Mengasingkan diri dari kebatilan

Rakankongsi PKR dalam Pakatan Rakyat PAS sudah merasakan bahang dan amat tidak selesa dengan sikap Kepimpinan Pembangkang yang mengambil kedudukan liberal sehingga bertentang dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengenai Islam dan hubungan seksual luar tabii. Mereka akan bertindak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati akar umbi ahli dan penyokong mereka mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas.

Difahamkan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyataan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT. Ini akan diadakan di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya selepas Sembahyang Jumaat 9 November ini.

Ini merupakan tekanan dari akar umbi ahli dan penyokong PAS makin memuncak dengan kedudukan dan sikap beberapa pemimpin PAS sendiri seperti Khalid Samad dan Mohd. Nizar Jamaluddin atas isu isu yang dekat pada sanubari orang Melayu, seperti soal aqidah dan semenjak lewat ini, usaha memurtadkan orang Melayu secara terancang dan terbuka.

Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hassan Mohd Ali dipecat dari PAS kerana mempersoalkan kedudukan PAS menyokong Anwar Ibrahim atas isu pendakwaan kes liwat beliau bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang pada masa itu masih lagi dalam proses perbicaraan Mahkamah Jenayah.

Apa yang dikesalkan oleh ramai pemimpin PAS sendiri terutama dikalangan ulama ialah kegagalan parti itu mengambil kedudukan mengenai isu ‘Kalimah Allah’ dalam penggunaan ktab Injil dalam Bahasa Melayu, orang Melayu dimurtadkan (sebagaimana sisatan keatas Damansara Utama Methodist Church Ramadhan 1432H) dan sikap condong kearas liberalism apabila PAS selepas Muktamar Agung tahun lepas menggugurkan perjuangan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Kebajikan’.

* Dikemas kini 1000pm

Dalam pada itu, DYMM Raja Raja Melayu terus mengeluarkan titah yang merakamkan kekecewaan mereka mengenai kenyataan Nurul Izzah itu. DYTM Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah bertitah agar senstiviti mengenai kesucian Islam dan kedudukan sebagai ugama Persekutuan Malaysia hendaklah dijaga dan tidak sewenangnya diperbincangkan secara terbuka.

Titah teguran ini ditujukan khas kepada pihak pihak yang cuba menangguk diair keruh, terutama dikalangan orang Bukan Islam dan bertujuan untuk meraih keuntungan politik.

DON’T TOUCH ON THE SENSITIVITIES OF ISLAM.

The Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah says the people, particularly the non-Muslims, should not touch on the
sensitivities of Islam which had been agreed upon together in the formation of the country purely for political gains.

He said that in order to ensure the survival of a peaceful, sovereign and prosperous nation, the people must continue to respect the original charter that
had been agreed upon by everyone and had become the main pillar in the setting up of the Federation of Malaya, which was to stay away from issues pertaining to religious sensitivities.

Raja Nazrin said religious sensitivity did not allow the religion to be debated openly because those with shallow knowledge could make the wrong
interpretation.

“Lately, the boundary relating to Islamic religion appears to have been breached, in fact, there are some non-Muslims who are becoming more vocal in
challenging issues relating to Islam through speeches which appear to ridicule syariah, belittle the faith of Muslims and degrade Islamic practices.

Acts of breaching the boundary of other religions in an extreme and openly manner could lead to serious tragedy because religion was highly sensitive and
had great potentials to lead to conflicts and quarrels,” the Regent said.

This was one of the six projections presented by Raja Nazrin when delivering a premier lecture entitled “The Institution of Constitutional Monarchy: The Survival of the Nation”, in Kuala Lumpur to ensure that the desired survival of the nation could be achieved.

The programme was organised by the Ministry of Information, Communications and Culture.

Describing the acts as showing disrespect for the Malay Rulers, the Regent said such acts must be stopped immediately and firmly.

As the head of religion, he said the palace institution was always open to discussion to whoever wished to present their views in order to gain guidance and direction through closed-door discussions without the need to publicise them.

The second projection presented by Raja Nazrin was the aspect of loyalty to the country which must be manifested by every citizen, that is, their obligation to respect the two national symbols, namely the ”Jalur Gemilang” and the national anthem ”Negaraku”.

He said the acts by a small group of individuals who stepped on the Jalur Gemilang and ridiculed the lyrics and beat of ”Negaraku” showed that they were
unpatriotic.

In addition, he wanted the transparency and integrity of the administration upheld by the three branches of government, namely the executive, the legislative and the judiciary, to be free of shortcomings because such
weaknesses could have a negative impact on the sovereignty of the Rulers if it were to spread to the implementing institutions.

In the other projections, the Regent reminded that the greatness of the constitution and sovereignty of the law which were key to ensuring public peace and political stability were not selectively enforced.

Raja Nazrin also called for a new set of arrangement between the powers of the state and the Federation so that it would not pose problems to the civil servants in discharging their trust and that they did not become victims of
continued political conflicts.

“The concept of Federalism must be understood and that there must be a new orientation especially among the civil servants so that the political
differences did not affect relations between the people, to the extent that they might develop feelings of parochialism which would erode their loyalty to the country,” he said.

In his final projection, the Regent reminded political leaders to play a role to ensure that the political climate did not become too hot and not to turn the general election into a ”civil war”.

He said the general election was one of the main instruments in the system of government that practiced parliamentary democracy with the people given the right to determine the government. — BERNAMA

*****************

Perkara yang amat serious ini bukan sahaja menarik perhatian pelbagai pihak dikalangan orang Melayu dalam pelbagai peringkat, malah juga cukup penting sehinggakan DYMM Raja Raja Melayu turut mengeluarkan titah.

About these ads
Published in: on November 7, 2012 at 18:00  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/11/07/mengasingkan-diri-dari-kebatilan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. *Comments deleted

    This commenter no longer allowed to share his thoughts in this blog

  2. Bapak main belakang tak apa, lepas tu tak mahu mengaku. Main dengan pelacur cina tak apa, lepas tu pun sama, tak mau mengaku.

    Anak kata nak keluar islam tak patut halang, lepas tu tak mahu mengaku.

    PAS oh PAS, macammana korang sanggup ‘bersekedudukan’ dengan puak PKR ni? Kau tak perasan ke segala kafir harbi dengan cina komunis duk tepuk tangan kat belakang tu?

    Orang inilah yang parti kau nak jadi PM dan menteri mentadbir negara yang majoritinya orang Islam? Esok anak kau jadi L ke, G ke, B ke, T ke, tah apa ke, lepas tu murtad kau langsung tak boleh buat apa-apa.

    Ingat puncanya adalah ‘jasa’ kau bekerjasama untuk memberi mereka kuasa.

    Siasah Syariah tahap apa dah tu?

  3. “and not to turn the general election into a ”civil war”.

    This is what I’ve been concerned about. Not only the “climate” becoming “too hot” during PRU13 actual campaigning but also after that. If the results become favourable to PR and they start celebrating like DAP did after the general elections in 1969, leading to the race riots of 13 May.

    Some say if firm action taken on them now by the authorities, they might exploit it to gain sympathy votes etc. But keeping quiet will make them naik kepala. I think firm action must be taken on their leaders. If the supporters go to the streets because of that, the Police can deal with them in their best possible manner. If rioting occurs and the Police needs assistance, the Army can help.

    Remember that at Bersih 2.0, the Military has said they were willing to assist if the demo went out of control. That gave me some comfort as I’m sure it did to many other citizens, too. No doubt the Police has a large force and the experience to handle unruly demos, but knowing that the Military is always ready to assist if asked is heartening.

  4. Satu Nasehat yang baik dari Raja Nazrin..Kenapa Najib dan pemimpin MNNO berdiam diri bila MCA menghina hukum hudud yang ia sendiri tidak faham.
    Tidak pernah saya lihat yang orang Melayu bagitu lemah dan berpecah kerana politik dan Ugama.

    • Raja Muda Perak Raja Nazrin tu tak maksud kan MCA atau Najib kan?

      Kau dah baca kenyataan MCA fasal pendiriannya berkenaan Hudud? Baca lah, bagus baca, mungkin dapat jawapannya di situ.

      Setuju, orang Melayu bagitu lemah dan berpecah kerana politik dan Ugama. Yang buat begitu ia lah Anwar dan Nik Aziz. Orang Anwar, MB Selangor Khalid Ibrahim pulak pergi mintak ma’af kapada Gereja Methodis Damansara Utama yang ajak 12 Muslimah “berbuka puasa” di gereja, ada kitab Kriistian di tempat duduk tiap seorang mereka – dia minta ma’af sebelom JAIS siapkan laporan siasatan mereka. Manan boleh camtu?

      Nik Aziz pulak pigi pungut Hukum Hudud yang puak Erdogan PAS dan humban berdentum di Muktamar PAS 2011, di hentam dek DAP Lim Kiat Siang dan Karpal Singh tak habis habis, tersengeh saja.

      • Anak Anwar Nurul Izzah pulak cakap pasal kebebasan agama, termasuk orang Melayu, boleh pilih, konon. Aku nak carut tapi tak boleh.

        Bagus lah Pemuda PAS Pusat nak adakan perhimpunan membantah kenyataan Nurul Izzah tu.

  5. Saudara Haba.
    Apa sudah terjadi dengan orang Melayu sekarang.Zaman dahulu rang Melayu banyak jadi panglima saperti Mat Kilau,lawan inggeris.
    Sekarang orang Melayu takut bayang sendiri.Takut ugama kristian,takut oang Melayu tukar ugama,takut orang Melayu hilang kuasa,
    Soal ugama itu,masing masing masing punya hal.Jika dia hendak jadi kristian,jika dia hendak makan babi,jika dia hendak minum arak,siapa boleh larang dia.
    Bagaimana pula dengan orang Melayu yang percaya ugama sesat,Orang melayu yang tidak percaya hadith dan menghina Nabi Muhammad saw sapertimkawan kita Syed Ali Akhbar(Outsyed the Box)Cuba lihat laman webnya an komenkomen nya.Menghina Rasuallah.
    Bagaimana dengan Sister of Islam.
    Bagaimana dengan kawankawan kita yang menganut fahaman Shiah yang berkembang dengan ranchak.

    Kenapa kita menghentam PAS dan ulama ulam yang mahu menegakkan Islam.Adakah fahaman ugama PAS dan pemimpinnya songsang.
    Kita menyebarkan fitnah sesama orang Islam.Sawaktu Rasuallah menaiki kalangit dimalam Isra n Mikraj ia ditunjokkan suasana dalam shuarga dan Neraka.Terdapat satu golongan dalam neraka yang memakan daging orang lain.bila Rasuallah bertanya kapada malaikat jibril kenapa terjadi bagini.Jibril menjawab ini lah terjadi oang suka membuat fitnah.
    Saya nampak rakan kita amat bebas menulis benda yangbkita tidak tahu benar atau salah.Rasuallah mengatakan dosa yang paling besar bila kita mengaibkan saudara kita.

    Jadi soal murtad, tukar ugama, minum arak, berjudi,berzina itunsoal individu dan masing tahu tanggong jawabnya.Kita hanya boleh berdawakwah.

    Ada pemimpin kita cuba untok menegor orang Islam lain supaya hidup bermoral tapi bila di perelsa latar belakang pemimpin ini,dia pun kaki maksiat dan minum.
    Susah lah bro.Orang Melayu takut bayang bayang sendiri.

    • Atiff berkhutbah, “Soal ugama itu,masing masing masing punya hal.Jika dia hendak jadi kristian,jika dia hendak makan babi,jika dia hendak minum arak,siapa boleh larang dia”.

      Sudah terang Atiff ni bukan Melayu Islam. Jika Melayu jadi Kristian maka ia bukan lagi seorang Melayu di Malaysia. Jika mengaku penganut Islam, maka makan babi, minum arak adalah haram.

      Bacalah perlembagaan:

      Article 3
      1. Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
      2. In every State other than States not having a Ruler the position of the Ruler as the Head of the religion of Islam

      Article 12
      For the purposes of Clause (3) the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.

      Article 160
      “Malay” means a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom…

  6. Sdr Atif,

    Saya sedih (marah pun ada) anda kata, “Soal ugama itu,masing masing masing punya hal.Jika dia hendak jadi kristian,jika dia hendak makan babi,jika dia hendak minum arak,siapa boleh larang dia.”

    Sebab orang macam anda ni lah dah tak ada “orang Melayu saperti Mat Kilau”, dulu lawan inggeris, sekarang mesti lawan penjangak, penderhaka dan perosak negara, contohnya, membabikan mereka yang cuba Kristiankan Melayu, ajak 12 Muslimat “berbuka puasa” di bulan puasa di gereja Methodis Damansara Utama, letak kitab Kristian di meja tempat tiap satu Muslimat itu duduk, dsbnya.

    Fasal agama Islam mana boleh anda kata masing masing punya hal? Agama Islam bukan macam agama lain, Mamat wei. Di sebut dalam Perlembagaan negara bahawa Islam ada lah agama negara ini – agama lain takda di sebut pun. Tambah pulak: ada undang undang lain yang telah di kanunkan bagi mentadbir agama Islam berikutan apa yang di sebut di Perlembagaan itu. Tidak boleh memurtadkan orang Islam. Semua Melayu dianggap Islam di negara ini, tidak boleh bebas memilih agama lain, atau murtad tak percaya Tuhan dan Nabi Muhammad sahaja sekali pun, tak boleh ikut dan praktikkan ajaran Syi’ah sekali pun. Jabatan Agama Islam seperti JAIS pegang kuasa, larang mereka dan dakwa mereka di Mahkamah, Mamat.

    Oleh itu, nyata lah bahawa Nurul Izzah mengarut bila mengatakan kebebasan agama itu termasuk orang Melayu. Tak tahu Perlembagaan dan undang undang pentadbiran agama Islam di negara ini bila dia cakap begitu. Wakil Rakyat apa dia macam tu?

    Perkara perkara lain tu, saya biarkan peserta peserta lain menjawab.

    • Soal agama memang soal individu. Sekarang masa dah berubah dan orang melayu perlu memahami ugama itu sendir. Tak boleh harapkan paksaan, denda, seksaan untuk seseorang itu menganut mana-mana ugama.

      Ini semua orang Melayu kena faham. Faham tak? Tak boleh seksa, denda atau sebat sesiapa pun pasal kepercyaan.

      Sekarang ni tak boleh.

      Kalau kita tenguk pejanjian dengan Inggeris itu dulu pun tak boleh menghebahkan atau menarik orang melayu. Perbuatan itu yang salah. Mentarbiah orang Melayu oleh paderi Kristian tidak dibenarkan. Ini yang menjadi kesalahan. Paderi Kristian yang kena tindakan. Bukan orang Melayu.

      Kita perlu peka sekarang arab islam di benci di US, di UK di eropah. Arab dan islam dikutuk dan pemimpin mereka Osama Laden diburu dan dibunuh oleh Obama.

      Yang perlu difahami juga Kristianity itu juga di benci di US danEropah di Rusia. Bible diharamkan disekolah di US kerana menagjar tahyul.

      Ini pendekatan yang orang Melayu perlu ambil. Mecontohi US, mengharamkan bible dari kelas bukan izinkan macam di Sabahl kerana kita membiarkan orang kadazan mundur ke zaman medievil.

      Orang Melayu jangan terperangkap dengan mitos arab dan gaya hidup 1000 tahun dulu. Orang arab sendiri tak mahu.

      Melayu perlu secular dan liberal. Jika tidak ada golongan mcam najib dan muhyidin yang menggunakan ugama untuk melalaikan orang melayu sementara mereka mengaut kekayaan negara dengan orang-orang cina.

      Pemimpin UMNO dulu juga memenjara perempuan melayu, mendenda dan menyebat jika lapur rogol tanpa saksi tapi anak-anak dia menjadi pengarah ratusan syarikat Cina.
      Nampak tak. ugama patut untuk kebahagian dan kebaikan. Jangan dijadikan madat untuk merompak orang Melayu.

  7. Atif,

    Anda ni Melayu ke cakap begitu? Cakap cakap anda mencurigakan, membayangkan kemungkinan anda bukan Melayu, bukan Islam. Menyamar sebagai Melayu/ Islam ke? Jika benar, laknatullah lah kamu. Tiada ma’af bagi mu.

  8. Mereng otak kamu Atif, bila mengatakan “soal murtad, tukar ugama, minum arak, berjudi,berzina itunsoal individu dan masing tahu tanggong jawabnya”

    Kamu tak tahu ada undang undang ke? Kalau tak tahu, tanya lah dulu sebelom mengeluarkan pendapat yang songsang. Baca lah apa orang kata fasal Nurul Izzah cakap. Dah kamu baca post di atas, kamu nak keluar pendapat macam kau tulis tu, nampaknya kamu jahat maksud.

    Dah di beri berbagai penerangan orang Melayu/ Islam tidak boleh murtad, tak ada hak menukar agama bagi mereka. Minum arak pun di haramkan oleh agama Islam. Berzina apa tah lagi. Bila ada undang undang bagi nya, bukan lah atas masing masing individu membuatnya. Pihak berkuasa boleh heret mereka yang langgar undang undang itu ke Mahkamah. Kamu faham ke?
    .

    • Atif,

      Bukan orang Melayu takut bayang sendiri. Takut undang undang, kalau tak, dah pelupuh engkau kaw kaw sebab cakap begitu. Kau menyamar sebagai Melayu, kan?

      Mungkin takut hilang kuasa. Sebab dah hilang kuasa dulu bila British masuk menjajah. Sebab di abad 19, Menteri Larut Ngah Ibrahim bawa masuk ke kawasan pemerintahan dia Cina puak Hai San dan Ghee Hin untuk memodenkan perusahaan lombong dia, tapi mereka bawa masuk kongsi gelap, penjahat dan gengster, berbunuh antara mereka merebut lombong lombong bijih, hingga jadi Perang Larut I, II, III & IV. Pastu Kapitan Cina dan 44 gengster tanda tangan petition minta British di Penang masuk negeri Perak tolong ambil semula lombong yang di pegang puak lawan, membawa kapada British dengan sejata api kalahkan Melayu dan Perjanjian Pangkor 1874, British mula menjajah. Bedebah.

      Tapi Melayu lawan lagi. Bila Residen British pertama, JWW Birch cuba nak pungut cukai di Pasir Salak, Melayu mengamok, di lembing dek pahlawan pahlawan Dato Maharaja Lela, mampus tersadai di tepi sungai Perak di situ. Sekarang perkataan amok tu British gunakan hingga masuk dalam Oxford English dictionary.

      Sekarang ada lagi pengkihianat bangsa dan negara. Dulu Kapitan Cina (pendatang, bukan rakyat pun) panggil British masuk, sekarang Anwar nak pertahankan keselamatan Zionist Israel, nak bawa masuk pengaruh Yahudi Zionist, cuba nak gulingkan kejaraan yang di pilih rakyat, melalui rusuhan, anak dia cakap orang Melayu boleh bebas pilih agama, boleh murtad dll. Mana boleh. Mengarut. Laknatullah. Tiada ma’af bagi kamu semua.

    • Atif,

      Waaah, kau orang DAP nak sokong PAS ke? Bukan main lagi tanya kenapa “hentam PAS dan ulama ulama yang mahu menegakkan Islam.” Mana mereka nak menegakkan Islam? Habis kenapa PAS sekongkol dengan DAP yang dok bantai Hukum Hudud tak habis habis?

      Habis kenapa PAS bersekongkol dengan PKR yang Anwar mahu ada hubungan dengan Israel dan mahu pertahankan keselamatan Israel? Pada hal pemimpin PAS kata PAS tak mahu ada hubungan apa apa pun dengan Israel yang Zionist tu. Zionist sentiasa mahu jahanamkan dan lemahkan orang Islam di merata dunia. Kau tak tahu ke? Baca lah lebih sikit.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,932 other followers

%d bloggers like this: