Politik melalui gereja?

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng makin lantang membawa agenda politik ke dalam gereja, iaitu rumah ibadat penganut Kristian. Beliau mengesa gereja memainkan peranan politik, semasa bertemu 300 pemimpin gereja.

Laporan Malaysiakini:

Guan Eng gesa Kristian bersuara pada ketidakadilan

Susan Loone • Okt 5, 12 11:53PG
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka “tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah”.

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan “keadilan untuk semua” — slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.

“Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat,” katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

****************

Gesaan Lim ini berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan, dalam majlis yang jelas berkait rapat dengan kelompok pemimpin ugama. Jelas sebagai Setiausaha Agung DAP, Lim menggunakan platform majlis bagi pemimpin gereja untuk menyemai agenda politik Pembangkang. Ringkasnya, DAP menggunakan gereja sebagai platform politik.

Ini menyamai amalan yang dibuat PAS, iaitu menggunakan mimbar sebagai platform politik.

Menggunakan platform ugama dan mengambil kesempatan untuk menyemai bibit bibit politik, terutama ‘Politik Kebencian’ (Politics of Hatred) yang menjadi strategi Pembangkang telahpun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia boleh terbelah dan tidak bersatu padu. Contoh yang baik ialah apabila masyarakat Melayu dibeberapa tempat mula ditiupkan dengan fahaman politik sempit dan mengamalkan perbuatan yang memecah belahkan masyarakat, seperti ‘Masjid Dua Imam’ dan memboikot kenduri dan ziarah bagi kematian, semuanya angkara politik. Secara automatiknya, masyakarat menjadi lemah kerana perpecahan akibat ‘politik dalam mimbar’ ini.

Utusan Malaysia Saturday 7 Mei 2011

Rata rata platform ugama atau majlis keugamaan ialah tempat dan keadaan dimana orang ramai berhimpun untuk aktiviti kerohanian mereka. Mereka biasanya bersedia untuk mengenepikan hal duniawi sementara, demi untuk memberi fokus sekiranya tidak mengambil peluang itu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan atau Maha Pencipta. Ianya keadaan dimana insan mencari ketenangan dan berada dalam keadaan yang terbuka dan amat mudah dipengaruhi, dimana segala urusan dan tekanan kesibukan sehari harian mereka diketepikan sementara.

Mengambil kesempatan penganut mencari ketenangan dan mengenepikan kesibukan urusan duniawi mereka untuk disuntik bertujuan menengahkan agenda politik dan mencari pengaruh wajar dianggap tidak sihat, beretika rendah dan mungkin dilihat sebagai menghasut.

Sekiranya gesaan yang dibuat Lim ini dibuat bukan diatas platform majlis keugamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka pra-sangka DAP tidak menggunakan gereja boleh dielakkan. Namun, dipercayai Lim sengaja membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik mereka.

Personaliti gereja dan DAP yang terlibat dalam majlis Red Rock Hotel pada 5 Mei 2011 dikenal pasti

Pada 5 Mei 2011 bertempat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang MP Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan sebuah majlis makan malam dimana pastor pastor Kristian yang giat terlibat dalam aktiviti pendakwahan Kristian di Sarawak, telah dijemput sama. Pastor dari luar Malaysia yang bergiat di Sarawak juga hadir. Ini juga adalah kebetulan DAP menganjurkan lawatan ADUN DAP yang menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tiga minggu sebelum itu, berkunjung ke Pulau Pinang.

Dalam majlis itu, difahamkan mereka telah berikrar untuk “Menjadikan Kristian sebagai ugama rasmi Malaysia dan seorang Kristian diangkat sebagai Perdana Menteri”. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP Jelutong Ong Ah Tiong dan pemimpin DAP Pulau Pinang Phillip Thum. Apabila cerita ini terbongkar, negara menjadi gempar mengenai pendedahan ini. Ini bukti bahawa DAP menggunakan gereja bagi agenda politik mereka.

Pemimpin pemimpin politik terutama DAP melatah dan bertindak, termasuk mengeluarkan kenyataan dan membuat laporan polis. Seminggu selepas BigDogDotCom menyiarkan laporan itu dan Utusan Malaysia menggunakan laporan itu sebagai muka depan pada 7 Mei 2011, salah seorang ahli DAP Jelutong Mohamed Razali Abdul Rahman yang menghadiri majlis dan menyaksikan sendiri ikrar malam itu membuat laporan polis dan mengesahkan “Apa yang dilaporkan itu benar”.

Ahad menjelang Ramadhan tahun lepas dimana JAIS membuat siasatan mengejut di Damansara Utama Methodist Church dimana dipercayai hampir 100 orang Melayu sedang menjalani proses pengKristianisasi, Lim bersama pemimpin DAP lain Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menghadiri upacara ugama untuk menyatakan sokongan kepimpinan DAP kepada gereja.

Adalah amat bahaya apabila Pembangkang terus menerus menggunakan platform rumah ibadat dan majlis keugamaan demi menyebarkan pengaruh politik. Tindakan seperti ini akan  semestinya mengundang reaksi termasuk orang ramai, sekiranya bukan tindakan oleh pihak berkuasa. Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan kepercayaan.

Semua ini, belum lagi mengambil kira Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham menghina umat Islam. Pemimpin DAP sendiri tidak adil. Lim sendiri pun tidak menentang ‘ketidak adilan’ ini. Dimana “Kepertanggung jawaban kepada Tuhan” sebagaimana yang dikatakan Lim kepada 300 pemimpin gereja itu?

About these ads
Published in: on October 6, 2012 at 03:04  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/10/06/politik-melalui-gereja/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Eh Big Dog apa jadi with your police report on the Penang Christian State controversy?

    Has the police release the result of their investigations yet?
    It’s more than 2 years already.

    Why are you still not in prison for sedition?

    • Hey Sankaran, why are you not in prison for instigating ill feelings, inciting hatred on you and others like you, making accusations without any justification?

      • Dear Isa,

        Where is the police investigation report papers?
        After 2 years?
        You percaya PDRM or Big Dog?
        Unless you also an accomplice in his sedition.

      • You dont sound so smart, bothering certifiably stupid.

        Bigdog, the other blogger & Utusan wrote on an event where a week later, a participant of that event came out & admitted its ‘truth’. He even made a Police report.

        Look at the TV3 YouTube clip, for crying out loud!

        The issue here is that, why aren’t Jeff Ooi, Ong Ah Tiong & the streams of pastors named by The Unspinners on 14/8/2012 are being investigated, charged & jailed for crimes against The Constitution?

      • Agree with Knights Templer.

    • The culprit here are the DAP leaders, right from the top and literally across the board at leadership level. They are the ones misusing the sancity of the church, for their politics.

      Christians have been around in this nation for so long. No trouble and certainly no animosity. Only recently they are very aggressive and seen to be boldly aggressive; in prosetylisation and now, apparently in politics. And its not just the Muslims who are being prosetlysed.

      The Kalimah Allah in Injil and now aggresively distrubing Malay Bibles in Semenanjung is really inviting trouble from the majority Malay Muslims.

      It’s very clear why all of these DAPiglettes are going after Big Dog; he uncovered something really sinister!

      • Agree with you also.

    • Look at this former PAS Dep President & Bachok MP’s speech.

      Even PAS leaders are convinced on the evidently clear about DAP’s agenda to make Malaysia a Christian state & Christian PM.

      I wonder if these DAP ppl would really do he Police report against Nasharuddin:

      11 October 2012 | last updated at 01:12AM

      DAP duo to lodge report against Nasharuddin

      0 comments

      KUALA LUMPUR: Two prominent DAP leaders will lodge a police report against former Pas deputy president Nasharuddin Mat Isa for alleging that DAP held a thanksgiving function to pray for Malaysia to become a Christian state.

      DAP Sarawak chairman Wong Hoi Leng and secretary Chong Chieng Jen said they were “disgusted” with Nasharuddin’s statement.
      However, they did not give an exact time frame when they would lodge the report.

      “After the Sarawak elections (last year), DAP held victory and thanksgiving dinners in Kuching, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu and Miri.
      “It is unbelievable that Nasharuddin did not even identify the event where the alleged prayer was made,” he said at the Parliament lobby here yesterday.

      The duo said the thanksgiving was held merely to thank party members and volunteers who had worked in the state election and was not religious in nature.

      “We had also invited Parti Keadilan Rakyat (PKR) and Pas state leaders to attend the event.”

      DAP also urged Nasharuddin to withdraw his allegations unconditionally and called upon the police to probe into the alleged remark.
      Nasharuddin’s statement was also criticised by fellow Pas member, Shah Alam member of parliament Khalid Samad.

      “Nasharuddin’s statement is ridiculous.

      ” He did not inform us about his remark in any of Pas’ meetings,” Khalid said.

      “I question his motive in making the statement,” said Khalid adding that Nasharuddin has begun to ‘estrange’ himself from the party.
      He said that Nasharuddin’s fate would be left to the discretion of the Pas Syura Council.

      “What he said about DAP is his personal opinion and PAS does not share his sentiments.”

      Read more: DAP duo to lodge report against Nasharuddin – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/dap-duo-to-lodge-report-against-nasharuddin-1.155511#ixzz291J35V87

      ADA BERANI KA BIKIN INI REPOT POLIS????

  2. This is a dangerous trend. Bringing political agenda into the Church. Imagine if others do so through the mosques and temples of all religious denominations.

    Religion is a sensitive issue. Mixing politics with religion makes it more sensitive.

    DAP has not learnt their lesson in deliberately touching on sensitive issues. They have caused the race riots in 1969. They need to be closely watched, cautioned and advised to refrain from carrying on with that trend.

    • You think they give a care about ‘danger’?

      They want trouble! They invite trouble! The more complicated the trouble is, the better it is for DAP. Lim Kit Siang openly talk about ‘Malaysian Spring’ during a PR convention earlier in the year (before the failed BERSIH 3.0).

      Trouble is the only way they can come into power and dominate the majority.

      Now that all of the pseudo-PR NGOs such as SUARAM & Malaysiakini is being funded by ppl like Soros & CIA, it is clear what their agenda is. Malaysians must be very afraid of them!

      • Talking about a Malaysian Spring sounds seditious. Attempting to bring the duly elected government by anarchy, street demonstration and the like.

        He should be dragged to the Police Station.

  3. [...] more here. 3.139003 101.686855 Rate this:Share [...]

  4. It is indeed a dangerous trend and it is being used by the Dogs like DAP people including Sankaran…

  5. They are taking this beloved country into the danger zone!

  6. Big Dog.
    Dalam tahun 1975,saya berkerja di BBMB,bahagian Forex.Pada masa itu Party Berjaya Sabah dibawah Donald Stephen akan menentang Party USNO,pimpinan Tun Mustapa.Tun Mustapa banyak duit tapi Party Berjaya tidak banyak wang.UMNO pada masa itu hanya mampu memberi kapada Party Berjaya 1 juta ringgit sahaja.

    Sabelum Pilehanraya berjalan,saya mendapat TT transfer untok Party Berjaya Sabah sabanyak 20 juta ringgit.Wang itu datang dari satu Pertubohan Kristian dari Califonia USA.Dengan wang sabanyak itu,Party Berjaya dapat mengalahkan USNO.

    Sekarang ini gereja gereja Kristian giat membantu DAP untok menumbangkan BN.Saya yakin mereka juga ada memberi sumbangan kewangan.

    • Waaa, kalau benar, melampau lah dia orang. Masih ingat ke nama pertubohan Kristian tu. Nak Google sikit dan dedahkan dia orang.

  7. What has PAS got to say over this? Karpal rejects Hudud and now Guan Eng is openly getting Christians to join the political fray.

  8. [...] Selepas titik peralihan Isa Samad pada penghujung 2009, Umno secara konsistennya mengalahkan PAS dan PKR. Dr Chua bersembahyang memegang colok / Guan Eng di gereja [...]

  9. “100 orang Melayu sedang menjalani proses pengKristianisasi” – jikalau ada video yang memaparkan pengakuan ini, harus di sebarkan untuk kesedaran umum.

  10. Bukan saja kita yang bantah. Gereja pun bantah telatah benda Allah yang Mansor, Timbalan Ketua Menteri & Ketua PKR Penang, kata “arrogant, cocky & tokong” tu. Orang ramai pun dah banyak keluar suara. Antaranya,

    MyPenangOnline kata:

    Gereja beri amaran kepada Ketua Menteri P.Pinang – Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni. …

    Di Malaysia, gereja tidak semestinya setuju dengan apa si tokong sarankan tu. Berbagai pihak gereja termasuk Katolik, Protestan, dll, dan berbagai puak Evangelical ada. Termasuk yang di ketuai oleh seorang yang main bontot – kahwin sama jantina, dengan teman lelakinya di New York tak berapa lama dahulu.

    Di UK pun Gereja ada dilemma sekarang. 77 juta Anglicans di seluruh dunia sedang menunggu pengganti kapada Arkbiskop Canterbury yang nak bersara. 16 wakil yang sepatutnya menentukan penggantinya tak dapat buat keputusan. Berpecah belah. Di laporkan “not over women bishops or same sex marriages, but the future of the Church itself – the structures, finance and strategies of the Church of England .. (to suit) the modern age.”

    Mana boleh tokong sarankan politik melalui gereja pulak. Sudah melampau tu. Anarkistik nampaknya.

  11. Mana nak harapkan apa yang Lim Guan Eng dan DAP buat tu selalu betul. Di Sepang, Ketua Cawangan dll nak kluar dari parti sebab dia dan Ketua DAP Selangor buat tak kisah bila ada “group of “hooligans” buat kasar menghalangnya dan seorang ahli biasa cawangan lain nak sampaikan Memo kapadanya.

    Hingga di lapurkan oleh lidah puak Pembangkang Malaysia Chronicle semalam:

    The duo are DAP Taman Murni branch chairman A. Thirumalvalavan and Pantai Sepang branch member R. Selvan.

    “This was the first time Lim had come for a DAP meeting in our constituency. It was a golden opportunity for us to air our grievances.

    “However, Thirumalvalavan and Selvan were brutally assaulted by a gang of ruffians when we tried to give him a memorandum containing a list of complaints,” Pantai Sepang Putra branch secretary Rashid Gani told reporters here yesterday.

    Rashid claimed that instead of breaking up the scuffle, Lim stood idly by and watched the ensuing violence “without saying a word”.

    “Lim eventually took the memorandum and left almost immediately, saying that he had to attend the funeral of a DAP leader’s mother,” said Rashid.

    “If this continues, I might have to resign my post as branch chairman,” Thirumalvalavan said.

    A police report was lodged at the Bandar Baru Salak Tinggi police station soon after the 8.30pm incident, which was witnessed by some 100 party members.

  12. [...] plot gets thicker. Some Opposition leaders not only take their politics to the church, but openly support some churches effort to prosetylise Muslims. This is is clearly against the [...]

  13. [...] more here: Politik melalui gereja? « The "thirteen million plus Ringgit" guy … /* Tags: dan, dap, malay, membuat-laporan, termasuk-mengeluarkan, usa, utama, [...]

  14. [...] akan datang dan Kristian sebagai salah satu agama rasmi Persekutuan Malaysia” adalah jelas DAP memperkudakan gereja untuk agenda melemahkan kuasa orang Melayu. Gereja juga menggunakan DAP seabgai tunggangan bagi [...]

  15. […] has been proven that DAP used the church and evangelists for their sordid political […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,071 other followers

%d bloggers like this: