KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN PENGERUSI
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DARUL AMAN
1 OGOS 2011
Negara Kebajikan Pas – Rumah Urut Bercambah di Kedah
Tahniah dan syabas di atas pengakuan Exco Kerajaan Kedah PAS yang mengakui bahawa pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut memang bercambah di Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah.
Tahniah juga kepada slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera. Mungkin di atas berkat ke dua-dua slogan ini telah melahirkan lebih banyak pusat hiburan dan rumah urut semenjak tiga tahun yang lalu. Apa pun, pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di sekitar Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah ketika ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan yang melaungkan slogan suci seperti ini.
Persoalannya, kenapa pentadbiran PAS hanya mengakui wujudnya pusat-pusat hiburan yang disyaki menawarkan khidmat tidak bermoral, setelah ianya didedahkan kepada pengetahuan umum? Apakah PAS akan mendiamkan saja isu ini dari pengetahuan rakyat Kedah yang majoritinya Melayu-Islam, jika tiada pihak yang mendedahkannya?
Walaupun wakil Kerajaan PAS memberi alasan pusat hiburan ini tidak berlesen, ianya tidak sekali-kali melepaskan mereka dari tanggungjawab bagi membanteras kegiatan kotor ini. Kenapa tindakan tidak diambil terhadap pusat-pusat hiburan yang tidak berlesen? Ke mana hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah pentadbir PAS hingga sesiapa juga bebas untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?
Persoalan yang lebih menimbulkan kemusykilan kita ialah, apakah faktor yang menyumbang di sebalik kegagalan pemimpin PAS membendung pertumbuhan pusat-pusat hiburan ini, sehingga mereka dilihat seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa?
Lebih menarik lagi ialah, apabila rakyat melihat bagaimana gelagat tokoh PAS Kedah tarik brek kecemasan dan “go-stan” keputusan awal mereka yang tidak membenarkan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, setelah menerima tekanan DAP yang turut disokong oleh PKR. Pernahkah para pemimpin atasan PAS merujuk kepada ahli akar umbinya dalam perkara ini? Saya tidak percaya penyokong PAS yang alim akan menerima penjelasan dan justifikasi pemimpin atasan mereka dalam isu ini.
Adakah kebenaran “flip-flop” ini dikhususkan hanya untuk pelanggan bukan Islam? Melihat kepada percambahan ketara pusat hiburan yang paling dibenci oleh PAS sewaktu partinya memperjuangkan hukum Islam, ia seolah-olah menggambarkan penduduk bukan Islam telah bertambah berkali ganda sejak Kedah ditadbir di bawah PAS, walaupun ini sebenarnya tidak berlaku.
Adakah pakatan “Three Stooges” DAP-PKR-PAS berpendirian begini kerana mereka memikirkan bahawa budaya melanggan rumah-rumah urut, beli arak, berjudi dan lain-lain kerja tidak bermoral ini memang menjadi budaya penganut bukan Islam? Dan, adakah kegiatan ini dianggap suatu hak keistimewaan yang tidak boleh ditarik balik?
Mungkin juga pemimpin PAS Kedah beranggapan tindakannya menarik balik keputusan menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan ini dianggap konsisten dengan konsep Negara Kebajikan mengikut definisi mereka. Walhal konsep negara berkebajikan ala BN selama ini telah memberi fokus kepada usaha membaiki atau membina rumah baru untuk rakyat miskin, meringankan kos sara hidup nelayan, memberi elaun bulanan kepada penjaga OKU atau pesakit terlantar, membina dan membaikpulih masjid dan surau, membantu mangsa banjir dengan memindahkan mereka ke pusat pindahan dan memastikan keperluan mereka cukup, dan banyak lagi. Itupun belum diambilkira, antara lain subsidi berjumlah berbilion ringgit yang telah diberikan untuk faedah rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.
Pemimpin PAS tidak sedar konsep negara berkebajikan yang dijanjikannya sudah lebih 50 tahun ketinggalan dibelakang BN. Apabila semua keperluan dan kebajikan untuk faedah rakyat sudah berjaya diangkat dan dimartabat oleh BN, PAS baru terkial-kial mahu mengorak langkah. PAS baru tersedar dari lamunan perjuangan Islam retoriknya dan mengakui realiti bahawa berkhidmat dan melakukan kebajikan secara konsisten dalam memastikan kehidupan rakyat terbela adalah perkara paling pokok dan pra-syarat untuk rakyat menerima perjuangan sesebuah parti. BN telah melakukannya dengan berkesan tanpa perlu pun menjenamakan perjuangan sucinya dengan retorik Negara Kebajikan!
Tindakan flip flop PAS membatalkan keputusan asal ini pada hakikatnya telah mewujudkan persepsi umum, seolah-olah rakyat bukan Islam memang cenderung melakukan aktiviti tidak bermoral.
Saya tertarik dengan aduan yang telah dibuat oleh Profesor Dr Clara Chee. Wakil pertubuhan bukan kerajaan wanita ini bimbang dan telah membuat aduan mengenai kehadiran rumah-rumah urut yang disyaki menawarkan khidmat seks yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar negeri Selangor. Aduan beliau ini jelas membuktikan apa yang kami di BN perakui bahawa masyarakat bukan Islam juga sebenarnya menolak keras kegiatan tidak bermoral ini. Mereka juga tidak rela melihat pusat-pusat hiburan ini turut dilanggani oleh suami-suami atau anak-anak mereka, termasuk pelajar-pelajar IPT dan remaja belasan tahun.
Berdasarkan aduan ini, jelas kepada kita bahawa, rakyat dari pelbagai agama menolak alasan kerajaan negeri PAS, yang memberi jaminan bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.
Pendirian mereka itu sebenarnya telah menghina kebijaksanaan (insulting the intelligence) rakyat. Kita juga ingin bertanya kepada pemimpin PAS yang telah acap kali tunduk dengan kemahuan DAP, bagaimana mereka mahu memastikan pusat-pusat hiburan itu tidak turut dilanggani oleh umat Islam, termasuk di bulan puasa al-Mubarak?
Rakyat Kedah juga mahu bertanya kepada pemimpin PAS, apakah kerajaan PAS hari ini sebenarnya takutkan tekanan DAP atau lebih takut dengan ugutan pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP? Atau apakah pemimpin PAS lebih bimbang dengan risiko kehilangan sokongan undi masyarakat cina sehingga terpaksa mengkompromi hukum Allah SWT dengan menutup sebelah mata terhadap segala kegiatan tidak bermoral yang sememangnya ditolak oleh semua agama ini?
Apapun, pengakuan berani ini memang kita dialu-alukan. Tahniah kerana hasil transformasi negeri berkebajikan di Kedah (Selangor dan Pulau Pinang), kini telah menyaksikan peningkatan pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Ibarat kata pepatah, “lain yang ditanam, lain pula yang tumbuh”. Mungkin PAS juga prihatin dalam menjaga kebajikan mereka-mereka yang dahagakan aktiviti tidak bermoral ini.
Mampukah pemimpin PAS memberi alasan atau jawaban dalam perbicaraan di akhirat kelak dengan menggunapakai alasan dan jawaban yang diberi sebagai halwa telinga semasa di dunia ini?
Wallahualam.
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN PENGERUSI
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DARUL AMAN






sama ada negara Islam atau negara berkebajikan sebagai matlamat, cita-cita PAS memang tidak sejajar dengan perjuangan Rasulullah saw yang menjadikan Islam sebagai matlamat asas. sekiranya PAS mengatakan bahawa mereka mencontohi as-Syahid Hasan Al Banna dalam gerakan mereka pun masih tersasar. secara tegar PAS menjadikan negara Islam sebagai matlamat. secara terang-terangan pula perjuangan sedemikian adalah semata-mata perjuangan politik. politik hanyalah sebahagian daripada Islam yang syumul. dengan kata lain, perjuangan PAS hanyalah memenuhi sebahagian tuntutan Islam. setelah puluhan tahun menjaja jenama negara Islam, akhirnya Presiden mereka mengaku bahawa jenama berkenaan tidak terdapat di dalam Al-Qur’an.
dengan yang demikian, apa juga yang diperkatakan oleh pimimpin PAS berkaitan dengan Islam perlu dipersoalkan. andainya mereka menjaja idea bahawa mereka ulama dan ulama adalah pewaris nabi-nabi, mereka adalah berdusta secara terang-terangan. tidak ada nabi yang berjuang untuk mendirikan negara semata-mata. malahan nabi Daud as dan nabi Sulaiman as sendiri tidak berjuang untuk mendirikan negara yang mereka perintah. sifat para nabi dan rasul yang membuktikan bahawa seruan mereka merupakan suatu kebenaran ialah, “mereka tidak meminta daripada kamu sesuatu pun sebagai balasan dan mereka dikurniakan petunjuk”.
dengan perjuangan yang bermatlamatkan negara Islam dan berteraskan politik semata-mata, ulama PAS sentiasa meminta para pengikutnya memberikan sokongan kepada mereka. sifat ini jelas berlawanan dengan seruan para nabi dan rasul yang mereka dakwa mereka warisi. para nabi dan rasul hanya memperjuangkan tauhid di kalangan manusia, kayu ukurnya bukanlah kemampuan mereka membentuk dan membina negara tetapi sejauh mana tauhid mampu ditanamkan di dada manusia yang mereka seru. almarhum Hasan Al Banna sendiri tidak mendaftarkan Ikhwanul Muslimin sebagai parti politik tetapi perjuangannya begitu berjaya menanamkan kesedaran di kalangan masyarakat sehingga menggerunkan pemerintah yang berkiblatkan kuasa manusia.
dan jika pengakuan bekas pengikut PAS bahawa dia cuma mengetahui wujudnya hadis larangan Rasulullah saw menentang pemerintah Islam selagi pemerintah itu mendirikan solat, ketika dia di luar negara itu benar, jelas bahawa golongan ulama PAS menyembunyikan pengetahuan dalam segala saluran usrah, ceramah dan penulisan-penulisan mereka sekiranya pengetahuan itu boleh menjejaskan kempen mereka yang kononnya selari dengan perjuangan Rasulullah saw. satu lagi, pengikut mereka hanya menadah otak untuk menerima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka melalui usrah dan ceramah tetapi tidak berusaha sendiri menentukan benar salahnya ulama dan guru yang mereka sandarkan kepercayaan itu dengan menyemak dari sumber lain yang lebih muktabar.
testing
Dear BD,
Unable to submit anti-John Malott comment from my email address at your latest post. Kindly check the problem, TQ.
Dear BD,
I still can’t enter your Malott post but can do so here. Pending that problem being sorted, I’m submitting my comment here. Kindly transfer it to the Malott post. Thanks.
@@@@
As Ramadhan allows us to defend ourselves, I am writing an Open Letter to the Roving Ex-Ambassador, the has-been so-called diplomat, and I’ll try very hard to avoid the expletives:
AN OPEN LETTER TO JOHN MALOTT
Dear John,
I believe you are being paid by Anwar Ibrahim, as a consultant, whatever. I know that in the US the term “consultant” can mean anything. And you need to supplement your ex-Ambassador pension to maintain your previously opulent lifestyle, with champagne, caviar, cocktails, black-tie dinner parties and all.
But you need to use a proper basis in interpreting events in this country, now that you have left it umpteen years ago. You should remember the methods used for analysing political events that your career diplomats used when advising you, and preparing reports for you to sign, as a political-appointee Ambassador when serving in Malaysia before.
You should know that even America hit out at illegal demonstrations since the Vietnam War and the Martin Luther King anti-Segregation, anti-Apartheid days in USA.
For goodness sake, John, I can write endlessly about the illegalities of the Bersih rally but space does not permit me to do so. Suffice to say that Bersih was an illegal organization, not having, and refusing to, register itself. The rally was illegal because no permit was applied despite Police advice. And when, at the last minute, the organizers did apply, they asked for it be held at Stadium Merdeka, no matter what, when the Police have stated the reasons why that stadium could not be used for the purpose.
You don’t want to preach democracy by condoning illegal actions, do you now, John? I know your own Government does not practise what you people preach – you still have detention without trial in Guantanamo Bay – in fact, you people copied our ISA, realizing the necessity of having it.
I can’t hit you harder, John, and you ought to thank our Ramadhan. But one little advice I’ll give you FOC – don’t make a nuisance of yourself and don’t make yourself a laughing stock of the world by trying to prop up a gonner like Anwar Ibrahim. Widen your sources of reading materials and you’ll realize how laughable you have been all this while.
Sincerely,
Idris.