah bukti pemikiran kepimpinan DAP yang cetek, dan YAB Lim Guan Eng lagi sekali menunjukkan sifat perkauman dan chauvinis parti DAP. Yang paling penting pada waktu ini, adalah perpaduan rakyat, dan bukan kepentingan satu bangsa sahaja. Saya benar-benar berharap pihak PAS dapat menerima baik saranan YB Tan Seri Muhyiddin agar satu cadangan untuk perpaduan yang bertulis dapat dikemukakan kepada Barisan Nasional untuk dipertimbangkan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, saya di sini MEMBERI AMARAN kepada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya jangan terus jadi dalang dalam memecahbelahkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

    Sekian.

    YB Dato Mukhriz Mahathir.

    Petikan ini telah di ambil dari Blog Mukhriz.Com

  4. Hello, Dato’ Mukhriz,
    Belum naik takta, sudah pandai nak memberi amaran kepada sesiapa pun. Tolong le tutup mulut jangan kasih orang nampak sampah didlm mulut. Lebih lagi apa yang ditanya oleh YAB Lim Guan Eng dari Tn Haji Hadi adalah penjelesan aje. Ohya, saya lupa. Penjelesan boleh memecahbelahkan perpaduan UMNO? Bagus, jika ni berjadi. Sebenarnya, yang tidak menyetujui perpaduan parti adalah Tok Guru. Kemungkinan sudah sibuk dlm pertandingan ngeri Pilihan Permuda UMNO sampai kepala juga sudah pusing. Sila pergi istirehat dulu agar otak lebih cergas dan bersih…Yuh, bolehkah?

  5. BigDog quoted: “Perdana Menteri VI Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyarankan agar personaliti yang ‘tidak bersih’ digugurkan dari Kabinet.”

    Bro, Tun Dr M adalah PM kita yg ke-IV… yang ke-VI nanti insyaallah Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 887 other followers