Dzul seret FELDA ke Mahkamah?

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi palsu

Desas desus khabar mengenai Mantan Pengarah Besar FELDA Dato’ Seri Dzulkifli Abd Wahab berhasrat untuk mengheret Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ke Mahkamah makin rancak. Beliau dikatakan mahu dikembalikan jawatan lama, yang kini sudah dilaksanakan oleh pegawai lain.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada Disember 2010, untuk menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Ini merupakan sebahagian dari rancangan Perdana Menteri untuk mentransformasikan masyarakat FELDA dan merealisasi dan menjana semua perniagaan Kumpulan FELDA ke tahap yang lebih tinggi, termasuk pemain utama di peringkat global dalam produk berasaskan perladangan.

Dzulkifli telah didapati terlibat dalam usaha melengahkan, yang sebenarnya wajar dilihat sebagai cubaan mensabotaj penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) lewat tahun lepas dan awal tahun ini. Walaupun dalam beberapa sessi perjumpaan dengan ketua ketua peneroka peringkat wilayah, ‘Gunting Dalam Lipatan’ ini telah memaparkan ‘lakunan yang baik’, terutama apabila memberikan jaminan “Saya akur dengan keputusan dan akan mempercepatkan proses penyenaraian FGVH”.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato’ Seri Dzuleifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad semasa sidang media. Lenggok ‘bahasa badan’ (body language Dzulkefli mebayangkan rasa hati sebenar beliau

Semasa perjumpaan dengan wakil wakil ketua peneroka wilayah di Melang Inn, Kuala Pilah pada 13 November 2011, Dzulkifli memberikan ikrar mengenai kerjasama penuh dalam proses penyenaraian FGVH. “Ini adalah keperluan. Saya adalah seorang pegawai Kerajaan dan melaksanakan ini tanggungjawab saya”. Semasa sidang media selepas majlis tersebut, beliau menjelaskan “Tiada berlaku rampasan kuasa”. Namun, pada mesyuarat khas wakil ketua ketua peneroka pada 23 November 2011 yang dipengerusi Dzulkifli, perbincangan bersekitar dalam nada menentang Pengerusi FELDA Tan Sri Isa, yang dinamakan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dan Pengerusi FGVH sebagai memberi kepimpinan diperingkat Lembaga Pengarah dan keputusan strategik mewakili kepentingan Kerajaan dalam gerak-kerja sebahagian dari proses penyenaraian.

Hakikatnya, Dzulkifli tidak mahu melepaskan jawatan Pengerusi KPF walaupun beliau dilantik kerana ehsan sebagai lantikan yang direstui Kerajaan. Sebaliknya, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober 2011 yang dipengerusikan beliau, keahlian KPF Tan Sri Isa, Pengarah Urusan FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Yusof dan Mantan Pengarah Urusan FGV Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Akibat dari itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak bersetuju agar Dzulkifli di’hantar’ untuk menghadiri kursus diploma pasca ijazah di United Kingdom lewat tahun lepas.

Pegawai FELDA yang berkemungkinan besar mendapat pendapatan melebihi RM 1 juta setahun, dalam pelbagai kapasiti dan peranan yang dimainkan

Dalam keanenggan melepaskan jawatan Pengerusi KPF dan sekaligus rancangan awal Perdana Menteri untuk menyuntik syarikat syarikat bawah pengusasaan KPF seperti FELDA Holdings Bhd (FHB) kedalam FGVH dan sebagai timbal balas menerima 35% dari pegangan saham FGVH, telah gagal. Dalam rancangan awal Perdana Menteri mengenai penyenaraian FGVH sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, KPF akan menjadi pemegang saham terbesar FGVH.

Ini bermakna kesemua 112,635 peneroka FELDA dan selingan besar warga kerja Kumpulan FELDA, yang terdiri dari 220,o00 pemegang saham KPF akan menerima habuan langsung setiap tahun keuntungan FGVH, melalui dividen. Oleh kerana halangan dan ‘permainan belakang tabir’ Dzulkifli dan beberapa kepimpinan kanan KPF dan Lembaga FELDA sendiri, rancangan ini gagal dan penyenaraian FGVH dilakukan melalui ‘Plan B’.

Dzulkifli juga merupakan seorang pegawai FELDA yang beroleh banyak keuntungan peribadi. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah dalam lebih 30 anak syarikat milik Kumpulan FELDA dan menerima imbuhan lumayan lebih RM 700,000.00 setahun disamping gaji dan semua kenikmatan sebagai Pengarah Besar FELDA. Kini, beliau telah di’bersara’kan dari sebilangan besar jawatan lembaga pengarah ini.

Sekiranya benar Dzulkifli berhasrat untuk membawa kes dimana beliau dikeluarkan dari jawatan Pengarah Besar FELDA dan masuk kejawatan pool, walaupun masih lagi menerima gaji dan elauns yang setimpal, bermakna beliau mengutamakan kepentingan peribadi. Ini juga mengukuhkan andaian selama ini penentangan beliau ke atas penyenaraian FGVH, termasuk mengagalkan suntikan anak syarikat KPF, adalah kerana kepentingan peribadi.

*Dikemaskinikan 900pm

Published in: on October 4, 2012 at 17:45  Comments (4)  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,104 other followers