Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato’ Dzulkifli Wahab malam tadi membuat ikrar bahawa beliau sebagai ketua eksekutif agensi pelaksana akan menentukan segala keperluan untuk penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bukan hanya dilaksana, malah dipercepatkan. Beliau berkata demikian dihadapan pemimpin pemimpin peneroka FELDA seluruh Negeri Sembilan dalam sebuah taklimat khas di Kuala Pilah.
“Ini adalah atas keperluan”, jelas Dzulkifli dalam gerak-kerja penyenaraian FGVH termasuk pengunduran beliau dari jawatan Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dan perlantikan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad “Kuasa melantik (Pengerusi KPF) menurut undang undang kecil adalah pada Lembaga FELDA. Apa yang diputuskan, saya akan laksana saja”.
“Saya ini pegawai Kerajaan. Bukan tempat saya untuk menyoal apa apa araham. Saya hanya melaksana sahaja”, jelas beliau kepada 200 orang pemimpin dan wakil masyarakat peneroka FELDA mengenai arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai perlantikan Isa ke jawatan Pengerusi KPF. “Saya akan mempercepatkan proses (semua gerak-kerja penyenaraian FGVH diperingkat Lembaga FELDA)”.
Ini merupakan ikrar yang sama dibuat dalam sidang media setelah taklimat yang sama kepada pemimpin dan wakil masyarakat peneroka FELDA di Kuantan pada 26 Oktober. Untuk rekod, Lembaga FELDA telah memutuskan Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF pada 25 Ogis 2011.

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi kesefahaman dan kerjasama erat antara pembuat dasar dan pelaksana
“Tiada rampasan kuasa”.
Apabila ditanya dalam sidang media mengenai maksud beliau itu, Dzulkifli menjelaskan pengunduran beliau bukanlah paksaan tetapi adalah menurut arahan “Apa yang diputuskan Lembaga FELDA saya mesti laksana. Soal ‘Tidak Menyokong’ tidak timbul. Soal sekarang, macamana nak percepatkan”. Sebelum ini, timbul desas desus dan dibangkitkan dalam setiap program penerangan di Kuantan, Kuala Terengganu, Melaka dan Trolak dimana Dzulkifli tidak bersetuju dengan cadangan penyenaraian FGVH walaupun beliau menjelaskan kebaikan dari gerak-kerja korporat itu.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato' Seri Dzulkifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato' Seri Sabri Ahmad semasa sidang media
Dalam sidang media yang sama, CEO FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad menjelaskan untuk penyenaraian FGVH, lima bank pelaburan telah dilantik untuk menentukan segala persiapan dilaksana dengan kemas, termasuk untuk memberikan nilai yang baik dan kukuh bagi pemegang saham dan pelabur potensi, termasuk dari luar negara. Bank bank tersebut alah Maybank, CIMB, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deustche Bank dan lantikan ini berdasarkan pengalaman mereka menjadi penasihat gerka-kerja penyenaraian.
Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, yang bakal akan menduduki jawatan Pengerusi KPF sebagai gerak-kerja pra-penyenaraian FGVH mengulangi penjelasan beliau “Semua baik. Tiada yang tak baik (mengenai penyenaraian FGVH). Tiada sebab mengapa Tuan Tuan perlu menolak”.
“Besok bila mesyuarat (EGM KPF), Tuan Tuan angkat sajalah tangan (untuk menyokong). Semuanya baik dan insyaAllah, nanti nilai (pelaburan) Tuan Tuan akan meningkat”, gesaan Isa untuk menyakinkan peneroka FELDA bahawa keputusan KPF mennerima dan menyokomg cadangan penyenaraian FGVH termasuk menyuntik semua syarikat di bawah FELDA Global Ventures yang dimilik 51% of KPF dan sebagai timbal balas diperuntukan 35% pegangan FGVH, diterima.
Jelas, penerangan ini berjalan dengan baik dan wakil wakil peneroka yang berucap menyatakan sokongan penuh mereka keatas cadangan penyenaraian FGVH itu.









kalo nak go for listing, suka hati ler. tapi tolong ganti pompuan puki kaki ampu no 1, Ms Suzana Idayu Wati Osman, Chief Strategy Officer (Executive Vice President) Felda Global. satu haram pun dia tak tahu. berlagak mengalahkan budak2 khazanah. buat degree kat huddersfield POLY sampai kena repeat 3 kali. cerita satu dunia pakai bmw. memang dasar minah kampung tak sedor diri. puiiii…..
[...] Pengarah Besar FELDA ikrar percepatkan penyenaraian FGVH [...]
[...] ucapan di Kuala Pilah juga beliau menegaskan “Tiada ‘rampasan kuasa’ berlaku” dan “Menjadi tanggung jawab saya untu… (penyenaraian FGVH termasuk ‘peralihan kuasa’ Pengerusi KPF)”. Namun apa yang [...]
[...] Oktober) dan K Pilah (12 November). Ini kerana rancangan dan tindakan beliau tidak menujukan beliau “Menyokong penuh, termasuk tanngung jawab mempercepatkan proses”, sebagaimana yang diikr… dan kemudian sidang media di K Pilah pada dua minggu [...]
[...] Mula mula ialah warga FELDA pro-Pembangkang yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Kemudian secara sulit oleh Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkifli A Wahab dan konco konco beliau juga melakukan pelbagai agenda penentangan termasuk menganjurkan mesyuarat pada 28 Oktober untuk mengugurkan kealian Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Urusan FHB Dato’ Seri Sabri Ahmad, Mantan Pengarah Urusan FHB Dato’ Seri Mohd, Bakke Salleh dan Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusif Nor. Walaupun pada hakikatnya beliau bekali kali berikrar sebaliknya termasuk “Mempercepatkan proses” (sebagaimana yang dibuat di Kuala Pilah pada 12 November). [...]