Tun Dr. Mahathir: Kekalkan kejayaan formula imbangi tuntutan politik dan ekonomi

Perdana Menteri Malaysia IV dan Pengerusi BN V Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini mengingatkan dengan tegas agar masyarakat Malaysia secara komprehensif wajar mengekalkan kejayaan formula imbangi tuntutan politik dan ekonomi yang sebenarnya asas pembangunan yang berterusan tanpa mengabaikan kepentingan mana mana kumpulan etnik selama hampir 5o tahun. Ini adalah elemen terpenting kejayaan Malaysia.

Beliau memberikan amanat ini dalam satu majlis undangan Kerajaan Negeri Perlis pagi ini di Kangar. 2,000 orang hadir dan memberikan sambutan hangat.

Presiden UMNO V itu merungkai bahawa pendekatan bijak politik dan ekonomi yang berjaya diujudkan itu mengelakan pergeseran antara etnik dan ketidak stabilan sosial dan sebenar ini merupakan formula paling penting bagi tumpuan keatas pembangunan, pembesaran ‘kek ekonomi’ dan pengagihan kekayaan, terutama kepada majoriti masyarakat Malaysia yang terkebelakangan dari semua segi.

“Pemberian lebih kepada golongan miskin dan kurang sedikit bagi yang kaya. Akhirnya jurang perbezaan antara kaya dan miskin dirapatkan dan tidak berlaku keadaan dimana majoriti rakyat bangkit dan meluahkan kemarahan kerana merasa kesempitan hidup dan ditindas. Sejarah negara lain berlaku sebegini tetapi tidak disini”.

Kerjasama dan kesefahaman ini merupakan pendekatan pemimpin  masa lampau berjaya mengelakan pergeseran antara etnik. Ini merupakan asas ‘kongsi kuasa’ dan sikap hormat-menghormati yang berjaya disemai antara pemimpin yang melahirkan negara ini.

Beliau juga menegur kecenderungan sesetengah pihak untuk menerima konsep ‘Liberal’ dan bebas meluahkan pendapat mereka tanpa mengambil kira sensitiviti dan perasaan pihak lain. ‘Kebebasan bersuara’ itu wajar ada had dan konteks yang sesuai dengan keadaan kerana variable yang rumit, mengambil kira komposisi kaum, fahaman ugama dan taraf dan kedudukan sosio-ekonomi mereka.

“Kita boleh memilih pendekatan lain yang belum diuji dalam negara kita walaupun telah diuji dalam negara lain. Apakah perlunya kita gugurkan pendekatan yang telah berjaya dan berjasa dan memilih pendekatan baru hanya kerana tekanan untuk ‘kebebasan’ dan memainkan isu isu sensitif seperti ugama, budaya, ugama dan taraf dan kedudukan kekayaan antara etnik?”

“Sekiranya kita memilih pendekatan baru ini, ada rakyat akan rasa lebih tidak puas hati dan berlaku ketidak stabilan politik, ekonomi dan sosial sehingga berlaku rusuhan kaum dan akhirnya huru hara”, sambil menerangkan bahawa zaman PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kerajaan amat cenderung mengambil perunding termasuk dari luar negara untuk membuat dasar dan plan perlaksanaan, yang kunun kunun bersesuaian dengan arus globalisasi. Perunding terutama dari luar negara gagal memahami sistem nilai, falsafah, sensitiviti dan sejarah fabrik sosio-politik yang sebenarnya telah berjaya mengekalkan keharmonian dan memacu pembangunan, walaupun dengan variable yang rumit seperti latar belakang etnik, kepercayaan ugama dan tahap sosial.

*Perkembangan dikemas kini 1300hrs

Dalam sessi soal jawab sidang media, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa pemimpin yang menggubal dasar sebenarnya tidak dipengaruhi dengan dasar yang dibuat dan sebaliknya rakyat yang menanggung kesan peralihan dasar dan perubahan formula.

Mengenai ‘Melayu Liberal’, beliau mengingatkan sistem yang sediada memungkinkan mereka membangunkan diri sendiri sehingga menerima keterbukaan dan kini pula mengkritik seolah olah mereka tidak mendapat menafaat dari sistem itu.

About these ads
Published in: on June 24, 2010 at 11:30  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/24/tun-dr-mahathir-kekalkan-kejayaan-formula-imbangi-tuntutan-politik-dan-ekonomi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. “pembesaran ‘kek ekonomi’”.Yes it became slightly bigger during. It also made many chinese and indians cronies became billionairs. The malays portion remains prportionately small. Many Malays are still very poor.

    Nevertheless the Malay did not say a word about this. The chinese and the indians and some malays said “get rid of DEB!!” They also called us rent seekers…

    If TUN is reffering to the Malays when he says ” Ini merupakan asas ‘kongsi kuasa’ dan sikap hormat-menghormati yang berjaya disemai antara pemimpin yang melahirkan negara ini.”

    I feel sad. The Malays only want to defend what is rightly theirs when they whisper their protests.

    mohamed

    • benar kata anda mohamad….

  2. I feel sadder, angrier, repulsive, nak naik muntah, frustrated, nak maki hamun at the so-called liberal blokes who have lost their roots and their souls and do not want DEB/ NEP. Those same blokes had become “liberal” because of NEP benefits.

    Had it not been for NEP they would have been katak bawah tempurong. They probably still are bawah tempurong as they appear to be looking at NEP by putting their faces underneath their balls.

  3. Bro, cud u start investigating on PNS? there has been abuse there and the rot is starting to smell really bad…

  4. Saya sokong sepenuhnya apa Tun Dr Mahathir kata. Mesti ikut formula imbangan tuntutan politik dan ekonomi itu. Jangan mereka mahu lebih dengan tidak mengirakan hak dan kepentingan kaum atau parti lain.

    Masalahnya mereka lupa atau keliru apa dia formula itu. Atau ketepikannya sebab terbawa-bawa dengan pendirian sentiasa mahukan lebih, lebih dan lebish. Apa yang dipanggil dalam bahasa mereka “kiasu”, bermakna tidak mahu ketinggalan atau tidak mahu kalah. Tidak mahu ketinggalan tidak mengapa. Tidak mahu kalah – kalau sentiasa begitu, susahlah. Dalam apa pun ada yang menang, ada yang kalah.

    Tetapi dalam perkara ini bukan perkara menang kalah. Ini perkara berpatutan. Kena fikir kesejahteraan negara. Kalau sampai keperingkat menjejas ketenteraman negara, tidak baiklah. Kalau sudah dapat jawatan kabinet, jawatan dibadan berkanun saperti PKFZ dll, kalau sudah kaya raya, patut cukuplah. Bila bangkang dan menyindir Perkasa dan 76 NGO Melayu, Gertak dan 58 NGO Trengganu, perhimpunan Melayu Bangkit dan sebagainya, sudah keterlaluanlah.

    Gelaja ini berkembang banyak dizaman pemerintahan “flip-flopping, auto-piloting and sleepy” yang lalu. Pemerintahan sekarang perlu bendung perkembangannya supaya jangan melampau.

  5. i agree with u Tun..
    but we still need an exposure to make everyone realize especially malays bocause the conditions of malay people really sad and need to improve a lot in acedemics,socialism and the way they think.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,104 other followers

%d bloggers like this: