Mazliman Aliman perkudakan pelajar IPT

Demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat FELDA

Jumaat lepas, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman memperdaya dan perkudakan pelajar pelajar IPTA (yang dipercayai UTM Jalan Semarak), untuk ‘berdemonstrasi’ dihadapan Ibu Pejabat FELDA kunun kununya kerana FELDA mengadakan usaha-sama perniagaan dengan Israel. Manipulasi ini sengaja dibuat tatkala umat Islam seluruh dunia sedang bangkit menunjukan kemarahan kepada Zionis Israel atas Operasi Pillar of Defense baru baru ini, yang mengorbankan 130 nyawa Gaza Palestin.

Mazlan membohongi pelajar pelajar ini, yang menjadi sebahagian dari demonstrasi berasaskan kepalsuan dimana FELDA dan anak anak syarikat yang bernaung bawah FGV. Pelajar pelajar ini sebelum itu berdemonstrasi ditempat lain, tiba tiba dikerah untuk berkumpul dihadapan Ibu Pejabat FELDA. Tanpa sedar mereka diperalatkan, mereka diminta berdemonstrasi atas pembohongan bahawa FELDA berdagangan dengan Israel.

Transaksi RM50.00 sebagai ‘upah demonstrasi’

Selesai demonstrasi, didapati wakil wakil Mazlan mengedarkan RM 50.00 dikalangan pendemonstrasi, terutama pelajar IPTA.

Mazlan merupakan seorang pemimpin ANAK yang gagal, kerana usaha beliau menghasut masyarakat FELDA untuk menentang dan mengagalkan semua rancangan dan usaha Kerajaan Persekutuan untuk membawa FELDA kepada kedudukan yang lebih baik, jauh meleset dan gagal. Beliau menentang penyenaraian FGV dengan menghasut kumpulan peneroka bahawa IPO itu akan melenyapkan hak milik 10 ekar tanah yang sedia mereka milik terbukti pembohongan besar.

Kemudian, ANAK juga berkempen agar warga FELDA menolak ‘Durian Runtuh’ yang sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak pada Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 adalah hasil langsung dari penyenaraian FGV.

Dalam pembohongan terbaru, Mazlan mendakwa susur-perjalanan pembelian minyak sawit antara FELDA IFFCO, Mewah Olio, Sime Darby Kempas dan sebuah saudagar komoditi global Bunge di Singapura, berakhir dengan barangan dihantar ke Pelabuhan Adabiyyah, Mesir. Apa yang berlaku di pelabuhan asing bukan dalam bidang kawalan mana mana syarikat yang bernaung atau mewakili transaksi mana mana anak syarikat FGV.

Minyak sawit, sebagaimana kommoditi lain, boleh mudah bertukar tangan terutama dikalangan pedagang. Yang paling penting, tiada kawalan dan tidak boleh dirancang dimana kegunaan akhir, terutama oleh pengeluar asal. Sekiranya ialah dikeluarkan dari pembekalan asal dan dipakej semula, amat mustahil untuk dipantau. Jauh sekali, mengawal.

Kain rentang yang digantung sekitar jalan menuju FELDA Jengka 8, seminggu sebelum Majlis Bersama Peneroka 8 Mei 2012

Amat malang sekiranya usaha usaha Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak untuk membawa transformasi kepada masyarakat FELDA ini sentiasa disabotaj oleh pemimpin bangkrap-politik seperti Mazlan Aliman. Masyarakat FELDA layak untuk mendapatkan suara mereka diwakili oleh anak FELDA yang lebih matang dan bertanggung jawab.

Published in: on November 26, 2012 at 13:26  Comments (4)  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,117 other followers