Khairy salah guna Seri Perdana untuk kempen?

Pemuda UMNO

Kempen pemilihan Ketua Pemuda UMNO makin sengit. Dalam keadaan makin mendesak, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menggunakan Kompleks Seri Perdana sebagai pusat untuk berkempen.

Sepanjang hari ini, beberapa kumpulan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Perwakilan G2 diundang ke Seri Perdana, untuk berkenalan dengan MP Rembau. ‘Gula gula’ tarikan yang dimodalkan ialah Perwakilan berpeluang untuk bertemu mesra dan bicara secara peribadi dengan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun begitu, terdapat Perwkilan yang terpedaya dengan ‘gula gula’ ini dan hadir ke Seri Perdana. Peluang yang diambil kesempatan ini Khairy  lakukan pada masa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sedang mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait.

Persoalannya, apakah Khairy mempunyai hak dan kelebihan untuk menggunakan premis rasmi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan berkempen?

utusan-18iii09-kt-kj1

Apakah Perwakilan yang hadir di Seri Perdana itu begitu mudah termakan dengan ‘janji’ Khairy dan begitu alpa dan tidak peka dengan keadaan sekeliling sehinggakan tidak sedar sebenarnya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sedang berada diluar negara dan Khairy yang memperkudakan segala kelebihihan bapa mertuanya disaat akhir ini?

Nampaknya, calon Ketua Pemuda UMNO ini amat bongkak menyalah-gunakan harta Kerajaan, memandangkan bapa mertuanya ialah Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Walaupun Lembaga Displin UMNO awal minggu ini mengumumkan bahawa calon ini terlibat dengan salah laku etika  politik wang dan hanya diberikan amaran, namun sifat bongkak yang ‘tidak makan saman’ ini amatlah keterlaluan. Apakah Perwakilan bersedia untuk membuat  pilihan samada WANG atau BANGSA???

Bayangkan, apa lagi salah guna kuasa pemimpin ini akan lakukan apabila diberikan kuasa kelak?

 

 

*Perkembangan dikemas kini Isnin 23 Mac 2009 1230am

Barking Magpie mempunyai ulasan sama.

 

 

 

 

 

 

 

About these ads
Published in: on March 22, 2009 at 22:45  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/22/khairy-berkempen-salah-guna-seri-perdana/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Sudahlah Big Dog, sebelah pagi engkao ni menyeru orang Melayu dan umat Islam bersatu kemudian sebelah petang kao ni nak kenakan orang.

    Dasar h _ p o k r_t.

  2. SALAM BRO! WAH DASYATNYA DIA NI!

    SAYA ADA TERIMA SATU SMS TADI, IANYA AGAK MENGEJUTKAN SAYA LA, SMS NI DALAM BAHASA INGGERIS DAN IANYA AGAK PANJANG, BEGINI LEBIH KURANG BUNYINYA….

    “LEBIH KURANG JAM 9.30 MALAM SEMALAM BERTEMPAT DI PJ HILTON, AGEN ALI RUSTAM DAN AGEN MAT TAIB TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN! TUJUAN DIADAKAN PERTEMUAN INI ADALAH UNTUK KEDUA BELAH PIHAK INI BERGABUNG! AGENDA PERTAMA MEREKA ADALAH UNTUK MENCARI JALAN SUPAYA DELEGASI YANG MENYOKONG ALI RUSTAM MENGUBAH SOKONGAN TERSEBUT KEPADA MAT TAIB! AGENDA KEDUA ADALAH UNTUK SEMUA JENTERA POLITIK ALI RUSTAM TERUS DIGUNAKAN UNTUK MENYOKONG MAT TAIB! ALASAN YANG DIBERI KERANA BANYAK WANG TELAH DILABURKAN OLEH ALI RUSTAM DAN SELEPAS INI IANYA AKAN DIJADIKAN SEBAGAI PELABURAN MAT TAIB PULA, MEMANDANGKAN ALI RUSTAM SUDAH PUN MELABURKAN KESEMUA PELABURAN BELIAU, ALI RUSTAM AKAN MENGHALALKAN PELABURAN INI DAN AKAN TERUS MELABUR UNTUK MAT TAIB BAGI LIMA HARI YANG MENDATANG, MEMANDANGKAN ALI RUSTAM SUDAH PUN DIKENAKAN HUKUMAN, MANA BOLEH HUKUM DUA KALI KAN?

    MACAM SUSAH PULAK KITA NAK PERCAYA KAN SENARIO DIA ATAS TU, TAPI DALAM POLITIK PERKARA BEGINI ADALAH ‘BIASA’ TAMBAHAN PULAK SETELAH ALI RUSTAM DIKENAKAN TINDAKAN, MAKA JENTERA BELIAU BERGERAK SECARA ‘UNDERGROUND’

    DUA HARI LEPAS SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT LEBIH DARI DUA RIBU PENYOKONG-PENYOKONG PAS DAN PKR TELAH BERARAK KE PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA UNTUK MENDESAK BELIAU UNTUK MELETAKKAN JAWATAN BELIAU. MENURUT MEREKA SEORANG PERASUAH TIDAK LAYAK MENJADI KETUA MENTERI LAGI.

    MENURUT SMS ITU LAGI, ALI RUSTAM INI IBARAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA PULAK! YA LAH MANA TAKNYA, DAH LA NAK TANDING TPM PUN TAK DAPAT, PASTU PIHAK PEMBANGKANG PULAK MENDESAK BELIAU MELEPASKAN JAWATAN KETUA MENTERI, ALI RUSTAM JUGA TELAH MENGATAKAN BAHAWA BELIAU TELAH BERJAYA MEMENANGI KESEMUA KERUSI UMNO YANG DITANDINGI SEMASA PRU KE 12 HARI TU. PELINYA YANG DATANG MENDESAK BELIAU UNTUK LETAK JAWATAN ADALAH TERDIRI DARI 95 % MELAYU PEMBANGKANG…”

    BEGITULAH LEBIH KURANG MESEJ YANG TERAMAT PANJANG TELAH DI TERIMA SAYA, SAMA ADA BETUL ATAU TIDAK, ITU SAYA TAK TAHU.

    NAMUN AGAK MERAGUKAN JUGAK BILA KITA DAPAT MESEJ-MESEJ SEBEGINI KAN? YALAH KALAU TAKDE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KAN?

    NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA, BAHAWA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI MOHD ALI RUSTAM NI ADALAH DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK DAN MEREKA TAK AKAN MELAKUKAN SEPERTI YANG TERSEBUT DALAM MESEJ TERSEBUT!

    SEDIKIT PERINGATAN UNTUK PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI ALI RUSTAM, BEBERAPA HARI LEPAS SAYA JUGA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA ORANG-ORANG MAT TAIB LAH YANG TELAH MEMBUAT LAPORAN MENGENAI KES POLITIK WANG BELIAU, KALAU TAK SILAP SAYA LAH ADA KURANG LEBIH DALAM 500 ADUAN YANG DI TERIMA OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO!

    SAYA BUKAN NAK MENGAPI-APIKAN KEDUA DUA BELAH PIHAK YA, NIAT SAYA CUMA JANGANLAH ORANG YANG TAK BERSALAH PULAK DI HUKUM DALAM PEMILIHAN NANTI, SEPERTI YANG TELAH SAYA KATAKAN TADI, SAYA PERCAYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI MOHD ALI RUSTAM ADALAH ORANG-ORANG YANG BAIK CUMA BERHATI-HATILAH YA, INI SOAL MASA DEPAN UMNO/BN…JANGANLAH DI IKUTKAN HATI DAN PERASAAN YA.

    TUN DR MAHATHIR PUN DAH BERPESAN BANYAK KALI, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERSIH CEKAP DAN AMANAH YA…KITA TAK NAK LAH PEMIMPIN YANG DAH ADA PELBAGAI KES MASA DAHULU KAN?..SO FIKIR-FIKIRKANLAH..

    DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR! HIDUP MELAYU!

  3. Salam Bro,

    Manusia yang terdesak akan buat apa saja untuk selamatkan dirinya dari terus tenggelam.Menggunakan Sri Perdana merupakan satu perbuatan salah guna kuasa yang amat keji lagi memalukan.

    Perbebuatan sebegini tidak pernah berlaku dalam masa pemerintahan mana mana Perdana Menteri Malaysia, Its shameful ! Dimana SPRM adakah anda ingin melihat saja ?

  4. Fitnah!!! KJ tak pernah salah guna kuasa… KJ orang baik2… sebab itu ada orang ugut dia RM100,000… tapi jumlahnya sikit sangatlah… patut minta lebih lagi, KJ kaya…

  5. Dear Big Dog

    I am no fan of Khairy.
    But is it wrong to hold a meeting at your father in-law’s house?
    If your pa in-law’s house is bigger than your house, why not?
    Nowhere in the Umno constitution does it say you cannot have meeting at your private domain.
    Let’s not find fault in every of Khairy’s move.
    There are enough issues to fault him.


    Thanks for your views. However, it is not as simple as that.

    Seri Perdana Complex is a Federal Government facility which is the official and protocol residence of the Malaysian Prime Minister. Khairy Jamaluddin is not the Prime Minister, hence he is not entitled to use the facility for any capacity what so ever besides personal visitation to his father-in-law.

    Khairy is using the Seri Perdana Complex for his own political campaign. That is blatant abuse of power!

  6. BD what umno using the parliment this afternoon to decide norza and azalina’s fate,is that ok.

  7. Sokong Mukhriz & Muhyiddin demi agama, bangsa dan negara.
    1. Selamatkan bumi Melayu dan pribumi ini dari dihina.
    2. Jangan sekali-kali mengundi perasuah, kelak bangsa akan tergadai.
    3. Umno telah dihancurkan oleh Pak Lah, tingkat empat dan menantu (atau hantu).
    4. Pemimpin yang membawa rebah – cepatlah berundur.
    Diiringi doa restu semoga Mukhriz dan Muhyiddin beroleh kejayaan. Sokonglah 2M.

  8. Mukhriz juga telah menaja tiket teater kepada perwakilan pemuda pada 22 Mac 09. Tidakkah itu politik wang. Harap beri ulasan

    Theatre itu adalah persembahan amal “Ibu Zain” sempena program Peace Malaysia untuk Gaza. Mungkin projek ini mendapat pelepasan cukai LHDN. Banyak tiket tiket telah ditaja dan kemudian diklassifikasikan sebagai ‘percuma’ kerana orang atau badan korporat ingin menderma bagi projek Gaza tetapi tidak berminat untuk menonton theatre, mungkin kerana masa tidak sesuai atau hal hal lain.

    Oleh demikian, tiket tiket diberikan percuma agar tidak membazir kerana persembahan itu tetap berjalan walaupun orang yang menderma dengan membeli tiket secara block booking tidak hadir

  9. [...] Disiplin UMNO membuat siasatan, namun kemampuan calon ini mengunakan segala peluang, termasuk salah guna kemudahan rasmi Kerajaan Persekutuan dijana sepenuhnya untuk menentukan kemenangan. Dato’ Ahmad Zaki pernah dihadapkan Lembaga [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,133 other followers

%d bloggers like this: