Koh dan Gerakan wajar berterima kasih kerana ehsan orang Melayu

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

Semasa Forum Perpaduan Nasional 2010 anjuran ASLI pagi tadi, Menteri DiJabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan bahawa NGO Melayu seperti PERKASA tidak wajar diberikan publisiti dan liputan media meluas.

Perkasa should not be given so much publicity: Dr Koh

By NG CHENG YEE

KUALA LUMPUR: Malay rights group Perkasa should not be given the publicity that it has now been enjoying, said Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

He said the group was of no importance and that “we should not give them too much space and face.”

“However, we should look at the root cause of their problems which are socio-economic and political in nature,” he told reporters after giving his keynote address at the National Unity Forum 2010 here on Monday.

He said such voices had always existed in every society but they were not well articulated.

“When the society becomes more open, and with the development of technology and Internet, such groups have become well known,” he said.

************

Koh membuat kenyataan ini semasa pembukaan Forum Perpaduan Nasional 2010 yang dianjurkan ASLI dengan kerjasama CPPC. Beliau sebagai Menteri Kabinet yang dipertanggung jawabkan soal perpaduan dan keharmonian antara kaum dan kepercayaan ini memberikan pengesahan keatas forum yang ‘berat sebelah’ dimana aktivis aktivis pro-Liberal berkumpul dan memperbincangkan dengan mendalam isu isu ‘Perpaduan’ dari konteks ’1 Malaysia’ dengan tafsiran sempit bahawa gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak itu membawa maksud ‘semua orang mempunyai hak samarata tanpa sekatan’. Ada yang menjuarai isu isu individu dan terpencil membatasi kepentingan majoriti, termasuk kes kes yang amat unik dan terpisah dari norma kehidupan.

Isu isu sensitif seperti ‘ugama’ dari perspektif seperti “Mengapa hanya ugama Islam sahaja mendapat keistimewaan?” dibangkitkan para panelis dan peserta. Ini termasuk isu ultra sensitif seperti ‘Kes Subashini’. Isu PERKASA juga menjadi tumpuan popular sindiran forum. Namun kes seperti penghinaan secara langsung oleh Namewee dan 4 belia keturunan Cina menyimbah cat di Seremban tidak pula dibangkitkan. Jauh sekali forum mengambil contoh dimana MP DAP bagi Seputeh Theresa Kok menyoalkan isu azan dimasjid dan MP DAP bagi Serdang Teoh Nie Ching menghina kesucian masjid dengan memberikan ceramah dalam dewan sembahyang tanpa menutup aurat .

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ini jelas tidak peka kepada isu yang menyelubungi mengenai liputan media yang diberikan kepada PERKASA. NGO Melayu tersebut ujud kerana isu isu mengenai orang Melayu seolah olah tidak lagi dipedulikan dan sebaliknya, suara suara datang dari Bukan Melayu dan Melayu Liberal untuk menggubah keadaan sediada (status quo) seperti menafikan ‘Kontrak Sosial’, komen melampau mengenai Hak Istimewa Orang Melayu seperti Artikel 152 dan 153, kedudukan ugama Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kedudukan dan kuasa DYMM Raja Melayu dipersoalkan dan sehingga berlaku penghinaan.

PERKASA mendukung suara aspirasi akar umbi orang Melayu kini makin popular dalam masa yang dimana Kepimpinan dilihat sebagai memberikan terlalu banyak konsessi kepada Bukan Melayu, terutamanya sekali gus mengabaikan kepentingan orang Melayu. Contohnya ialah pemansuhan kementerian yang menjaga isu isu orang Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan dan dasar dasar liberalisasi ekonomi sudah bermula, seperti pemansuhan kuota 30% Bumiputra dalam pasaran modal yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Sebagai Menteri Kabinet yang dipertanggung jawabkan soal ‘Perpaduan’, Koh sepatutnya tidak memberikan kenyataan demikian tetapi sebaliknya wajar mengambil kedudukan bahawa isu PERKASA merupakan isu Melayu dan seorang Menteri Bukan Melayu tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang komen.

Hakikatnya, Gerakan masih lagi ada dua orang wakil rakyat dalam Dewan Rakyat adalah sebab ehsan undi Melayu, yang menggundi atas dasar semangat ‘kongsi kuasa’ dalam Barisan Nasional. Parti ini gagal dalam 8 kerusi yang ditandingi lain dan sebagai pemerintah Pulau Pinang semenjak 1969, mereka kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang diterajui DAP.

DAP yang bercita cita untuk menguasai Pulau Pinang semenjak PRU 8 November 1990 akhirnya berhasil kerana kegagalan BN Pulau Pinang yang dierajui Koh. Sewajarnya Koh meletakan jawatan kerana kegagalan kehilangan kuasa BN di Pulau Pinang dan prestasi amat buruk Gerakan semenjak menjadi ahli parti komponen BN pada 1973. Namun, sebaliknya Koh menerima pelawaan sebagai Menteri Kabinet.

Gerakan satu masa dahulu menunjukan sikap anti-Melayu yang keterlaluan merupakan rakan kongsi DAP yang membangkitkan semangat nasionalism Melayu selepas orang Melayu Kampung Baru dihina selama beberapa hari kerana kegagalan Parti Perikatan. Akibat perasaan tidak puas hati mengenai keudukan sosio ekonomi yang terpinggir dari arus pembangunan perdana, dikeruhkan dengan tindakan membangkitkan emosi hingga tahap memuncak, maka berlakukah rusuhan kaum Peristiwa 13 Mei 1969.

Lima tahun selepas itu semasa PRU IV 1974, Gerakan sebagai parti komponen BN mula memerintah Pulau Pinang dan seorang Menteri Kabinet mewakili Gerakan diundang dalam forum pembuat dasar dan keputusan peringkat tertinggi negara. Nama nama seperti Paul Leong dan Lim Keng Yaik merupakan Menteri Kabinet yang dilantik dari Gerakan. walaupun masyarakat Cina Semenanjung Malaysia telah diwakili Menteri Kabinet yang dilantik dari MCA berjumlah empat orang.

Koh dan Gerakan sepatutnya menunjukan hormat mereka kepada orang Melayu kerana Kepimpinan UMNO masih lagi memberikan ehsan kepada mereka diwakili dalam Kerajaan Persekutuan dan jawatan dalam Kabinet. Bukan setakat itu sahaja, usahawan billionaire Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary melalui Yayasan Al Bukhary memberikan derma berjumlah RM 20 Juta kepada Universiti Wawasan anjuran Gerakan di Pulau Pinang. Ini membuktikan orang Melayu juga boleh menyumbang kepada kegiatan sosio-ekonomi yang memberikan peluang dan kelebihan kepada Bukan Melayu, terutama keturunan Cina.

Episod PERKASA ini adalah peluang baik bagi Koh dan Gerakan menujukan ketaat setiaan dan sikap berterima kasih atas ehsan orang Melayu. Sekiranya Koh dan Gerakan sebalinya menyokong secara terbuka Perjuangan PERKASA yang hanya mempertahankan apa yang sediada diperuntukan kepada orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar dasar Kerajaan yang membangunkan sosio-ekonomi orang Melayu agar jurang antara keturunan dirapatkan, agar ‘padang permainan’ itu dapat di’rata’kan. Ini amat penting sekiranya negara dan Bukan Melayu mempunyai aspirasi melihat ‘pasaran terbuka’ dan meritokrasi sepenuhnya dapat dilaksanakan.

Kesejahteraan fizikal dan emosi Orang Melayu merupakan kunci kestabilan negara yang membolehkan pembangunan dan kemajuan yang dinikmati hari ini dicapai. Ini juga merupakan asas yang memungkinan pelaburan dalam sektor sektor yang membangunkan Pulau Pinang ketahap hari ini dan rata rata golongan Bukan Melayu pulau mutiara itu beroleh pelbagai peluang untuk berniaga dari sistem sokongan ekonomi dari pertumbuhan pesat itu.

Pendekata, kestabilan juga merupakan satu kunci kejayaan kesefahaman dan perpaduan, terutama penerimaan minoriti kedalam sistem sosio-geografi yang sememangnya dicorakan oleh majoriti. Ini  sepatutnya menjadi KPI beliau sebagai Menteri Kabinet.

*Dikemas kini 930am

Published in: on September 28, 2010 at 00:34  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/28/gerakan-wajar-berterima-kasih-kerana-ehsan-orang-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Sebenarnya tidak ada perbedaan antara perjuangan parti GERAKAN dan parti-parti Cina yang lain seperti MCA dan DAP. Objektifnya sama, cuma kaedah saja berlainan. Berlandaskan hakikat ini, maka mustahil kita nak harapkan mereka ini menyokong aspirasi PERKASA. Lebih logik jika PERKASA dihentam dan suara Melayu dilenyapkan agar suara bukan Melayu terus berkumandang.

    GERAKAN, MCA dan DAP terang-terang berjuang buat Cina; UMNO kini berjuang untuk keselesaan kewujudan orang Cina di Tanah Melayu. GERAKAN, MCA dan DAP ada jurucakap mereka dalam UMNO. Jika Khor Tsu Koon sedar yang orang Melayu pun sedar akan hakikat ini, dia tidak akan mengapi-apikan lagi kedudukan masa kini. Orang Melayu tidak boleh bargantung pada UMNO, PAS atau PKR. Cuma PERAKASA saja yang berupaya mempertahankan hak orang Melyu. Tapi he just cannot resist it can he because he thinks THEY now have the upper hand? Right?

    • harap org melayu yg buat2 tak sedar itu, kembali kepangkal jalan…cina tetap cina, melayu sahaja yg tak serik2 bermurah hati kpd mereka..jika melayu mampu mengenepikan agenda peribadi masing2, dan kembali berpegang kpd tali Allah, insyaAllah tidak ada kaum mana yg mampu memperkotakkatikkan melayu..masaalahnya org2 melayu yg dianggap “pemimpin” gagal meletakkan keutamaan ketempat yg sepatutnya…kita masih berpecah belah, sedangkan mereka kian memperkuatkan kedudukan mereka..menteri yg kalah pilihan raya pun boleh cakap besar lagi…beiau hanya umpama duri dalam daging yg tidak memberi apa-apa keuntungan kpd kerajaan sepatutnya disingkirkan sahaja..dia inilah yg akan merosakkan lagi kepercayaan melayu kpd umno…parti beliau tidak rugi apa2 pp jatuh kpd dap, sbb mereka masih tetap cina..cuma kita melayu yang bermati2 nk jatuhkan kerajaan melayu yg dh ada..sampai bila melayu ni nk buangkan tabiat dendam mendendam ni, yg jelas merugikan kita dan keturunan kita…

  2. Melayu UMNO memang mudah lupa. Gerakan pada mulanya telah menawan Pulau Pinang sebagai parti lawan. Tetapi mereka yang masuk BN supaya memberi peluang untuk UMNO untuk terus menakluk Pulau Pinang dan mengambil kesempatan ke atas peluang pada Pulau Pinang. Tanpa Gerakan, UMNO tidak dapat berkuasa selama ini di Pulau Pinang. Tetapi malangnya UMNO telah membelakangkan kepercayaan Gerakan terhadap BN sehinggakan Gearakan gagal dalam pilihanyraya lepas kerana amalan tidakadil UMNO. UMNO yang sepatutnya berterima kasih kepada ‘jasa’ Gerakan kerana tanpa Gerakan, UMNO tidak mampu bertapak di Pulau Pinang.

    • dap=gerakan=kominis…..

      • UMNO=Perkasa=Taliban….

  3. *Comments deleted

    Vinnan,

    You know your thoughts are no longer welcomed in this blog. Please take it elsewhere.

  4. Setiap peluang dan ruang akan diambil dan digunakan sebaik mungkin bagi memberi tekanan kapada kebangkitan serta kesedaran yang akan menjurus kapada perpaduan Melayu. Malangnya dan sungoh malang ramai Melayu tidak nampak dan sedar akan hakikat ini,malah turut sama megiakan tindaktandok mereka-mereka ini dan memberi label yang negatif kapada Melayu yang punya kesedaran.

    Melayu memang selalu alpa.
    Melayu memang mudah lupa.

    1sekolah>1bahasa>1Malaysia.

    • melayu jenis ni mmg kepingin nk jadi bangsat spt melayu spura..

  5. kalau dah cina tu cina jugak..masa UMNO lebih kerusi di penang pon kena bagi kat dia..tap cakap pasal merit..tak buat kerja tapi nak kuasa

    • dh bangsat tu, bangsat jugak….keturunan hai san dan ngee hin agaknya.

  6. bukankah gerakan itu parti pelbagai kaum yang didominasi cina, sama seperti dap. sekiranya orang melayu bijak politiknya, segeralah beramai-ramai menyertai gerakan dan dap hingga menjadi majoriti di dalamnya. sebagai parti yang mengamalkan demokrasi, kedua-duanya boleh dikuasai dengan cara sedemikian. sekurang-kurangnya, perdana menteri mempunyai peluang untuk mengambil menteri yang mewakili gerakan dari kalangan orang melayu. janganlah terlampau memikirkan umno sebagai parti melayu, sebaliknya memelayukan parti pelbagai etnik juga adalah penting untuk survival bangsa melayu dan negara malaysia keseluruhannya. umno sudah pasti mewakili melayu/bumiputera, janganlah dibiarkan pula parti pelbagai kaum didominasi etnik tertentu. orang melayu perlu lebih bijak berpolitik sesuai dengan perubahan persekitaran politik yang wujud dewasa ini. aturlah strategi dengan menguasai satu demi satu bahagian dan negeri, seterusnya rampas gerakan dan dap dari penguasaan orang-orang cina. biar menjadi ahli dua atau tiga parti politik pun asalkan kepentingan orang melayu menjadi lebih terjaga dengan cara begitu. mungkin suatu hari bigdog akan dilantik menjadi menteri yang mewakili gerakan dalam kabinet sepuluh tahun lagi. sebagai seorang melayu yang sayangkan bangsa dan negara, jadilah ahli umno, gerakan dan dap, banyak manfaatnya.

    • BigDog,

      Kesian lah sikit si Koh @Grovel ni.

      Grovel pun Salah Tak Grovel pun Salah

      Dia anak buah kesayangan DS Najib………

  7. KUALA LUMPUR: National Civics Bureau (BTN) deputy director Hamim Husin is no longer fit to hold his position and should be sent for counselling and retraining, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said.

    He said Hamim did not understand the concept of democracy when he proclaimed Malay rights as a mandate to rule the country.

    “He obviously does not know what democracy is all about. In a country that practises democracy, it is the rakyat who determines who rules the country,” he said after the party presidential council meeting at Wisma MCA here Tuesday.

    • What I understand the session was with putri UMNO and all the audiance are Malay I presumed, so what wrong with Hamim Hashim talking in such menner motivateting them and make them relize the infortance strong Malay leadership.

      Should UMNO be restricted too, from talking about Malay leadership in thier coming general election.
      Oviously Chua sooi lek and other chinese chuvinist leader had the intention of intefearance with putri UMNO activities and this shouldent be encourage. Should all Malay national activities in fueature must get aproval from chinese and indian leaders before it could be held ?.

  8. KUALA LUMPUR: National Civics Bureau (BTN) deputy director Hamim Husin is no longer fit to hold his position and should be sent for counselling and retraining, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said.

    He said Hamim did not understand the concept of democracy when he proclaimed Malay rights as a mandate to rule the country.

    “He obviously does not know what democracy is all about. In a country that practises democracy, it is the rakyat who determines who rules the country,” he said after the party presidential council meeting at Wisma MCA here Tuesday.

    p/s:::KENAPA lanCHUA SOI LEK dan MCA tak hentam NAMAWEE habis-habisan??

  9. Kalau mempertahankan hak di anggap rasis, apa sebenarnya rasis? Apa lagi yang orang orang Cina dan India ni mahu? MCA dan DAP mempertahankan hak orang Cina, MIC dan PKR mempertahankan orang India. Siapa pula nak mempertahankan hak orang Melayu kalau tak Perkasa? Bukan kah UMNO sedang sibuk mempertahankan hak orang Cina dan India? Ahli UMNO langsung tak boleh bersuara mempertahankan hak orang melayu, cakap aje kena minta maaf, silap silap kena pecat dari keahlian. Maka sudi tiba masanya orang orang melayu bersatu di dalam PERKASA.

  10. BD,

    ni aku copy paste dari The Temasek review.com. Tolong pass kat Najib, MCA, Gerakan dan DAP

    Lee Kuan Yew: We are largely Chinese and Indians
    September 29th, 2010

    In a sign that age is catching up on him, PAP strongman Lee Kuan Yew made an unusual gaffe when he appeared to forget about the existence of the Malay community in Singapore in a remark made at the Russia-Singapore Business Forum yesterday.

    Speaking in response to a question on Russia’s growth over the next decade, Lee claimed that Russia’s challenge was to develop its own entrepreneurs like Singapore.

    He then shocked the audience with a comment which is completely off tangent:

    “We’re trying to do that. But we are hampered by culture. We’re largely Chinese and Indians. And both Chinese and Indians, the best go into government, (they) don’t go into enterprise.”

    Singapore is not just largely Chinese and Indians. Ethnic Malays form about 15 percent of Singapore’s population though it has decreased slightly in recent years due to the relentless influx of immigrants from China and India with the result that Indians now form 9 percent of Singapore’s popuation, up from 7 percent 10 years ago.

    This is not the first time that Lee has made a controversial remark about the ethnic minorities in Singapore.

    In an interview with National Geographic magazine this year, he said:

    “Well, we make them say the national pledge and sing the national anthem but suppose we have a famine, will your Malay neighbour give you the last few grains of rice or will she share it with her family or fellow Muslim or vice versa?”.

    He also added that it is a “good thing” that Singapore is accepting so many Chinese immigrants (from mainland China) as they are more “hard-striving” and “hard-driving” than locals.

    At 87 years of age, Lee is probably the oldest living minister and MP in the world. Though he admitted himself he is not doing much work lately except “forecasting”, he is paid more than $3 million dollars a year by Singapore taxpayers.

    Lee has been dropping subtle hints in the media lately that he is not quite ready to retire in the next general election, leaving Singaporeans with little choice but to continue to put up with his freudian slips in the near future.

  11. Kalau Gerakan dan MCA nak tunjuk semangat BN, sila tunjukkan kesungguhan bantu BN menang di PRK DUN Galas.

    Tak susah pun kat situ – bukan ramai pun pengundi cina

    Tak payah nak salahkan Perkasa untuk cover kelemahan diri sendiri.

  12. Koh Tsu Koon ni patut buat cam Samy Vellu.

    Dah kalah tu, berambus lah!

  13. cina gerakan ni dah melapau

  14. [...] Koh and Gerakan should be thankful that they are still around, being part of the ‘power sharing’ in the current [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 887 other followers