KD Tun Razak tiba Jumaat ini

Kapal selam kelas Perdana jenis Scorpene yang kedua dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia KD Tun Razak dijangkakan tiba di Pengkalan TLDM Lumut Jumaat petang ini. Upacara bersejarah ini akan disambut oleh DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merangkap Kepten-Kehormat TLDM dan DYMM Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusoff Izzuddin Shah.

KD Tun Razak dinakhoda oleh Cdr. Baharuddin Md. Nor TLDM, telah dibina di limbungan Navantia di Cartegena, Sepanyol sebagai rakan kongi Armaris dari Perancis. Kapal selam ini akan dilengkapkan dengan senjata torpedo tugas berat 521mm Blackshark buatan Whitehead Allenia dan perluru berpandu (yang dilancarkan dari bawah permukaan air) Exocet SM 39 buatan MBDA dan jumlah kedua dua senjata yang mampu dibawa dalam sebarang missi ialah 18 unit (6 dalam tiub dan 12 atas rak). Kelengkapan dan perkakasan sistem persenjataan,  sonar, sensor dan alatan kommunikasi dan elektronik kapal selam Scorpene ini adalah tahap yang sama mengupayai angkatan kapal selam nukelar tentera laut Perancis.

KD Tun Razak ini ialah asset melengkapkan squadron kapal selam TLDM, dalam proses mengemaskini kemampuan ATM dengan penguasaan senjata strategik. Kemampuan sesebuah angkatan laut menguasai sesuatu kawasan perairan akan meningkat sebanyak faktor 10 kali ganda jika diukur dari keupayaan kapal perang permukaan (surface warfare) dengan pengupayaan dengan senjata strategik kapal selam. Selain dari meronda dan menyerang kedudukan musuh dengan senyap dan sukar dikesan, applikasi kapal selam juga merangkumi pengawasan perjalanan laluan kapal (dengan berbekal alat sonar dan sensor yang amat canggih dan bertenaga) dan missi sulit seperti membawa dan mengambil semula kommando ke dan dari pesisiran pantai.

TLDM perlu meningkatkan keupayaan operasinya kerana Malaysia merupakan sebuah negara maritim, terdapat kawasan perairan yang amat luas antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak, kawasan Zon Ekonomi Eksklusif dan kawasan perkapalan terpenting dunia Selat Melaka/Laut China Selatan perlu pengawasan dan pertahanan. ATM juga memainkan peranan aktif dipersada antarabangsa mewakili Malaysia dalam tindakan diplomatik juga memerlukan sokongan angakatan laut yang mantap dan berkeupayaan strategik.

Squadron kapal selam TLDM diperintah Kept Zulhelmi Ithnain TLDM, yang juga pegawai pemerintah KD Tunku Abdul Rahman, kapal selam sulung negara dan berpengkalan di TLDM Teluk Sepanggar, Sabah. Kapal selam klass Perdana Scorpene ini merupakan asset kebangaan TLDM dan ATM, sesuai pemodenan daya pertahanan Malaysia selaras dengan mempersiapkan negara menghadapi status negara maju menjelang 2020.

About these ads
Published in: on June 30, 2010 at 18:22  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/30/kd-tun-razak-tiba-jumaat-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Harap harap Kerajaan dapatlah tutup jalan jalan tikus di perairan Sabah.

  2. [...] 2 July 2010, the second Perdana Class submarine arrived at TLDM Lumut and this complete with the delivery KD Tun Razak. TLDM is now a naval force to be reckoned with in this region with the full readiness of the [...]

  3. [...] His Majesty Tuanku concluded his diving mission with KD Tunku Abdul Rahman at 1245hrs. The dive in the South China Sea exceeded 1,000ft depth. It is a record indeed again for His Majesty Tuanku and a Supreme Commander of the Armed Forces. The first HRH Ruler to dive in a Perdana Class submarine is HRH Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah with the KD Tun Razak, when it arrives from France in July 2010. [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,126 other followers

%d bloggers like this: