Jelajah Janji DiTepati, kini di Sarawak

‘Jelajah Janji DiTepati’ kini akan diadakan di Sarawak.

Pagi esok, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan berada di tapak letak kereta Wisma Bapa, Petra Jaya, Sarawak.

Beliau akan berucap dan mengesahkan kepada warga Sarawak mengenai janji janji yang selama tiga tahun ini dibuat oleh Kerajaan, telah terlaksana dan sebahagian dari proses perubahan untuk rakyat. Ianya sebagai plan transformasi beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia VI.

Sebuah karnival juga diujudkan, sebahagian dari pameran yang dibuat pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dalam agenda memberikan penghidupan yang lebih selesa bagi seluruh rakyat Malaysia, samada dibandar atau luar bandar. Ini termasuk meningkat kualiti hidup, meringankan bebanan dengan kenaikan harga barangan akibat peningkat harga minyak mentah peringkat global, perumahan mampu milik, Klinik 1 Malaysia dan Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Antara agensi yang akan terlibat dalam pameran ialah ICU JPM, Kerajaan Negeri Sarawak, Perumahan 1 Malaysia (PR1MA), Yayasan 1MDB dan pelbagai lagi GLC seperti TM, Media Prima dan sebagainya. Pencapaian dalam usaha membangunkan rakyat sebagai usaha membawa perubahan, akan dipamerkan bagi rakyat menilai. Ini merupakan siri kedua, selepas Batu Pahat awal 7 April.

Semalam semasa Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di Sibu semalam, PM Najib mengumumkan pembinaan Kolej Universiti Teknologi di Sibu, sebagai sebahagian agenda transformasi bagi warga Sarawak. Pagi tadi, beliau meluangkan masa untuk melawat dan bersarapan bersama rakyat di Pasar Sibu dan kemudiannya merasmikan bangunan baru SJKC Thai Kwang di Lanang, sebelum membuat lawatan ke Kabong, dengan menaiki helikopter.

Semua dijemput datang.

About these ads
Published in: on April 27, 2012 at 19:00  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/04/27/jelajah-janji-ditepati-kini-di-sarawak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. *comment deleted

    This person lost his/her privilege to share thoughts in this blog. Pls take it elsewhere.

    • There are 1569 other important matters and priorities that PM could do instead of BERSIH!

      • *comment deleted

        We know who you are and your privilege to share thoughts in here has been revoked

  2. you two are the dirty guys, pm is trying his best but he faces obstacles in the form of irrational and short-sighted opposition.

    • Agree with Hussin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,089 other followers

%d bloggers like this: