Isu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa makalah gereja katholik “Catholic Herald” dibenarkan mengunakan “Allah” sebagai gantinama “Tuhan” menimbulkan terlalu banyak reaksi negatif dari orang Melayu, termasuk akar umbi UMNO dan PAS. MP PKR Zulkifli Nordin juga meluahkan perasaan kecewa dengan keputusan itu.
Isu ini sebenarnya peluang politikus UMNO dan PAS untuk bersepakat sebagai satu suara padu, mewakili Melayu-Islam iaitu komponen majoriti warga Malaysia untuk bersependapat dan menunjukan kesatuan sebagai ummah yang bersaudara. Isu “kalimah Allah” ini merupakan titik perpaduan Melayu-Islam tidak partisan dan mengenepikan ideologi politik. Satu masa dahulu, Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Dato’ Fadhil Noor pernah menunjukan kesepakatan dalam isu sejagat dan duduk satu pentas dalam isu Palestin.
Namun begitu,ada politikus PAS yang cuba mengannguk di air keruh. Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar menempelak bahawa isu ini sengaja dibiarkan merebak dan melarat oleh Pemimpin UMNO, agar menjadi modal untuk mengalihkan pandangan keatas isu isu kontroversi semasa, termasuk skandal PKFZ dan enjin jet pesawat pejuang F5E milik TUDM.
Laporan Malaysian Insider:
Mahfuz: ‘Allah’ issue is Umno’s political diversion
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Jan 4 — PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar (left) entered into the raging debate over Catholic weekly Herald’s use of the word ‘Allah’ in its Bahasa Malaysia edition, saying it was an attempt by Umno to divert the people’s attention from other pressing issues.
The Pokok Sena MP said the heated discussion on the issue in the newspapers and online forums have distracted Malaysians from focusing on issues such as the stolen RMAF jet engines and the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.
“We can see clearly, the print media which comes under the control of the Home Ministry, led by Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein and the electronic media continue to take advantage of the issue,” Mahfuz said in a statement released here today.
He also questioned why the Home Affairs Ministry did not appeal immediately against the High Court’s Dec 31 decision allowing the Herald to use the word ‘Allah’ to describe the Christian God.
“I believe when the debate gets out of control, when Umno is seen as the champion of Islam, an appeal will be made to reverse the high court’s decision,” Mahfuz noted.
“Umno will then proclaim itself as the defender of Islam,” he added.
Mahfuz also urged Muslims to remain calm, adding that their concern should also be addressed by formulating a guideline on the use of the word ‘Allah’.
“Most importantly, all Islamic institutions must strengthen their dakwah work to all Muslims to avoid the confusion that may be caused by the use of the word Allah
“I hope all Muslims and people of other faiths will not walk into the trap laid by Umno and BN,” he added.
The controversy first erupted early last year when the Roman Catholic church applied for a judicial review of the Home Ministry’s directive to not to use the word ‘Allah’ to refer to God in Bahasa Malaysia in its publication.
The court’s decision last Thursday was followed by series of protests by Muslim groups across the country.
Both the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin had urged the people to stay calm as the government will appeal against the decision. The PAS central committee is to meet tonight to formulate its official stand on the issue following differing opinions among some of its leaders.
********
Amatlah malang bagi masyarakat Melayu-Islam Malaysia apabila ada pemimpin politik yang cuba mengangguk di air keruh dan mempolitik isu yang berpotensi untuk menjadi bukan setakat hangat, malah meletup kearah sesuatu yang amat buruk.
Yang nyatanya, pihak yang banyak masalah dalaman ialah PAS dan bukan UMNO. PAS buat masa ini dirundum begitu banyak kontroversi dan isu dalaman yang amat getir. Masalah ini amat berkait dan PAS sedang terpeangkap dalam ‘kitaran maut’ (viscous cycle):
1. Perebutan kuasa Timbalan Presiden antara Nasharuddin Isa dan Husam Musa (Golongan ‘Ulama’ Vs ‘Erdogan’)
2. Isu percanggahan dasar mengenai penjualan arak dan perlaksanaan perundangan mengenai arak yang tidak konsisten di Selangor
3. Isu pencanggahan dasar mengenai SELCAT di Selangor
4. Isu percanggahan dasar mengenai pemindahan ‘Kuil Seksyen 23, Shah Alam’
5. ‘Soldadu PAS’ dijadikan ‘badik’ percaturan dan diperkudakan dalam permainan anarki Pakatan Rakyat, terutama ketua defacto Anwar “Mat King Leather” Ibrahim mengalihkan pnadangan mengenai isu peribadi sodomi beliau
6. Isu ‘Kerajaan Perpaduan’ yang mula mula sekali disebut Presiden PAS Dato’ Hadi Awang semasa Muktamar PAS (sebagai sahutan kepada cadangan asal Timbalan Menteri MITI Dato’ Mukhriz Mahathir) menimbulkan polemik dalamam yang begitu sengit dan mula membayang bibit perpecahan pada skala besar
7. Isu kronyism MB Besar Kelantan Nik Aziz melantik dan mempertahankan menantu Ir. Ariffahmi A. Rahman (ini termasuk siasatan kes rasuah mengenai Nik Aziz menerima tawaran untuk menunaikan Haji musim 1430H dengan kos RM 65,000 seorang), sehingga menimbulkan pergeseran dimana Kempimpinan Tertinggi PAS sendiri mendesak agar Ariffahmi dipecat dan isu ‘Ariffahmi Gate’ ini diselesaikan serta merta
8. Isu ‘Baiah’ (Menceraikan isteri dengan talak tiga)
9. Isu ‘Perang Dingin Dalaman’ antara pemimpin dan akar umbi PAS Kelantan sehingga menjadi ‘Ariffahmi Gate’ sebagai isu pergeseran intra-Kepimpinan PAS Kelantan
10. Isu kalimah “Allah” dimana MP PAS Shah Alam Khalid A. Samad bersetuju dan mempertahankan hak gereja katolik
11. Mutakhir, YTM Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhamad Fakhry Petra Ibni Al Sultan Ismail Petra menolak cadangan MB Kelantan Nik Aziz untuk membawa pulang ayahanda baginda dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk meneruskan rawatan di HKL
Disamping itu, isu ‘Kerajaan Perpaduan’ yang diutarakan Presiden PAS Dato’ Hadi Awang menerima kecaman hebat dari rakan-kongsi Pakatan Rakyat terutama dari DAP. Kemudianya semasa Pakatan Rakyat (yang terdiri pakatan-tidak-ikhlas antara PKR-DAP-PAS) cuba mengariskan ‘perkongsian’ mereka, Dato’ Hadi Awang menafikan ujud ‘Pakatan’ dalam pengertian sebenar Pakatan Rakyat. Sebelum ini, PAS telah beberapa kali bertelagah sesama ‘rakan kongsi’ PR, terutama dengan DAP. Ini termasuk isu ‘Rumah Sembelihan Haram Kg. Berjaya’.
Akar umbi PAS wajar muhasabah diri dan rakyat tidak terpengaruh dengan permainan politik pemimpin PAS yang terdesak. Amat tidak bertanggung jawab bagi seorang Naib Presiden PAS untuk memperkudakan isu yang sepatutnya disandarkan untuk menyatu padukan ummah Melayu-Islam.
Inilah kesan dari mereka yang sebenarnya tidak layak diberikan kuasa, cuba memerintah hanya berdasarkan idealism masing masing tanpa menimbangkan praktikaliti dan objektiviti sesuatu cadangan dan perlkasanaan sesuatu dasar dasar. Yang nyata, dikalangan pemimpin PAS sendiri mereka mempunyai aspirasi berbeza (“Tidur sebantal, tapi mimpi lain lain”). Bagaimana pula untuk merealisasikan Pakatan Rakyat sebagai kejayaan, dimana elemen yang terpaksa ditangani itu lebih rumit dan melibat soal soal dasar dan prinsip perjuangan masing masing.
*Perkembangan dikemas kini 800am Selasa 5 Jan 2010
Jawatankuasa Pusat PAS yang bermesyuarat malam tadi di Kuala Lumpur memutuskan bahawa parti yang mengaku kunun kunun “Berjuang atas landasan Al Quran dan Sunnah” itu akan memberikan sokongan keatas pengunaan kalimah “Allah” bagi gantinama ‘Tuhan’, sebagaimana yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009.
Laporan Malaysian Insider:
PAS backs use of Allah by Christians
By Adib ZalkapliKUALA LUMPUR, Jan 5 — Despite strong opposition from some Muslims groups, PAS last night decided to back the use of the word Allah by Catholics, saying that it is consistent with the federal Constitution and Islamic principles.
The decision was made by the Islamist party’s political bureau after a three hour meeting which was chaired by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
In a statement made after the meeting, Hadi warned, however, that the word “Allah” should not be abused to confuse the public.
“PAS would like to state that based on Islamic principles, the use of the word Allah by the people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism, is acceptable,” said Hadi in a written statement which was read out by Information Chief Idris Ahmad.
“However, the word Allah must not be misused or abused so as not to affect racial and religious harmony in the country,” he added.
Hadi also urged all parties not to politicise the matter for political mileage.
“PAS strongly objects to any aggressive and provocative approach that can lead to tension in society,” he added.
Last week the High Court ruled that the Catholic church had a constitutional right to publish the word “Allah” in the Bahasa Malaysia edition of its Herald newspaper.
The government has decided to appeal the ruling yesterday, bowing to demands from Muslim groups who say they fear the ruling would result in confusion and that non-Muslims would abuse the usage of the word “Allah”.
Various Umno-linked organisations, who maintained that the word “Allah” can only be used exclusively by Muslims, have protested against the court’s decision and police reports were also lodged against the Catholic’s publication.
******************
Keputusan ini sekaligus meranapkan apa jua harapan untuk melihat ummah Melayu-Islam bersatu dan berpadu sebagai komponen majoriti Malaysia. Jelas sekali PAS sengaja memilih untuk bermain politik dengan isu ini dengan bersetuju dengan takrifan universal mengenai bagaimana masyarakat yang mengamalkan Islam dan Kristian seperti Arab dan Indonesia, mengunakan “Allah” sebagai gantinama ‘Tuhan’. Kesesuaian isu tersebut dan sensitiviti masyarakat Melayu-Islam Malaysia nampaknya tidak diambil kira dalam pertimbangan ini.
Penentangan keatas keputusan ini bersandarkan bahawa pihak pihak tertentu berkemungkinan remaja dan golongan muda Melayu-Islam terkeliru dan terpedaya dengan dakwah Kristian, lantas terbuka menerima ugama yang lebih liberal dan secocok dengan gayahidup moden hari ini yang dipengaruhi anasir melekakan seperti hiburan dan multimedia. Media Barat hari ini banyak menerapkan agenda tersirat yang mirip kearah ‘PengKristianan’.
Isu remaja Islam keluar dari Islam dan menerima Kristian pernah menjadi kontroversi yang begitu rumit dan genting, terbukti dalam kes Lina Joy . Ianya menarik perhatian terlalu banyak pihak sehingga hampir dijadikan modal politik, bagaimana Kerajaan mengamalkan Islam yang tidak terbuka dan meenghalang hak seseorang insan. Jelas bahawa usaha untuk melemahkan Islam di tanahair Melayu-Islam ini dibuat secara berstruktur, terutama dari luar. Desakan untuk diujud dan iktiraf ‘Inter Faith Council’ dan menjurus kepada ‘Inter Faith Commission’ membuktikan bahawa Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia sudah mula mahu dipertikaikan secara ilmiah dan lunas perundangan.
Amat malang bagi ummah Melayu-Islam Malaysia hari dengan ketetapan PAS ini. Hari ini PAS berada dalam persimpangan dimana mereka memilih samada menegakan prinsip perjuangan atau mengambil pendekatan ‘kepenerimaan politik’ (politically correct), untuk menunjukan bagaimana PAS adalah rakankongsi ‘relevan’ dalam Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk mewujudkan sistem dua-parti dalam politik demokrasi Malaysia. Antara usaha untuk menunjukan PAS masih lagi ‘relevan’, terutama bagi menambat hati pengundi Bukan Islam dan menunjukan parti Islam itu fleksibel, terbuka dan liberal, PAS mengambil ketetapan menyokong hak gereja katholik ini untuk mengalihkan pandangan sebenar bagi masyarakat dari isu dalaman mereka yang amat kronik.
Tiga belas tahun dahulu, pemimpin PAS juga yang berusaha membuat polemik bagaimana remaja Melayu-Islam sedang dimurtadkan untuk menganut Kristian. Hari ini, apabila mereka berada di persimpangan yang memerlukan kommitmen mereka sebagai golongan yang kunun kunun “Memperjuangkan politik berlandaskan Al Quran dan Sunnah”, sebenar tidak ubah seumpama “Harapkan pagar, pagar yang makan padi”.
Dirumuskan,
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Jan 3 — DAP secretary-general Lim Guan Eng today hit out at the police for threatening him with sedition over his remarks suggesting that Teoh Beng Hock was murdered, saying it was a concerted effort to topple him as Penang Chief Minister and break up the Pakatan Rakyat.
Chief minister Lim not impressed with the developments. – Picture by Choo Choy May




