Dalam kehangatan kempen politik pilihanraya DUN Sarawak ke X sekarang ini, ada yang cuba cuba meraih sokongan dan undi dari Rakyat Sarawak bermodalkan isu sensitif seperti ugama yang sebenarnya tidak wajar dipolitikan.
Pada 14 April 2011 jam 0955-1030 dalam sidang media DAP di Hotel Kingwood, Padungan, Kuching. Kehadiran terdiri dari 30 orang termasuk pemimpin PAS Dato’ Mustapa Ali dan MP PAS Khalid Samad.
Dalam usaha untuk menghasut Penasihat DAP Lim Kit Siang dakwa ’1 Malaysia’ anti agama Islam, mempersoalkan kenapa Al Kitab hanya digunakan di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di Semenanjung. “BN tidak hormati agama lain”.
Lim Guan Eng dakwa BN tidak menghormati agama Kristian kerana menghadkan penggunaan Al Kitab.
Tindakan pemimpin DAP bukan sahaja tidak menghormati keterbukaan Kerajaan membenarkan kitab injil diterbitkan dalam Bahasa Melayu bagi kegunaan penduduk Sabah dan Sarawak, malah sengaja menguji kesabaran dengan cabaran ini.
Cabaran ini wajar dilihat sebagai tindakan menghasut kerana cuba menimbulkan kemarahan orang Melayu Semenanjung, yang rata rata berugama Islam dan merasa ugama mereka (yang juga Ugama Persekutuan Malaysia) dicabar.
Ini sengaja bermain api!
Kedua dua Lim dan semua pemimpin ini wajar ditahan bawah Ordinan Darurat dan disiasat bawah Akta Hasutan kerana mencabar emosi orang Melayu menggunakan isu isu ugama yang amat sensitif.
Ini adalah contoh amat jelas bagaimana golongan minoriti mencabar kedudukan dan kepentingan majoriti dengan menyalahgunakan pentas proses dan saluran sistem demokrasi.
Posted with WordPress for BlackBerry.





