Mazliman Aliman perkudakan pelajar IPT

Demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat FELDA

Jumaat lepas, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman memperdaya dan perkudakan pelajar pelajar IPTA (yang dipercayai UTM Jalan Semarak), untuk ‘berdemonstrasi’ dihadapan Ibu Pejabat FELDA kunun kununya kerana FELDA mengadakan usaha-sama perniagaan dengan Israel. Manipulasi ini sengaja dibuat tatkala umat Islam seluruh dunia sedang bangkit menunjukan kemarahan kepada Zionis Israel atas Operasi Pillar of Defense baru baru ini, yang mengorbankan 130 nyawa Gaza Palestin.

Mazlan membohongi pelajar pelajar ini, yang menjadi sebahagian dari demonstrasi berasaskan kepalsuan dimana FELDA dan anak anak syarikat yang bernaung bawah FGV. Pelajar pelajar ini sebelum itu berdemonstrasi ditempat lain, tiba tiba dikerah untuk berkumpul dihadapan Ibu Pejabat FELDA. Tanpa sedar mereka diperalatkan, mereka diminta berdemonstrasi atas pembohongan bahawa FELDA berdagangan dengan Israel.

Transaksi RM50.00 sebagai ‘upah demonstrasi’

Selesai demonstrasi, didapati wakil wakil Mazlan mengedarkan RM 50.00 dikalangan pendemonstrasi, terutama pelajar IPTA.

Mazlan merupakan seorang pemimpin ANAK yang gagal, kerana usaha beliau menghasut masyarakat FELDA untuk menentang dan mengagalkan semua rancangan dan usaha Kerajaan Persekutuan untuk membawa FELDA kepada kedudukan yang lebih baik, jauh meleset dan gagal. Beliau menentang penyenaraian FGV dengan menghasut kumpulan peneroka bahawa IPO itu akan melenyapkan hak milik 10 ekar tanah yang sedia mereka milik terbukti pembohongan besar.

Kemudian, ANAK juga berkempen agar warga FELDA menolak ‘Durian Runtuh’ yang sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak pada Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 adalah hasil langsung dari penyenaraian FGV.

Dalam pembohongan terbaru, Mazlan mendakwa susur-perjalanan pembelian minyak sawit antara FELDA IFFCO, Mewah Olio, Sime Darby Kempas dan sebuah saudagar komoditi global Bunge di Singapura, berakhir dengan barangan dihantar ke Pelabuhan Adabiyyah, Mesir. Apa yang berlaku di pelabuhan asing bukan dalam bidang kawalan mana mana syarikat yang bernaung atau mewakili transaksi mana mana anak syarikat FGV.

Minyak sawit, sebagaimana kommoditi lain, boleh mudah bertukar tangan terutama dikalangan pedagang. Yang paling penting, tiada kawalan dan tidak boleh dirancang dimana kegunaan akhir, terutama oleh pengeluar asal. Sekiranya ialah dikeluarkan dari pembekalan asal dan dipakej semula, amat mustahil untuk dipantau. Jauh sekali, mengawal.

Kain rentang yang digantung sekitar jalan menuju FELDA Jengka 8, seminggu sebelum Majlis Bersama Peneroka 8 Mei 2012

Amat malang sekiranya usaha usaha Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak untuk membawa transformasi kepada masyarakat FELDA ini sentiasa disabotaj oleh pemimpin bangkrap-politik seperti Mazlan Aliman. Masyarakat FELDA layak untuk mendapatkan suara mereka diwakili oleh anak FELDA yang lebih matang dan bertanggung jawab.

About these ads
Published in: on November 26, 2012 at 13:26  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/11/26/mazliman-aliman-perkudakan-pelajar-ipt/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Kalau dah bodoh, mesti buat kerja-kerja bodo. Yang ikut Mazlan tu pun memang spesis yang bodo-bodo belaka.

  2. Saya rasa susah nak percaya yang penuntut IPTA begitu mudah dibeli. Saya percaya mereka hadir semata-mata untuk sapu RM50 percuma, namun mereka belum tentu beri sokongan kepada pemimpin ‘putar alam’ macam Mazlan Aliman.

    Cuma sedikit terkilan, mungkin mereka tidak sedar dengan mengambil wang tersebut membuatkan masyarakat memandang serong terhadap jatidiri mereka.

  3. Tak faham. Kat mana pelajar-pelajar ni simpan ‘kaedah penyelidikan’ yang mereka belajar di universiti?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,133 other followers

%d bloggers like this: