Juang Atas Melayu Murtad

Dalam keghairahan Perwakilan UMNO seluruh negara berhimpun dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2012 di PWTC Kuala Lumpur sehingga Sabtu ini, ingin diperingkatkan secara langsung atau tidak langsung dikalangan mereka yang terlibat bahawa ciri pendifinisian Melayu itu (menurut Perlembagaan); Islam, adalah sedang dalam serangan.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengingatkan Perwakilan Pergerakkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahawa Islam yang dibawa dan diperkuda oleh PAS sebagai wadah Perjuangan mereka adalah lemah, palsu dan kini diketepikan, demi politik Pembangkang yang dikalangan mereka sendiri amat meragui antara satu sama lain.

Dalam lapan belas bulan kebelakangan ini, usaha mencabar kedudukan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia, ciri pendifinisian Melayu (sebagai majoriti warga Malaysia dan ‘simpanan tetap’ bagi kuasa) dan proses memurtadkan orang orang Melayu dalam pelbagai tindakan dan gerakan berstruktur dikesan.

Personaliti gereja dan DAP yang terlibat dalam majlis Red Rock Hotel pada 5 Mei 2011 dikenal pasti

Majlis Makam Malam Khas pada 6 Mei 2011 di Hotel Red Rock Jalan Macallister, Georgetown dimana politikus DAP bersama sama beberapa orang paderi Kristian berikrar untuk menjadikan “Seorang Kristian menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang dan Kristian sebagai salah satu agama rasmi Persekutuan Malaysia” adalah jelas DAP memperkudakan gereja untuk agenda melemahkan kuasa orang Melayu. Gereja juga menggunakan DAP seabgai tunggangan bagi memperluaskan evangalism ugama mereka.

Apabila JAIS mendapati hampir 100 orang Melayu sedang diraikan dalam majlis ugama dan pemujaan Isa Al Masih di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dalam bulan mulia orang Islam Ramadhan pada 3 Ogos 2011 serta 12 tangkapan dibuat untuk siasatan, DAP Selangor dengan segera memberikan reaksi. Ini termasuk Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Exco Kerajaaan Negeri Selangor Teresa Kok dan ADUN Subang Jaya Hannah Teoh datang memberikan sokongan moral dalam majlis mass pada Ahad pertama selepas serbuan itu.

PAS sebagai rakankongsi DAP dalam pakatan haram Pembangkang, tidak memberikan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Dr Hassan Mohd. Ali yang mewakili parti itu dalam Kerajaan Negeri Selangor. Malah, Dr Hassan telah kenakan tindakan ‘gam’ agar tidak boleh memberikan kenyataan, terutama yang bercanggah kepada kepentingan pakatan haram Pembangkang walaupun ianya benar bahawa kesucian Islam dan kepentingan orang Islam dicabuli.

Dalam isu Hudud ala PAS yang sentiasa dijadikan ‘modal Perjuangan’ PAS dalam iltizam ‘Menubuhkan Kerajaan Islam’, mereka terbelenggu dengan pembohongan apabila berdolak dalih dalam kedudukan mereka sebagai parti dalam pakatan haram Pembangkang. Akibatnya, mereka mengalihkan pandangan dengan kembali menyalahkan UMNO dan kembali membuat ‘drama’ untuk mendoakan kehancuran UMNO.

Doa hancurkan dan murtadkan Umno serlah sikap ekstrim Pas

20 November 2012

KOTA BAHARU – Tidak cukup dengan mengadakan solat hajat untuk mendoakan Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur Jumaat lepas, Pas membuktikan kebencian ekstremnya dengan kenyataan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno parti murtad.

Hakikatnya Pas dulu dan sekarang tidak banyak berbeza. Suatu masa dahulu, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi sanggup ‘mengkafirkan’ saudara seagama dalam ‘Amanat Haji Hadi’ semata-mata kerana politik dan hingga menyebabkan perpecahan ummah dengan kejadian sembahyang dua imam di Terengganu.

Doa itu dibacakan semasa Pas mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Jumaat lepas yang dipimpin adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran parti itu.

Nik Aziz yang agak emosional ketika diasak pertanyaan wartawan pada Muktamar Pas ke-58 hujung minggu itu menyifatkan Umno sebuah parti yang murtad kerana menolak hukum Islam manakala Abdul Hadi pula berkata doa itu boleh dibacakan ketika merasa diri dizalimi.

Sejauh manakah Pas mahu berlawanan dengan label Islam parti itu demi rakan pembangkangnya PKR dan DAP telah jelas dijawab menerusi doa kehancuran Umno dan BN yang direstui pemimpin dan diaminkan anggotanya.

Sedangkan sebagai umat Islam, pemimpin dan anggota Pas sedar yang mereka tidak boleh mendoakan yang buruk kepada orang lain, lebih-lebih lagi saudara seagama.

Mereka tahu umat Islam patut mencontohi Nabi Muhammad SAW seperti peristiwa yang dikisahkan Rasullullah direjam dengan batu oleh penduduk Taif ketika berdakwah, tetapi Baginda tidak mendoakan kehancuran kaum itu malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.

Muktamar itu juga memperlihat betapa pimpinan Pas tersepit antara suara perwakilannya dan usaha menjaga hati rakan pembangkang. Ini dapat dilihat melalui isu hukum hudud yang menjadi duri dalam daging Pas dalam usahanya menyulam kerjasama bersama PKR dan DAP.

Dewan Ulama Pas merupakan sayap yang paling lantang bersuara berkenaan isu ini apabila Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib pada muktamar itu berkata PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Walaupun kenyataan Harun itu disanggah Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi Dr Tan Seng Giaw, wakil Pas Wilayah Persekutuan Zahari Arip membidas mereka kerana dikatakan masih berdolak-dalik mengenai isu hudud.

Abdul Hadi sendiri dalam ucapan dasarnya pada muktamar itu mengambil jalan selamat dengan tidak menyebut langsung mengenai hudud.

Namun setelah diasak perwakilan, Abdul Hadi menegaskan hukum hudud adalah hak eksklusif parti itu untuk melaksanakannya di negara ini apabila tiba masanya dan bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya.

Selain hukum hudud, desakan perwakilan Pas yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri turut menyebabkan kepimpinan Pas tersepit dengan kemahuan PKR dan DAP yang mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Perwakilan Pas turut mempersoal sejauh mana kepimpinan ulama masih tinggal di dalam Pas. Perwakilan menyuarakan pandangan bahawa kepimpinan ulama dalam parti itu kian terancam dengan kemasukan ideologi yang tidak sepadan.

Muktamar itu menyaksikan beberapa anggota perwakilan seperti dari Pahang, Mokhtar Senik meminta kepimpinan ulama dalam Pas dipertahan dan anasir mengancam kepimpinan itu dihapuskan. Beliau turut mendakwa ancaman itu dibawa mereka yang memasuki Pas.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar ketika menggulung ucapan dasar Presiden Pas ternyata tidak senang dengan dakwaan kepimpinan ulama semakin terhakis dalam parti itu.

Abdul Hadi pula mengingatkan anggota perwakilan bahawa tidak perlu ada pengacau parti yang boleh mengganggu arah perjalanan Pas dan turut menegaskan mereka yang ingin menyertai Pas perlu mengikut cara parti itu.

Malah dalam ucapan penggulungannya, Abdul Hadi berkias dalam mengingatkan sesiapa yang mahu merampas stering kapal Pas yang bergerak berdasarkan kompasnya tersendiri akan ‘dicampak ke dalam laut’.

Sanggupkan Pas menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dalam parti kerana mahu mengemudi kapal dengan rakan pembangkang PKR dan DAP? Itu kemungkinan yang akan menggugurkan peluang Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pembangkang menakluki Putrajaya berjaya selepas pilihan raya.

Ini kerana hanya penyokong Pas yang beria-ia mahukan Abdul Hadi sebagai perdana menteri sedangkan yang lain memperlekeh idea itu. Maka Pas memerlukan sokongan padu penyokongnya dan dalam masa yang sama tidak sanggup diketepikan rakan pembangkang yang tidak gemar dengan haluan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Yang tersepit ialah penyokong tegar Pas yang cintakan perjuangan asal Pas dan akar umbi yang mahu pemimpin Pas lebih tegas dalam menunjukkan hala tuju parti itu.

Pada PRU Ke-12 pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu Pas merupakan penyumbang tercorot iaitu 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31. – Bernama

************

Konsistensi ketirisan PAS dalam memperjuangkan isu Islam, golongan ulama diketepikan dan peningkatan PAS kearah isu isu liberalism.

Malam tadi Muhyiddin juga membangkitkan bahawa perjuangan untuk memberikan hak kepada isu isu LBGT adalah tidak Islamik, bertentangan dengan ciri Melayu dan norma norma masyarakat. PAS juga tidak bangkit untuk menentang gerakan terbaru yang berusaha untuk menghalalkan hubungan seksual songsang d n luat tabii, yang jelas adalah tindakan jenayaan bawah Kanun Keseksaan.

Kontroversi terbaru ialah apabila Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar secara terbuka mempersoalkan peruntukan Perlembangaan Malaysia bagi had sebagai seorang Melayu-Islam untuk memilih kepercayaan mereka. Pendapat ini sebenarnya adalah manifestasi sealiran dalam gerakan yang sememangnya makin menular dan aktif memurtad dan mengKristianisasikan orang Melayu.

Gerakan NGO untuk memurtad dan mengKristianiasikan orang Melayu-Islam dan diberikan ‘naungan politik’ sebenarnya adalah sebahagian dari strategi untuk melemahkan jati-diri orang Melayu. Sekiranya jati-diri orang Melayu itu boleh didefiniskan semula, maknanya peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia tidak relevan lagi dan golongan minoriti ini dengan mudah boleh menguasai pengaruh majoriti demi untuk berkuasa, melalui saluran demokrasi.

UMNO sebagai rakan kongsi tulang belakang Barisan Nasional sebenarnya tidak perlu apologetik dalam isu isu mengenai kedudukan dan kuasa melaksana Islam yang dicabar. Dalam UMNO sebagai organisasi politik ingin mencari pengaruh tatkala PAS jelas terbukti telah lari dari terrsasar dari ‘Perjuangan Mamartabatkan Al Quran dan Hadith’, perhatian juga perlu diberikan pada gerakan yang jelas menyalahi Perlembagaan Malaysia.

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menentang Malayan Union. UMNO mempertahankan kepentingan keududukan dan kuasa orang Melayu yang sebelum itu dinaungi dibawah DYMM Raja Raja Melayu. Kini, kepentingan orang Melayu paling utama iaitu ugama Islam telah dicabar, secara langsung dan terancang.

About these ads
Published in: on November 28, 2012 at 20:00  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/11/28/melayu-murtad/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 CommentsLeave a comment

  1. Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

    • Why don’t you say why “Free” Malaysiakini now? Why no need subscription any more? Coz you already got money from the Neocons, Jews and Zionists that Anwar Al Juburi arranged from the US? That you people have admitted receiving?

      Malaysiakini been slanting, spinning and twisting news and opinions so bad that anything carrying that name I’ll shun, not even want to click even if you pay me, d’ya hear? .

    • Getting desperate huh?

      Garbage is toxic, free garbage is multiple the toxic content.

  2. Mereka melanda landa cuba memajukan agama mereka sehingga melanggar peruntukan Perlembagaan mengatakan Islam ada lah agama negara ini dan undang undang lain yang di luluskan Parlimen bagi mentadbir agama Islam. Ini ada lah sebab PAS dan PKR bersubahat dengan mereka DAP.

    Hingga ada yang cuba mengatakan kebebasan agama itu termasuk orang Melayu, bermakna orang Melayu boleh pilih agama. Bedebah. Mengarut.

  3. Beratus tahun bangsa Eropa ,Purtugis,Belanda dan Inggris tidak berjaya memurtadkan umat Melayu.
    Hanya Melayu sendiri yang bulih memurtadkan Melayu.

    • Tak boleh. Melayu tu hanya cuba. Untuk tujuan nak dapat undi. Dah kena balon di sana sini.

  4. Bro.
    Dalam Quran Allah berkata tiada paksaan dalam ugama.Ini bermaana kita bebas untok menganut apa juga ugama,Kristian,Budda,Hindu.

    Pada masa yang sama dalam Quran Allah berkata hanya Islam sahaja ugama yang benar dan si terima Allah.Jika kita menganut ugama lain kita masok Neraka.

    Allah jadikan kita manusia boleh berfikir dan memileh.Ini berbeza dengan binatang.Jadi jika orang MelYu mahu murtad itu buka masaalah kita.Kita tidak boleh menghalang.itu pilehan dia.

    Harap kita tidak emotional sangat.

    • Dalam konteks Malaysia, maka dengan itu, dia bukan lagi orang Melayu.

    • Yang menggunakan nama Mustafa,

      Tidak akan emosional jika kamu janji berhijrah dari Malaysia.

      Selagi kamu berada di Malaysia, kamu mesti hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara, yang mengatakan agama negara ini ada lah Islam, dan undang undang yang di luluskan oleh Parlimen bagi mentadbir agama Islam di negara ini.

      Melayu di sebut di dalam Perlembagaan sebagai menganut agama Islam dan undang undang mentadbir agama Islam itu mengatakan Melayu tidak boleh murtad atau di murtadkan.

      Yang tak “berbeza dengan binatang” ada lah jenis kamu yang tidak mahu terima keadaan tersebut di atas.

    • melayu mahu murtad bukan masaalah kita?

      dari itu apa guna atau tujuan berdakwah?
      terang2 ajak dan popularkan murtad,

      jadikan hak asasi?

      kita sebagai satu unit bangsa melayu dan islam mesti mendukong dan memelihara adat dan cara hidup islam kita.

      sebab itu lah seruan Allah dalam quran. bersatu berpegang pada tali yang betul.

      pas menyeru kepada perbalahan dan pkr pulak menggalakkan kebebasan LGBT…..terang2 bercanggah dengan seruan Allah.

      tapi kita tak emosional.

      hanya peringatkan hal kepentingan melayu yang menurun akibat berpecah belah.

      kita bebas memilih, fikirlah akibatnya pilehan kita itu.

  5. Anti idiot.
    Pelembagaan sahaja tidak dapat menghalang orang Melayu Murtad.Orang Islam Murtad yang masok ugama Islam tidak banyak.Yang murtad ramai juga yang termasok golongan Anti Hadith,Shiah,Ahmadiah,..Kenapa kita tidak bising.Kenapa kita hendak bising dan sensitive pasal orang paoderi Kristian yang bersuara lantang mahu menegakkan ugama kristian.
    Sakurang kurang nya kita lebeh baik dari Indonesia kerana orang Kristian di larang untok menyebarkan ugama nya kapada orang Islam.

    Tapi bagaimana dengan golongan anti hadith yang tersebar dengan luas dikalangan umat Islam Melayu.Kenapa kita tidak jadikan satu issue.

    Soal ugama merupakan pilehan kita.Kita diberi fikiran untok memileh.Jika dia memileh untok masok kristian ,siapa boleh menghalang.

    UMNO dan ahli ahlinya jangan lah jadi orang jakun.Sekarang ini zaman Intenet.Biro Ugama UMNO perlu lah di pimpin oleh orang yang pandai dalam ugama,mesti lebeh taraf pemikirannya dari ustad Azhar yang famous dalam TV tapi fikiran ugamanya janggal.

    Kenapa Biro Ugama UMNO tidak berani berdepan dan berdailog dengan Paderi Kristian,Sami Hindu,Sami Budda dan kumpulan Shia,Anti Hadith dan Ahmadiah.
    Kenapa kita lebeh suka menggunakan enforcement .

    Dalam Perhimpunan UMNO semalam Rezaal Marikan berkata UMNO dan pengikutnya chosen by Allah untok memerentah.Sound like Jew.(the chosen tribe)

    Jika UMNO choosen by Allah,kenapa sapatutnya menjadi orang yang rendah diri dan bukan menjerit menggugut macan apa yang di uchapkan oleh Sharizat.(the mother cow)

    • Memang susah nak masukkan hujah hujah ke dalam kepala orang yang saya baca dulu di tuduh menyamar sebagai orang Melayu ini. Tapi perlu di ketuk kepalanya ke satu tahap, mencuba masukkan hujah hujah itu lagi.

      Perlu di paku ke kepala dia bahawa bukan sahaja Perlembagaan tetapi juga undang undang yang di luluskan Parlimen bagi mentadbir agama Islam menghalang orang Melayu murtad.Siapa yang murtad boleh di tangkap, di dakwa di Mahkamah, di penjara, mengikut budibicara Hakim.

      Nampaknya sudah mereng otaknya mengatakan “Orang Islam Murtad yang masok ugama Islam tidak banyak.” Entah apa di maksudkannya di ayat itu. Kalau orang Islam sudah murtad masuk agama Islam apekedarahnya. Main bantai tulis saja dengan tidak masuk kepala hotak dia dulu, keluar apa saja yang terlintas di kepala dia.

    • Entah siapa yang mentafsir orang yang anti-Hadith itu murtad, tak tahu lah. Tiada siapa yang berkuasa mentafsir keadaan itu di sebutnya. Kepala hotak dia sahaja yang mengata demikian. Nik Aziz pun tidak di sebutnya. Walau pun Nik Aziz bukan ada kuasa mentafsir demikian.

      Bukan sebarang orang boleh mentafsir puak Shi’ah dan Ahmadiah itu murtad. Ini lah masalah kepala biul, tidak bertanya, hanya menuduh liar, tanpa hujah hujah dari pihak berkuasa agama. Ini menguatkan kepercayaan bahawa benda Allah ini menyamar sebagai Melayu, sebagai orang Islam. Bedebah kamu jika benar demikian.

      Kamu perlu tahu bahawa bukannya puak Shi’ah menolah Hadith keseluruhannya. Mereka menolak Hadith yang timbul selepas pemimpin Islam ke12, ia itu selepas puak mereka keluar dari kumpulan Islam yang asal. Maka Shi’ah ajaran yang tidak di benarkan di negara ini yang berpegang kapada ajaran Sunnah.

      Mengata Kenapa kita tidak bising kepala hotak dia lagi. Pernah keluar di akhbar berita penganut Shi’ah di tangkap. Maka di sebut pula benda Allah ini fasal “paoderi Kristian yang bersuara lantang mahu menegakkan ugama kristian” – agama dia agaknya.

      Dia cuba lagakan orang Islam di Malaysia dengan yang di Indonesia. Dengan mengata “Sakurang kurang nya kita lebeh baik dari Indonesia kerana orang Kristian di larang untok menyebarkan ugama nya kapada orang Islam.” Jahat niatnya benda Allah ini.

    • Kepala hotak kamu mengatakan “Jika dia (Melayu) memileh untok masok kristian ,siapa boleh menghalang.” Aku katakan sekali lagi, dan masukkan lah ke dalam kepala hotak kamu, bahawa undang-undang mentadbir agama Islam akan menghalang.

      Seperti telah di lakukan di Gereja Methodis Damansara Utama. Walau pun JAIS tidak mengambil tindakan lanjut sebab Khalid Ibrahim gagap di godak dek Exco Kristian DAP dan melatah meminta ma’af kpd padri Ho walau pun sebelom laporan JAIS siap. Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri Selangor telah menyelesaikan kes itu dan tidak perlu di panjangkan cerita. Tetapi pesanannya nyata (the message was clear) – tidak boleh mengajak orang Islam “berbuka puasa”, di bulan puasa, di gereja. Mengarut punya kerja.

      Kamu menuduh, tapi kamu yang kurang ajar. Merendahkan maruah suku kaum Orang Asli Jakun, membodohkan mereka. Berdebat, berdailog kepala hotak kamu. Sudah nyata bahawa salah di sisi undang undang itu bagi Melayu murtad dan bagi sesiapa memurtadkan orang Melayu. Apa kamu mahu pertikai penggunaan enforcement oleh pihak berkuasa. Aku harap kamu jangan teruskan mengeluarkan pendirian kurang ajar kamu. Tidak baik bagi keharmonian antara ummat Islam dan antara masyarakat Malaysia. Sudah berkali kali di beri tahu kapada kamu. Cukup lah. Mengerti lah.

  6. Haha ha.anti idiot jika hendak berhujah kena lah rasional.Nanti orang kata awak idiot.
    Apa kumpulan anti hadith bukan mustad ,Menghina Rasuallah saw.
    Apa kumpulan shiah Ismailah bukan murtad yang mengatakan Aga Khan itu nabi mereka.

    Apa golongan Ahmadiah bukan murtad yang mengaku Imam Ahmad Nabi mereka salepas Rasuallah.
    Perlembagan tiada ada kuasa untok melarangnorang menukar ugama.

    Jika hendah berhujah tampa pengetahuan ugama Islam.Susah lah Idiot.
    Kenapa kita perlunjagabtepi kain orang.Dia hendak masok Kristian itu pilehannya.

    • dari ayat famous 2:256 tidak ada paksaan dalam iddeen….

      Allah terang2 berkata senafas, …..telah nyata kebenaran dari kesesatan….

      so memang pilehan kita lah.

      namun belambak dalam quran peringatan akibat pileh yang sesat

      seperti 67:8,9, apabila penjaga neraka bertanya, tidak adakah peringatan sampai pada kamu dulu?….mereka jawab ada….

      terus menyesal dengan berkata

      67:10 kalau lah kami dulu mendengar dan BERFIKIR tentu lah kami tidak termasuk dalam ahli neraka.

      itu lah hujah Allah kepada yang buat pilehan murtad, ya itu BERFIKIR.

      kepada kita semua yang mahu menjadi muslim, FIKIRAN kita penting. jadi pakai lah pemberian Allah ni.

      • Ya, gunakan lah otak kamu sepenuhnya. Otak di kepala, jangan yang di lutut.

        Bila Allah SWT mahukan maanusia mengikut firmannya, tak masuk akal Allah kata kamu boleh peluk agama Islam dan boleh keluar bila bila suka.

        Kemudian, kalau kamu tak mahu akui ada undang undang mentadbir Islam di negara ini yang mengata bahawa Melayu tak boleh murtad dan tidak boleh di murtadkan, kamu mungkin di dorong oleh otak di kepala kamu yang di celah kelengkang kamu tu.

      • Kebebasan yang di sebut di dalam Al Qur’an itu ada lah bermakna Islam membenarkan agama lain di praktikkan. Seperti orang Yahudi di benarkan mempraktikkan di zaman Nabi Muhammada SAW.

        Dan orang orang Kristian di Sepanyol dll yang di tawan Khalifah Islam di peringkat awal Islam merebak dan berkuasa di Eropah telah di benarkan mempraktikkan agama mereka.

        Tapi kebebasan itu bukan bermakna orang Islam pun bebas memilih agama. Mana yang sudah menjadi Islam dari tawanan perang, dari kelahiran turun temurun, atau pilihan sendiri memeluk agama itu, tidak di benarkan murtad atau di murtadkan. Tiada ma’aaf bagi sesiapa yang buat demikian.

  7. Salam Kamal.
    Satu hujah yang baik.Ini lah apa yang saya cuba hendak sampaikan.

  8. […] activities. There on, they use political platforms to manipulate any actions taken against any attempts to weed out any protelysation of the Malays in this […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,117 other followers

%d bloggers like this: