KJ perjuangkan agama mana?

KJ on UMNO Youth platform

Dewasa ini banyak pihak kini mempersoalkan peranan YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, terutama dalam isu melibat ‘Melayu’ dan ‘Ugama Islam’. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai apologetik, malah memihak kepada mereka yang cuba menyinggung atau mencabar perasaan orang Melayu-Muslim, iaitu majoriti warga Malaysia.

Petikan SUARA PERKASA 23 Mei 2011:

KJ perjuangkan agama mana?

Oleh : SY. HASSAN ALI

Sekali lagi kita disampaikan berita dari salah satu  laman portal yang rasis kenyataan seorang muda yang pernah berkuasa dek kerana mertua orang nombor satu.

Kali ini kenyataannya menyelar seorang penulis blog yang melapurkan kisah perjumpaan paderi-paderi seluruh nagara dengan satu upacara ikrar untuk jadikan Kristian sebagai Agama Persekutuan.

Kita tidak tahu samada benar atau tidak laporan penulis blog itu. Laporan penulis blog itu dipetik pula oleh akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkannya di muka depan  akhbar itu baru-baru ini.

Tindakkan Utusan Malaysia adalah mungkin kerana berita itu sangat penting kepada negara dan umat Islam. Itu pun tajuknya hanya satu pertanyaan ‘Kristian agama rasmi?’.

Maka negara pun dihangatkan beberapa laporan polis oleh pelbagai pihak. Perkasa sendiri telah buat hampir 20 laporan polis terhadap berita itu.

Bila berita itu menjadi hangat, ada seorang ‘selebriti’ ambil kesempatan nak tunjuk keperihatiannya konon merasa bertanggungjawab menghindar pergeseran kaum. Namanya Khairy Jamaluddin dengan panggilan disebut KJ sahaja.

Beliau ni lupa akan peristiwa yang banyak berlaku isu perkauman dalam negara ini adalah ketika mertuanya menjadi orang nombor satu.

Zaman itu beliau juga tidak sedikit menimbulkan konrovesi. Bermula dengan menghantar passport antarabangsa bekas seorang banduan sedangkan orang awam tidak boleh memiliki dokumen perjalanan orang lain. Menghantar passport bukan kerja beliau.

Ramai orang kata cara hidup beliau cara orang barat. Lahir diluar negeri. Dibesarkan dan bersekolah juga diluar negeri. Gaya hidup bagai seorang artis. Populariti menjadi ‘priority’.

Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO sekarang ini dan bolehlah nanti dicatitkan sejarah Pemuda UMNO berada paling lemah ketika zaman beliau menjadi ketuanya kerana bangsa lain sangat berani ketika ini dan tiada pula pemuda Melayu bersuara lantang membela bangsa.

Beliau sebenarnya tidak dikendaki menjadi KP UMNO. Tapi peranan mertua membuatkan beliau sukar diusik oleh ahli parti itu lalu berjaya menjadi ketua sayap yang menjadi harapan bangsanya.

Lemahnya Pemuda UMNO dibawahnya teserlah bila beliau dan barisan EXCOnya tidak kelihatan di Masjid yang telah dilempar kepala babi ke dalamnya. Di zaman Pemuda UMNO dahulu kes kepala babi dicampak ke dalam Masjid  kalau adalah, sudah pasti berasap hitam Kuala Lumpur. Tapi batang hidung KP UMNO ni ke mana waktu itu.

Tapi hairan bila sebuah Gereja dibakar, KJ pagi-pagi dah muncul di lokasi menunjukan keperihatinannya. Kejadian di Masjid tak muncul, tapi di Geraja boleh ada awal pagi pula.

Bila  seorang peguam Melayu membuat kenyataan Islam bukan Agama Rasmi Negara kerana dakwa peguam itu dalam Perlembagaan Negara hanya sebut Agama Persekutuan sahaja.

Tapi dalam isu peguam Melayu ni, KJ tiada satu kenyataan pun keluar dari mulutnya menyelar peguam tersebut. Mungkin KJ anggap dakwaan peguam itu berasas sebab memang tiada pun dalam Perlembagaan Negara menyebut Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Tapi beliau lupa, semua orang Melayu menganggap Agama Persekutuan adalah lebih besar maksudnya dari agama rasmi. Secara tidak langsung Agama Persekutuan juga adalah Agama Rasmi Negara.

Sudahlah tidak kecam kenyataan peguam itu, lebih malangnya beliau lebih percayakan penafian paderi-paderi dan menyelar pula penulis blog yang mendakwa perjumpaan paderi-paderi itu penuh terancang dan melakukan ikrar yang menyakitkan hati bangsanya.

Beliau tidak matang membuat kenyatan. Yang mana satu sepatutnya beliau perlu dahulukan. Kalau tidak setuju dengan tindakan penulis blog itu, janganlah buat kenyataan berpihak kepada yang lain sedangkan siasatan sedang dijalankan.

Beliau pun tidak tahu apa sebenarnya berlaku dalam perjumpaan paderi-paderi itu. Entah mungkin betul ke dakwaan penulis blog itu mana kita tahu. Kalau betul bagaimana?

Bila empat kejadiaan itu sekali pun beliau tidak berpihak kepada agamanya hairan juga. Baik sangat hatinya kepada bukan Islam hairan juga. Betullah untuk demi kesejahtera negara, keharmonian penduduk berbilang kaum dan semangat 1 Malaysia, tapi janganlah lebih sangat kepada pihak lain hingga bangsa dan agama sendiri tidak mahu ambil kesah.

Harap pantun di bawah ini boleh sedarkan kita untuk fikirkan samada orang Melayu dan Islam terbela atau tidak kalau KJ hendak dijadikan pemimpin kita masa depan.

Kepala babi dilempar KJ tak nampakkan diri,

Gereja dibakar KJ muncul di awal pagi,

Peguam kata Islam bukan agama rasmi KJ membisu sepi ,

Paderi ikrar Kristian agama rasmi KJ bantai bangsa sendiri.

****************

Sebelum ini, dalam isu kontroversi mengenai ‘biasiswa’ apabila Ketua Pemuda MCA Dato’ Dr Wee Ka Siong dilihat sebagai menghina orang Melayu, pemimpin tahap Naib Presiden UMNO itu begitu apologetik mempertahankan sahabat dari mengambil kedudukan memihak kepada orang Melayu secara am.

Sebaliknya, beliau mengambil kedudukan memihak kepada ketelanjuran mulut pemimpin masyarakat Cina itu, yang wajar dilihat sebagai ‘lawan towkay’ kerana selepas PRU 12 8 Mac 2011, MCA dilihat sebagai masih lagi menikmati kedudukan ‘rakan kongsi-kuasa’ dan kepentingan mereka tidak sedikit pun terhakis. Walaupun pada hakikatnya mereka sebenarnya gagal menyakini masyarakat sendiri dan bergantung kepada undi orang Melayu untuk menempatkan 15 wakil mereka dalam Dewan Rakyat itu:

Sekiranya berlaku cabaran keatas orang Melayu dan kedudukan Islam, dimanakan Khairy dan kemana beliau akan memimpin golongan muda sayap kiri parti nasionalis UMNO itu?

Free Malaysia Today melaporkan mengenai seorang Ketua Paderi yang dilaporkan menyifatkan pertemuan antara Paderi Paderi Besar masyarakat Kristian dan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sebagai “amat menjelekan”.

‘Christian leaders led to their slaughter’

RK Anand| May 13, 2011

Bishop Paul Tan says he is displeased and disgusted with the outcome of the meeting between PM and Christian leaders over the Utusan row. He calls the entire episode an Umno orchestration.

KUALA LUMPUR: Without mincing his words, a Catholic bishop criticised his fellow Christian leaders for allowing themselves to be used by the government to “please the other side”.

Instead of telling Prime Minister Najib Tun Razak the truth, Bishop Paul Tan of the Malacca-Johor diocese said the Christian leaders had become like “sheep being led to their slaughter.”

Commenting on the news reports on the meeting between Najib and the Christian leaders, led by the Malaysian Christian Federation (MCF) chairman Bishop Ng Moon Hing yesterday, Tan told FMT that he was extremely disappointed with the outcome.

“I was not at the meeting, so I don’t know what transpired and whether the newspapers reported the entire discussion. But if the news reports are true, then I am displeased and disgusted,” he said.

The luncheon meeting was held amid the raging controversy surrounding a Utusan Malaysia report which alleged that a Christian coup was in the making, with Christian leaders and DAP colluding to undermine the position of Islam.

‘Umno agenda to rake in votes’

Tan, 71, pointed out that since Utusan was owned by Umno, the daily would not have published the report without an endorsement from the party led by Najib.

The bishop also claimed that it was part of an Umno agenda to rake in Muslim votes in the coming general election.

“Utusan’s Christian bashing, the big feature on the Pembela demonstration at the Putrajaya mosque about the 10-point plan and now the so-called conspiracy are purely an Umno agenda prior to our general election which is imminent.

“This agenda is to unite the Malays and for Umno to be seen as the bigger and better champion of Islam than PAS whose main claim to fame is that it is an Islamic party,” he said.

“Therefore, the Christian bashing, exaggerations and fiction demonising us are for a purpose: to enhance the siege mentality of the Malays and make them cleave to Umno to ‘protect’ Islam,” he added.

According to Tan, the chronology of events had lent credence to the claim that the entire episode smacked of orchestration for the election.

“Utusan publishes what it does, Pembela and Perkasa lodge police reports premised on fiction, but not one police report from our Christian leaders and so the police investigate the fiction published by Utusan. The police can only investigate based on a police report, not on newspaper cuttings.

“Nothing for a while from the home minister and Najib only asks for calm. Then Najib meets first with Muslims groups to calm them and states that Umno will always defend Islam, the Federal Constitution etc. The media were called and featured the meeting,” he said.

“Surely by then, our Christian leaders would have known that this issue was clearly manipulated and that the media would be present and regardless of what our leaders said (at the meeting), it would end up on the same trajectory: Islam safeguarded and the Christians agree to this.

“Why did the Christian leaders walk into that clear booby trap? Why didn’t they have a clear statement printed out for the press, saying what they wanted the meeting to be and what their own demands were, regardless of Najib’s spin,” he added.

Double standard

Tan, who is also the president of the Catholic Bishops’ Conference of Malaysia, said the government always practised double standard – one set of rules for Malay/Muslims, and another for the rest.

Responding to a question, the hard-hitting Jesuit-trained prelate, who once served in Rome, also dismissed Najib’s 1Malaysia concept as nothing more than deceit.

“All that has happened shows that the 1Malaysia concept is a bluff. We played the usual and now the worse – racial and religious bigotry,” he said.

Asked if he agreed with Utusan only being slapped with a reprimand letter, when other publications in the past, such as the Sarawak Tribune, were dealt a lethal blow, Tan said the Umno paper should not be spared the rod.

“Action should be taken against Utusan and the two ministers who supported it in the same way they suspended in the beginning our Catholic ‘Herald’ just for using the word ‘Allah’ which, in fact, is not the property of Islam.

“I am absolutely surprised that the Christian leaders who were there to see our PM appeared all of a sudden tame and conciliatory and did not demand justice be done, i.e., in the same way, the government dealt with the other non-Malay/Muslim papers. Then again, perhaps, the press did not publish everything (on the meeting),” he added.

Sarawak Tribune was forced to cease operations in 2006, when the government clamped down on the daily for publishing offensive caricatures of Prophet Muhammad.

In a related development, Home Minister Hishammuddin Hussein said there was “some basis” to the Utusan report.

Speaking to the press, he said this was in view of new evidence provided in a police report lodged in Penang today.

Furthermore, he added, Utusan’s editor-in-chief Aziz Ishak’s explanation to the home ministry was similar to the contents of the police report.

***************

Menurut laporan ini, jelas Paderi Besar dari Johor ini bukan sahaja tidak menghargai kesudian Perdana Menteri Najib untuk meluangkan masa bertemu mereka malah mempersoalkan kepada tiada tindakan yang diambil keatas akhbar Utusan Malaysia. Sedangkan, Polis masih lagi menyiasat kes tersebut dan pada masa kenyataan Bishop Tan ini dibuat, pihak pihak berkenaan seperti Ketua Pengarang Utuasan Malaysia dan blogger BigDogDotCom belum pun ditemu ramah dan kenyataan mereka dimabil oleh Polis Pulau Pinang sebagai melengkapkan siasatan.

Jika benar Bishop Tan membuat kenyataan demikian, maka ini adalah ketelanjuran kata dari seorang pemimpin ugama yang dihormati mempersoalkan sedangkan siasatan masih berjalan. Ianya seolah olah berbaur politik dalam keinginan agenda pihak pihak tertentu untuk melihat akhbar yang berjuang membawa wadah nasionalism itu ditutup, walaupun sementara.

Isu laporan ‘Negara Kristian’ Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 adalah laporan aktiviti sebuah parti politik Chauvinis Cina DAP, yang cuba cuba menggunakan melalui beberapa paderi dan aktivis Kristian tertentu dalam merealisasikan perjuangan politik sempit mereka. Ianya sebagai sambungan kepada siri kempen mereka dalam Pilihanraya Negeri Sarawak dan laporan tersebut bukan berhasrat untuk menghina atau menyerang masyarakat Kristian secara menyeluruh.

Persoalannya sekarang, dimanakah Khairy dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam kes laporan ini? Apakah mereka tidak meminta Bishop Tan menjelaskan apa yang dilaporkan itu dan sekiranya benar, membuat tindakan sesuai dengan peruntukan undang undang sediada?

Sekiranya laporan FMT ini salah, maka tidakkah menjadi tanggung jawab PPUM sebagai sayap kiri UMNO untuk membuat laporan mengenai penulisan ini kepada Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia?

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Published in: on May 24, 2011 at 10:14  Comments (6)  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,092 other followers