Politik melalui gereja?

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng makin lantang membawa agenda politik ke dalam gereja, iaitu rumah ibadat penganut Kristian. Beliau mengesa gereja memainkan peranan politik, semasa bertemu 300 pemimpin gereja.

Laporan Malaysiakini:

Guan Eng gesa Kristian bersuara pada ketidakadilan

Susan Loone • Okt 5, 12 11:53PG
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka “tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah”.

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan “keadilan untuk semua” — slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.

“Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat,” katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

****************

Gesaan Lim ini berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan, dalam majlis yang jelas berkait rapat dengan kelompok pemimpin ugama. Jelas sebagai Setiausaha Agung DAP, Lim menggunakan platform majlis bagi pemimpin gereja untuk menyemai agenda politik Pembangkang. Ringkasnya, DAP menggunakan gereja sebagai platform politik.

Ini menyamai amalan yang dibuat PAS, iaitu menggunakan mimbar sebagai platform politik.

Menggunakan platform ugama dan mengambil kesempatan untuk menyemai bibit bibit politik, terutama ‘Politik Kebencian’ (Politics of Hatred) yang menjadi strategi Pembangkang telahpun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia boleh terbelah dan tidak bersatu padu. Contoh yang baik ialah apabila masyarakat Melayu dibeberapa tempat mula ditiupkan dengan fahaman politik sempit dan mengamalkan perbuatan yang memecah belahkan masyarakat, seperti ‘Masjid Dua Imam’ dan memboikot kenduri dan ziarah bagi kematian, semuanya angkara politik. Secara automatiknya, masyakarat menjadi lemah kerana perpecahan akibat ‘politik dalam mimbar’ ini.

Utusan Malaysia Saturday 7 Mei 2011

Rata rata platform ugama atau majlis keugamaan ialah tempat dan keadaan dimana orang ramai berhimpun untuk aktiviti kerohanian mereka. Mereka biasanya bersedia untuk mengenepikan hal duniawi sementara, demi untuk memberi fokus sekiranya tidak mengambil peluang itu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan atau Maha Pencipta. Ianya keadaan dimana insan mencari ketenangan dan berada dalam keadaan yang terbuka dan amat mudah dipengaruhi, dimana segala urusan dan tekanan kesibukan sehari harian mereka diketepikan sementara.

Mengambil kesempatan penganut mencari ketenangan dan mengenepikan kesibukan urusan duniawi mereka untuk disuntik bertujuan menengahkan agenda politik dan mencari pengaruh wajar dianggap tidak sihat, beretika rendah dan mungkin dilihat sebagai menghasut.

Sekiranya gesaan yang dibuat Lim ini dibuat bukan diatas platform majlis keugamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka pra-sangka DAP tidak menggunakan gereja boleh dielakkan. Namun, dipercayai Lim sengaja membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik mereka.

Personaliti gereja dan DAP yang terlibat dalam majlis Red Rock Hotel pada 5 Mei 2011 dikenal pasti

Pada 5 Mei 2011 bertempat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang MP Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan sebuah majlis makan malam dimana pastor pastor Kristian yang giat terlibat dalam aktiviti pendakwahan Kristian di Sarawak, telah dijemput sama. Pastor dari luar Malaysia yang bergiat di Sarawak juga hadir. Ini juga adalah kebetulan DAP menganjurkan lawatan ADUN DAP yang menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tiga minggu sebelum itu, berkunjung ke Pulau Pinang.

Dalam majlis itu, difahamkan mereka telah berikrar untuk “Menjadikan Kristian sebagai ugama rasmi Malaysia dan seorang Kristian diangkat sebagai Perdana Menteri”. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP Jelutong Ong Ah Tiong dan pemimpin DAP Pulau Pinang Phillip Thum. Apabila cerita ini terbongkar, negara menjadi gempar mengenai pendedahan ini. Ini bukti bahawa DAP menggunakan gereja bagi agenda politik mereka.

Pemimpin pemimpin politik terutama DAP melatah dan bertindak, termasuk mengeluarkan kenyataan dan membuat laporan polis. Seminggu selepas BigDogDotCom menyiarkan laporan itu dan Utusan Malaysia menggunakan laporan itu sebagai muka depan pada 7 Mei 2011, salah seorang ahli DAP Jelutong Mohamed Razali Abdul Rahman yang menghadiri majlis dan menyaksikan sendiri ikrar malam itu membuat laporan polis dan mengesahkan “Apa yang dilaporkan itu benar”.

Ahad menjelang Ramadhan tahun lepas dimana JAIS membuat siasatan mengejut di Damansara Utama Methodist Church dimana dipercayai hampir 100 orang Melayu sedang menjalani proses pengKristianisasi, Lim bersama pemimpin DAP lain Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menghadiri upacara ugama untuk menyatakan sokongan kepimpinan DAP kepada gereja.

Adalah amat bahaya apabila Pembangkang terus menerus menggunakan platform rumah ibadat dan majlis keugamaan demi menyebarkan pengaruh politik. Tindakan seperti ini akan  semestinya mengundang reaksi termasuk orang ramai, sekiranya bukan tindakan oleh pihak berkuasa. Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan kepercayaan.

Semua ini, belum lagi mengambil kira Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham menghina umat Islam. Pemimpin DAP sendiri tidak adil. Lim sendiri pun tidak menentang ‘ketidak adilan’ ini. Dimana “Kepertanggung jawaban kepada Tuhan” sebagaimana yang dikatakan Lim kepada 300 pemimpin gereja itu?

Published in: on October 6, 2012 at 03:04  Comments (25)  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,126 other followers