Malaysiakini wajar disiasat bawah Akta Hasutan

Portal berita Malaysiakini dan pengendalinya wajar disiasat bawah Akta Hasutan. Ini kerana mereka terang terang menghasut rakyat dengan artikel mengenai Polis dan pengunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Negara polis dan kebangkitan rakyat

Fadiah Nadwa Fikri
Mei 3, 11
7:13pm
Kongsi 134
“Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis”, itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemimpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara mengkritik dasar pemerintahan BN.
operasi lalang ops lalangOperasi Lalang itu didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Peristiwa itu menyaksikan kematian sebuah demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Negara polis adalah didefinisikan sebagai “sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang”.
selangor water demo water cannons fire at crowdNegara polis jelas menekan dan menindas kebebasan dan hak asasi rakyat walaupun ia telah dijamin dan termaktub dalam perlembagaan demi mengekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat kuku besi.
Kebangkitan rakyat yang ditekan di bawah sebuah negara polis dalam mengekalkan pemerintahan bersifat kuku besi ini dapat dilihat melalui kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah yang dimulai di Tunisia, diikuti Mesir dan Syria.
Kuku besi
Angin kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi ini masih bertiup kencang merentas benua, menyampaikan pesan keramat kuasa rakyat untuk terus bangkit menuntut hak dan kebebasan dari cengkaman dan penindasan pemerintahan yang tidak adil dan zalim.
egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Mesir, sebuah negara yang diperintah diktator Hosni Mubarak telah menyalahgunakan institusi polis sewenang-wenangnya di mana pada bila-bila masa sahaja polis-polis akan menangkap, menculik, menyeksa dan membunuh rakyat yang lantang bersuara menentang ketidakadilan pemerintahan Mubarak.
Rakyat Mesir, di bawah pemerintahan Mubarak sentiasa diselubungi ketakutan di mana polis pada bila-bila masa sahaja bebas untuk melakukan tangkapan yang tidak sah dan ugutan tanpa dikenakan sebarang tindakan meskipun tindakan polis itu sendiri jelas melanggar peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Sebelum tercetusnya revolusi di Mesir pada tanggal 25 Januari lalu, satu kejadian yang segar di ingatan setiap rakyat Mesir tentang keganasan polis terhadap seorang pemuda bernama Khaled Said telah menjadi satu titik penting kebangkitan rakyat yang tidak lagi sanggup ditekan di bawah budaya keganasan polis.
Rambut ditarik, kepala dihentak
egypt revolution mubarak steps down flag 1Khaled, 28 tahun, telah ditangkap oleh beberapa orang polis di sebuah kafe internet di Alexandria di mana beberapa orang saksi telah menyaksikan beliau dipukul, badannya ditendang, kepalanya dihentak ke dinding, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak bertubi-tubi di tangga.
Saksi-saksi selanjutnya menyatakan bahawa walaupun Khaled berhenti bergerak tetapi polis-polis tersebut masih lagi mencekik lehernya dan terus menendangnya tanpa belas kasihan sehingga lelaki itu menghembuskan nafas terakhirnya.
Kes keganasan polis seperti yang terjadi kepada Khaled di Mesir, dan di negara-negara polis di bawah pemerintahan kuku besi tidak asing jika hendak dibandingkan dengan kes keganasan polis di tanah air kita sendiri, Malaysia.
petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cryBekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (Suhakam) Datuk N Siva Subramaniam pernah menyatakan bahawa 70 peratus kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Kes Khalid di Mesir telah menjadi salah satu pencetus kebangkitan rakyat Mesir di mana satu gerakan yang menggesa keadilan ditegakkan di internet dan telah mencabar rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan ingin menamatkan budaya keganasan polis untuk keluar berhimpun dan mendesak agar pemerintahan kuku besi Mubarak dijatuhkan.
Mangsa keganasan polis
Washington News dan ABC News telah melaporkan bahawa Khaled adalah “Wajah Pencetus Revolusi” yang mencetuskan perhimpunan kebangkitan rakyat Mesir mendesak agar pemerintahan kuku besi Mubarak yang memperalatkan institusi polis dijatuhkan.
NONEMalaysia, sebuah negara polis yang diterajui kerajaan BN yang berterusan memperalatkan institutsi polis hari demi hari, menyaksikan seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan polis.
Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.
NONEKeadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis terus-terus dinafikan, suara keramat rakyat yang dahagakan perubahan terus-terusan ditekan, hak dan kebebasan rakyat terus-terusan dicabul sewenang-wenangnya.
Sudah tiba masanya, kita rakyat Malasyia yang bebas merdeka bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis yang hanya memanfaatkan kuasa pemerintahan kuku besi kerajaan yang sekian lama menghinjak dan menekan kita, rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan.

***************

Adalah berniat jahat apabila Malaysiakini membenarkan artikel ini disiarkan yang bertujuan untuk mengumpamakan Malaysia adalah sebuah ‘Negara Polis’ dan Kerajaan Memerintah menggunakan Polis dan peruntukan undang undang undang untuk menindas rakyat, terutama Pembangkang bagi berterusan mengekalkan kuasa.

Artikel ini bertujuan untuk rakyat membenci Pasukan Polis. Ini merupakan strategi Pembangkang terutama PKR dan parti Chauvinis Cina DAP untuk memburukan agensi penguat kuasa undang undang seperti Polis, SPRM, Peguam Negara dan Kehakiman. Ini kerana Pembangkang hanya mampu untuk meraih sokongan dengan cara menghasut dan kempen ‘politik kebencian’. Apabila tindakan diambil keatas mereka yang berlandaskan peruntukan undang undang dan kuasa sebagaimana yang telah dipiagamkan, maka mereka akan menggunakannya sebagai membuktikan bahawa Kerajaan memperalatkan agensi penguatkuasa undang undang untuk memerintah secara ‘kuku besi’.

Ini adalah niat yang tidak lain tetapi jahat semata mata. Mereka wajar disiasat dan jika ada bukti, ditahan bawah peruntukan undang undang yang sesuai termasuk menghasut. Mereka wajar disiasat bawah Akta Hasutan Sek 3(1)(a) dan (c).

Advertisement
Published in: on May 4, 2011 at 10:36  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/05/04/malaysiakini-wajar-disiasat-bawah-akta-hasutan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 CommentsLeave a comment

  1. Setuju! tahan dan siasat. Sangat melampau dan berniat buruk sekiranya mahu membandingkan keganasan polis dinegara asing dan malaysia. Dangkal pemikirannya. Dungu. ya, saya akui adakalanya polis bertindak luar kawalan. tetapi rasanya tidak seteruk negara contoh. susah. tak tau apa yang dimahukan.

  2. Salam

    Yang menulis artikel ini bernama Melayu. Tetapi jenis melayu moden, terbuka dan liberal dan boleh duduk semeja dengan kawan kawan sekutunya sambil menogok minuman dan juga makan yang takpasti halalnya.

    INi dibuat demi memenangi hati sekutunya. jadi agama dan bangsa diketepikan semata mata kerana mahu menunjukkan pada kawan sekutu nya bahawa dia juga moden, belajar di luar negara dan berfikiran terbuka serta global.

    kepentingan agama dan bangsa sudah menjadi perkara ke2 kerana tanpa pengiktirafan oleh sekutunya, dia akan di lihat kolot oleh sekutunya dan juga dunia.

    bila di tegur, dia akan melenting dengan berkata – keluarga saya menghantar saya belajar tinggi untuk dimenafaatkan ilmunya.

    Ya, mungkin dia marah dengan segelintir kutu babi dalam umno, tetapi kenapa harus agama dan bangsa yang perlu dikorbankan.

    yang penting – happy.

  3. Your posting and your points noted. I think the way it works in Malaysia is that someone has to lodge a police report first, in order to initiate the investigation process. I could be wrong, it’s just what I’ve noticed in the past.

    So, any volunteers to get the ball rolling?

  4. Setuju, patut disiasat dibawah Akta Hasutan.

    Contoh contoh menghasut:

    1. Tajuk itu ada perkataan “kebangkitan rakyat”. Rakyat bangkit memberi makna rusuhan dan senang difahami rakyat (walau pun perkataan “Negara Polis” tidak banyak rakyat memahaminya).

    2. Selepas membayangkan rakyat bangkit, menyebut keadaan diMesir pula membawa maksud mahukan rakyat berbuat rusuhan seperti diMesir. Itu nyata menghasut, walau pun keadaan diMesir jauh berbeza dari diMalaysia yang demokrasinya aktif dengan pilihanraya diadakan setiap 5 tahun.

    3. Menyebut “Bekas” Pesuruhjaya Suhakam “pernah menyatakan” bahawa 70 peratus kes yang “dirujuk” kepada Suhakam adalah “berkaitan” dengan kegansan polis, tetapi tidak memberi bukti atau contoh apa itu “keganasan”, nampak sengaja menghasut pembaca/ rakyat supaya “bangkit”.

    Penulis Fadiah Nadwa Fikri itu menghasut dan sidang pengarangnya yang membenarkan penulisan itu disiarkan juga menghasut. Mereka patut disiasat.

  5. Obviously this is intended at inciting uprising and violence against a legally and democratically elected government and its institution. Remember the Al-Maunah band of terrorist? their method may differ but the objective is the same, affect government change through violent. Perhaps another attempt at declaring war against his Majesty Government?

    Instead of talking through their arsess lets be clear what ISA is about in the first place.

    INTERNAL SECURITY ACT 1960:

    An Act to provide for the internal security of Malaysia, preventive detention, the prevention of subversion, the suppression of organized violance against persons and property in specified areas of Malaysia, and for matters incidental thereto.
    [Peninsular Malaysia—1 August 1960, Act 18 of 1960;
    Sabah, Sarawak*—16 September 1963, L.N. 232/1963;]

    WHEREAS action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia—

    (1) to cause, and to cause a substantial number of citizens to fear, organised violence against persons and property; and
    (2) to procure the alteration, otherwise than by lawful means, of the lawful Government of Malaysia by law established; AND WHEREAS the action taken and threatened is prejudicial to the security of Malaysia;
    AND WHEREAS Parliament considers it necessary to stop or prevent that action;

    Even the US deemed it is necessary to have ISA equivalent. It is called PATRIOT ACT. And this is what their former Attorney General has to say about it:

    “If we knew then what we know now, we would have passed the Patriot Act six months before Sept. 11 rather than six weeks after the attacks,” he said. ” … The cause we have chosen is just. The course we have chosen is constitutional.”

    And former President Bush said “We cannot simply classify Malaysia’s Internal Security Act as a draconian law.”

    Next, I will gladly post how our neighbor down south percieved ISA, since for these bunch of chauvinist and their lackey traitor everything there is THE way to go/emulate.

  6. The following is an extract from Singapore hansard, Parliament no 7, sitting no 8 dated 29th nov 89.

    7. Mr Chiam See Tong asked the Minister for Home Affairs whether the Government will consider abolishing the Internal Security Act now that the Communist Party of Malaya, whose jurisdiction also includes Singapore, has agreed to end its armed rebellion.

    The Minister for Home Affairs (Prof. S. Jayakumar): Mr Speaker, Sir, it would be most unwise to abolish the Internal Security Act just becase the CPM has reportedly agreed to terminate hostilities. First, if the CPM in fact terminates hostilities, it still remains to be seen whether this necessarily means the end of all forms of communist subversion.

    Secondly, the problems posed by the CPM are not our only security threat. There are also other security threats such as communalism, religious extremism, inter-national terrorism, espionage and subversion from sources other than the communists. For instance, in the early 1970s, we detained chauvinists who attempted to whip up communal feelings on gut issues of race, language and culture. In 1979, five persons were detained under the ISA for attempting to establish an Islamic State by armed means, if necessary. In 1985, two Singaporeans were detained for facilitating the supply of arms to a terrorist group in Sri Lanka. More recently, in April 1987, we detained four persons who were spreading rumours of impending racial clashes and making active preparations for racial disturbances. And in 1987, the Marxist arrests also highlighted the security problems posed by the exploitation and manipulation of religious organisations and religious publications.

    Thirdly, Sir, we can abolish the ISA only when the security situation in Malaysia has enabled them to abolish their ISA. The internal security of Singapore and Malaysia are closely interlinked. Mr Lee Kuan Yew stated this way back in October 1958, more than 30 years ago, in the run-up to the May 1959 elections and before he became Prime Minister. He made this an election issue and the PAP won the elections. He reiterated this most recently in May last year before the September 1988 general elections. This inter-relatedness endures because both countries face common security problems – communism and communalism. Although the threat posed by the communists has receded, the problems posed by the communalists have not. Any instability and turmoil in Malaysia will affect Singapore and vice versa. The hon. Member for Potong Pasir could not have forgotten May 13, 1969, when racial riots in Kuala Lumpur spilled over to Singapore.

    Therefore, Sir, the announcement of CPM’s cessation of hostilities does not render the ISA unnecessary. It is still needed to effectively deal with internal security problems.

    Mr Chiam See Tong: Will the Minister tell the House whether or not there is a threat of communist subversion in Singapore today?

    Prof. Jayakumar: Sir, communist subversion may have receded but it has not disappeared.

    Dr Lee Siew-Choh: Even if the Government should not repeal the ISA today, would the Government consider relaxing the conditions on political detainees and release them unconditionally and immediately? I refer in particular to Chia Thye Poh who has been in prison for more than 23 years. The Minister should know that.

    Prof. Jayakumar: Mr Speaker, Sir, the conditions which are imposed on any detainee upon his release are guided solely on security considerations and with a view to ensuring that they do not return to the subversive activities for which they were in the very first place detained. When the assessment of the Internal Security Department is that the conditions need no longer apply, they will be removed.

    Mr Chiam See Tong: The Minister has said that communist subversion in Singapore today has receded but has not completely disappeared. At this stage, does it justify having the Internal Security Act, which is really aimed at communist subversion?

    Prof. Jayakumar: Sir, in my reply, I thought I have outlined that the problem posed by the communists and the CPM is not the only security threat which we have in Singapore. And even if it completely disappears, there are other threats to our security which I have outlined and I do not want to repeat them.

    Mr Chiam See Tong: Sir, the Minister is saying that there is really no need for the Internal Security Act to contain communist subversion. He is saying that there are in fact other threats like communalism. I take the Minister’s point. But this House will soon be passing laws to restrict people from mixing their religious activities with politics. Why can the Government not pass specific laws to also contain a problem with regard to communalism in Singapore? What people are objecting —

    Mr Speaker: Mr Chiam, please ask your question.

    Mr Chiam See Tong: Why is the Government not willing to pass laws to contain communalism and other specific problems instead of wanting to maintain the Internal Security Act?

    Prof. Jayakumar: Mr Speaker, Sir, the Member should read the Internal Security Act. It is a law designed to deal with any threat, any problem, which is prejudicial to the security of Singapore. And from the few examples that I recited, it must be clear to Members that the types of security threats which have arisen and which can arise are innumerable. For that reason, as I said, it will be unwise to abolish the ISA.

    So, even your very own ‘Mecca’ feel it is necessary to keep ISA due to reason mentioned above.

    BN MPs, please read up and you might also come up with agood justification in defense of ISA as per discussed above. Dont feel guilty about doing the right thing!!

  7. masalh dia pak menteri yang jaga kdn ni terlalu LEMBEK..asyik asyik bagi AMARAN..AMARAN KERAS itu ja..sapa nak takut? puak-puak macam ni patut di ajar cukup-cukup..

    • Masalahnya bukan dia saja. Jugak sepupu dia. Depa sengaja nak tunjuk liberal kot. Sejak Tun Dol lagi. Apa orang nak cakap, cakaplah. Selalu mencabul Akta Hasutan.

      Nak tegas tak tegas pemimpin politik tak mau kasi arahan bertulis atau sebut dengan nyata. Pihak berkuasa kena tengok apa orang kata “between the lines”. Tapi kalau takdak tulis atau sebut pun, macam mana nak tau apa dia “between the lines” tu.

      Nak prosecute, kena tunggu AG. Ada masa, panggil saja depa yang nampak menghasut keBalai, ambik statement. Macam Chua Soi Lek. Pastu sengap. Tinggi tinggi bagi amaran. Najib cuma bagi penerangan panjang lebar pasai Perkara 153 di PAU. Macam mana depa tak pembangkang melanda landa.

  8. Di mana-mana negara, polis bukanlah pihak yang bebas melakukan apa saja. Namun salah guna kuasa bukanlah terhad perlakuannya dalam pasukan polis semata-mata malah ia berlaku dalam semua sektor/kelompok masyarakat di serata dunia.

    Sebagai anggota yang terikat dengan disiplin dan peraturan kerja yang ketat, secara perbandingannya pihak polis adalah pihak yang paling patuh pada peraturan. Namun kalau ada satu atau dua anggota yang tergelincir dari landasan bukanlah bermakna kesemua polis tergolong dalam kalangan yang seumpama itu.

    Analogi yang mudah difahami dalam konteks isu ini ialah: tidak semua politikawan memiliki rupa paras mirip pelakon porno dan kalau ada seorang dua yang nampak mirip pelakon porno bukanlah bermakna kesemua politikawan terbabit dalam aksi seumpama itu.

    Dalam konteks peraturan semua pihak (iaitu polis dan bukan polis) perlu mematuhinya. Yakni tidak ada pihak yang boleh duduk di atas peraturan. Namun, kalau pihak polis saja yang ikut peraturan tetapi pihak bukan polis (politikawan dan balachinya) tidak mahu ikut peraturan maka haru-birulah keselamatan sesebuah negara.

    Ini bermakna keamanan akan ujud hanya kalau kedua-dua pihak (polis dan bukan polis)patuh pada peraturan. Maka menjadi tanggungjawab pihak atasan polis untuk memberikan peringatan kepada anggota bawahan dan di pihak awam pula beban mengingatkan orang ramai agar patuh pada peraturan terbeban di bahu pemimpin media dan masyarakat.

    Setiap individu dalam sebuah negara merdeka diberikan hak yang ditentukan oleh perlembagaan negara berkenaan. Kalau ada individu berasakan dirinya ditindas, dia ada hak di sisi perundangan untuk memastikan penindasan itu dihentikan. Makanya kalau ada individu yang celik undang-undang mendakwa ditindas ia perlu menggunakan saluran yang betul tetapi bukannya menggunakan media.

    Akhir kata, penindasan boleh dielakkan kalau semua pihak saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kalau satu pihak asyik menghamburkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam yang melakukan tugasan rutin maka janganlah terlalu mengharapkan layanan istimewa daripada pihak penjawat awam berkenaan kerana mereka jua adalah manusia.

  9. Hey you trouble makers. Which do you prefer? ISA or revocation of citizenship? What more do you want? This country not good enough for you? You can always leave with your family. If you choose to stay here it is because you prefer to stay. Ask how many Malaysians revoked their citizenship, went overseas and only to beg for Malaysian citizenship again. Another 13 May you will definitely lose your citizenship.Are the Malays divided? Push them the wall to find out? If you still alive, that is.

  10. Bagaimana dengan ‘Dunia Polis’? Dalam konteks ‘polis dunia’ bukankah penangkapan orang yang kena tuduh boleh dilakukan secara rentas sempadan dan tertuduh boleh di tembak sesuka hati yakni tanpa perlu dibawa ke muka pengadilan sebelum hukuman dilaksanakan!

    Selama ini bukankah Mediakini menjadi penyokong kuat Mr Change iaitu individu yang kini menjadi ‘ketua umum’ polis dunia? Terkini, apabila Osama putus nyawa secara tragis di tangan polis dunia, apa pandangan Mediakini terhadap pasukan berkenaan dan ketua umumnya?

  11. visit http://www.freemalaysiakini.com , free to all…clone of malaysiakini…

  12. UMNO leaders made the mistake of giving the immigrants too much of everything. Now because of their ungratefulness the Malays should think of withdrawing some of those things. Otherwise nothing seems to be enough for them. I pity those who are happy to be in Malaysia and support the government but the misguided ones need to be thought lessons they should not forget.

    • We are waiting for brave and courageous leaders to emerge.

  13. writer tu terlupa very important point here..DETAILING.Di Malaysia jika anda orang biasa, melakukan perkara biasa dan tetap pada kebiasaan anda, anda tidak akan menghadapi masalah dengan PDRM. Apa yang berlaku terhadap sesetengah mereka itu kerana mereka aktivis luar biasa..anak remaja tiada lesen memandu mlm, pencuri kereta yang diragui aktiviti mlm nya…lembik kena cepuk sikit..mati.Tapi tetap bukan alasan melabelkan Malaysia negara polis. Pesanan : Jadilah warganegara yang biasa. Kerja seperti biasa dan beramal seperti biasa. Wallahualam.

  14. Harap renung2 bersama rencana terbaru Sdr Aspan Alias. TK.

    punk5terung

  15. just where are you not treated as humans? you dont have food to eat? your kids cannot go to school? you dont have a house to stay? are you harassed like an animal? no epf or socso? cant get a car loan? no housing loan? no medical benefits? no place in universities for your kids? cant apply for a passport? cant leave your house from sunset to sunrise? WHAT MORE DO YOU WANT???

    • Depa mau ayaq gamat Langkawi kot, kawan. Bagi depa bnyak banyak sampai depa penin. Tak guna punya orang depa tu.

      Tak atu penulis tu makan gaji ke sumbang free apa yang dia tulih. Kalau makan gaji, kita tau memang Malaysiakini selalu tak terkini berita depa. Mencong sana mencong sini selalu sesat. Depa ada agenda sesat. Depa kata apa saja, nak kenakan dengan agenda sesat depa.

      Kalau penulis itu sumbang free apa yang dia tulih, nyatalah Malaysiakini tak ada modal. Modal duit nak bayaq orang yang pandai tulih rencana yang tak sesat dan songsang. Modai akai untuk tulih hujah hujah yang bermakna.

      Inilah jenis pembangkang yang tulis apa saja tak peduli depa nampak tunggang langgang lintang pukang. Kesian depa jenis ini. Selalu mengarut.

  16. Saya setuju dengan gamat langkawi, tu lah soalan2 yang saya sering bertanya kepada diri sendiri, apa lagi yang mereka mahu. When is enough? Lagi sedih ada pulak orang melayu sendiri kata yang mereka di mistreated. MasyaAllah.

  17. budak Fadiah Nadwa Fikri ni anak sapa? makbapak dia duduk mana? makbapak dia susah tk makan ka? adik-beradik dia semua kena kurung dlm lokap ka? dia sendiri tak buleh bergerak bebas ke sana sini ka? dia pernah kena tangkap dgn polis ka?

    kalau dia kena rompak ka, kena ragut ka, kena raba ka, kena rogol ka, PIHAK POLIS TOLONG JGN PI SELAMATKAN DIA! nanti dia dakwa polis yg rompak, ragut, raba & rogol dia! biar dia mintak tolong dgn komunis pembangkang!

    BERCAKAP MACAM LIDAH KOMUNIS!

  18. panas jer aku bace article fadiah nadwa fikri SIAL ni..bodoh ke?agaknya apelah perasaan budak ni masa tulis article ni kan?

  19. alahai bodohnye posting ko ni…brp tahun ko dah hidup kat msia ni? ko ni mmg bangang ke atau buat2 bangang?

  20. apala

  21. No amount of such articles can inflence me to hate the police/law enforcers. Teruskan kerja anda, polis-polis sekalian!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 883 other followers