Juang Atas Melayu Murtad

Dalam keghairahan Perwakilan UMNO seluruh negara berhimpun dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2012 di PWTC Kuala Lumpur sehingga Sabtu ini, ingin diperingkatkan secara langsung atau tidak langsung dikalangan mereka yang terlibat bahawa ciri pendifinisian Melayu itu (menurut Perlembagaan); Islam, adalah sedang dalam serangan.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengingatkan Perwakilan Pergerakkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahawa Islam yang dibawa dan diperkuda oleh PAS sebagai wadah Perjuangan mereka adalah lemah, palsu dan kini diketepikan, demi politik Pembangkang yang dikalangan mereka sendiri amat meragui antara satu sama lain.

Dalam lapan belas bulan kebelakangan ini, usaha mencabar kedudukan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia, ciri pendifinisian Melayu (sebagai majoriti warga Malaysia dan ‘simpanan tetap’ bagi kuasa) dan proses memurtadkan orang orang Melayu dalam pelbagai tindakan dan gerakan berstruktur dikesan.

Personaliti gereja dan DAP yang terlibat dalam majlis Red Rock Hotel pada 5 Mei 2011 dikenal pasti

Majlis Makam Malam Khas pada 6 Mei 2011 di Hotel Red Rock Jalan Macallister, Georgetown dimana politikus DAP bersama sama beberapa orang paderi Kristian berikrar untuk menjadikan “Seorang Kristian menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang dan Kristian sebagai salah satu agama rasmi Persekutuan Malaysia” adalah jelas DAP memperkudakan gereja untuk agenda melemahkan kuasa orang Melayu. Gereja juga menggunakan DAP seabgai tunggangan bagi memperluaskan evangalism ugama mereka.

Apabila JAIS mendapati hampir 100 orang Melayu sedang diraikan dalam majlis ugama dan pemujaan Isa Al Masih di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dalam bulan mulia orang Islam Ramadhan pada 3 Ogos 2011 serta 12 tangkapan dibuat untuk siasatan, DAP Selangor dengan segera memberikan reaksi. Ini termasuk Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Exco Kerajaaan Negeri Selangor Teresa Kok dan ADUN Subang Jaya Hannah Teoh datang memberikan sokongan moral dalam majlis mass pada Ahad pertama selepas serbuan itu.

PAS sebagai rakankongsi DAP dalam pakatan haram Pembangkang, tidak memberikan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Dr Hassan Mohd. Ali yang mewakili parti itu dalam Kerajaan Negeri Selangor. Malah, Dr Hassan telah kenakan tindakan ‘gam’ agar tidak boleh memberikan kenyataan, terutama yang bercanggah kepada kepentingan pakatan haram Pembangkang walaupun ianya benar bahawa kesucian Islam dan kepentingan orang Islam dicabuli.

Dalam isu Hudud ala PAS yang sentiasa dijadikan ‘modal Perjuangan’ PAS dalam iltizam ‘Menubuhkan Kerajaan Islam’, mereka terbelenggu dengan pembohongan apabila berdolak dalih dalam kedudukan mereka sebagai parti dalam pakatan haram Pembangkang. Akibatnya, mereka mengalihkan pandangan dengan kembali menyalahkan UMNO dan kembali membuat ‘drama’ untuk mendoakan kehancuran UMNO.

Doa hancurkan dan murtadkan Umno serlah sikap ekstrim Pas

20 November 2012

KOTA BAHARU – Tidak cukup dengan mengadakan solat hajat untuk mendoakan Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur Jumaat lepas, Pas membuktikan kebencian ekstremnya dengan kenyataan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno parti murtad.

Hakikatnya Pas dulu dan sekarang tidak banyak berbeza. Suatu masa dahulu, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi sanggup ‘mengkafirkan’ saudara seagama dalam ‘Amanat Haji Hadi’ semata-mata kerana politik dan hingga menyebabkan perpecahan ummah dengan kejadian sembahyang dua imam di Terengganu.

Doa itu dibacakan semasa Pas mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Jumaat lepas yang dipimpin adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran parti itu.

Nik Aziz yang agak emosional ketika diasak pertanyaan wartawan pada Muktamar Pas ke-58 hujung minggu itu menyifatkan Umno sebuah parti yang murtad kerana menolak hukum Islam manakala Abdul Hadi pula berkata doa itu boleh dibacakan ketika merasa diri dizalimi.

Sejauh manakah Pas mahu berlawanan dengan label Islam parti itu demi rakan pembangkangnya PKR dan DAP telah jelas dijawab menerusi doa kehancuran Umno dan BN yang direstui pemimpin dan diaminkan anggotanya.

Sedangkan sebagai umat Islam, pemimpin dan anggota Pas sedar yang mereka tidak boleh mendoakan yang buruk kepada orang lain, lebih-lebih lagi saudara seagama.

Mereka tahu umat Islam patut mencontohi Nabi Muhammad SAW seperti peristiwa yang dikisahkan Rasullullah direjam dengan batu oleh penduduk Taif ketika berdakwah, tetapi Baginda tidak mendoakan kehancuran kaum itu malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.

Muktamar itu juga memperlihat betapa pimpinan Pas tersepit antara suara perwakilannya dan usaha menjaga hati rakan pembangkang. Ini dapat dilihat melalui isu hukum hudud yang menjadi duri dalam daging Pas dalam usahanya menyulam kerjasama bersama PKR dan DAP.

Dewan Ulama Pas merupakan sayap yang paling lantang bersuara berkenaan isu ini apabila Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib pada muktamar itu berkata PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Walaupun kenyataan Harun itu disanggah Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi Dr Tan Seng Giaw, wakil Pas Wilayah Persekutuan Zahari Arip membidas mereka kerana dikatakan masih berdolak-dalik mengenai isu hudud.

Abdul Hadi sendiri dalam ucapan dasarnya pada muktamar itu mengambil jalan selamat dengan tidak menyebut langsung mengenai hudud.

Namun setelah diasak perwakilan, Abdul Hadi menegaskan hukum hudud adalah hak eksklusif parti itu untuk melaksanakannya di negara ini apabila tiba masanya dan bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya.

Selain hukum hudud, desakan perwakilan Pas yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri turut menyebabkan kepimpinan Pas tersepit dengan kemahuan PKR dan DAP yang mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Perwakilan Pas turut mempersoal sejauh mana kepimpinan ulama masih tinggal di dalam Pas. Perwakilan menyuarakan pandangan bahawa kepimpinan ulama dalam parti itu kian terancam dengan kemasukan ideologi yang tidak sepadan.

Muktamar itu menyaksikan beberapa anggota perwakilan seperti dari Pahang, Mokhtar Senik meminta kepimpinan ulama dalam Pas dipertahan dan anasir mengancam kepimpinan itu dihapuskan. Beliau turut mendakwa ancaman itu dibawa mereka yang memasuki Pas.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar ketika menggulung ucapan dasar Presiden Pas ternyata tidak senang dengan dakwaan kepimpinan ulama semakin terhakis dalam parti itu.

Abdul Hadi pula mengingatkan anggota perwakilan bahawa tidak perlu ada pengacau parti yang boleh mengganggu arah perjalanan Pas dan turut menegaskan mereka yang ingin menyertai Pas perlu mengikut cara parti itu.

Malah dalam ucapan penggulungannya, Abdul Hadi berkias dalam mengingatkan sesiapa yang mahu merampas stering kapal Pas yang bergerak berdasarkan kompasnya tersendiri akan ‘dicampak ke dalam laut’.

Sanggupkan Pas menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dalam parti kerana mahu mengemudi kapal dengan rakan pembangkang PKR dan DAP? Itu kemungkinan yang akan menggugurkan peluang Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pembangkang menakluki Putrajaya berjaya selepas pilihan raya.

Ini kerana hanya penyokong Pas yang beria-ia mahukan Abdul Hadi sebagai perdana menteri sedangkan yang lain memperlekeh idea itu. Maka Pas memerlukan sokongan padu penyokongnya dan dalam masa yang sama tidak sanggup diketepikan rakan pembangkang yang tidak gemar dengan haluan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Yang tersepit ialah penyokong tegar Pas yang cintakan perjuangan asal Pas dan akar umbi yang mahu pemimpin Pas lebih tegas dalam menunjukkan hala tuju parti itu.

Pada PRU Ke-12 pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu Pas merupakan penyumbang tercorot iaitu 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31. – Bernama

************

Konsistensi ketirisan PAS dalam memperjuangkan isu Islam, golongan ulama diketepikan dan peningkatan PAS kearah isu isu liberalism.

Malam tadi Muhyiddin juga membangkitkan bahawa perjuangan untuk memberikan hak kepada isu isu LBGT adalah tidak Islamik, bertentangan dengan ciri Melayu dan norma norma masyarakat. PAS juga tidak bangkit untuk menentang gerakan terbaru yang berusaha untuk menghalalkan hubungan seksual songsang d n luat tabii, yang jelas adalah tindakan jenayaan bawah Kanun Keseksaan.

Kontroversi terbaru ialah apabila Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar secara terbuka mempersoalkan peruntukan Perlembangaan Malaysia bagi had sebagai seorang Melayu-Islam untuk memilih kepercayaan mereka. Pendapat ini sebenarnya adalah manifestasi sealiran dalam gerakan yang sememangnya makin menular dan aktif memurtad dan mengKristianisasikan orang Melayu.

Gerakan NGO untuk memurtad dan mengKristianiasikan orang Melayu-Islam dan diberikan ‘naungan politik’ sebenarnya adalah sebahagian dari strategi untuk melemahkan jati-diri orang Melayu. Sekiranya jati-diri orang Melayu itu boleh didefiniskan semula, maknanya peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia tidak relevan lagi dan golongan minoriti ini dengan mudah boleh menguasai pengaruh majoriti demi untuk berkuasa, melalui saluran demokrasi.

UMNO sebagai rakan kongsi tulang belakang Barisan Nasional sebenarnya tidak perlu apologetik dalam isu isu mengenai kedudukan dan kuasa melaksana Islam yang dicabar. Dalam UMNO sebagai organisasi politik ingin mencari pengaruh tatkala PAS jelas terbukti telah lari dari terrsasar dari ‘Perjuangan Mamartabatkan Al Quran dan Hadith’, perhatian juga perlu diberikan pada gerakan yang jelas menyalahi Perlembagaan Malaysia.

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menentang Malayan Union. UMNO mempertahankan kepentingan keududukan dan kuasa orang Melayu yang sebelum itu dinaungi dibawah DYMM Raja Raja Melayu. Kini, kepentingan orang Melayu paling utama iaitu ugama Islam telah dicabar, secara langsung dan terancang.

Published in: on November 28, 2012 at 20:00  Comments (20)  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,133 other followers