Patriotism yang semakin tiris

Ketua Menteri Tanah Melayu dan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman mengumumkan persetujuan Kemerdekaan yang berjaya dicapai dari London pada 20 Feb 1956 di Bandar Hilir, Melaka

Pengisian mengenai pengorbanan, perjuangan dan sejarah pahit getir pejuang sebenar Kemerdekaan dikalangan generasi muda Malaysia adalah meleset dan membimbangkan. Rata rata kemampuan mereka memahami dan menyelami sejarah amatlah mengecewakan. Sikap sambil lewa juga menjadikan keadaan semakin runcing.

Pejuang anti-Kominis yang amat cemerlang Mantan Ketua Polis Negara Tun Mohamed Hanif Omar memberikan komen mengenai pengertian ‘Patriotism’ pada konteks rakyat Malaysia generasi ini, 55 tahun selepas mencapai Kemerdekaan.

Patriotisme: ‘Salah kita yang tua’, kata Haniff Omar

WARTAWAN SINAR HARIAN
10 September 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
SHAH ALAM – “ANAK muda kini tidak patriotik langsung!” Tentu kita pernah mendengar rungutan ini. Tetapi adakah adil untuk terus menyalahkan segelintir golongan muda kerana mereka gagal memperlihatkan jiwa patriotisme?

Menjawab persoalan ini, Presiden Institut Pengurusan Malaysia, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, masalah ini wujud kerana generasi sebelum mereka tidak memberikan pengisian dan teladan supaya generasi seterusnya menghayati erti mencintai negara.

“Berbezanya semangat patriotisme generasi lama yang lebih berkobar berbanding generasi baru antara sebabnya kerana generasi terdahulu secara kolektif tidak memberikan anak-anak muda kini pengisian dan teladan seperti mana yang telah mereka peroleh daripada orang-orang terdahulu.

“Malah, pendekatan yang diberikan kepada generasi baru berhubung pengertian sayangkan negara telah banyak menyimpang, kerana itu mereka juga menyimpang di dalam menterjemahkan pemahaman mengenai semangat patriotisme kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, penekanan terhadap mata pelajaran sejarah dan kesusteraan serta intisari subjek tersebut juga sangat berbeza berbanding pengisian pengajaran yang diberikan semasa peringkat persekolah sebelum memasuki era kemodenan yang mana lebih menitik beratkan kebendaan dan kemewahan.

“Oleh kerana itu, tidak wajar menyalahkan generasi muda kerana asas yang kita berikan kepada mereka pada awal telah menyimpang,” katanya.

Beliau turut memetik kata-kata penulis Inggeris, John Selber dalam bukunya Straight Shooting, menyatakan ‘kenapa nak menyalahkan generasi baru apabila tidak menyamai kita setelah kita sendiri dan secara kolektif tidak memberikan mereka pengisian dan teladan sama seperti yang diberikan kepada kita oleh ibu bapa kita’.

Katanya, perbezaan generasi baru dengan generasi lama adalah semula jadi namun, apabila menyentuh soal sahsiah; akhlak; pegangan; dan nilai hidup, golongan ini tidak mungkin boleh jauh berbeza sekiranya pengisian didikan; ilmu; ajaran; dan persekitaran di mana mereka dibesarkan diberi penekanan kerana ciri-ciri pengisian inilah yang menentukan corak dan tahap patriotisme seseorang.

Mohammed Haniff yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara keempat berkata, cara pendidikan dan pembelajaran baik yang ditinggalkan bekas penjajah British sepatutnya dicontohi.

“Seburuk-buruk pentadbiran dan pendidik-pendidik British dahulu, mereka mengajar dan menuntut supaya tahap tinggi kecintaan terhadap negara termasuk penghormatan kepada simbol-simbol negara bangsa serta orang-orang yang jelas berkorban jiwa raga demi negara.

“Pernah pegawai-pegawai tinggi British tabik hormat askar dan polis berpangkat rendah yang memakai bintang-bintang keberanian, tanpa segan silu. Mereka tabik hormat pada sifat, pengorbanan dan teladan wira-wira ini sebaliknya masyarakat sekarang lebih agongkan kekayaan dan kebendaan.

“Justeru, kita mesti balik ke pangkal jalan dengan melihat kembali bagaimana sejarah kita bermula,” katanya.

Rukun Negara digubal oleh pemimpin-pemimpin selepas peristiwa 13 Mei 1969 bagi menyatupadukan semula rakyat di bawah satu panji sifat-sifat mulia.

Namun, beliau berkata, setelah 15 hingga 20 tahun, pemimpin-pemimpin baru mengenepikan penekanan terhadap Rukun Negara ini sehingga berlaku keadaan di mana murid-murid kini tidak mengenali malah tidak menerimanya lagi.

“Sekarang ini baru nak mengenegahkanya semula. Persoalannya, untuk berapa lama? Begitu juga dengan sejarah penting yang tidak perjelaskan supaya dijiwai begitu juga dengan mata pelajaran kesusasteraan dibangku sekolah. Apakah karya-karya yang dipilih dapat membina semangat patriotisme?

“Selain itu, dalam membawa wadah perjuangan sebagai usaha memupuk semangat patriotisme, warganegara yang telah menyumbang dengan cara mereka tersendiri menerusi kudrat dan kecekapan bagi meningkatkan daya tahan saing negara tidak boleh dibelakangkan.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita fahami konsep patriotisme khususnya di zaman rakyat merdeka dalam lingkungan dan parameter Perlembangaan negara,” katanya

Sekiranya perkara ini diambil mudah, katanya, ia akan menggalakkan patriot-patriot palsu seperti apa yang dikatakan penulis dan moralis mahsyur British pada abad ke-18 yang diterjemahkan sebagai, ‘Patriotisme adalah perlindungan terakhir bagi si bangsat’.

“Bersikap biadap dan liar bukan ciri-ciri patriotisme kerana ia boleh menghancurkan moral dan perpaduan rakyat termasuklah perbuatan lucah yang harus diperangi secara bersunguh-sunguh oleh rakyat yang mendokong Rukun Negara.

“Itu sebabnya hak asasi manusia memberikan hak untuk berhimpun secara aman tetapi bukan bebas melakukan apa saja. Soal kesusilaan itu penting. Perbuatan memijak atau membakar bendera dan simbol-simbol negara adalah perbuatan tanpa kesusilaan dan biadap. Selagi simbol itu lambang negara, suka atau tidak kita mesti menghormatinya,” katanya.

Namun, jika dengan memberi saranan atau mendesak perubahan dilakukan tanpa memudaratkan negara dan masyarakat ia tidak boleh disifatkan sebagai tidak patriotik kerana seperti di Kanada, negara itu katanya, pernah menukar bendera negaranya.

“Malah Australia juga pernah menukar lagu negara, Anthem tetapi semua itu dicadangkan dan dilakukan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Pokoknya, perubahan yang dicadangkan mesti munasabah dan membina.

“Kalau perubahan bertujuan mengagongkan mereka yang dianggap majoriti sebagai musuh dan perosak negara, khususnya yang telah membunuh secara terrorisma, ini bukan patriotik sebaliknya anti-patriotik dan harus dihalang. Jika tidak dihalang boleh mengekal dan mengembangkan kaunter-kultur.

“Oleh itu, rakyat mesti pandai membezakan perbuatan dan pegangan ini sama ada kaunter-kultur yang mesti ditentang atau pun manifestasi keperluan perubahan sihat mengikut perubahan zaman,” katanya.

* Dapatkan laporan lengkap dalam Sinar Harian edisi Isnin, 10 September

********

Ketirisan semangat patriotism ini mengakibatkan pihak minoriti seperti mereka yang wajar disifatkan sebagai Neo Min Yuen menangguk diair keruh dan menyuntik ideologi bahawa mereka berhaluan kiri dan mendukung perjuangan ganas kominis merupakan ‘Pejuang Kemerdekaan Sejati’.

Kegagalan memahami dan mendalami sejarah juga merupakan peluang dimanipulasikan anasir anasir Neo Min Yuen untuk menyuntik ideologi pihak berhaluan kiri seperti Putera-AMCJA untuk menyingkirkan Raja Raja Melayu dan sebaliknya menubuhkan republik di Tanah Melayu ini pada 1947. Ada pun dikalangan orang Melayu dalam kumpulan minoriti ini pada masa itu mahu Tanah Melayu merdeka dan bergabung dengan Indonesia dan menjadi sebahagian dari Gagasan Indonesia Raya.

Mereka yang berhaluan kiri ini lebih mirip menganjurkan revolusi menentang British untuk mencapai Kemerdekaan berbanding pendekatan nasionalis, yang lebih mengutamakan perundingan. Akibatnya, promoter Putera-AMCJA bersedia menyokong revolusi yang dibawa Parti Kominis Malaya dan mengorbankan nyawa dan harta benda, demi mendapai objektif mereka sebagai minoriti menguasai majoriti.

Tekanan yang dibuat golongan nasionalis, yang bergabung menjadi UMNO pada 11 Mei 1946 mendapat sokongan padu orang Melayu dan kemudianya Raja Raja untuk menentang racangan Whitehall untuk menjadi Tanah Melayu sebagai Crown Colony dibawah Malayan Union dan menghakis sepenuhnya kuasa dan peranan Raja Raja Melayu.  Kegagalan Malayan Union memberikan peluang bagi British berunding dengan Raja Raja Melayu dan UMNO diberikan taraf pemerhati. Hasilnya, ‘Perjanjian Tanah Melayu’ dimeterai antara British dan Raja Raja Melayu pada 21 Januari 1948 dimana hak orang orang Melayu sebagai ‘warga DYMM Raja Raja’ dijamin.

Apabila UMNO, mengetuai perkongsian dengan MCA dan MIC dan mendapat mandat majoriti warga Tanah Melayu dalam pilihanraya Majlis Perundingan Persekutuan pada 1955, mengunakan peluang untuk merundingkan ‘kontrak sosial’ dengan Raja Raja Melayu dan warga Bukan Melayu diberikan hak sebagai warganegara. Memenuhi hak naungan tradisi Raja Raja Melayu, Perlembagaan Tanah Melayu pasca Merdeka menjamin hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu dan kedudukan dan peranan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Perlembagaan dan simbol dan payung kepada adat resam orang Melayu.

Sistem yang ditinggalkan British dengan pengunduran berkala hasil dari Kemerdekaan yang dicapai dari proses perundingan banyak memberikan kesan positif kepada Tanah Melayu dan orang Melayu. Kesinambugan berjaya memberikan ruang pembinaan negara-bangsa dengan lebih tersusun dan progressif. Ini berbanding dengan negara serantau yang mencapai kemerdekaan mereka dengan proses revolusi dan mendadak.

Apaibila pihak pihak minoriti yang cuba menguasai aspirasi majoriti sedar mereka tidak akan mampu diberikan keyakinan mandat, maka mereka mengorak langkah dengan cuba memberikan interpretasi berbeza mengenai ‘Patriotism’ dan perjalanan sejarah. Ini termasuk mengagungkan puak berhaluan kiri, termasuk petualangan masyarakat seperti kominis, sebagai ‘Pejuang Kemerdekaan Sejati’.

Pembangkang sehingga berkempen untuk membawa pulang Ketua Pengganas Kominis Chin “Butcher of Malaya” Peng, yang merancang dan melaksanakan keganasan terhadap masyarakat Semenanjung Malaysia dari 1945 hingga 1989.

Ini adalah cara mereka untuk menyemai kebencian masyarakat terhadap UMNO sebagai ‘barua British’, terutama dari imaginasi golongan muda dan berdarah panas dan idealistik. Aikbat pemahaman sejarah negara ini lemah, mereka lebih mudah terpengaruh dengan dakyah dan drama palsu ini dan tertarik kepada intepretasi makna ‘patriotism’ dari konteks ‘mereka yang membawa perubahan’ termasuk revolusi.

Ini secocok dengan gerak-kerja Pembangkang, apabila perjuangan mereka tidak berlandaskan pembangunan dan kemajuan dan sebaliknya ‘Politik Kebencian’. Untuk mencapai objektif mereka, pemimpin Pembangkang sampai tergamak untuk menghina Raja Raja Melayu, Perlembagaan, bendera Jalur Gemilang, Islam sebagai agama Persektuan Malaysia dan anggota keselematan termasuk memfitnah Polis, tentera, Peguam Negara, SPRM dan sebagainya.

Negara akan runtuh sekiranya majoriti golongan muda tanah air ini terpengaruh dengan dakyah ‘patriotism’ palsu ini.

About these ads
Published in: on September 10, 2012 at 18:47  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/09/10/patriotism-yang-semakin-tiris/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Pokoknya disini ialah pendidikan yang dapat menyemai semagat bangsa dan semangat bernegara
    DiMalaysia yang mempunyi dua sistem pendidikan ,yaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India adalah dilihat mustahil pendekatan sempurna dapat dibuat secara berkesan.

    Kempen -kempen kenegaraan saperti 1 Malaysia adalah dilihat tidak berkesan malah sudah terlalu lewat saolah -olah seperti hendak melentor buloh yang sudah matang adalah mustahil.

    Langkah berani dan drastik wajib diambil demi masa depan negara bangsa.

  2. Kebanyakan rakyat tidak tahu pun apa itu ta’at setia, apa itu patriotisme, dan apa beza di antaranya.

    Ta’at setia ialah menghormati dan memaatuhi Perlembagaan negara sepenuhnya dan patriotisme ia lah rasa cinta kapada negara hingga sanggup mati mempertahankannya.

    Tidak boleh timbul patriotisme jika tidak ada ta’at setia kapada negara.

    Salahnya bukan pada emak bapak sahaja. Pendek kata, kerana perkara itu subjektif dan begitu banyak masalah akibat negara berbilang kaum, susah mahu mengharapkan ibu bapa membimbing anak anak ke arah itu.

    Pemerintah bertanggung jawab memberi penerangan berkenaan perkara itu melalui organ organ media massa yang di punyai dan di kuasainya.

    Amat bagus Timbalan Perdana Menteri memutuskan Sejarah dimestikan di sekolah sekolah. Anak anak mesti di ajar sepenuhnya berkenaan Perlembagaan negara – bagaimana timbulnya Perlembagaan, sejarah penjajahan, usaha usaha mencapai Merdeka, apa maknanya peruntukan peruntukan penting di dalam Perlembagaan itu dan mengapa mesti di hormati dan di patuhi keseluruhannya.

    Dari itu semua akan timbul rasa perlu nya ta’at setia dan berikutnya patriotisme kapada negara.

  3. They have no feelings of loyalty to this country. What more patriotism. The British colonialists, when trying to persuade the Malays to agree that the pendatang be given citizenship, said that they were “transient anyway”.

    True, after Merdeka, many of them absconded upon getting identity cards/travel papers/ passports to enter and disappear into other countries. Many asked for permanent stay in UK, Australia etc, given, and moved out from this country. But a sizeable number remained behind. Out of these came out the blokes that keep creating problems in this country.

    The Dong Zong who clung to and promoted Chinese schools, isolated themselves, their PhD tipu Chairman Yap wanting so-called “multi-nations withing a nation” nonsense. The DAP members and supporters who are anti-Malay and anti-Islam, questioning the sensitive aspects of the Constitution until others the quid pro quo – the citizenship right given to them.

    So, how can there be a feeling of loyalty and patriotism out of these fellows. We have to wait for a generation of Malaysians forced to study History in schools and understand what the Constitution, loyalty and patriotism is all about. Let’s hope the DAP won’t cause another 13 May race riots before that comes about.

  4. Professor Emeritus (History) Tan Sri Khoo Kay Kim, when commenting on those buggers who insulted the country’s flag etc, said if they don’t like this country, they should emigrate.

    I support that fully. Whatever their ethnic origin. Those who do not respect the flag and the Constitution of the country should scram.

    The country won’t lose manpower etc with them gone. They are not businessmen and investors, anyway. Malaysian businessmen and investors would prefer political stability. And there would be stability without those blokes around.

  5. [...] Patriotism yang semakin tiris [...]

  6. Globalisations have created a global village and culture where the dominant cultures i.e western cultures, and images of glamour of the rich and famous, superstars and super popstars are icons that transcend borders and boundaries. The identifications of our young generations with these globalised icons, cultures and images are so intense, they forgot their roots and the country where they belong to. They forgot even how to master the national language and view it as not important. Do we have a problem? Yup, a pretty major one. Prosperity tends to lull people into a sense of taking things for granted since they feel they are self sufficient and dont need the society and anyone beyond the confines of their egos and the likes of them.

  7. I’m amazed, I have to admit. Rarely do I come across a blog that’s both educative and entertaining, and without a doubt, you’ve hit the nail on the head. The issue is something which not enough folks are speaking intelligently about. Now i’m very happy I came across this in my hunt for something regarding this.

  8. Artikel yang menarik. Menambah wawasan & memberikan banyak manfaat. Terima kasih utk sharing infonya. Salam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,942 other followers

%d bloggers like this: