
The 'Golden Goose' PM 'Flip-Flop' Abdullah Badawi gave away: Blocks L & M and disputed claims over Limbang
Semenjak pendedahan Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skandal ‘Blok L & M’ jauh diluar persisiran pantai Brunei ‘hilang’ dari penguasaan Petronas dan masa yang sama, tuntutan kepada Limbang tidak digugurkan oleh Brunei, tidak sebagaimana persepsi sebilangan rakyat Malaysia semasa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sekembali dari lawatan tersebut Mac 2009, maka timbul pula pelbagai spekulasi.
Mungkinkah berlaku rasuah mengakibatkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di’nasihat’kan untuk ‘mengadaikan hak keatas Blok L & M’ tersebut dan Petronas sebagai pembangun utama projek hidrokarbon lumayan tersebut jatuh sebagai ‘sub kontraktor’?
Jika berlaku rasuah, angkara siapa? Siapa yang beroleh begitu besar ganjaran dan mendapat kelebihan dalam pengadaian taraf Petronas sebagai pembangun utama projek? Tidakkah tindakan ini, walaupun ‘tidak sengaja’ wajar dilihat sebagai ‘Mengkhianati Negara’?
Sebagai sub-kontraktor, hasil dari pendapat jangkaan USD 100 billion dari ‘Blok L dan M’ itu semestinya makin berkurang sebagai imbuhan kepada Petronas. Ini masih lagi merugikan negara dan kemungkinan besar ada pihak yang beroleh secara peribadi dari kegagalan Petronas ini.
Walaubagaimanapun, PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja diujudkan segera, untuk menyiasat sepenuhnya apa yang telah berlaku dan siapa perlu bertanggung jawab.
*Perkembangan dikemas kini Ahad 9 Mei 2010 1000am
Ini penjelasan mantan Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Utama Dato’ Dr Rais Yatim mengenai isu Limbang:
Penjelasan Rais isu Limbang
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 8 Mei – Rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang yang dijamin akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerjakerja mengukur sempadan.
Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil membuat penjelasan itu ekoran ‘kontroversi’ penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.
Malah, kata beliau, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya.
Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984.
”Saya dengar (dibangkitkan di Sibu dan diungkit pelbagai pihak termasuk akhbar pembangkang) seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita.
”Silapnya pada tahun 1979, pemeta kita sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
”Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang. Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Lima perjanjian berkenaan ialah:
i. Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920.
ii. Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931.
iii. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong.
iv. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933.
v. Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.
Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut.
Rais yang kini menyandang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini dan justeru beliau terpanggil untuk menerangkan beberapa aspek justifikasi demi kenegaraan dan hubungan diplomasi dengan Brunei.
“Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009. Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.
Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama carigali dengan Murphy Oil di Sabah.
“Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusahasama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).
“Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik…berterusan,” kata beliau.
Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama.
Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi
******************
Sekiranya sebelum pertukaran suratcara pada Mac 2009, Blok CA 1 dan 2 (L & M) dianggap Petronas sebagai hak untuk meneroka dan membangunkan eksplorasi hidrokarbon tanpa halangan dan kejadian diplomatik, mengapa Petronas perlu beralah pula sekarang?
Implikasinya sebenarnya lebih jauh merangkumi. Sekiranya perjanjian eksplorasi dan pembangunan kawasan hidrokarbon seperti ‘Blok L & M” boleh dibatalkan atau terbatal sebegitu sahaja, bagaimana reputasi Petronas sebagai salah satu syarikat pemaju pembangunan minyak milik negara paling disegani ini akan dilihat selepas episod ini?
Apakah ada pihak yang mahu membuat perjanjian lagi dengan Petronas, terutama sekiranya kemampuan syarikat ini menentukan hak untuk membangunkan kawasan operasi mempunyai risiko ‘hak daulat’ (soverreign right)?
Sekiranya reputasi Petronas mula menurun, maka pihak pembiaya projek seperti bank dan institusi kewangan dan pasaran modal dan sekuriti akan mengambil perkiraan risiko yang lebih besar kepada mana mana pembiayaan projek melibatkan Petronas akan datang. Ini semestinya akan mengakibatkan kos pengeluaran yang meningkat dan mungkin tidak akan menjadi kompetitif. Akibatnya amat buruk bagi Petronas, selaku pencari ‘sumber rezeki’ paling penting bagi Kerajaan Malaysia mewakili negara.
Persoalan kami di BigDogDotCom sekali lagi, apakah ujud unsur rasuah yang menungkinkan pihak berkepentingan memperolehi kelebihan dengan menafikan kedudukan Petronas dalam ‘Blok L & M’ ini?






Mesti ada udang disebalik batu..pernah terjadi pemimpin sebuah negeri X sebelum kehilangan kuasa telah menandatangani secara rahsia dengan (negara Y @kompeni Y) dengan memberi hak menggali minyak dimana pemimpin itu akan mendapat ganjaran (rakan kongsi secara rahsia)sehingga telaga minyak tersebut kering.Pemimpin tersebut sudah menjadi kaya ,malah sehingga tujuh keturunan duit minyak tersebut pun tak habis.
Pelik. Kawasannya dekat dengan Brunei. Jika hak Malaysia berdasarkan sejarah, tunjukkanlah.
Iskandar, kalau anak jantan sebutkan nama orang berkenaan dan nama negeri yang berkenaan.
Saya tidak hairan perkara ini berlaku zaman Dolah Badwi. Tengoklah dengan BERNAS, Halal Corp., paderi dapat Tan Sri buat kacau, bukan menjaga keamanan, Jeanne, tampa sebarang sumbangan kepada masyarakat dapat Tun. Musa Hitam jadi pengerusi Sime Dardy,hampir rampas IJN dan hak Malaysia Airport, kini menjadi pakar `Perbankan Islam` pula!!!
Bro, apakah Najib mahu menasihati YDP Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal ini? Najib adalah TPM ketika perkara ini berlaku dan adalah mustahil sebagai seorang TPM beliau tidak sedar atau mengetahui akan berlakunya sesuatu yang tak betul, namun ketika itu beliau hanya mendiamkan diri maklumlah beliaukan terkenal dengan Safe Politicsnya nak jaga kedudukan yang hampir menjadi PM di waktu itu, baru baru ini setelah ditanya wartawan di Sarawak beliau hanya mengatakan it’s a win win situation, apakah hanya itu sahaja yang mampu dijelaskan oleh seorang PM mengenai khazanah negara yang berharga? Beliau seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan persoalan ini, bukan hanya berdiam diri atau memberi kenyataan yang longgar, kalau tak boleh sila letak jawatan, kita mahu pemimpin yang bertanggungjawab.
Najib harus dipertangongjawabkan bagi menyelesaikan issue ini. Rakyat Malaysia menungu jawapan yang bermarwah bukan jawapan yang hendak membodohkan lagi rakyat, sekiranya Najib merasakan dirinya seorang pemimpin yang bermarwah.
Marwah Negara bukan Gadian .Perletakan jawatan adalah jalan terbaik sekiranya tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.
Salam Bro,
Kalau skandal blok L & M disebabkan rasuah? Tidak mustahil kekalahan Pulau Batu Putih juga kemungkinan ada unsur rasuah ini .
Ikhas,
Yang pasti, hati aku mula nak suka ngan BN, dah mula menyampah dah.
Ternyata bahawa perbuatan menyerah dua kawasan telaga minyak,iatu Block L dan M kepada Kerajaan Brunei dengan begitu mudah oleh PM Flip-Flop telah menimbulkan pelbagai andaian,rumusan dan tomohan,termasuklah penglibatan rasuah dan perancangan jahat untuk kepentingan peribadi dan keluarga.Justeru,ianya tindakan beliau itu boleh dianggap sebagai perbuatan jahat,keji dan mengkhianati negara dan pembelot.Beliau dan juga mereka yg turut sama terlibat atau yg bersengkokol dengan beliau perlu didakwa dan jika didapati bersalah hendaklah dikenakan hukuman yg keras, setempal dan sesuai dengan kesalahan sebagai pengkhianat dan pembelot.Mereka yg bersengkokol itu termasuklah ahli-ahli kabinet pada masa itu yg turut melulus dan merestui penyerahan dua kawasan minyak itu.
Sementara itu,tindakan penyusunan dan penstruktoran dalaman semula Petronas yg membawa masuk kaum kiasu dan juga orang orang yg tidak terbukti kehebatan dan kecemerlangan didalam bidang masing-masing berbanding dengan mereka yg digantinya boleh juga dianggap sebagai tindakan sabotag untuk mengkhianati kaum Bumiputra/orang melayu.Tindakan ini bukan sahaja menghakiskan penglibatan orang Melayu tetapi jua akan menjadikan Petronas ini hak milik orang perseorangan atau kempulan orang-orang tertentu sahaja.Justeru,ianya perlu ditentang habis-habisan.
memang presiden petronas terkini telah pun berkata….tiada warna kulit,agama,bangsa dpemerintahannye kini…semua bangsa sama…bEGITU MEGAH NADANYE…..SHAMSUL INGAT DIA DBERI JAWATAN INI KRN DIA BENAR2 LAYAK,BUKAN KERANA ORNG MELAYU YG MEMERINTAH NEGARA INI,HANCUR SEMUA TEMBOK2 KEGEMILANGAN ORG MELAYU KRN TELAHPUN BELIAU SERAHKAN JAWATAN2 SENSITIF PD ORG ASING YG DTERJUNKAN TERUS KESINGGAHSANA PETRONAS…ORG MELAYU MEMANG PEMURAH,BAIK HATI,PHD…N SELALU PERCAYA BANGSA LAIN LEBIH HEBAT DR BANGSANYE…..KESIAN ORG2 MELAYU…
Saya setuju dengan pendapat Askar Tua yang pendiriannya bersemangat, tidak langsung berbunyi tua.
Membawa masuk mereka yang kehebatanya tidak terkenal satu hal. Membawa masuk dengan cara yang disangsikan dua hal. Tidak ada proses iklan dan temuduga. Tambahan pulak Sheryll Stothard berpendirian pembangkang yang selalu membangkang secara tonggang langgang. Ini bukan syarikat bapak mereka yang berkenaan. Syarikat harapan Melayu dan Bumiputera. Menyumbang sebahagain besar dari 40% pendapatan negara. Yang menampung pembelanjaan Dasar Ekonomi Bahru negara.
Apakah kemasukkan mereka itu menandakan DEB diketepikan? Jika demikian, Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak merelakan dan menghalalkan. Namun ini bukan kuasa rakyat jelata. Ini memang hak PM yang merengnya kapada bukan Melayu nampaknya berleluasa. Melayu dan Bumi Sabah dan Sarawak adalah 70% diMalaysia ini. Jika banyak yang marah dan membuang undi kelain pihak akan buruk padahnya.
Adam diblog ini sudah menyatakan terang terang dia tidak akan mengundi BN akibat tingkah laku pihak berkenaan diPetronas. Yang lain juga ada menyatakan menyampahnya kapada Najib.
UMNO perlu mengambil tindakan. MKT UMNO perlu mengingatkan Najib dia bertanggung jawab mempertahankan dan memajukan kepentingan Melayu. Jika ingkar dan terus mengabaikannya, perlu difikirkan tindakan saperti dibuat kapada Tun Dol dahulu.
Ini bukan rasis. Hanya so’al mempertahankan dan memajukan kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Selari dengan Perkara 153 Perlembagaan. Bukan so’al membolot hasil Petronas. So’al sebahagian hasil Petronas membiayai perbelanjaan DEB yang mesti diteruskan diMEB. Lagi banyak harta dan pendapatan Petronas, lagi banyak boleh membantu kumpulan yang ketinggalan jauh dibelakang dinegara ini. Lagi baik pengurusannya, lagi besar harapan mendapat hasil yang lebih. Tidak boleh “family friend” atau “Petronas loan delinquent” dimasukkan dengan sewenang-wenangnya sahaja. Sebagaimana kata Askar Tua, “perlu ditentang habis-habisan”.
Aku tak syak lagi. Pak Lah Al-Flip Floppy pergi jumpa Sultan Brunei beberapa hari sebelum berhenti utk menentukan Petronas kantul dan co anak dia dapat kommisyen utk kerja carigalu yg Scomi boleh frontkan!
Ini sama dgn kes jual pasir semasa negotiate jambatan bengkok. Padahal dah tak payah negotiate pun masa tu! Alih alih ada lak “The Malaysian proposal” timbul ntah dari mana mana!!!!
Aku yakin modus operandi sama dlm kes Blok L dan M ni.
Pak Lah Al-flip floppy mmg PENGKHIANAT NEGARA DAN BANGSA!!!!!!
Tuan,
Satu kemungkinan…
Minutes of board meeting of “Score-Me Bhd” and “Rambo-Rombau Consultants” on Blocks L & M (aka “Lah-Mai” blocks); venue @ Crooked Oxbridge Club; time: few months before Honorary Chairman, Mr FIL officially retire:
1. Carigali & Murphy have done the dirty job – they have established proven reserves of about 1 billion barrels (at current & foreseeable future price of @ US$70 that would translate to a cool US$70 billion)
2. How do we get rid of Carigali & Murphy? At the stroke of the pen from Pak Hamid & Co. at Foreign Affairs – we’ll delineate the boundaries and they will be legally out of the picture
3. We’ll “package & sweeten-up” this deal with His Highness using “foreign affairs goobledegooks”, which Pak Hamid & Co. will prepare… sap-sap soi lah… HE get say 70% and we’ll get 30%… how aa? Hayya, use Petronas again la to do the fronting… Negara Bruno gets the sovereign rights to Lah-Mai blocks, but have to have “win-win” lah… so Petronas will be “invited” to commercially develop the Lah-Mai blocks la… you aa…
4. Once Petronas got invited to develop the area, make sure our “moles” in Petronas sub-con the job to “Score-Me” and our cronies and friends la… what, the cake is big enough for everyone what… haiyya… apa susah2 to sweat it out… this is the crooked Oxbridge strategy la… short-cut & instant business strategy ma!
5. Contingency plan: in case some old crank smells the rot, spin the story & discredit him la… or better, get our honorary chairman Mr FIL to goreng some foreign affairs bulls*t la…
Meeting was adjourned with Al-Shafie, Al-Ghazali nashid…
BigDog
I agree totally with you…But before that…
As pointed out by Tun Dr Mahathir, theto see the document that was signed by Tun Abdullah Badawai (Presumably Tun Abdullah received his Tun Award for giving away the Country’s Assets!!).
All the comments made by his supporters cannot be verified as we have no access and cannot see what was signed!!
Joe Black
I dont understand why aren’t there any investigations into Pak Lah’s administration till today. Tun M has consistently produced substantial cases that are of national interests. It is high time we do something about it.