Semasa memenangi pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 25 Mac 2009, kenyataan ulung YB Khairy Jamaluddin merupakan “untuk merapatkan barisan Pemuda UMNO”, setelah berlaku satu proses pemilihan yang dianggap getir dan sengit. Kesan perebutan menampakan kesan, terutama reaksi penyokong yang kecewa apabila Khairy diumumkan sebagai pemenang. Apa yang tersurat adalah sesuatu yang wajar dilakukan oleh orang yang menang.
Laporan Utusan Malaysia:
ARKIB : 26/03/2009
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
KHAIRY Jamaluddin yang diumumkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru dijulang oleh para penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. Beliau menewaskan dua pesaingnya iaitu Mukhriz Mahathir dan Dr. Mohamad Khir Toyo.
KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.
Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.
‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.
‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini.
Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.
Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:
‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).
‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’
Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:
‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)…habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.
‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’
******************
Namun begitu, keadaan sebenarnya ‘Jauh panggang dari api’. Exco Pemuda UMNO dan Pengerusi Biro yang baru dilantik merupakan mereka dikalangan yang dianggap sebagai ‘Penyokong Kuat KJ’. Mereka bukanlah pemimpin Pemuda UMNO yang dilihat mampu untuk ‘merapatkan saf’, setelah ramai akar umbi Pemuda UMNO dikatakan tidak bepuas hati keatas kemengangan MP Rembau itu.
“Cakap Tak Serupa Bikin”. Itulah komen seorang Exco Pemuda UMNO mengenai barisan Exco Pemuda UMNO yang menduduki jawatan Pengerusi Biro dan Unit, yang diumumkan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin baru baru ini.
“Mereka yang dilantik KJ merupakan illustrasi sebenar apa yang dimaksudkan sebagai “Setia, Kawan”, komen seorang lagi Exco Pemuda UMNO. “Kawan yang ‘setia’, itulah yang diangkat”.
Persoalan sekarang, apakah akar umbi Pemuda UMNO akan terus memberikan kerjasama kepada Kepimpinan Pemuda UMNO, setelah hanya 304 Perwakilan Pemuda UMNO membuat keputusan yang dianggap bertentangan dengan aspirasi sebenar akar umbi.
Missi utama Pemuda UMNO ialah memenangi hati, keyakinan dan paling penting sokongan golongan muda dalam Pilihanraya Umum (PRU 13) XIII, yang dijangkakan menjelang dalam tempoh tiga tahun lagi. Mesej jelas pengundi saluran 3 dan 4 dalam PRU 12 ialah menolak BN.
Setakat ini, kemampuan Khairy Jamaluddin dan saf baru Pemuda UMNO meraih keyakinan dan sokongan golongan muda, yang dijangkakan akan bertambah sehingga 40% dari jumlah pengundi amatlah diragukan. Lebih lebih lagi keyakinan Kepimpinan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri keatas Khairy amat jelas apabila MP Rembau itu tidak diberikan sebarang jawatan walaupun berjaya menduduki Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bertaraf Naib Presiden, semasa pengumuman Kabinet ulung beliau pada 9 April lepas.







pemuda UMNO? mmmm.. jauh panggang dari api. Tak payah ada buat masa ni lagi bagus. KJ? macam tikus baiki labu.
heemmm..pemuda…ship will sink la bro zakir..kesian Datuk Razali & some pahang talent..had to play rough or not terpalit tahi..tapi itula hakikat pemuda kali ini dipenuhi dgn exco wang dimana pemuda tergolek dog..so u guys better take my word..hancusss…pemuda
Bukan setiakawan, tapi setia-kat-wang or sedia-kan-wang
tuan, majoriti AJK pemuda yang dipilih semasa PAU baru2 ni adalah orang2 MM dan KT. bagi saya, KJ memilih orang2 beliau utk mengisi exco lantikan adalah perkara biasa/lumrah yang dibuat oleh orang2 politik. ini dapat mengimbangi pengaruh KJ dalam barisan kepimpinannya.kalau tuan berada pada tempat KJ, tuan pun akan bertindak begitu juga. itulah seni politik…
apa ada ketua pemuda…kalau disana sini orang tak suka…najib melihat semua itu dengan pandangan mata hati sebab itu tidak dilantik…tidak ada yang membangkang walaupun kalah boleh jadi menteri…kalau orang lain selain khairi ramai yang membantah…tetapi mengapa tidak membantah ?
sebabnya ramai tak puas hati dengan ketua tu…Lihatlah kekalahan BN berkemunngkinan kehadiran khairi dalam UMNO ???…masa depan tidak menentu lagi…kerajaan yang ada hanya bertahan dengan sakibaki simpati dari rakyat jelata…gamabar yang tertera dalam utusan seangkatan Pemuda UMNO malaysia semalam…sudah melakarkan “kerajaan Impian masa depan Khairi” Tahukah pembaca semua…pemuda malaysia telah berubah arah kepada pembangkang kerna kehadiran khairi” hakikat ini kena terima…bukan dongengan tapi betul dan benar…
salam untuk semua
globalmalau:islam dulu…keredhoan dituntut…PAS UMNO dan Parti politik adalah mainan dunia yang dikuasai manusia untuk manusia…berhati hatilah kita…agar tidak leka dengan rentak parti2 itu…
Yang pastinya ketua pemuda bahagian di 304 bahagian belot dan tidak amanah pada PAU baru-baru ni. Tahniah diucapkan dan kepada mereka… hampa kerjalah dengan KJ tu… ampu teloq dia kemas-kemas… semoga berjaya di PRU13.
Lu Melayu suma bodoh2 belaka. Pemimpin macam ni korang simpan baik2, tak lama lagi UMNO sejarah sahaja.
akan ada dilema pasni.
nak sokong, nanti depa kata sokong dan approve kepimpinan dia.
kalau tak sokong, akan dilabel pengkhianat parti. dan semestinya kalau ini terjadi, umno khususnya akan kalah.
jadi apa nak buat?
apa boleh ketua pemuda digantikan tanpa election rasmi? (mungkin vote tidak percaya mungkin? dan tolak sebab musabab yang tidak normal i.e ditangkap polis/ sabit kesalahan etc etc)
Bro,
This MalaysiaKini writers are really sick minded people!
They manipulated Tun Dr M to sound as if Tun Dr M was saying that PR’s notion of Sultan cannot remove MB power was wrong.
But if you look at the video (interestingly it is from MalaysiaKini media team), Tun Dr M NEVER said or give hint to such thing!!!
I am so angry with all these PR sympathizer media.
Any idea what we can do to hurt them where it hurt them the most…$$$$ ?
“Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.”
Demokrasi matang wujud bila mana pengundi ditawarkan semata-mata dengan ideologi, prinsip, matlamat dan cara.
Taburan wang disana sini adalah pegangan Demokrasi SetiaWang.
Sampai kedalam mana UMNO nak dijunam siPerasuah?
hey fatimah now tell me star paper which carried the same story is also owned by pr or their sympathizers.
Itulah UMNO… demonstrasi memang bukan budaya mereka… tapi RASUAH memang budaya mereka. Sesungguhnya RASUAH adalah LEBIH MULIA dari demonstrasi. HIDUP UMNO…!!! HIDUP RASUAH…!!!
KJ ni memang berpenyakit selsema babi.
sebab tu satu Pemuda akan dijangkiti
KJ is a MENACE TO UMNO!
PLS GET RID OF HIM!!!!!
Come on MACC, dont tell us there is NOTHING YOU CAN DO AGAINST KJ?????