Melayu-Islam merupakan etnik majoriti warga Malaysia, dengan menguasai hampir 60% warga Malaysia termasuk pribumi Sabah dan Sarawak. Semenjak Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak melancarkan ’1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sebagai teras perjalanan Malaysia sebagai negara-bangsa, yang berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan prinsip Rukunegara, ramai pihak terutama nasionalis Melayu merasakan orang Melayu melalui dasar dan perlaksanaan Kerajaan berkompromi kepada etnik Bukan Melayu.
Semenjak Kepimpinan Pemerintah Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengharamkan perlaksanaan program Biro Tata Negara (BTN) bagi seluruh negeri Selangor kerana ianya meng’indiktronasi’kan rakyat dan disambut Chauvinis Cina Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata ianya memupuk semangat ‘perkauman’, maka Kepimpinan Kerajaan BN mengambil pendekatan reaksi sebagai ‘akur’ kepada desakan Pembangkang ini. Dasar dan perlaksanaan kursus BTN asalnya yang bercorak dan objektif memumpuk semangat patriotism dan nasionalism kini disesuaikan dengan penerapan teras ’1 Malaysia’.
Laporan Bernama.com:
BTN Curriculum To Be Revamped In Line With 1Malaysia Concept – Nazri
KUALA LUMPUR, Nov 30 (Bernama) — The cabinet has agreed to revamp the syllabus of the controversial National Civics Bureau or Biro Tatanegara (BTN) courses, in line with the 1Malaysia concept, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
The cabinet’s decision last week was made to ensure it was acceptable to all races and not just one racial group, he said.
“We have to change the curriculum. Now its 1Malaysia. The previous curriculum is not inline with what the Prime Minister (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) wants.
“It is important for the courses to be inclusive of all races, as the government now stresses on racial integration,” he told reporters at the Parliament Lobby here Monday.
The BTN issue came to light when the Selangor government barred state civil servants, students in state-run higher learning institutions and employees of state government linked companies from attending courses organised by the BTN, effective last Wednesday.
The BTN had come under heavy criticism from opposition leaders, especially leaders in Selangor who had urged the state government to ban attendance on the ground that the content was a tool to spread “Barisan Nasional and Umno political ideology and racial politics”.
Penang had also indicated a similar action, just like Selangor.
“I believe Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan has directed BTN to do the necessary revamp,” he said.
Meanwhile, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said Nazri’s announcement today was in contrast with a number of claims by ministers.
“Some BN leaders have been claiming that the BTN was the best programme to nurture the spirit of patriotism and a commitment to excellence among all Malaysians but Nazri’s admission reveals otherwise.
“That means the BTN module needs to be revamped. I do not understand their objective but the BTN issue had been discussed several times before,” said Anwar.
– BERNAMA
*****************
Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri Dato’ Ahmad Hj Maslan, anggota pentadbiran PM Najib yang bertanggung jawab keatas BTN.
Laporan Utusan Malaysia:
Modul BTN akan dipertahankan
29/11/2009 5:19pmKUALA LUMPUR 29 Nov. – Biro Tata Negara (BTN) tidak akan tunduk dengan serangan pembangkang kerana modul kursus Jari (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) yang dipraktikkan sejak sekian lama terbukti berjaya memupuk semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mendedahkan modul itu berkata, tiada asas untuk pembangkang menyerang dan menuduh BTN sebagai salah satu sebab penghalang kepada pembentukan satu negara bangsa Malaysia.
”Modul yang kita guna adalah secara integrasi dan bersepadu. Modul ini telah kekal sejak sekian lama, tetapi ia tidak statik sebaliknya sentiasa melalui proses penambahbaikan agar sesuai dengan cabaran semasa.
”Kita akan mengekalkan modul ini tetapi pengisian akan sentiasa berubah mengikut dasar utama kerajaan pada masa-masa tertentu.
***************************
Namun begitu, Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah beberapa kali menghadiri dan berceramah dalam program kursus BTN mahukan modul BTN, yang memberikan penekanan khusus kepada semangat patriotism dan nasionalism, sebagai alat untuk menentukan kejayaan negara-bangsa yang berlandaskan prinsip Melayu-Islam, dipertahan dan kekalkan.
Laporan Utusan Malaysia:
Tun M: Kekalkan modul BTN sedia ada
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
Dr. Mahathir Mohamad bersama Datuk Low Keng Kok dari KLASS Trustee (kanan) dan Pengerusi MAF, Prof Dr. Adeeba Kamarulzaman (kiri) serta Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bergambar bersama kain rentang simbolik perasmian Hari AIDS Sedunia 2009 di Wangsa Walk di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang. ”Saya tidak nampaklah apa sebab (nak rombak)…saya ingat (modul sedia ada) kekal. ”Saya biasa jadi penceramah semasa menjadi Perdana Menteri, ceramah dan modul yang kita amalkan tidak melibatkan apa-apa masalah. Kalau ada masalah, dari dulu lagi sudah timbul,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AIDS Sedunia, di kompleks beli-belah Wangsa Walk di sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Kabinet bersetuju merombak kurikulum BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia. Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.
Bagaimanapun kenyataan Mohamed Nazri itu berbeza dengan nada yang disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menjelaskan modul BTN tidak perlu dirombak, sebaliknya akan ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa.
Kenyataan Mohamed Nazri itu juga telah menimbulkan perasaan kurang senang khususnya di kalangan pemerhati politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kerana menggambarkan seolah-olah kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang selain terlalu bersifat pemaaf. Komen beliau itu susulan daripada tindakan drastik kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri daripada menyertai kursus BTN, sebelum tindakan yang sama turut diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, BTN sepanjang penubuhannya telah berfungsi dengan baik bagi menerangkan terutamanya kepada pengawai kerajaan tentang pentingnya melaksanakan khidmat terbaik untuk rakyat. ”Kadang-kala, kita dapati ramai orang tidak faham mengenai nilai-nilai positif yang boleh dijayakan oleh BTN sedangkan penerapan nilai positif penting bagi membolehkan pegawai kerajaan serta rakyat membudayakannya untuk membangunkan negara. ”Setakat pengetahuan saya, tidak ada yang kurang dan buruk dengan BTN. Malah, sebahagian besar daripada modul adalah sesi penerangan mengenai sejarah negara kita,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, tidak ada sebab sebenarnya untuk pembangkang serta golongan yang bersimpati dengan perjuangan mereka takut sehingga menjadikan BTN sebagai mangsa permainan politik.
**************
Semenjak ditubuhkan pertengahan 1970an, BTN telah melaksanakan program program berbentuk kursus dan ‘persemukaan positif’ (positive engagement) kepada kakitangan Kerajaan, pelajar, kakitangan swasta dan petugas agensi Kerajaan yang bersandarkan memupuk semangta patriotism dan nasionalism dan menjurus kearah pembinaan negara-bangsa, berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
BTN juga bertindak sebagai pemangkin bagi menyediakan rakyat, terutama orang Melayu dan golongan muda agar memberikan fokus kepada pembangunan sahsiah dan rohaniah individu dan masyarakat kearah masyarakat maju, berilmi dan bertamaddun semenjak dasar ‘Wawasan 2020′ dilancarkan Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebagai conto, Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) sering digunakan untuk menyemarakan semangat:
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik OrangNenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus ZamanIndahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih SendiriMasa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah HilangKini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga DiriKita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)*************
Sedikit sebanyak, program program BTN telah berjaya menunjukan kesan positif dan rata rata, masyarakat pertengahan Melayu terutama kakitangan Kerajaan dan golongan terpelajar mendapat kebaikan dengan penerapan semangat patriotism dan nasionalism.
Cabaran globalisasi dan peredaran kommunikasi yang amat canggih, terutama bagi remaja dan golongan muda kini telah menjadi permasalahan bagi pembentukan sahsiah dan jati diri masyarakat Malaysia dan sekaligus menjadi ancaman kepada pembinaan negara-bangsa yang progressif dan produktif, sesuai dengan acuan kepentingan negara dan tuntutan budaya Melayu dan ugama Islam, sebagai landasan warga majoriti Malaysia. Maka sekiranya program BTN distruktur semula tidak memberikan penekanan khusus kepada apa yang dekat bagi majoriti warga Malaysia yang Melayu-Islam, dikhuatiri golongan muda dan terpelanjar akan makin hanyut dengan segala cabaran globalisasi dan anasir anasir yang hanya akan meng’bankrap’kan jatidiri, aqidah, nilai budaya dan warisan dan semangat pembinaan negara-bangsa.
Pendekata, sedangkan dengan modul sediada BTN pun berlaku proses pem’bankrapan’ jatidiri, aqidah, nilai buadaya dan semangat pembinaan negara-bangsa, apatah lagi tanpa input BTN?
Mungkin pendekatan yang lebih proressif ialah bukan merombak dan menstruktur semula parameter kandungan modul program BTN tetapi sistem dan kaedah penyampaian dan perlaksanaan. Untuk menyesuaikan aspirasi golongan muda Malaysia, terutama ‘Generasi-Y’, maka pendekatan interaktif dan ‘menyedarkan melalui penemuan’ (learning through discovery), yang menerapkan elemen aqidah, nilai budaya dan warisan, sejarah dan kefahaman sosio-ekonomi dan geo-politik secara komprehensif dan holistik, sesuai dengan kehendak pembinaan negara-bangsa masyarakat.
“Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati kehausan”.
Orang Melayu sebagai warga majoriti Malaysia dan tunggak asas Perjuangan kelahiran dan pembinaan negara-bangsa wajar untuk tidak lagi menerima sebarang kompromi untuk memberikan lebih banyak lagi konsessi kepada minoriti Bukan Melayu, sekadar menjaga hati mereka dengan harapan meraih secebis undi yang belum tentu diperolehi. Cukuplah sekadar konsessi yang diberikan PM Najib seperti pemansuhan agensi perubahan ‘Agenda Melayu’ seperti MECD dari Kabinet, ‘Biasiswa Meritorasi’, liberalisasi pasaran modal dan FIC dan MPEN yang dianggap tiris ‘Agenda Melayu’.
Agenda ’1 Malaysia’ wajar menengahkan secara empirikal roh Perlembagaan Persektuan agar rakyat faham dan menghayati kepentingan menerapkan semangat patriotism dan nasionalism.
*Dikemas kini 1030pm
Menteri diJabatan Perdana Menteri Dato’ Mohd. Nazri Aziz menyifatkan Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘rasis’ kerana mempertahankan modul BTN agar dikekalkan dalam bentuk sediada dan tidak dirombak.
|
Ini amatlah keterlaluan kerana Tun Dr. Mahathir hanya mempertahankan BTN yang selama ini berkesan memupuk semangat patriotism dan nasionalism, terutama dikalangan orang Melayu sebagai majoriti warga Malaysia. Nazri wajar dikecam dengan keceluparan melampau ini atas Negarawan Berjasa dan disifatkan sebagai Pengkhianat Bangsa.
Nazri mungkin sudah lupa. Keluarga beliau pernah dikaitkan dengan kes kematian seorang remaja Bukan Melayu tidak lama dahulu. Jika ini bukan wajar disifatkan sebagai ‘racism‘, apalagi?
BTN hanyalah alat untuk menegakan sifat patriotism dan nasionalism dikalangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Tiada timbul isu perkauman apabila meneliti soal Perjuangan. Ini kerana nasionalism yang berjaya melupuri proses Kemerdekaan itu berpunca dan diterajui oleh pemimpin politik dan Raja Raja Melayu. Perjuangan memartabtakan kepentingan orang Melayu melalui Ketuanan Melayu itu sendiri tidak menafikan hak etnik Bukan Melayu.
Semangat yang dipertahankan Tun Dr. Mahathir ini merupakan semangat nasionalism yang pemimpin terdahulu seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Ghaffar Baba dan seangkatan dengan mereka yang berjaya pupuk, semai dan semarakan melalui UMNO, mengagalkan Malayan Union, menentang kekejaman pengganas kominis dan menerahui proses yang berjaya membawa Kemerdekaan.
Sesungguhnya, apabila anasir anti Melayu seperti DAP dan PKR mengunakan kenyataan Nazri ini sebagai modal untuk menganyang BTN, bermakna:









BTN is the way of this house, this family this community. It is the way I choose to nurture my family.
Then comes one day a dirty thirsty wayfarer begging for a glass of water. On recovering and enjoying some unwelcome rest on the family sofa, this ingrate starts his unholy preaching saying this is wrong and that is not right.
For goodness sake, this vagabond does not even has a proper jamban to clean ….
Go git …
Johari Abdul dari PKR kata Mahathir gunakan BTN untuk fitnahkan Anwar yg tak berdosa tu…isk,isk,isk,memang melayu mudah lupa (selective memory la kot!), pi tanya si Johari tu masa dia kerja di JPA dulu dia buat apa? dan kenapa orang dok gelar budak2 BTN tu pasukan komando Anwar? hehehe…a true case of the pot calling the kettle black.
BTN itu memang menyebar ideologi perkauman dengan menitikberatkan ketuanan Melayu iaitu Melayu adalah tuan negara ini, semua kaum lain adalah hamba kepada Melayu termasuk bumiputra Sabah dan Sarawak.
Sekurag-kurangnya BN di bawah pimpinan Najib sekarang sudah insaf kesilapan lampau dan berikrar untuk membetulkan kesilapan selama ini yang jelas mengapi-apikan emosi perkauman melayu terhadap kaum lain di Malaysia.
Memang tidak hairan Melayu moden sudah dapat membezakan apa yang betul dari salah. Memang betul Nazri sebagai seorang Muslim yang sejati mengkritik Mahathir sebagai ‘bloody racist’.
Syabas Nazri, dengan pemimpin BN seperti anda, BN ada harapan di pilihanraya akan datang.
Low class berkata, “Memang tidak hairan Melayu moden sudah dapat membezakan apa yang betul dari salah.”
Sebab tu ‘Satu Sekolah untuk Semua’ harus dilaksanakan dengan segera.
Apa salahnya jika Melayu menjadi Tuan di tanah sendiri iaitu Tanah Melayu.
Sejak bila kaum lain menjadi hamba kepada Melayu?? Yang sebenarnya Melayu terlalu murah hati sampai ramai yg kaya raya diMalaysia ini adalah kaum bukan Melayu.
Melayu moden harus mendesak kaum lain yg inginkan kerakyatan Malaysia fasih dlm Bahasa Malaysia.
Jika mereka tidak berupaya bertutur dlm Bahasa Melayu, maka mereka tidak harus diberikan Mykad.
BTN ni ada dua jenis. satu untuk bumi, satu untuk campur2. yang untuk campur2 tu aku tak tau la. tapi yang untuk bumi, aku pergi, memang racist nak mampus..
aku yang melayu ni pun, sampai rasa menyampah dengar.ada ke instructor tu boleh hina2 bangsa lain. kesian budak2 yang mix, mak melayu, ayah cina, or vice versa.
“aku pergi?” kata sdr. Siapa ajak? Criteria apa yang melayakkan “aku pergi”.
“aku pergi?” kata sdr. Siapa hantar? NGO mana? Criteria apa yang melayakkan “aku pergi” ini terpilih?
“aku pergi?” kata sdr. Kuliah subuh paling menarik kan? Rentas desa paling tak pakai kan?
Ceritakan sikit tentang pengalaman qiyam-ul-lail dan zikir taubat?
Kalau tak dapat beri jawapan kepada semua soalan ini, kami tahu anda penyamar bermaksud jahat.
NGO? bukan. MARA hantar. 2 kali.
Kuliah subuh paling menarik? pastinya tidak. Qiamullail? Tiada pula kali pertama mahupun kali kedua. Zikir taubat? pun tidak ada.
Saya bercakap atasa pengalaman. Kalau ini bukan sebahagian dari yang dirancang, maka perlu la semak. Jangan bila orang cakap, terus tak percaya. Cuba siasat dalam-dalam sikit
one thing one can sure -selagi ada bulan dan bintang.
sekolah wawasan tak akan diimplementasikan as a national policy!
why?
Bekoz pm wants to be seen to be popular and mca
cannot compromise on this chinese thingy.
In general the chinese look at all government policies
and regulations just like a suggestion by the melayus.
The mca will implement what is good for them and
ignore what is not useful to their race. learning english is important -nothing will stop them
from studying english well.
Look at the way the chinese businessmen treat dbkl
and traffic rules. They get mass exemption by
default. Dbkl will stop taking action and the
chinese businessmen will kautim – it is the national
way to deal with the melayus in the dbkl or police.
Just look at the ways cars are parked at the front of
of the shops near dynasty hotel in 2nd mile jalan ipoh the road is marked with centre double line and the
side is lined with a no parking line.
Do the police [police stataion 50 m from the are]
and dbkl pay any attention? No all this illegal
parking is oblivious to them. But if you were to park
in some white lined road in a housing estate you might get a summon!
Another are I want to highlight is the road fronting the sungai mas shopping complex. 50m from it is the
dbkl office . why are the chinese parking their
cars at both sides of the road narrowing the so badly
that buses have to do their own rerouting before the
sg mas place to avoid the jalan kucing/jalan ipoh roundabout. And to think that dbkl had made an
announcement that it had completed a rm600 million
road project from 3rd mile to the 5th mile. What had
been the result of the road widening project?
The chinaman in the country [according to my eurasian
teacher in secondary school , some chinese still think
that they are in china], do not regard most of the
rules need be followed. And successive bn governments
have cowed to their demands. And with pr willing to give what the chinaman wants as an elction manifesto =the bn is under pressure to concede whatever the chinaman wants.
So my friend the malays will learn sciences in bahasa
while chinese children will have a superior education in chinese schools.
[...] kerana Tun Dr. Mahathir hanya mempertahankan BTN yang selama ini berkesan memupuk semangat patriotism dan n…, terutama dikalangan orang Melayu sebagai majoriti warga Malaysia. Nazri wajar dikecam dengan [...]
[...] pemimpin UMNO sendiri men’gema’kan desakan anti Melayu yang secara strategiknya mem’bankrap’kan masa depan negar negara dan tergamak melabelkan mereka yang mempertahankan ‘Perjuangan’ menyemarakan secara [...]
On December 9, 2009 at 10:34 pm zacharias Said:
“.. MARA hantar. 2 kali…” Mara hantar? hahahahohoho. Cakap PR hantar lagi baik. hohohohahahah hum. Hey bang ngok, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengan-dengar … kalau tidak terkencing mulut sendiri. Hahahohohaha mak bangau putih sabun.
” .. Kuliah subuh paling menarik? pastinya tidak… ” dia kata lagi. Hahaahhohoho hum. Aloo sayang. Kuliah subuhlah paling menarik. Waktu itulah penceramah cakap sorang-sorang. Pendengar semua tersengut-sengut mengantuk. Ini yang menarik perhatian laaaa ngok. Heh heh! Nak serkap jarang, pakailah serkap tikus … baru mengena.
“..Qiamullail? Tiada pula kali pertama mahupun kali kedua…” Jawab: Qiamullail itu ada. Tiap malam ada. Ada di mana-mana. Yang tiada tu engkau … hahahhohohohuuuu terperangkap lagi si DAP bodoh ni.
“Zikir taubat? pun tidak ada…” lagi kata dia. Kencing besar. Kalau dah 2 kali pegi, kalau kau betul Melayu Islam, patutnya jawab, “zikir taubat tiada .. zikir munajat ada…mana ada zikir taubat”. Kalau demikian jawab mu zacharias .. ada laaa sikit umph. Masuk perangkap kali ke3. Sebodoh-bodoh tikus, kena perangkap sekali aja tau .. ko sampai 3 kali ni? Tikus apa ko arrrr?
“… Saya bercakap atasa pengalaman. Kalau ini bukan sebahagian dari yang dirancang, maka perlu la semak. Jangan bila orang cakap, terus tak percaya. Cuba siasat dalam-dalam sikit…” kata pemutusnya.
J.Jun jawab: Aku siasat ko lah ngok. Menarik. Buat apa siasat BTN? Boring.
Boring tapi lucu … haha hoho zacharias!! tikus kebasahan. Kencing telan sendiri … Hahah hoho PR kantoi.
Errr .. maaf. Jangan ambil hati yerrr?
Lantak korang la nak percaya ke tak nak percaya ke. Aku cerita.
Kalau rasa modul tu tak patut macam itu, tapi jadi macam itu, betulkan lah.
Kalau kita pergi kursus, kurang2 ada borang feedback. Ini borang feedback pun tak bagi, macam mana orang nak suara kan apa yang boleh diperbaiki.
Yang seronok pergi BTN ni, aktiviti outdoor. Itu memang tak boleh nafi lah. Aku rasa, lepas ni, kita buat aktiviti outdoor aja sudah. takpayah la nak dok ceramah melayu bunuh cina, cina bunuh melayu
[...] Sebagai Menteri Kabinet, beliau menyifatkan Tun Dr. Mahathir sebagai “Rasis” apabila Negarawan Unggul itu mempertahankan Biro Tata Negara (BTN) Disember lepas apabila Nazri sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggung jawab mempertahankan BTN [...]
[...] keterlaluan menggelar Negarawan Unggul Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘Rasis’ kerana mempertahankan Biro Tata Negara. Beliau juga menuduh B TN sebagai agen perkauman. Baru baru Nazri secara angkuhkan menafikan [...]