Perdana Menteri Malaysia IV dan Pengerusi BN V Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini mengingatkan dengan tegas agar masyarakat Malaysia secara komprehensif wajar mengekalkan kejayaan formula imbangi tuntutan politik dan ekonomi yang sebenarnya asas pembangunan yang berterusan tanpa mengabaikan kepentingan mana mana kumpulan etnik selama hampir 5o tahun. Ini adalah elemen terpenting kejayaan Malaysia.
Beliau memberikan amanat ini dalam satu majlis undangan Kerajaan Negeri Perlis pagi ini di Kangar. 2,000 orang hadir dan memberikan sambutan hangat.
Presiden UMNO V itu merungkai bahawa pendekatan bijak politik dan ekonomi yang berjaya diujudkan itu mengelakan pergeseran antara etnik dan ketidak stabilan sosial dan sebenar ini merupakan formula paling penting bagi tumpuan keatas pembangunan, pembesaran ‘kek ekonomi’ dan pengagihan kekayaan, terutama kepada majoriti masyarakat Malaysia yang terkebelakangan dari semua segi.
“Pemberian lebih kepada golongan miskin dan kurang sedikit bagi yang kaya. Akhirnya jurang perbezaan antara kaya dan miskin dirapatkan dan tidak berlaku keadaan dimana majoriti rakyat bangkit dan meluahkan kemarahan kerana merasa kesempitan hidup dan ditindas. Sejarah negara lain berlaku sebegini tetapi tidak disini”.
Kerjasama dan kesefahaman ini merupakan pendekatan pemimpin masa lampau berjaya mengelakan pergeseran antara etnik. Ini merupakan asas ‘kongsi kuasa’ dan sikap hormat-menghormati yang berjaya disemai antara pemimpin yang melahirkan negara ini.
Beliau juga menegur kecenderungan sesetengah pihak untuk menerima konsep ‘Liberal’ dan bebas meluahkan pendapat mereka tanpa mengambil kira sensitiviti dan perasaan pihak lain. ‘Kebebasan bersuara’ itu wajar ada had dan konteks yang sesuai dengan keadaan kerana variable yang rumit, mengambil kira komposisi kaum, fahaman ugama dan taraf dan kedudukan sosio-ekonomi mereka.
“Kita boleh memilih pendekatan lain yang belum diuji dalam negara kita walaupun telah diuji dalam negara lain. Apakah perlunya kita gugurkan pendekatan yang telah berjaya dan berjasa dan memilih pendekatan baru hanya kerana tekanan untuk ‘kebebasan’ dan memainkan isu isu sensitif seperti ugama, budaya, ugama dan taraf dan kedudukan kekayaan antara etnik?”
“Sekiranya kita memilih pendekatan baru ini, ada rakyat akan rasa lebih tidak puas hati dan berlaku ketidak stabilan politik, ekonomi dan sosial sehingga berlaku rusuhan kaum dan akhirnya huru hara”, sambil menerangkan bahawa zaman PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kerajaan amat cenderung mengambil perunding termasuk dari luar negara untuk membuat dasar dan plan perlaksanaan, yang kunun kunun bersesuaian dengan arus globalisasi. Perunding terutama dari luar negara gagal memahami sistem nilai, falsafah, sensitiviti dan sejarah fabrik sosio-politik yang sebenarnya telah berjaya mengekalkan keharmonian dan memacu pembangunan, walaupun dengan variable yang rumit seperti latar belakang etnik, kepercayaan ugama dan tahap sosial.
*Perkembangan dikemas kini 1300hrs
Dalam sessi soal jawab sidang media, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa pemimpin yang menggubal dasar sebenarnya tidak dipengaruhi dengan dasar yang dibuat dan sebaliknya rakyat yang menanggung kesan peralihan dasar dan perubahan formula.
Mengenai ‘Melayu Liberal’, beliau mengingatkan sistem yang sediada memungkinkan mereka membangunkan diri sendiri sehingga menerima keterbukaan dan kini pula mengkritik seolah olah mereka tidak mendapat menafaat dari sistem itu.






KJ khianat Hak Istimewa Melayu kerana mengemakan laungan Wee
Ketua Pemuda UMNO dan MP Rembau Khairy Jamaluddin mengkhianati Perjuangan yang dipahat secara roh dan jasad dalam peruntukan Hak Istimewa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan mengemakan laungan Chauvinis Cina Ketua Pemuda MCA Dato’ Wee Ka Siong yang mempersoalkan biasiswa yang diperuntukan kepada orang Melayu.
Laporan The Star:
Peruntukan spesifik mengenai Hak Istimewa Orang Melayu Artikel 153 dirakamkan dalam roh dan jasad menjaga kepentingan orang Melayu sebagai pribumi tanahair ini sebenarnya adalah peruntukan spesifik yang menjadi asas bagaimana Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dikuat kuasakan pada 31 Ogos 1957 dibawa dari Perjanjian Tanah Melayu antara Raja Raja Melayu dan penjajah British sebagai ganti kepada Malayan Union yang digagalkan oleh UMNO.
Ekstrak Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan:
***************
Peruntukan khas dan spesifik membangunkan orang Melayu melalui pelajaran dan penyediaan biasiswa diujudkan melalui MARA bawah Akta Mara 1966 yang lahir dari Kongress Ekonomi Bumiputera pertama pada 1965. Peruntukan yang mendapat kelulusan majoriti secara demokratik melalui Parlimen sebenarnya mendapat sokongan kuat masyarakat Cina terutama Kepimpinan MCA ketika itu Mendiang Tun Tan Siew Sin enam tahum sebelum Dasar Ekonomi Baru dan lapan tahun sebelum Barisan Nasional ujud mengantikan Parti Perikatan.
Pengkhianatan Khairy ini secara automatiknyamemberikan gambaran jelas bahawa seorang pemimpin yang sepatutnya bertanggung jawab menjadi sayap kiri dan kumpulan pendesak menjaga kepentingan dan memperjuangan hak orang Melayu kini bertindak sebagai ‘Melayu Liberal’ dan tergamak bersekongkol dengan anasir anti-Melayu dan Chauvinis Cina dengan agenda melemahkan kekuatan Melayu sebagai tunggak pemerintahan negara Melayu berdaulat dan pejuang isu Islam dan sejagat di arena antarabangsa dari Nusantara.
Pengkhianatan Khairy ini kepada Bangsa Melayu adalah permulaan untuk mengelirukan dan kemudian proses memecah belahkan masyarakat Melayu dan akhirnya orang Melayu walaupun berjumlah sebagai majoriti akan bersifat sebagai minoriti dan terpinggir di tanahair sendiri.
Hari ini, orang Melayu berpaling arah kepada NGO Melayu seperti Perkasa kerana UMNO dilihat gagal membawa aspirasi mereka. Pemimpin UMNO dianggap masyarakat Melayu sebagai hanya terlalu mementingkan birokrasi parti dan kedudukan mereka dalam parti. Oleh kerana itu, suara dan aspirasi sebenar orang Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia dan rata rata masih tertinggal dari dinamism arus pembangunan perdana dan cabaran globalisasi terlepas dari pembelaan kerana ada pemimpin UMNO seperti Khairy memilih untuk ‘memainkan’ tuntutan dan kehendak proses pengliberalisasian masyarakat konservatif Melayu dengan nilai nilai universal yang belum sesuai masa dan tahapnya itu.
- Commentary
on June 24, 2010 at 08:29 Comments (16)