Kabinet baru Najib: Mana Menteri jaga MARA?

Pada tepat jam tiga petang tadi Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan Kabinet baru, setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XIII Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin lewat pagi tadi. Terdapat perubahan ketara, termasuk beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang baru dilantik dan perlu dilantik Senator terlebih dahulu.

Laporan Utusan Malaysia:

Senarai penuh barisan Kabinet baru

09/04/2009 4:23pm

 

KUALA LUMPUR 9 April – Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

 

************************

Beberapa Menteri Kabinet digugurkan. Ini termasuk Menteri Luar Negara Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Menteri Kerjaraya Ir. Dato’ Mohd. Zin Mohamed, Menteri Pelancongan Azalina Othman Said, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Senator Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhd. Taib, Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Zulhasnan Rafique, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ong Ka Chuan dan Menteri DiJabatan Perdana Menteri Dato’ Amirsham Aziz.

Yang menghairankan dalam senarai Kabinet kali ini, dimana Menteri Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Korperasi?

Menteri yang menjaga Kementerian yang dipertanggungjawabkan secara khusus membangunkan orang Melayu tidak tersenarai langsung. Persoalan sekarang, apa akan jadi pada agensi khusus membangunkan orang Melayu, seperti MARA?

MARA, yang diujudkan dengan Akta MARA pada 1966, bertujuan untuk membangunkan orang Melayu, terutama dalam bidang pendidikan dan keusahawanan. Ianya lima tahun lebih awal dari Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kini, belum jelas lagi Menteri mana yang dipertanggung jawabkan untuk meneruskan semua program khusus dibawah MARA seperti MRSM, IKM, UniKL, GiatMARA dan sebagainya, sebagaimana yang jelas digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ini akan membabitkan 40 buah MRSM seluruh Negara yang merangkumi 30,000 pelajar Melayu yang bakal mewarisi gunatenaga professional negara secara konsisten setiap lima tahun.

Ini belum lagi agensi yang amat penting kepada program menabung dan pelaburan orang Melayu dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi seperti Bank Rakyat. Sebagai sebuah bank korperasi yang ahlinya 100% orang Melayu, Bank Rakyat memberikan pulangan yang amat lumayan kepada ahlinya. Berpuluh ribu orang Melayu, terutama kakitangan Kerajaan beroleh menafaat dari skim pembiayaan perbankan runcit (consumer and retail banking) seperti pinjaman peribadi dan kredit kad, yang berlandaskan syariah. Bank Rakyat juga berjaya membangunkan skim pajak gadai berasaskan emas yang berlandaskan prinsip syariah.

Dimana perlaksanaan DEB yang khusus untuk orang Melayu selepas kementerian ini dimansuhkan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads
Published in: on April 9, 2009 at 15:58  Comments (27)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/04/09/kabinet-baru-najib-mana-menteri-jaga-mara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

27 CommentsLeave a comment

  1. Khabarnya MARA akan diserap di bawah Kementerian Luar Bandar. Manakala hal pembangunan usahawan pula bawah Kementerian Perdangangan.

  2. “Menteri yang menjaga Kementerian yang dipertanggungjawabkan secara khusus membangunkan orang Melayu tidak tersenarai langsung. Persoalan sekarang, apa akan jadi pada agensi khusus membangunkan orang Melayu, seperti MARA?”

    Tidak mungkin DSN terlepas pandang perkara ini. Ini bermakna samada (1) perkara ini disengajakan atau (2) ia sebahagian dari slogan 1-Malaasyinya (yang belum diperincikan lagi setakat ini.)

    Kita tunggu dan lihat selewat-lewatnya selepas 6 bulan (review setiap 6 bulan .. sistem report card?)

  3. It is probably for the best to have Mara’s duties overseen by the Rural Development Ministry. After all, Mara is tasked with assisting the less fortunate Bumis and those who fall in that category are usually living in the rural parts of the country. A rationalization exercise to overcome redundancy.

  4. MARA satu hal lah bro,

    yang MINDEF ni bagi kat DS Zahid ada sikit tak puas la rasa hati….. tak payah lah nak ikut perasaan tuduh macam macam kat DS Zahid tapi dari calibre dan credible dia pun rasa nya kurang layak lah beliau di tempatkan disitu.

    kalau setakat ugama ke, MARA ke pembangunan usahawan ke (kem yang dah hilang) ok lah jugak. tapi pertahanan … no offends Zahid…. i dont really think you are capable BUT i might be wrong….

    more purchases ????? bagi tender sikit kot……

  5. “Khabarnya MARA akan diserap di bawah Kementerian Luar Bandar. Manakala hal pembangunan usahawan pula bawah Kementerian Perdangangan.”

    So,hal pendidikan seperti MRSM,IKM,KKTM,UniKL duk bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah la ye?

  6. 1Malaysia didahulukan. Melayu second. Walaupun MARA ditubuhkan sebelum DEB, tujuan dan matlamat MARA selaras dengan DEB, untuk bantu Melayu. Apakah Najib nak sideline DEB? Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dilihat sebagai kementerian khusus untuk menjaga kepentingan Melayu, agensi pelaksana DEB. Apakah Najib mahu dirinya dilihat mempraktiskan kesamarataan selaras dengan slogannya 1Malaysia? Bagi saya 1Malaysia ini lebih kurang Malaysian Malaysia saja. Slogan siapa agaknya?

  7. BD,

    apa KJ buat jumpa Ali kat Melaka petang tadi.

    ada komplot terbaru ke?

  8. Bang! Saya rasa terlepas pandang ni. Maklumlah dalam suasana “baru” begini pasti ada kelam kabut sikit. Namun harapan saya tiada niat menganak-tirikan MARA dan harap harap MARA lebih mantap.

    Wassalam
    Anak MARA

  9. Bro,

    Skrg ni ramai orang Melayu terutama Melayu dalam PKR dan PAS tu dah rasa depa hebat dan boleh bersaing secara sama rata. So, lantaklah nak buang MARA ni masuk tong sampah ka, masuk lombong ka. Biar MARA ni mati. Lepas tu kita tengok apa Melayu-melayu tak mengenang budi yang konon hebat ni nak kata apa.

    Hanya sebab segelintir ‘kacang lupakan kulit’, tak kan sampai kita tergamak mansuhkan organisasi yang terlalu banyak berjasa membangunkan orang Melayu. Kita orang Melayu wajar mempertahankan apa yang penting demi menjamin survival Bangsa Melayu.

    Signifikan MARA kepada Bangsa Melayu ialah

    1. Program MRSM
    2. Program pembiayaan tertiari pasca sekolah
    3. Program pembangunan keusahawanan, terutama pinjaman mikro
    4. Program IKM (bagi anak Melayu yang tercicir dalam pelajaran dan diberikan latihan vokasional)

  10. Bung najib suka sangat jadi PM sampai terlupa…
    tahniahla Mukhriz dapat pangkat…
    tahniahlah Khairy tak masuk kabinet…
    agaknya “onemalaysia” bung najib tidak mementingkan mara lagi. hahaaha

  11. Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

    Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

    BN/UMNO sudah tewas di 4 – 0 dalam PRK selepas PRU12.

    Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

  12. Tuan Big Dog,

    Ini tidak boleh jadi!

    Sebelum ini, pembangunan orang Melayu ada dua menteri jaga, MECD dan KKLW. Maknanya, ada dua KSU, 4 TKSU dan berpuluh pengarah dan set. bhg. utk laksana program pembangunan DEB & agenda Melayu.

    Sekarang dah himpun jadi satu!

    Larat ka seorang Menteri, 1 KSU dan 2 TKSU jaga tanggung jawab banyak banyak cam gini??????

    Bayangkan, kena jaga Felda, Felcra, Angkasa, Mara, Bank Rakyat, LPKP, Tekun dsbnya semua bawah satu kementerian!

    Mana agenda Melayu kabinet baru ni?????

    Tuan Big Dog,

    Tolong bagi jawapan! Ini KRITIKAL UTK MELAYU!!!!

    Terima kasih.

    Satu pengamatan yang baik dan tepat kepada mesej yang kami ingin sampaikan.

    Inilah kebimbangan utama kami di BigDogDotCom masa kami tulis posting ini petang semalam, semasa berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor. Apa akan jadi kalau dua Kementerian dengan lengkap infrastruktur dan kakitangan sekali pun lambat laksana program yang dirangka. Ini pulak, semua distreamline bawah satu Menteri.

    Memang ini kritikal untuk menjaga kepentingan Melayu.Itu belum soal memartabatkan dan melonjakan Bangsa Melayu lagi. Terutama dalam keadaan amat mencabar sekarang.

    Kami di BigDogDotCom amat bimbang dengan perkembangan ini.

  13. Saya rasa DSN tidak mengabaikan Melayu dan MARA, hanya kita perlu pandai mencari rahsia disebaliknya. Juga saya yakin ini semua adalah pelan jangka panjang untuk mematangkan Bumiputra dan menyiapkan kita semua untuk bersaing.

    Didalam kekalutan sementara ini, kita harus tenang untuk mencari yang tersirat. DSN kata “People First”, selami maksud dan penstrukturan PM baru kita, dan saya yakin DSN ada merangkakan sesuatu demi bangsa Melayu dan relevan nya MARA

  14. Ingatkan MARA diserap ke bawah JPM, sebagaimana Felda. Rupa-rupanya MARA masih tertakluk kepada kementerian lagi. Amat mendukacitakan kerana bidang yang dirangkumi MARA begitu meluas, pendidikan menengah dan tinggi, pinjaman perniagaan dan pendidikan, pemilikan ruang niaga dan sebagainya. Semasa di bawah KEPUNDEK (istilah BD) pun, nampak janggal kedudukannya kerana kepelbagaian fungsinya yang merangkum banyak bidang.

    Walau di bawah apa sekalipun, yang pentingnya MARA perlu diperkasakan untuk memenuhi matlamatnya sebagai payung untuk Bumiputera dalam pelbagai bidang. Wajar MARA memiliki autonomi dalam perkara-perkara yang sepatutnya. Elok juga dipertimbangkan supaya jawatan Pengerusi MARA itu diperkukuhkan supaya autonomi itu boleh berlaku. Majlis MARA juga perlu diberikan kuasa yang mencukupi untuk menentukan halatuju MARA dan tidak hanya berfungsi sebagai rubber stamp semata-mata. Unsur-unsur politik yang keterlaluan sehinggakan kemasukan pelajar ke MRSM pun banyak melibatkan campur tangan Menteri perlu dihentikan serta merta. Sama juga dalam penentuan pangkat dan kedudukan staf, selain jawatan tertinggi, biarlah kekananan yang menentukan alirannya.

    Tentunya Menteri yang dipertanggungjawabkan sekarang mempunyai caranya sendiri dalam menentukan perjalanan MARA seterusnya.

    Setuju.

    MARA wajar diberikan autonomi sendiri. Contohnya, sistem MRSM. 40 buah. Layak menjadi agensi sendiri.

  15. Why I Am Happy That Barisan Nasional Lost In Perak and Kedah – Najib Administration Still Infected With Badawi Virus – By Matthias Chang (9/4/09)
    By Matthias Chang
    Wednesday, 08 April 2009 23:16

    Soon after the UMNO party elections, when Khairy through money politics secured the coveted post of Chief of UMNO Youth, I warned that if he is given any prominent role in the By-elections or in the new Cabinet, he will tarnish whatever efforts of Prime Minister Najib to rejuvenate UMNO and the Barisan Nasional.

    The sight of Khairy’s face in the local media attempting to shake hands with PAS supporters told the whole story – the bad dude strutting and gloating and flaunting his newly acquired power. If there is a face that puts people off, it is his smug look!

    Tun Dr. Mahathir Mohamad’s attempt to repair this particular damage was too little too late, but credit and gratitude must be given to Tun for his willingness to help the Barisan Nasional even at the expense of his health. People tend to forget that Tun is eighty-four.

    Why am I happy that Barisan Nasional was defeated in Perak and Kedah?

    My reasons are as follows:

    1) If Barisan Nasional had won, complacency would have set in and the leaders would continue with the old ways of campaigning in any future By-elections and the next General Elections.

    It did not help that the party elections distracted and hampered in more ways than one the campaign to expose the lies and double-speak of the political chameleon, Anwar Ibrahim.

    2) It was an uphill task for the Deputy President of UMNO to put in place an effective machinery to harness the massive resources of the Barisan Nasional and to craft the necessary strategies to secure victory, especially in Perak, within a couple of days.

    There was utter confusion, which was cleverly exploited by the Opposition, as to the constitutionality of the Barisan Nasional state government, when three scoundrels from the Opposition (two of which were charged for corruption) was so readily welcomed into the ranks of the Barisan Nasional, notwithstanding the fact that the three state representatives adopted the stance of being “independent.”

    If there is a politician that can piss off both men and women, and arouse public scorn, it must be the DAP “female frog”. Anything that is associated with her stinks!

    Barisan Nasional should as of today, cut all ties with her. She should be made persona non-grata! Period!

    3) As for the two corrupt “male frogs” who have been charged with corruption, and the evidence is overwhelming, they should stand trial as soon as possible. The people must be educated that Anwar Ibrahim’s lap dogs are scumbags. In just over a year, three prominent opposition political leaders (the third being the Deputy Chief Minister of Penang) have been investigated by the Anti-Corruption Agency. More will surface in the future.

    Why in the world would the Barisan Nasional dirty its hands and linen by associating with such scumbags?

    If Barisan Nasional had won the By-elections, these three political scumbags would be tolerated and their treachery forgotten for political expediency.

    These three cancerous cells are fast spreading. Destroy the cells or they will destroy Barisan Nasional.

    Message to the Prime Minister:

    If you are serious about eradicating corruption, disassociate from these two State Assemblymen, even if it means giving a majority back to the Opposition and thereby the Perak State government.

    If the Prime Minister is looking for the first nail to put into the political coffin of Anwar Ibrahim, this is it. Let the entire country see how Anwar Ibrahim’s so-called principles are compromised, even to the extent of having corrupt members within his ranks so as to secure political power in Perak.

    Anwar Ibrahim is a convicted criminal – convicted for corruption and abuse of power – using the Special Branch to force Azizan to retract his complaint that he was sodomised by Anwar – by no less than ten judges. He accused the judges of bias when convicting him. He had scumbags in the Malaysian Bar to echo his groundless accusations.

    So, for argument sake and let’s take the bull by the horns – let us concede for a moment that the High Court (one Judge), the Court of Appeal (3 judges) and the Federal Court (3 judges), a total of 7 judges were totally ignorant of the law and or were bias.

    Anwar asked for a review of the decisions of the abovementioned courts, a privilege never granted to a convicted criminal save for Anwar Ibrahim. A new panel of judges of the Federal Court heard his arguments and allegations. The so-called leading legal luminaries without exception heaped praises on the integrity of this panel of judges. Anwar and his lawyers did not complain about their integrity and or demanded any of the judges to recuse. He had a fair hearing and the Federal Court refused to disturb the findings and judgment of the previous Federal Court.

    Anwar Ibrahim was convicted in accordance with the law and the judgment was fair and well founded.

    How can anyone with any common sense and integrity allow this criminal to be a prime minister of Malaysia? If he can use the Special Branch to further his own political interests when he was the Deputy Prime Minister, what more when he secures absolute power as the Prime Minister.

    4) This is one simple example that the Barisan Nasional lacks focus and has allowed the Opposition to frame issues that distracts the rakyat from seeing the truth about Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and the leaders of PAS. Till today, Barisan Nasional is reacting, reacting, defending and defending!

    Hopefully, the defeat will enable the leadership of the Barisan Nasional to refocus on the critical issues that demand attention and to reclaim the initiative to frame issues that are pivotal to the rakyat’s welfare and security.

    Don’t get bogged down with Anwar’s theatrics.

    5) I hope that the defeat will be the final wake up call. The Barisan Nasional must realize that as a result of the mismanagement by Khairy et al, it has become a super-oil tanker, heavy and slow and laden with a left-over cargo of dubious value.

    The Barisan Nasional is the Federal Government therefore, act like one for heaven’s sake!

    6) In the present global economic climate, it is a blessing in disguise that the opposition is in control of Kelantan, Kedah, Penang and Selangor, and I would gladly let them have Perak again.

    If there are no comparisons, how can the rakyat makes a genuine and rational choice?

    The Opposition’s mismanagement of the five state’s economies will soon be apparent. Then the fun starts!

    However, with regard to UMNO, it is the politics of “dependency” that have created a sense of fear and foreboding, especially among the Malays in UMNO when they lost the five states. They got screwed big time and with the ongoing financial crisis, they are despondent and desperate.

    It is about time, they got a kick in the ass! Now is the time for serious workouts and if the leaders at each level are not fit and ship-shaped, dump them for good.

    With such huge resources and established infrastructures at Barisan Nasional’s disposal, putting a monkey to lead would secure victory.

    But we have some real ass@#l@s.

    My Challenge to Barisan Nasional Leaders

    I dare say that if Barisan Nasional follow my strategy (which I will only reveal if certain conditions are met), Anwar Ibrahim and the Opposition will be a spent force by the end of 2010.

    I had written a book, “Will Barisan Nasional Survive Beyond 2010?” in the hope that the leaders of Barisan Nasional will get out of their slumber. Instead, under the moribund leadership of Badawi and Khairy, we wasted two critical years.

    But, there is still time yet, as UMNO had the wisdom to see that a change of leadership was urgently needed.

    This has been partly achieved, as certain toxic baggage still needs to be jettisoned.

    I believe that Barisan Nasional will survive beyond 2010, but it has to have a strategy that will not be constrained by the Barisan Nasional mindset.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad knows what I am talking about, as I have been thinking and working for him since 2001 outside the framework of the Barisan Nasional.

    Political Secretaries who have worked with me when I was the Political Secretary to Tun also know what I am talking about.

    Now that the millstone is no longer hanging from our necks, and only a thorn in the side remains to be removed (which can be easily extracted), my parting shot is simply this:

    IT IS TIME WE KICK THE OPPOSITION ASSES AND WHIP THEM GOOD AND PROPER!

  16. Mara wujud pada tahun 1966, dibawah Akta MARA 1966.

    Kementerian Keusahawanan Wujud pada 2004. Akta apa? Tiada akta melainkan dibawah bidang kuasa PM.

    Sebelum 2004, MARA memang dibawah Kementerian Pembanggunan Luar Bandar.

    MARA itu asalnya RIDA (Rural Industrial Development Authority).

    Jadi apa masalahnya disini. Kewujudan MARA itu dah memang sahih, itu akta perlembagaan. Tapi kewujudan mana2 kementerian pun itu atas bidang kuasa PM.

    Seingat saya, pembentukan kementerian pembanggunan usahawan dulu tak lebih sekadar gula-gula sahaja, untuk melantik penyokong2 menjadi menteri … jadi nak bagi nampak penting, suruhlah MARA report bawah kementerian tersebut.

    Pada 2004, MARA diletakan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi.

    Sebelum itu, 1999 MARA dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Dua Menteri sebelum ini ialah Dato Seri Nazri Aziz dan Dato’ Mustapha Mohamad. Ini merupakan kementerian asal Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Negara.

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah asalnya Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Oleh demikian, ini bukan struktur asal dan sesuai bagi meletakan agensi membangunkan Melayu seperi MARA di bawahnya.

  17. Sorry la Bro,

    aku ni pun budak MRSM jugak. Tapi aku sakit hati tengok member2 yg sama2 belajar dgn aku, sama2 nyanyi lagu Anak Kecil Main Api dulu tu, bila skrg dah jadi engineer, jadi doktor, jadi accountant, jadi pilot, jadi lawyer … duit dah banyak, kereta ada 2, 3 bijik, rumah besar, depa jadi tak sedaq diri. Bukannya depa nak tolong Melayu lain, tapi lagi depa nak buang DEB la. Kata DEB ni zalim la, perkauman la, tak ikut Islam la …

    Aku rasa biar MARA ni tutup! Baru orang Melayu boleh nilai apa jasa MARA ni pada orang Melayu selama ni. Macam P.Ramlee dulu la. Masa dia tengah hidup, orang banyak kutuk dia, perli dia, mengata macam2 pasal dia. Bila dia dah mati … baru orang nampak apa sebenarnya hasil seni dia.

    Bila MARA dah tutup. Anak2 Melayu banyak merempat. Jadi mat rempit. Dapat keje jadi jaga, dreber, tukang cuci saja… barulah kot orang Melayu ni nak sedaq diri dan sokong UMNO balik. Bila susah cari UMNO. Bila senang, jadi tak sedaq diri. Harun betui.

    Jangan sebabkan marahkan nyamuk, kelambu dan rumah dibakar.

  18. [...] letak MARA dan Tekun bawah KKLW? Persoalan yang dibangkitkan disini, BigDogDotCom mengenai apa akan jadi kepada agensi ‘Agenda Melayu’ seperti MARA setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MECD) dimansuhkan terjawab dalam Utusan [...]

  19. Rasanya baru ja Pak Najib beri senarai…belum ada pro contra lagi…bagi peluang pada Pak Najib atorkan supaya kes kes terlepas pandang diteliti…takkanlah pak Najib nak abaikan MARA…pasti tidak…bagi masa sikit…

  20. Tuan Big Dog,

    Dengo ceta, cadangan mansuhkan MECD in datang dari Ethos Consulting aka Tkt 4?

    Betul ka?

    Siasat & bongkar lah!!!!

  21. mara dan laen2 diserapkan dlm kementerian laen..
    najib wat camni sbb nk “kecikkan kabinet”..sblm ni kabinet huru hara sbb byk sgtt..

    jd kpd bumiputera,
    jgn risauu..

  22. [...] Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) diambil alih oleh Mukhriz apabila MECD dimansuhkan dalam rombakan Kabinet sulung Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 8 April 2009. Begitu banyak harapan dan [...]

  23. saye sayang enot!!!!!!!!!!!!

  24. salam….
    Jangan kerana nak tunjukan kebenaran selogan satu Malaysia dan memberikan kesama rataan… MARA diabaikan sudah… saya lebih suka Tun Dr. M bijak dan pandai… isu ni x timbul pun tapi banyak pencapaian di peroleh antaranya Putrajaya, Proton dll…
    sila ambil tindakan dan perhatian akan hal ini…

  25. [...] leading English daily was never appointed to any Cabinet post since Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak formed his first Cabinet on 9 April 2009. Neither did he ever had any appointment to any commission, GLC or state funded [...]

  26. […] semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia VI dan mengumumkan Kabinet ulungnya pada 9 April 2009, jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ko-operasi yang secara tradisinya menjadi ‘Menteri […]

  27. […] semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia VI dan mengumumkan Kabinet ulungnya pada 9 April 2009, jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ko-operasi yang secara tradisinya menjadi ‘Menteri […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,071 other followers

%d bloggers like this: