Apakah Nik Aziz ada had untuk perkudakan Islam semata mata politik?

Murshidul Am PAS  Dato’ Nik Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan MP DAP bagi Serdang Teo Nie Ching yang masuk kedalam Surau Al Huda, Kajang Sentral Ahad lepas tanpa menjaga adab menutup aurat dengan sempurna, sebagaimana protokol biasa wanita untuk masuk kedalam kawasan rumah ibadat Islam itu. Nik Aziz juga mempertahankan tindakan Teo yang memberikan ucapan/ceramah dalam kapasiti beliau sebagai seorang politikus DAP, satu parti Cina Chauvinis dan bersifat anti-Islam.

Laporan Bernama.com:

Isu tazkirah dalam surau: Nik Aziz pertahan Teo

28/08/2010 10:28pm

KOTA BHARU 28 Ogos — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. — Bernama

*************

Kenyataan Nik Aziz ini memang terbukti beliau sanggup memperkudakan Islam semata mata kepentingan politik sempit. Semenjak PRU 12, PAS mengambil strategi untuk memenangi hati pengundi Bukan Islam untuk menentukan mereka akan mula mendapat sokongan dalam kawasan yang pengundi majoriti Melayunya tipis dan kekal relevan dengan parti sekular PKR dan anti-Melayu/Islam Chauvinis Cina DAP dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz in a Chinese Chauvinists anti-Islam/Malay DAP function with Lim Kit Siang

PAS bercita cita untuk mengembangkan pengaruh politik dan kedudukan dalam kawasan yang bukan tradisi majoriti Melayu (Malay Heartland) dan lebih progressif dan sofisktikated, seperti Selangor dan Lembah Klang. PAS juga ingin memperkukuhkan dalam kawasan dimana kuasa Pakatan Rakyat adalah memihak kepada undi Bukan Melayu, terutama Cina seperti Perak dan Pulau Pinang.

Oleh demikian, PAS telah ‘mengliberalkan’ kedudukan natijah ‘Perjuangan Berlandaskan Al Quran dan Hadith’, semata mata memenuhi kepentingan politik. Ini termasuk memberikan ‘pengesahan’ (endorsement) kepada elemen anti-Melayu rantau ini, PAP dan ketua mereka Lee Kuan Yew yang semenjak 47 tahun dahulu, sebagai minoriti cuba mendominasi majoriti.

Nik Aziz a 'thumbs up' endorsement to anti-Malay/Islam Singaporean Supremo Lee Kuan Yew

Semasa Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor, Tuanku Sultan Selangor menitahkan bahawa semua surau dan masjid adalah dilarang untuk dijadikan medan atau platform politik. Nik Aziz memberikan reaksi yang mengingkari secara memomokan titah Tuanku Sultan Selangor ini. Ketetapan Nik Aziz dalam pusingan ini jelas menunjukan beliau secara halus mengingkari titah murka Tuanku Sultan Selangor.

Dalam isu ‘Kalimah Allah’, pandangan Nik Aziz bahawa tidak salah menggunakanya bagi gantinama Tuhan. Tuanku Sultan Selangor juga menitahkan kemurkaan baginda mengenai isu ini.

Seorang ulama yang gagal menurut titah perintah seorang Pemerintah atau Khalifah (dalam isu ini Tuanku Sultan dimana Perlembangaan mendukung baginda mempunyai kuasa mutlak atas isu agama) menunjukan bahawa beliau adalah seorang yang tidak hormat pada sistem pentadbiran dan ini membelakangkan prinsip Islam. Ini lebih lebih lagi baginda Tuanku Sultan merupakan seorang Islam dan mengingkari perintah Tuanku Sultan adalah perbuatan ‘kurang ajar’.

Islam tidak pernah menggalakan umatnya untuk ‘kurang ajar’ kepada Pemerintah, selagi beliau tidak zalim dan mengancam perkembangan Islam. Islam juga tidak memperuntukan agar agama Allah ini boleh dijadikan modal dan dimanipulasikan semata mata kepentingan politik.

Kenyataan Karpal Singh pada 18 Oktober 1990, sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia

Sebagai Murshidul Am PAS, kini Nik Aziz telah meng’halal’kan kedudukan parti yang kunun kunun “atas dasar dan prinsip Islam” itu membelakangkan perjuangan ‘Menegakan negara Islam’ dan ‘Melaksanakan hukum Hudud’ dan kompromi ini adalah semata mata kerjasama dengan parti sekular PKR dan anti-Islam seperti DAP. Menjaga hati anti-Islam seperti DAP dan meletakan PAS sebagai parti yang boleh diterima masyarakat Bukan Melayu terutama etnik Cina adalah lagi utama.

Nik Aziz menyokong dan meng’halal’kan usaha sumbang-sastera yang ramai anggap mengecewakan bagi seorang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dengan buku ‘Shit’ pada tahun 1999, sehingga MB Kelantan itu tergamak menyebut “Allah pun mencarut”. Kemudian kerjasama dengan DAP yang ternyata anti-Melayu dan anti-Islam di’halal’kan dengan kenyataan “Boleh berkerjasama dengan syaitan”.

Amat malang bagi orang Melayu kerana ada segelintir yang masih menerima bahawa Nik Aziz merupakan seorang ‘ulama’, walaupun ketetapan beliau merupakan atas pertimbangan politik yang dimanipulasikan dengan kefahamansdan intepretasi sempit ugama Islam. Nik Aziz merupakan antara penyumbang terbesar perpecahan Melayu, 20 tahun kebelakangan ini. Perpecahan ini diburukan lagi apabila Nik Aziz memperkudakan sepenuhnya peluang untuk menyemai ‘politik kebencian’ dan ‘politik keyakinan palsu’, yang timbul setelah Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998.

*Perkembangan dikemas kini 1800hrs

Published in: on August 29, 2010 at 12:00  Comments (27)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/29/apakah-nik-aziz-ada-had-untuk-perkudakan-islam-semata-mata-politik/trackback/

RSS feed for comments on this post.

27 CommentsLeave a comment

  1. Ini bukan nak ngata hal peribadi Nik Aziz – nak memahami pendirian dan politiknya:

    1. Dia otaknya kecil, tak dapat memikir luas

    2. Dia matanya tak terang, tak dapat lihat jangka-masa panjang kaum Melayu

    3. Dia dadanya sakit, hatinya busuk kat UMNO tak habis habisan

    4. Dia pemikarannya pudar, nakkan kuasa sampai mati

    5. Dia angkuh, Tuhan pun dikatanya mencarut

    6. Dia penakut, tak sanggup langkah Karpal Singh

    Kita do’a sahajalah. Apa yang kita do’a, antara kita dengan Tuhan sajalah.

    • tak sanggup langkah Karpal Singh = tak berani langkah mayat Karpal Singh

    • Abu, You are indeed Abu Jahl.

      • You got to do better than that, mate.

        I did a list, you did nothin’!!!

      • Kita tahu Dato Nik Aziz tu tak sihat.

        Jadi mari kita beramai-ramai doakan supaya Dato Nok Aziz cepat sembuh dari penyakit “gila”nya. Harap-harap Allah akan makhbul doa kita supaya Dato Nik tidak bertambah gila.

    • Salam semua,

    • Selain daripada ibu bapa, tok-tok guru kampong ada mencurahkan pengetahuan pasal agama Islam kpd saya dari kecil lagi. Masuk sekolah, dari rendah sampai menengah pun ada pelajaran agama islam. Saban bersilih hari kat surau dan masjid pun pengetahuan agama islam disampaikan. Itupun belum kira semua lagi yang membimbing saya mengenai agama islam ini.

      Tapi, belum pernah saya mendengar ajaran seperti yang di ‘ajar’kan oleh nik ajis ni. Betul ke dia ni menganut agama islam? Lain macam sangat bunyinya?

      Ada pernah nampak ke, keldai yang ditunggang oleh anjing?

      hink! hhiinnkk!! hhinnkkk!

  2. Nik Aziz penjual agama Islam dah tak layak berkata apa-apa , Segala yg terpancul daripada mulutnya tidak berguna langsung untuk orang Islam . Hanya perpecahan yg memalukan untuk mempertahankan orang lain demi politik dan kuasa akhirnya agama dilacurkan .

    Teringat aku tentang isu Kebaya masa zaman Pak Lah dulu , macam-macam kata-kata nista dihujahkan mengenai pemakai kebaya . Kini demi kuasa Nik Aziz dan orang PAS melacurkan agama demi sedikit kuasa yg setakat menjadi org suruhan DAP sahaja , nik Aziz dan segala orang PAS yg mempertahankan telah menjilat ludahnya kembali dengan penuh jijik dan hina .

  3. Pure cheap and political publicity, definitely not in the name of dakwah as purported by Nik Aziz, Everyone, Muslims and non-Muslims, every Ahmad, Ah Long, Thamy in this country knows that non-Muslims can visit mosques, what’s the big deal so long as one follows the set ethics, etc; if I remember such similar issues have come out in public in the past. Is Nik Aziz truly a man of dakwah when his intentions are so politically skewed? Is Nik Aziz so senile not to realize that Allah is the One who opens the doors to His blessings whoever he chooses? Is Nik Aziz expecting that PAS controversial program of dakwah promoted will convert more numbers than the 6,000 new Muslims in the case of 911, among them captains and zealots of the kafiruns like Kapal Singh, LKS, etc the all chauvinist communists’ columnists in Malaysiakini? The best joke of the day, says Malayian Insider “Mosque visit reflect deeper PAS-DAP ties, makes UMNO edgy”. I don’t think its UMNO that is that edgy; I believe the whole Muslim Malay society is sick seeing PAS stooping so low, reversing all they have preached in the past just to get the support of the Chinese voters. Hence can PAS dakwah work when its lacks sincerity, honesty, sanctity, etc with PAS apparent excuse is intention precedes any action? Its good DAP has struck an unholy alliance with such desperate minority Muslims.

  4. Sedih apabila melihat Nik Aziz mengiakan atau menidakan sesuatu mengikuti keadaan semasa, walau pun kadang kala terpaksa “menjilat” ludahnya.

    Nampaknya orang bukan islam diberi “open check” untuk membuat apa yang mereka fikir perlu dan Nik Aziz akan sokong penoh.

    “Kurang ajar” atau tidak Nik Aziz ni terhadap Tuanku Sultan, biarlah orang melayu menghakimnya dengan fikiran terbuka.

    mohamed

  5. Diakhir zaman ini ramai orang ‘terutama Melayu’ menampilkan diri sebagai ahli dalam bidang ugama’ulamak’ dengan hanya memakai serban dan jubah.
    Yang rendah sikit katogorinya pulak lebih gemar memakai baju pakistan dan kopiah putih bagi menmpakan diri lebih ugamawan.
    Apakah tahap ilmu dan iman itu dinilai dari cara kita berpakaian,dan kesan yang dapat kita lihat kapada masyarakat seperti yang kita alami sekarang dimana mereka-mereka ini mempengarohi masyarakat dengan idealoji ‘tampa disedari’ SONGSANG dari landasan sebenar.
    Tiada cara yang paling berkesan bagi mengatasi kesongsangan yang akan belarutn melainkan masyarakat itu sendiri berhati-hati dan mampu menilai individu yang sebagini bagi mengelakan dari terjebak dengan dakyah dan pemikiran yang menyempang jauh dari ajaran yang sebenar.
    Sekiranya kita umat Islam diMalaysia lebih berhati dalam usha mendekati diri kita kapada Allah,golongan seperti ini harus dihindarkan ditakuti yang kita dekati nanti adalah kemungkaran,Waallah waalam.

    1sekolah>1bahasa>1Malaysia

  6. Islam adalah agama berlandaskan nas dan hadis tetapi poltik kepartian berlandaskan persepsi dan prejudis!

    Orangramai telah dapat mernilai, apakah alasannya nik aziz membenarkan bukan islam memasuki masjid? sebab nabi muhammad melakukannya!dalam satu kisah baginda membenarkan beberapa orang nasrani dari bani najran masuk ke masjid berdebat dengan nabi, malah dibenarkan digunakan untuk tidur dan tempat istirehat.

    mazhab Shafie, pegangan umat Islam nusantara juga membenarkan dengan tujuan mendekatkan hati golongan bukan islam ini dengan agama islam yang benar. Allahyarhan Ahmad Deedat seorang pendakwah islam terkenal pernah memanggil sekumpulan pelajar cina bukan islam supaya masuk ke masjid di UKM untuk mendengar pidato beliau walaupun mulanya dilarang pelajar2 islam di situ. ini menunjukkan betapa toleransinya islam dengan kaum bukan islam supaya hati mereka jinak dengan agama suci ini.

    UMNO yang menghalang apa alasan kamu? Apa petikan dalil Al Quran dan hadis dari kamu untuk menangkis hujah2 Nik aziz dan Ustaz Asri serta keputusan majlis fatwa kebangsaan ini? Apa? bawakan supaya kami dapat menilai kebenaran dari pihak kamu pula!

    • Kamu kata “Islam adalah agama berlandaskan nas dan hadis tetapi poltik kepartian berlandaskan persepsi dan prejudis!”

      Nik Aziz “berlandaskan nas dan Hadith” tu bukan bertujuan politik ke? Bukan ke dia cari saja nas dan Hadith sebagai alasan persepsi dan prejudis politiknya?

    • betul tuu!!

      panggil bukan islam untuk mendengar pidato Tok Imam supaya bukan islam mendekatkan diri dengan islam.

      habis tu,

      panggil Amoi seksi untuk beri pidato kepada tok imam tu untuk apa? supaya tok imam dan kariahnya belajar ilmu politik yang disaluti gula-gula wang RM1,000? pidato untuk makin menjauhkan diri dari Islam?

      Wal bengong al tongong!!!

  7. Memang begitulah sepatutnya! pegangan kita al Quran dan hadis, jadi segalanya mesti berlandaskan kepada dua sumber itu untuk menentukan salah benarnya duduk perkara. Itulah pegangan islam, apa pula landasan kamu? Tidak kiralah menyangkut soal apapun, baik ekonomi,sosial mahupun politik, pokoknya mesti dinilai dari sudut hukum hakam ketetapan allah rabul jalil.

  8. Zane berkata:
    “Allahyarhan Ahmad Deedat seorang pendakwah islam terkenal pernah memanggil sekumpulan pelajar cina bukan islam supaya masuk ke masjid di UKM untuk mendengar pidato beliau”

    Memang benar. Tapi Cina betina DAP, Teo Nie Ching “dijemput” bukan untuk mendengar takzirah tok imam mengenai keagungan Islam. Dia yang `mentarbiyah’ pengikut bongok PAS kat masjid tuh, betapa baiknya orang cina DAP dan PKR yang sanggup bagi derma kepada masjid. Betina tuh sebenar tahu bahawa jiwa orang PAS boleh dibeli dengan nilai RM1000.00. Cuba tok-tok lebai PAS tanya betina tuh apakah dia rasa terbuka hati tentang keindahan Islam, atau kebodohan PAS?

    • Kepada ex-teacher, Baik pergi buka puasa dengan bahasa tak mencerminkan peribadi orang Islam yang berpuasa. Memalukan….

      • Persona,

        Kalau tak ada bende nak kate pasal tajuk bincang atau hujah-hujang orang, kamu diam saje le.

        Kamu ngate orang pun tak baik kan? Memalukan juge kan?

        Aku? Cuma nak kasi tau kau jangan nyampok Ex-Teacher yang ade hujah-hujah baik tu. Lebih mustahak, aku setuju dan sokong ape die kate.

    • Kalau Teo DAP ni tak hulor RM1000 kat masjid tu, agak2nya pak2 lebai PAS ni nak bagi ke Teo ni bertarbiyah dalam masjid tu ke?

      Memang dah dasar kominis DAP mengunakan Melayu untuk menentang Melayu, dan kini strategi serampang dua mata DAP menggunakan disebalik wang derma masjid2/surau2 untuk mengkaburkan orang2 Islam.

      Pak2 lebai ini tak tanya ke dari mana datang sumber wang derma DAP ini? Adakah dari hasil ladang babi atau kedai arak? atau kutipan dari rumah2 urut?

      asal dapat duit derma kononnya, semuanya halal bagi PAS!

  9. Now we knew that the Malaysian UMNO type of Islam are all extremist. They discriminate the non Muslim, they are trying to rob the non Muslim on the name of Islam. They definitely will npt allow non Muslim to visit the Mosque. The UMNO Malaysian is slowly become the Taliban.

    • Now we know that the Malaysian PAS tupe of Islam are all liberal. They openly give way to non muslim to ‘pijak kepala’ the muslim via socialist communist party DAP by giving political tazkirah wearing skimpy clothes. They definitely will next allow a dog name bitedog to spew hatred among the muslims. The Pas Malaysians is slowly embracing the Islam Liberal mumbo jumbo like what is happening in Indonesia.

  10. salam…

    saya x bercadang utk mengkritik lebih-lebih. hanya sekadar menasihati penulis blog ini mendalami ilmu ugama lagi….bukan sekadar memberipenulisan hasil buah fikiran atau pembacaan am…

    malas nak tulis lagi kerana klu kita berbahas dengan org yg jahil ugama …x ader gunanya..pergila berilmu lagi wahai saudara ku agar kita tidak berterusan berfikiran sekular atau mungkin sempit beragama…wallahualam
    maaf zahir n batin

    • entahlah beng, hang mai sini kasik tau la mana yang kita jahil. Aku takat nih takda pulak tau yang nabi ada kasi orang kapiaq tazkirah kat orang Islam dalam masjid. Hang paham tak isu sekarang nih? Masuk masjid tak jaga adab, tak tutup aurat, pakai baju yang menampakkan jelas susuk tubuh badan, pi lagi kat ruang solat, kasik tazkirah lagi. Nak ceramah politik kat luar masjid tu tak boleh ka, nak kasik derma tu, kat luar masjid tu takda ruang ka? Kenapa perlu buat kat ruang sembahyang, dengan sejadah terbentang lagi. Hang pandai ilmu agama, cuba tunjuk kat mana semua nih buleh jadi betui. Nabi memang kasi orang kapiaq nih masuk masjid, tapi tuk kita, umat islam dakwahkan mereka, agar memeluk islam. Bukan kapiaq yang pi bagi tazkirah, cerita hal keduniaan, hang boleh konpom dia cakap tu semua betui? Hang sanggup masjid nih jadi tempat penyebaran fitnah, melaga2 kan sesama umat islam, diaorang dok happy ja. Siap ada orang islam bodo kasik doa lagi kapiaq nih. Bukan doa suruh dia masuk islam pun. Doa kasik dia nih lagi sejahtera, supaya boleh laga2 kan umat islam.

  11. Salam…

    Karpal kata, “Negara Islam…? Langkah mayat saya…!”

    Nik Aziz tak berani langkah.

    Najib laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi tak berani.

    Selamat hari merdeka.

  12. politik itu adalah ciptaan yahudi, mereka yang menjadikan kita bersifat nasionalsima (kalau sini kemelayuan) yahudi dan british lah yang menanam sifat dalam hati kita bahawa melayu adalah melayu,, islam no.2. jadi politi yang melantik pemimpin bukannya agama Islam yang melantik pemimpin. inilah dunia, bila melayu yang dibanggakan, pastilah semuanya pasal melayu dan islam pula adalah no.2, kalau komen pasal islam, mereka cakap yg komen 2 ekstrimis islam…
    heyy sahabat sekalian, janganlah kita menghina, merendahkan martabat oarng lain, walhal zikirnya kepada Allah kita, ilmu agamanya melebihi kita, kalau yang lainnya, biarlah urusan dia dgn Allah, kita pun belum tentu dikasihi Allah kalau kita duk merendahkan martabat orang lain…orang yang menghafal Al-Quran lebih mulia disisi Allah dari orang yang menghafal kesalahan orang lain, mengata, mencaci, mengutuk..manta taubatlaaaaaa, dunia nih bukan melayu yg punya, kalau Allah nak terbalikkan bumi malaya nih, kun fayakun, maka jadilah…

  13. Very Interesting Blog

  14. INILAH DUNIA POLITIK,ULAMA POLITIK,BELIAU MENGHLALKAN APA SAJA ASALKAN IANYA MENDATANGKAN UNTUNG KEPADA PARTI SYURGA (PAS)PAS PARTI ISLAM TATAPI DI DALAMNYA PENUH NODA DAN TIADA ISLAM,ISLAM DIJADIKAN KOMODITI UNTUK KEPENTINGAN DIRI,UNTUK BERMEWAH,SERTA BERKUASA…..TIADA SEBESAR ZARAH PUN KEJUJURAN DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU PAS UNTUK MEMERTABATKAN ISLAM DI BUMI BERTUAH INI…APATAH LAGI YANG BERKUASA DAN BERPANGKAT….SEMUANYA UNTUK KESEDAPAN…NAK MAKAN SEDAP,NAK KERETA SEDAP,NAK BINI SEDAP,NAK RUMAH SEDAP,NAK KERUSI SEDAP(TAKHTA)TAK LEBIH DARI ITU…ITULAH KUALITI KEPIMPINAN PAS BERMULA DARI ATAS HINGGALAH KE AKAR UMBI…….PENGANUT TEGAR DAN TAKSUB DIPERBODOH AGAR MEMPERTAHAN AGAMA TETAPI PEMIMPIN ATASAN BERMEWAHAN DENGAN SEGALA MACAM ISI DAN NIKMAT DUNIA…PEMIMPIN ATASAN MENGAUT HARTA BERJUTA GOLONGAN BAWAHAN TERPAKSA BERMANDI PELUH MANCARI REZEKI SESUAP NASI……..DEMI ALLAH TIADA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN PAS DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA….DEMI ALLAH…DEMI ALLAH


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 887 other followers