Rakyat Sarawak akan hukum Pakatan Rakyat menjelang 16 April

SIBU, 13 April –  Rakyat Sarawak akan menghukum pakatan pembangkang kerana dulu menghina rakyat negeri itu bodoh dan mengutuk sebagai “masih pakai cawat” apabila pembangkang kalah pada Pilihan Raya Kecil Batang Ai, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, ramai rakan dan rakyat Sarawak yang ditemuinya masih marah dan berasa terhina kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengutuk rakyat Sarawak sebagai “mereka ini tidak reti undi, masih pakai cawat lagi.” 

Ahmad berkata, apa yang dihamburkan pemimpin pembangkang ternyata satu penghinaan yang jelas hanya kerana mereka marah rakyat Sarawak tidak menyokong mereka selama ini.

“Tapi sekarang jelas mereka (pakatan pembangkang)  datang ke Sarawak untuk menagih undi dengan membawa sejuta janji kononnya untuk membawa perubahan.  Ketika mereka kalah mereka marah kepada rakyat hingga hina rakyat Sarawak tak pandai mengundi kerana pakai cawat…. Apakah pemimpin jenis ini boleh dipercayai?

“Kita percaya rakyat Sarawak tidak akan mudah lupa penghinaan tersebut dan tidak akan terpedaya dengan harapan palsu yang diberikan.  Rakyat Sarawak pasti akan menghukum mereka kali ini, rakyat akan menolak pembangkang,” katanya kepada kepada wartawan selepas beramah mesra dengan masyarakat  Kampung Serdeng Semop, dekat sini, hari ini .

Ahmad berkata, penghinaan pakatan pembangkang itu juga adalah bukti wajah sebenar mereka yang sentiasa berpura-pura kononnya berjuang untuk rakyat.

“Mereka hanya pandai guna slogan untuk dapat undi rakyat… sesudah dapat kuasa, rakyat dilupakan malah jika rakyat tidak berikan mereka undi maka mereka akan hina rakyat seperti yang mereka lakukan di Sarawak.

“Inilah wajah sebenar politik pembankang yang hanya berjuang untuk rakyat sekadar pada laungan kosong semata-mata sedangkan yang benar-benar membela rakyat adalah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Lihat saja apa yang berlaku di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka yang sentiasa dibantu kerajaan persekutuan terutama dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya,” ujar beliau.

Justeru beliau percaya rakyat terutama pengundi di Sarawak akan mengundi hak dan kuasa yang ada pada mereka pada 16 April ini untuk sekali lagi mengajar pembangkang.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisement
Published in: on April 13, 2011 at 17:49  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/04/13/rakyat-sarawak-akan-hukum-pakatan-rakyat-menjelang-16-april/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Aku terperanjat camana genggaman BN boleh begitu rapuh menjelang Sabtu ni. Berdasarkan sumber2 tertentu, saya diberi gambaran yg kurang baik dimana kerajaan mungkin setakat memperolehi majoriti 10 hingga 15 kerusi. Lagipun tidak mustahil berlaku kes melompat sehingga kerajaan bakal tumbang kelak. Inilah intipati saya.

    Bagi saya ianya disebabkan oleh kerana pihak lawan lebih cekap menggunakkan saluran maya. Contohnya laman web sarawak report yg walaupun penuh dengan cerita palsu tetapi diurus dengan mantap. Mereka memberi fokus terhadap isu yg paling utama iaitu isu Taib. Berbanding dengan bloggers kerajaan yg kerap kali lari dari tajuk, tidak professional dan kurang intelektual.

    Kedua, dari segi pemasaran. Pihak lawan begitu inovatif sehingga menjadi burung kenyalang maskot mereka. Tetapi pihak kerajaan pula menggunakkan pita lucah sebagai modal berkempen.

    Natijahnya, saya berani meramal tidak mustahil kerajaan BN bakal tumbang Sabtu ni. Faktor utamanya adalah kerana pihak lawan jauh lebih licik, kreatif dan bertenaga dan jentera kerajaan tidak dapat menanagani isu isu yg dibawa pihak lawan

    • Siapa “sumber2 tertentu” kamu, kawan ha? Tukang telek ke? Siapa nak percaya?

      Berangan angan dan bermimpilah kamu.

  2. Ya, saya sokong PR yang berkata orang sarawak itu bodoh…sebah BN adalah party yang Corrupt kenapa sarawakian masih undi mereka. Bodoh, bodoh, bodoh.
    Saya harap kali ini mereka tak jadi bodoh macam dulu, kali ini mereka akan undi PR
    Cheers,
    PR

    • Kamu kata “saya sokong PR yang berkata orang sarawak itu bodoh…”

      Kalau Pakatan Rakyat dah kata gitu, apa kita nak kata kapada PR?

      Biar rakyat Sarawak sajalah yang menilai mereka.

      Saya fikir orang Sarawak tidak bodoh. Takkan undi “PR yang berkata orang sarawak itu bodoh…”

  3. PR hanya ada dunia maya, BN pakai jentera kerajaan seolah2 kerajaan Malaysia yang bertanding lawan PR, semua diperalatkan, Polis, Majlis Perbandaran, jabatan2 Federal dan Negeri, SPR, RTM, TV3, NTV 7 dan sekarang haprak Astro TV, semuanya diarahkan jangan menyiarkan kempen2 pembangkang; surat2 khabar juga diharuskan menyiarkan berita2 dari BERNAMA saja, lain2 harus ditapis dulu…semua haprak!!! Tak tau malu. Rakyat memang bodoh, kalu pandai sudah tentu menyokong Pakatan!

  4. Dun worry bro. BN will retain Sarawak. You can start drafting a ‘victory’ article right now. Like they said, Sarawak is BN’s “fixed” deposit apa ;)

    BUT whether it is going to be a comfortable victory or not, I have reservation on this ;)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 883 other followers