PM Najib: Janji untuk membangunkan Sarawak ditepati

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengimbau janji Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sarawak semasa menyertai Malaysia bahawa pembangunan akan lebih pesat, negeri akan lebih maju dan perubahan yang akan berlaku mendadak. Beliau berucap dihadapan 30,000 rakyat dalam program ‘Jelajah Janji DiTepati’ peringkat Sarawak.

“Perubahan mendadak kerana Sarawak merdeka dalam Persekutuan Malaysia. Apabila kita bercakap mengenai ‘Janji DiTepati’, maka inilah janji kita bagi rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak akan merasakan keputusan yang tepat, yang menjamin pembangunan dan pembelaan yang berterusan”.

“Dalam kerangka pembangunan Negeri Sarawak, janji kita ditepati. Kita berjaya melaksanakan perlaksanaan dan pencapaian yang lebih kreatif”.

“Program transformasi ekonomi (ETP) telah berjaya meningkatkan dari USD 7,000 per capita apabila kita bermula dan sekarang ini USD 9,600 per capita. Tahun lepas, pelaburan luar dan dalam negeri mencapai RM 120 billion dan mengujudkan 100,000 pekerjaan. Tahap pasaran modal juga meningkat, sehingga indeks Bursa Malaysia mencapai 1,600 mata. Hasil negara (melalui LHDN) melonjak (sebanyak) RM 26 biliion dalam masa setahun kerana pencapaian effisyen dan syarikat yang lebih keuntungannya”, sebahagian dari ‘kad laporan’ PM Najib kepada warga Sarawak dan dipancarkan secara langsung di TV3.

“Pencapaian yang dikecapi adalah untuk rakyat. Kita telah memulangkan hasil kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dimana 4.3 juta isi keluarga mendapat RM 500.00. Lebih 5.2 juta murid sekolah kebangsaan, cina, tamil dan ugama mendapat RM 100.00. Lebih RM 1.3 juta pelajar Tingkat 6 menerima baucer buku RM 200.00. Pembangkang mendakwa kita meminjam wang untuk memberikan BR1M. Sebenarnya, kita tak pinjam dari luar. Kita guna kekuatan dalaman kita”.

Beliau menjelaskan bahawa apabila dimana mana beliau ‘turun ke padang’ dan bertemu rakyat, mereka akan tampil untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kerana BR1M. “Mereka berjabat tangan dengan saya. Ada yang mohon sekiranya akan ada lagi BR1M akan datang. Sekiranya kita mampu, insyaAllah. Kita buat BR1M Satu, BR1M Dua. Pembangkang buat BERSIH 1, BERSIH 2.0″.

‘Pendekatan Tinjuan Mesra’ semenjak Februari 2010, beliau telah membuat 30 ‘walkabout‘ seluruh Sarawak dan meluluskan RM 2.5 billion projek. “Kita bina jalan dan infrastruktur ke kawasan pendalaman seperti di Bario dan Bekalalan. Kita syukur semenjak ada jalan ini, gas masak telah turun dari RM 80 setong kepada RM 40 setong. Simen juga telah turun dari RM 120 sekampit hingga RM 45 sekampit”.

“Kita juga akan memberhentikan perhatian program SCORE, yang menjadi fokus Ketua Menteri. Kita akan terus memberikan sokongan”.

PM Najib juga mengumumkan akan mengkaji semula struktur MAS Wing dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah akan diberikan pegangan untuk diberikan lebih kuasa strategik dan mengurus, demi menjaga kepentingan rakyat dua dua negeri ini.

Beliau menjelaskan bahawa dasar kepimpinan Kerajaan dibawah Barisan Nasional telah mampu mewujudkan kestabilan, sejahteraan dan pembangunan berterusan, yang memungkinkan kemakmuran dikecapi. Ini amat penting bagi golongan usahawan, termasuk generasi ke dua, tiga dan empat masyarakat Cina di Sarawak ini. “Ini tidak berlaku dalam setahun dua. Ini berlaku kerana dasar berterusan dan perubahan yang kita bawa, termasuk kepada rakyat Sarawak juga”.

“Jangan buat kacau dalam negara ini!”, amaran PM Najib kepada anarkis yang berusaha untuk membuat kacau dengan BERSIH 3.0 gari ini di Dataran Merdeka walaupun kebenaran telah diberikan untuk Stadium Negara atau Nasional “Kita benarkan hak asasi, seperti berhimpun. Tetapi jangan menipu rakyat. Kalau mereka menang, tak da ‘BERSIH’ ni semua (kekacauan)“.

“Kita dipilih majoriti rakyat. Kita telah menunjukan kebolahan memimpin dan menunjukan agenda membawa negara dan rakyat kepada tahap negara maju. Mereka tidak ada agenda jelas. Mereka tiada kredibiliti. Mereka tiada kepimpinan yang boleh membawa kemajuan. Mereka hanya mahu menghancurkan!”.

Beliau juga berterima kasih atas sokongan Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Tan Sri Taib Mahmud dan rakyat Sarawak keatas kepimpinan yang berumur tiga tahun ini.

“Kita adalah aman. Kita progressif. Kita tepati janji”, PM Najib berucap dan diterima baik oleh 30,000 rakyat yang hadir di perkarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Sarawak. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Aflred Jabu, barisan Menteri Kabinet Sarawak dan beberapa anggota Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Sebelum itu, dalam ucapan alu aluan Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Tan Sri Taib Mahmud mengimbau usaha konistsen kerajaan “Untuk membawa program bertalu talu kepada rakyat. Setiap manisfesto (janji) kita kepada rakyat, ditunaikan. Ini membawa Malaysia ke ambang yang lebih tinggi lagi”.

Beliau menjelaskan Wawasan 2020 ialah dasar untuk membawa rakyat kepada taraf negara maju dan memerlukan strategi lebih canggih. Kerajaan Negeri Sarawak akan mengikuti gerak Kerajaan Persekutuan bagi menjelaskan kepada rakyat program yang dirancang dan sedang dilaksanakan dan pencapaian yang berjaya dilaksanakan. Kerjasama erat dan mantap antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak adalah kunci kejayaan program program dilaksana secara licin dan effisyien.

Taib juga menyanjung perhatian PM Najib untuk memberikan perhatian dekat kepada pembangunan dan pencapaian program program di Sarawak dan Sabah, “Kebijaksanaan beliau untuk membawa perubahan melalui pembangunan. Oleh itu, kami akan terus menyokong Barisan Nasional untuk memperjuangan perubahan dan pembaharuan”.

About these ads
Published in: on April 28, 2012 at 10:45  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/04/28/pm-najib-janji-untuk-membangunkan-sarawak-ditepati/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Memanglah BN tepati janji. Dah 54 tahun begitu. Tapi aku tak percaya PR boleh buat begitu. Bohong saja selalu.

    Tengok DAP Penang. Bohong kpd rakyat kononnya selesaikan hutang RM600 juta dalam 3 tahun. Sebenarnya hutang Kerajaan Federal RM600 juta untuk kemudahan air yang di serahkan kapada Penang itu di anggap oleh Lim Guan Eng sebagai belian secara ansuran dan tidak di rekod sebagai hutang. Rakyat di tipunya bulat bulat.

    Penduduk Kampong Buah Pala yang merana sebab tanah di ambil untuk perumahan tu akhirnya siapa yang menolong? BN lah yang tolong. Walau tak janji pun. Sebab BN berjiwa rakyat. PR berjiwa gilakan kuasa saja, dah dapat kuasa, rakyat di bohong, di tolak tepi.

  2. bro,98% attendence govt servant , 2% petty traders, ketahuilah bro

    • You don’t sound like some one who attended the function. Macam mana kau nak tahu? Siapa nak percaya apa kau cakap?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,087 other followers

%d bloggers like this: