Minggu ini berlaku penstrukturan semula dan penyusunan ‘modal insan’ dalaman bagi Petronas secara kumpulan. Semenjak PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri VI, Petronas sebagai organisasi korporat yang diterajui professional Melayu paling berjaya dalam dunia sehingga layak menjadi sebahagian dari senarai Fortune 500 kini mula ‘membuka pintu’ kepada professional Bukan Melayu dalam jawatan tertinggi, termasuk yang dibawa masuk dari ‘luar’.
Bermula dengan perlantikan CEO Ethos Consulting Omar Ong kedalam Lembaga Pengarah, kini jawatan tertinggi pengurusan juga mula berubah. Semenjak kontrak CEO kebanggaan Petronas Tan Sri Hassan Merican tidak disambung kerana ‘usia lanjut’ dan digantikan dengan seorang Mantan CEO MISC Bhd. yang sama usianya dan telah pun bersara, Dato’ Shamsul Azhar Abbas Februari lepas, kini jawatan yang sebelum ini dilaksanakan dengan jayanya oleh professional Melayu mula diisi dengan professional Bukan Melayu pula. Ini berlaku dengan proses ‘naik pangkat’ dan ‘penambahan’ kepada jawatan eksekutif paling kanan diperingkat Naib Presiden dan Pengurus Besar Kanan, yang selama ini dijawat oleh professional Melayu. Personaliti ‘anti Kerajaan BN’ dari luar seperti Mantan Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia Sheryll Stothard juga dibawa kedalam untuk mengisi jawatan strategik bagi maklumat kumpulan iaitu Pengurus Besar Perhubungan Awam dan secara langsung mengundang kontroversi, terutama dikalangan pelayar bloggosfera.
Personaliti dari ‘luar’ seperti Dato’ Wee Yiaw Hin kini menjawat Naib Presiden Eksekutif Eksplorasi dan Produksi. Sebelum ini Wee berkhidmat di Talisman dan Shell dan merupakan lantikan langsung dari luar. Lain lain peringkat Naib Presiden dan lantikan dalaman diisi oleh etnik Cina, seperti Naib Presiden Infratsruktur dan Utiliti (bagi perniagaan Gas) Lau Lai Tuang, Naib Presiden Teknologi dan Kejuteraan Collin Wong dan CEO Eksplorasi Gas Effendi Cheng. George Ratillal pula kini menjawat Naib Presiden Eksekutif bagi kewangan, yang satu masa dahulu disandang oleh Hassan Merican.
Persoalan yang kami di BigDogDotCom ingin timbulkan ialah: Apakah tidak ujud lagi professional Melayu peringkat spara tertinggi dan menengah dalam Petronas yang layak dan mempunyai kemampuan, produktiviti, pengalaman dan dayamaju untuk dipertimbangkan kejawatan tertinggi seperti Pengurus Besar Kanan dan Naib Presiden sehingga diberikan laluan kepada Bukan Melayu?
Mungkin hujah bagi tindakan strategik modal insan dalaman Petronas pusingan ini ialah memenuhi prinsip ke 3 ‘Teras Teras Perpaduan dalam Gagasan 1 Malaysia’ iaitu “Keadilan Sosial, Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana mana pihak yang akan dipinggirkan”. Namun begitu, persoalan serious kami bernilai “Tigabelas Juta Ringgit” di BigDogDotCom ini ialah kenapa sekiranya ada professional Melayu yang layak menjalankan tugas ini dengan baik, mempunyai rekod kerja cemerlang dan sebenarnya wajar ditimbangkan secara serious untuk kenaikan pangkat, tetapi mengapa diberi kepada Bukan Melayu juga?
Realitinya, Petronas sebagai entiti milik penuh Kerajaan Malaysia mempunyai tanggung jawab moral dan sosial untuk memberikan sepenuhnya peluang dan ruang kepada orang Melayu dahulu, membatasi etnik lain sekiranya ada pilihan sebagai memenuhi peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan orang Melayu dijamin kedudukan istimewa. Ini merupakan asas persetujuan ‘Kontrak Sosial’ yang dipersetujui antara Raja Raja Melayu, orang Melayu (sebagai pribumi dan ‘warga DYMM Raja Raja Melayu’ pra-proses perundingan Kemerdekaan) dan etnik Bukan Melayu.
Penyusunan dan penstrukturan dalaman semula Petronas dalam minggu ini mungkin akan memberikan ‘produktif songsang’ (counter productive), sekiranya moral majoriti professional dikalangan orang Melayu dalam syarikat milik penuh Kerajaan ini dicalari.
Dalam dunia perdagangan, sebenarnya ujud ‘halangan kaca’ bagi professional dikalangan orang Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi, termasuk eksekutif dan lembaga pengarah. Professional dikalangan orang Melayu telah terbukti mampu untuk menjawat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang, seperti Tan Sri Hassan Merican, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Dato’ Seri Che Khalib Mohd. Noh, Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Tengku Dato’ Azmil Zaharuddin, Dato’ Mohd. Bakke Salleh, Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Dato’ Shazalli Ramli, Amir Hamzah Azizan, Ismee Ismail dan sebagainya, dalam pelbagai sektor dan industri.
Namun begitu syarikat Bukan Melayu terutama yang dimiliki dan kuasai etnik Cina seperti Public Bank, Hong Leong Bank, Alliance Bank, YTL, IOI Properties, Country Heights, Lion Group, Rimbunan Hijau, Ekran Group dan Berjaya Group tidak memberikan peluang dan ruang yang cukup bagi professional dikalangan orang Melayu untuk menerajui dan membuktikan kemampuan dan produktiviti mereka sebagai pengurusan peringkat tertinggi.
Yang lebih buruk lagi, terdapat usaha diskriminasi dikalangan pengurusan, pembangunan dan perancangan modal insan dikalangan syarikat Bukan Melayu seperti mensyaratkan pengunaan Bahasa Mandarin dan sebagainya, sebagai ‘halangan kaca’ dan ianya berlaku secara meluas dan seolah olah di’rancang’. Pihak usahawan Bukan Melayu terutama golongan etnik Cina sendiri tidak langsung memainkan peranan (terutama secara ‘sukarela’) untuk menentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan peningkatan orang Melayu dengan memenuhi sasaran penguasaan 30% ekonomi sebenarnya tercapai. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah golongan usahawan Bukan Melayu terutama etnik Cina ini menyalahkan kegagalan DEB walaupun orang Melayu diberikan peluang.
Kepimpinan wajar menimbangkan perkembangan ini secara serious. Jangan biarkan golongan professional Melayu menghadapi keadaan ‘Kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan’. lantas sebagai ‘anak tiri’ dalam rumah sendiri merasa bosan dan mengambil tindakan untuk mencari peluang diluar negara. Ini tidak akan membantu proses pembangunan negara-bangsa dan professional Melayu dalam peranan strategik untuk memacu pembaharuan dan pertumbuhan yang didambakan. Peribahasa Bahasa Inggeris juga menyebut ‘Charity begins at home‘. Professional di kalangan Melayu tidak mengharapkan ‘sumbangan’ (hand out) tetapi usaha strategik perlu untuk menentukan kesinambungan pencernaan pembangunan yang sebelum ini berjaya mengujudkan ramai intrapreneur Melayu diteruskan, terutama apabila penekanan masakini ialah tertumpu kepada sektor perkhidmatan. Persoalan samada ‘Agenda DEB’ masih lagi ujud dan diteruskan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) masih lagi belum terjawab.
Apakah perkembangan terkini dalam Petronas ini melambangkan bahawa MEB acuan ’1 Malaysia’ ini sebenarnya secara strategiknya merugikan orang Melayu?
*Perkembangan dikemas kini 600pm
Dasar dasar ‘liberalisasi’ yang kita gunakan sekarang ini mula ‘memakan diri’, terutama datang dari ‘musuh tradisi’ orang Melayu Malaysia. Syarikat gergasi Singapura Keppel Holdings sedang mengusahakan secara licik agar penguasaan kepentingan MISC dalam usaha-sama perniagaan logistik dan depoh di Singapura diambil alih oleh mereka.
MISC merupakan anak syarikat Petronas.
Sila nantikan perkembangan selanjutnya.
*Perkembangan dikemas kini Sabtu 8 Mei 2010 400pm
Sebagai menyambung maklumat dari komen Anak Watan Malaya, akauntan berkanun Harry K. Menon memang dilantik kedalam Lembaga Pengarah Petronas. Ini merupakan langkah yang dianggap proses ‘liberalisasi’ semenjak PM Dato’ Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia VI dan Omar Ong dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah (BOD), walaupun mendapat ‘tentangan’ ahli ahli BOD Petronas sendiri.
Laporan The Star:
Friday April 30, 2010
Petronas names five new independent directors
PETALING JAYA: Five new independent directors have been appointed to the board of Petroliam Nasional Bhd (Petronas) in addition to the existing two, bringing the current number of directors to 16.
However, sources indicate that some more changes could be in the offing to reflect a more balanced board, wider experience in the energy industry, corporate and legal sectors as well as a global outlook.
Besides keeping up with the status and expectations of Petronas as a Fortune 500 company, it is believed the aim is also to have a board composition that reflects 1Malaysia.
According to sources, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had these changes in mind and the new Petronas president and CEO, Datuk Shamsul Azhar Abbas, shared the same thinking.
The appointment of the new directors – Datin Yap Siew Bee, Datuk Mohamad Idris Mansur, Tan Sri Megat Najmuddin, Harry Menon and Datuk Muhammad Ibrahim – is believed to be effective two days ago.

From left: Tan Sri Megat Najmuddin, Harry Menon and Datuk Muhammad Ibrahim
Among the current directors, four are believed to be stepping down – lawyer Abdul Kadir Md Kassim when he turns 70, as well as Datuk Shukry Mohd Salleh (director-general of the Implementation Co-ordination Unit, Prime Minister’s Department) and Datuk Noriyah Ahmad (director-general of the Economic Planning Unit) and her alternate Dr Rosli Mohamed.
According to sources, these two government representatives would likely be replaced by Muhammad, who is assistant governor of Bank Negara.
Yap, a consultant with Mah-Kamariah & Philip Koh, has served as legal advisor of Petronas while Harry Menon is an independent director of MISC Bhd.
Idris, who holds degrees in mining geology and exploration as well as petroleum engineering, resigned as independent director from KNM Group Bhd and Alam Maritim Resources Bhd on Wednesday to take up his appointment as non-executive director of Petronas with effect on the same day.
Megat Najmuddin is the president of the Federation of Public Listed Companies and Malaysian Institute of Corporate Governance.
The other board members of Petronas comprise Shamsul (whose appointment as president and CEO of Petronas took effect on Feb 10 this year); Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (the Finance Ministry secretary-general); Mohd Omar Mustapha (co-founder of management and strategic consulting firm Ethos & Co); the three Petronas vice-presidents – Datuk Anuar Ahmad (human resource management), Datuk Nasaruddin Md Idris (corporate planning & development) and Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (gas business) as well as Datuk Mohammad Azhar Osman Khairuddin (company secretary).
Both Kadir and Omar are independent, non-executive directors.
***********
Selain dari lantikan langsung Kerajaan Malaysia, kini sudah ada tiga orang ahli BOD Petronas yang Bukan Melayu.
Persoalan kami ialah, apakah syarikat syarikat besar dan gergasi Bukan Melayu terutama etnik Cina Malaysia begitu terbuka dan ‘murah hati’ untuk melantik jumlah yang begitu ramai ahli BOD dari golongan professional Melayu, walaupun dalam kapasiti ahli BOD bebas bukan eksekutif (independent non executive directors) sebagaimana Ong, Menon dan Yap dilantik kedalam Petronas?
Untuk rekod, Petronas hanya melantik dua orang sahaja professional Melayu kedalam BOD sebagai pengarah bebas bukan eksekutif iaitu Dato’ Idris Mansur dan Tan Sri Megat Najmuddin. Lain lain lantikan pengarah BOD merupakan wakil pelbagai agensi dan kementerian Kerajaan Persekutuan.
Is the Civil Service ready for NEM?
Deputy Finance Minister Senator Dato’ Dr. Awang Adek Husin made a statement that part of the strategic plan to increase the Malaysian income per capita as part of the New Economic Model (NEM) is to increase the pay of the civil servants. They comprised of 1.2 million of the 11.3 million Malaysian workforce.
Bernama.com reports:
The pay hike may improve the aggregate demand that will propel the economy further. It must commensurate with productivity. How the productivity is measured, it is still not clear. Credit should be accorded to the various front line government agencies and statutory bodies which have managed to improved service such as immigration, customs and inland revenue board. However, over all it is still much to be desired.
The civil service should have a quantum leap mentality change. The Federal Government should indoctrinate civil servants to the ’1 Malaysia’ drive; rakyat first, performance paramount.
Once ‘Mahathirism Economics’ where Federal Government work hard-in-hand with private sector in the ‘Malaysian Incorporated’ makes great economic sense. It is the single most important factor in propelling the economy towards industrialisation and on the track to be Asia’s second tier economic powerhouse. The Fourth Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad often reminded the rakyat that “The Federal Government has direct stakes in all business activities. 28% of all profits go back to the Federal Government”.
It is pertinent that the civil service be ‘intrapreneurial’ in their mentality and approach, to facilitate the growth of commerce, the most important ingredient in modern age capitalist economy.
Since PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’s tenure, the civil service has been seen not doing enough to facilitate business development in the country. It is far from actively or pro-active participate indirectly to ensure that businesses flourish. In fact, the bureaucracy had remained the same with archaic procedures and regulations still being enforced to a point is actually a huge obstacle and eventually a reason to ‘advocate’ corruption.
The civil servants have been known to be very slow with the demands and dynamism of the commercial sector. An example are the issues related to human capital. They do not facilitate to demands of the industry such as archaic Employment and Immigration Acts, which in the final analysis Malaysia lost strategic businesses to neighbouring countries. This lackluster in human capital regulation and management will actually be counter productive to PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak’s desire to make Malaysia a ‘high income economy’.
Federal Government should really look into the KPIs of the delivery system. Policies could be formulated and decided but if the delivery system fail, then it would be another ‘wet dream’ failed to be realised for the betterment of the rakyat. Worse still, if it cost a lot of money. Case in point: the failed economic corridors (Iskandar Malaysia, NCER, ECER) which were planned and started to be executed half-way through PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s tenure.
The Operating Expenditure of the Federal Government annual budget is already almost as big as the Revenue. A big chunk of this is already going the emoluments. The corridors are good examples huge ‘human capital’ bills are spent but no tacit result is achieved except for abstracts and hopes. IRDA which employs 130 people, foot an emolument and a ‘comprehensive human capital’ bill of RM 48 million last year. Despite a very high salaried workforce, 40 different blueprints are being commissioned by various consulting outfits and yet non implemented to actually produce any result. NCIA which takes care of the NCER recently gave an average 20% increment to its 70 odd workforce for no real tangible results achieved.
Thus employing “people from private sector” and paid market rate still does ensure the work gets done. To make the objective in totality is realistically met, the nation must be able to see the difference for the ‘fee’ the system is ready to part with and what the fee can actually achieve. It is time that the rakyat gets what it worth for this very large expenditure.
In the late 80′s Fourth Prime Minister Tun Dr. Mahathir introduced the ‘corporatisation’ of government services, to reduce public spending and dependence of capital expenditure without impairing the nation building strategic goal and mid term objectives. It not only worked but managed to spur growth. In the corporate world there is a concept of ‘risk and reward’. For civil servants to have their ‘reward’, they must actually earn it. Taking ‘risk’, is part of the game. ‘Delivery’ is part of that ‘risk’.
- Economic analysis and commentary
on May 9, 2010 at 18:25 Comments (8)