Cakap tak serupa bikin

ADUN Padang Lalang Michal Tan Cheong Heng

Tiga setengah tahun lepas semasa mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Barisan Nasional, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa mana mana politikus Pembangkang akan dihalang untuk diluluskan mana mana permohonan tanah. Ini bertujuan menunjukan mereka tidak mahu wakil rakyat mereka dilihat sebagai menyalah gunakan kedudukan, semata mata untuk diberikan permohonan tanah dari Kerajaan Negeri.

Isu terkini melibatkan Tan Hong Cheng tidak sebagaimana yang sebenar. Beliau bersama saudara kandung  iaitu ADUN DAP bagi Padang Lalang YB Tan Chong Heong terlibat dalam permohonan sebidang tanah 1.1 hektar di Jalan Song Bang Kheng di Bukit Mertajam dan telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Hari ini Parti Cinta Malaysia membuktikan sebaliknya. Dalam sidang media yang telah diadakan oleh Naib Presiden Huang Cheng Guan telah menarik perhatian umum terutama sekali ahli ahli DAP Bukit Mertajam. Sesama mereka telah beralih pendapat dan menyatakan rasa hairan dan terkejut dgn pendedahan tersebut.

Huang yang juga bekas Naib Presiden Gerakan menyatakan dengan tegas, ”Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul CAT  jawab la ini isu kepada semua!”.

Mereka juga menyatakan bahawa YB Michael Tan Cheong Heng merasa dirinya pandai menutup pemilikan tanah pajakan tersebut tetapi akhirnya telah dibongkar oleh PCM dan amat memalukan sekali.

Disamping juga elemen telah digerakan untuk terus spin isu ini dan akhbar The Star di KL telah dihubungi dan dikatakan ber janji akan spin isu ini secara lebih aggresif lagi.

Manakala Huan juga telah dihubungi oleh wakil Penang Sports Club (PSC) yg melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap diskaun 80% keatas tanah TOL tersebut sedangkan permohonan PSC utk melanjutkan status TOL kelab tersebut tidak diluluskan. Sehubungan dengan itu, Huan akan membuat laporan terhadap diskaun yang diberi keatas premium tanah tersebut di SPRM dalam masa terdekat.

Penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak serta merta.

Advertisement
Published in: on October 7, 2011 at 00:37  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/10/07/cakap-tak-serupa-bikin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Kantoi big time. Jawapan standard akan diberi i.e. siasatan akan dibuat….siasatan akan dibuat…..

  2. Kesian orang Tanjung, sampai bilalah nak kena tipu?

  3. Itu perkara menyalah gunakan kuasa. Ini yang MACC sendiri telah classifykan sebagai rasuah pun ada banyak. Ini berita Bernama:

    50 detained in Penang this year for bribe-taking: MACC

    2011-09-28 12:00

    GEORGETOWN, Sept 27 (Bernama) — The Malaysian Anti-Corruption Commission have detained 50 people involved in bribe-taking in Penang so far this year.

    The Director said the state MACC had received 621 reports in the first nine months of this year, 220 of them involving corruption.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 883 other followers