
Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings seawal Mac depan membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan. Ini bersesuaian dengan dasar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menjadikan ekonomi Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasi Wawasan 2020 untuk meletakan negara sebagai negara maju dan industri.
Walaupun telah diumumkan bahawa ‘durian runtuh’ akan datang sebagai hadiah penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings kepada 112,000 warga FELDA dan ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), namun ada usaha tertentu untuk mengagalkan gerak-kerja korporat ini.
Penentangan keras penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings ini dipercayai datang dari segelintir yang berkepentingan. Ini kerana selepas penyenaraian IPO ini, semua syarikat yang bernaung bawah KPF dan anak anak syarikat FELDA akan terangkum dibawah struktur FELDA Global Ventures Holdings sepenuhnya. FGVH kemudian akan tertaluk kepada syarat syarat dan peraturan sebagai syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Ini bermakna, perjalanan keseluruhan keluarga FGVH akan tertakluk kepada urus tadbir korporat (corporate governance) yang ketat.
Jawatan kuasa tertentu akan diujudkan secara mandatori, termasuk JK audit dan imbuhan/pengajian.
Antara isu yang akan timbul ialah Lembaga Pengarah (BOD) syarikat syarikat dibawah KPF, akan akan diserapkan sebagai anak syarikat FGVH pra-penyenaraian IPO. Ada personaliti tertentu yang menduduki berpuluh BOD dan beroleh keuntungan peribadi yang lumayan dan berada dalam kedudukan amat selesa.
Seorang pengarah ‘Z’, menduduki 30 BOD syarikat berbeza dan menerima habuan sebanyak RM 597,000 sebagai yuran pengarah (directors fee) disamping elauns mesyuarat sejumlah RM 75,000 setahun. Seorang lagi ‘S’ dibayar RM 546,000 dan elaun mesyuarat RM 75,000 setahun. Seorang pengarah lain ‘A’ menerima RM 245,000 setahun sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat RM 88,000 setahun.
Seorang pengarah ‘Y’ menerima RM 700,000 sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat yang ditaksirkan sejumlah RM 120,000 setahun.
Semua ini tidak termasuk faedah faedah yang datang sebagai ahli lembaga pengarah syarikat seperti elauns rumah, elauns keraian, elauns motorkar, bil perjalanan yang ditanggung sepenuhnya (termasuk keluar negara), bil keraian dan juga perbelanjaan lain (akaun perbelanjaan) yang dibayar. Ada yang mendapat pengawal keselamatan dirumah, yang dibayar oleh syarikat.
Jelas, ini semua adalah kos yanggungan syarikat dan sekiranya kos ini tetap dibelanjakan tetapi hanya segelintir sahaja yang mendapat faedah sedangkan perbelanjaan ini adalah sama nilai sekiranya ianya dibelanjakan kepada ahli BOD sepuluh kali ganda lebih besar. Namun nilai dan khidmat professionalism untuk urus tadbir dan peranan strategik sesebuah syarikat adalah lebih bermutu sekiranya individu tertentu itu menduduki hanya tiga BOD berbanding dengan 30 BOD berasingan.
Selepas penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings, peraturan sebagai syarikat awam tersenerai tidak akan membenarkan urus tadbir bertimpa (30 BOD) ini berlaku. Mereka yang akan dan boleh dilantik sebagai BOD kepada lebih 100 buah anak syarikat bawah FELDA Global Ventures Holdings termasuk professional dikalangan orang Melayu yang tidak terlibat langsung dalam FELDA sebelum ini, samada sebagai warga FELDA Holdings Bhd atau FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan.
Sistem dan kawalan urus tadbir yang lebih kemas dan ketat boleh mula diterap dan laksanakan sejajar dengan penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings. Sistem yang lebih telus termasuk pengagihan kontrak dan lantikan kontraktor akan datang, sejajar dengan kehendak dan persepsi sebagai syarikat awam tersenarai. Ini kerana sebelum ini banyak kontrak FELDA telah diberikan kepada anak anak syarikat dibawah KPF dan cara pengagihan kontrak ini termasuk kerja tanah bagi program penanaman semula pokok dikatakan tidak telus dan memihak kepada personaliti tertentu.
Bagi program CSR FELDA sebagai agensi, FELDA Global Ventures Holdings memberikan jaminan bahawa jumlah RM 1 billion akan diperuntukan setiap tahun. Ini termasuk meningkat infrastruktur dan program pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan semua gugusan FELDA seluruh negara.

CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. Cristoph Zilian
Penyeneraian IPO akan memberikan lebih ruang bagi FELDA Global Ventures Holdings untuk menimbangkan kedudukan mereka yang tersedia berkhidmat dalam mana mana syarikat Kumpulan FELDA sediada. Ini juga peluang untuk mengukuhkan usaha untuk menengahkan bakat dan kepakaran dikalangan professional Melayu. Kedudukan personaliti seperti seorang mantan Naib Presiden sebuah syarikat Telco di Singapura dan bebangsa Jerman Cristoph Zilian yang dilantik sebagai CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. tidak melambangkan keyakinan bahawa professional dikalangan orang Melayu mampu mengalas tugas sebagai CEO sebuah syarikat perkhidmatan ICT.
Sebagai syarikat berasaskan perladangan kelapa sawit yang disenaraikan, FELDA Global Ventures Holdings akan berpeluang untuk menonjolkan kemampuan professional dikalangan orang Melayu yang mampu untuk mengurus syarikat MNC. Penjajaran syarikat syarikat dinegara asing termasuk ladang ladang di benua lain adalah peluang untuk professional Melayu yang dibawa masuk kedalam FGVH diberikan pendedahan dan pengalaman dipersada antarabangsa.
FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi sebuah MNC pilihan bagi graduan Melayu untuk menimba pengalaman dan pendedahan sebuah MNC bertaraf global, sama seperti pilihan MNC luar negara sebelum ini.
Jelas penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings bukan sahaja meningkatkan keududukan kommersial Kumpulan FELDA, membebas kuncikan (unlocking) nilai sebenar dan menjamin kesejahteraan perniagaan dengan urus tadbir korporat yang lebih baik, malah ianya akan menjadi pemangkin transformasi. Kedudukan sosio ekonomi asyarakat FELDA sejumlah 1.2 juta akan ditingkatkan secara strategik.
FELDA yang diujudkan bawah perhatian dan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh ayahanda PM Najib akan ditingkatkan perlaksanaanya dan FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi agen tranformasi agar Wawsan 2020 itu menjadi realiti dengan menjaga kepentingan orang Melayu secara strategik dan menyeluruh.






[...] READ MORE HERE [...]
Allowances n fees received for directorship in 30 companies Undr Felda are one big joke. Under hassan marican, any petronas gm who became dirctors of any subsidiaries (non listed) do not received a single cent. Inilah caranya memikul amanah rakyat.
Hassan Merican indeed was top notch , high quality CEO and yet the govt just let him go and then it turned around saying abt Malays being rent seekers. The govt is inconsistent when it comes to the Malays and it has become glaringly so under Najib. All he cares abt is the betterment of Felda, but Felda is not the only Malay concentrated entity in Malaysia which Najib should pay closer attention to.
You lot professional? That be a joke?
Big Dog,
Honestly speaking the idea seems to be remarkably good especially to those (from whithin) who are expected to reap the harvest. Of course the settlers (shareholders) will initially enjoy some good returns but for how long?
Once a company is floated it is left to the whims and fancies of investors both local and foriegn. There’s llot of land belonging to members of the Kop FELDA. Melayu lemah kerana duit dan pelabur akan bawa duit yang boleh mengaburkan mata serta pertimbangan mereka. Ini semua pernah berlaku.
SSatu perkara yang agak aneh ialah Pengerusi FELDA di llantik sbg Pengerusi Koperasi FELDA kononnya mengelak ddari conflict of interest.
Wwhatever your explanations I have a very strong notion tthat ada yang tersirat yang lebih menyulitkan yang ttersurat. The educated younger generation of Melayu are looking at these developments, including MAS Air Asia fiasco, E & O – Simedarby drama in broad daylight as something to ponder seriousy as to whether Najib rreally walk the talk.
All these “mengukuhkan professionalism melayu” is what we call value added stuff. Besides, the malay is already professional so no point of mentioned anyway. The real important stuff is the bottom line. Money matters. In palm oil industry things like OER percentage, FFB harvesting (mt/ha) and RSPO certification are amongs the things that are vital and in case of Felda needs further improvement. But so far I don’t read any arguement in favor of the IPO relates or try to relates the IPO to the improvement of thesr vital stuffs. All that have been said were merely about intangible stuffs like corporate values. Come on!!! I guess this is typical Malaysian way. Talk only about surface and don’t dare to talk about the real stuff. That’s why most people still confuse on how the jv between MAS-AirAsia and the acquisition on E&O would work coz the government never talk technicals. Only talk about creating values and generic stuff like improving governance which to me it implied that there’ s no proper plan for it (although they always claimed that a study was made before they came to that decision. Even worst, sometimes the study was made by a consultant company which cost the tax payer).
I have no issue with directors getting a fee. The concept is simple. In general, work success =remuneration. It’s the same for everyone…even if you are a directors. The only question is how much should the director’s fee is? For that i leave it to the company itself. But i do have problems with directors who don’t bring success to the company. Who despite getting a fee and failed to bring success to the company still remain as director. These are the real problems. Getting a fee is not a problem. Getting a fee and don’t bring success is the problem.
Menjadi persoalan dari saya…bagaimana yang di katakan Felda Global Venture memberi jaminan bahawa RM1bilion akan di bayar kepada felda?? sedangkan apa yg di ketahui..FGVB hanya akan membayar RM250 juta dalam bentuk pajakan dan RM251 juta (15% dari keuntungan bersih jualan BTB) kepada FELDA. Sedangkan sebelum pajakan…FELDA memerlukan RM1,700 juta hingga RM2,100 juta setahun bagi pengurusan dan CSR Felda..?
bagaimana felda nak bayar overhead bila FELDA dapat Rm 300 juta setahun sahaja padahal overhead cost Rm 400 juta ?
[...] The strange post (in Malay) can be found HERE. [...]
It is true that the govt doesnt bother giving technical explanations abt Mas-AirAsia share swap, and now the listing of IPO Felda Global Ventures Holdings. This is indeed very disappointing. The govt talked abt quality and knowledgeable human resources but what abt the m? Cant they digest the technical details and explain it to the people. So much abt transparency. When I watched on TV David Cameron explained issues in Btitish parliament he dealt with details and technicalities and that’s the way it should be.
The trend of economic neoliberalism in govt policies has gone over the top. Everything is placed onto the vagaries of the market and free for all competition to create wealth. This form of capitalism anchored on economic neoliberalism is summarily being rejected by the 99% Americans, Europeans and even some East Asians. Corporate greed is no longer tolerated.
Big Guy,
Boleh ke pegawai kerajaan duduk dlm BOD sebanyak itu & terima director’s setinggi itu?
Ini jelas ramai ‘Little Napolean’ dlm Felda!
Aku dengo semua penentangan oleh peneroka terhadap racangan utk IPOkan FGV ni maklumatnya dtg dari org org Felda sendiri.
Kerajaan mesti siasat ni!
[...] sebagai ahli lembaga pengarah (BOD) beberapa personaliti Lembaga FELDA dalam pelbagai anak syarikat KPF dan FELDA Holdings Bhd yang akan disuntik kedalam FELDA Global Ventures Holdings wajar dilepaskan kepada golongan [...]
[...] acted in this manner is because of personal agenda, more than anything else. At the moment, as KPF Chairman he sits in 30 companies and earning annually more than RM 600,000 in directors fee and …, on top of his salary as a Staff 1 Federal Government civil servant. All of this would be taken [...]